Anda di halaman 1dari 7

0

BAB 1 : SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BOLA JARING

1:1 SEJARAH BOLA JARING DI DUNIA

Sebelum kita mengetahui secara mendalam tentang segala aspek bola jaring, adalah

lebih baik kita mengetahui serba sedikit asal usul permainan ini. Bola jaring merupakan satu-

satunya permainan yang dikhususkan untuk wanita dan dimainkan oleh semua golongan

wanita dari pelbagai peringkat umur.

Menurut sejarah permulaannya, bola jaring merupakan satu variasi bola keranjang

yang merupakan permainan yang mula menunjukkan kemasyhurannya di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1891, seorang yang berbangsa Amerika iaitu Dr.James Naismith telah mencipta

bola keranjang di kolej Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat, iaitu sejenis permainan

yang menggunakan bola dan bakul. Empat tahun kemudian seorang lagi yang berbangsa

Amerika, iaitu Dr. Toles telah memperkenalkan permainan ini ke England di sebuah kolej

pendidikan di London. Baliau pada mulanya mengajar ‘bola keranjang’ pada pelajarnya,

tetapi terdapat beberapa variasi yang mereka tunjukkan menyebabkan Dr. Toles mahu

mengekalkan variasi baru itu.

Berdasarkan sedikit penyesuaian ini, akhirnya beliau setuju dengan corak permainan

bola keranjang yang baru dimainkan itu. Dalam permainan itu mereka menggunakan dua biji

bakul sampah yang dipasangkan pada penghujung gelanggang dan digantung pada hujung

dinding gymnasium sebagai gol. Setiap kali bola berjaya dimasukkan ke dalam bakul itu,

pengadil akan memanjat dinding untuk mendapatkan kembali bola.

Kemuncak kepada kemunculan permainan ini di Britain ialah pada tahun 1900-1901,

apabila sebuah persatuan di situ iaitu Persatuan Ling, yang mula menampakkan

kemasyhurannya telah merangka beberapa peraturan atau undang-undang khusus untuk

1
wanita, dan menamaknnya netball atau bola jarring. Pertukaran nama pada permainan ini

berlaku kerana penggunaan gelanggang menggantikan bakul.

Pada tahun1898 beberapa peraturan telah dibentuk di Amerika Syarikat untuk

permainan ini. Antaranya ialah dari sagi bilangan pemain yang ditambah menjadi sembilan

orang, saiz bola yang digunakan dikecilkan mengikut saiz bola sepak, gelanggang

dibahagikan kepada tiga kawasan , gelang digunakan menggantikan bakul, jaring dipasangkan

pada gelang, tiang gol didirikan pada penghujung gelanggang dan pengiraan mata

berdasarkan jaringan ke gelang yang di gunakan.

Di England permainan ini mulai diminati dan terdapat beberapa pihak lain pula mula

memperkenalkannya bukan sahaja kemerata tempat di England, tetapi ke nagara-negara lain

juga termasuk di Afrika dan Asia. Menyedari perkembangan sukan ini,pada tahun 1926,

sebuah persatuan ditubuhkan khusus untuk permainan ini iaitu Persatuan Bola Jaring Wanita

Seluruh England ( The all England Woman’s Netball Association ), bertujuan terutamanya

untuk menjadi bahan penyelaras untuk perkembangan di England., termasuk dalam usaha

memperkenalkan dan memperkenaskan peraturannya.

Pada tahun 1906, permainan ini diperkenalkan keseluruh New Zealand, dan dalam

masa yang singkat sudah tertubuh persatuan khusus untuk permainan ini di New Zealand iaitu

pada tahun 1904. Malahan penubuhan persatuan ini adalah dua tahun lebih awal daripada

penubuhan persatuan bola jaring di England. Perlawanan antarabangsa yang pertama telah

diadakan pada tahun 1938 di antara England dan Scotland, walaupun perlawanan ini lebih

merupakan perlawanan pertunjukan.

Perkembangan pesat terhadap permainan ini berlaku selepas Perang Dunia Pertama.

Negara –Negara Komanwel yang terletak di merata dunia adalah antara negara-negara yang

turut menerima permainan ini atas usaha orang Inggeris yang kebanyakannya merupakan

2
askar ataupun pegawai yang bertugas di negara-negara tersebut. Ketika itu terdapat beberapa

siri peraturan atau undang-undang yang berlainan bagi bola jaring. Ini menyebabkan

kesukaran untuk mengadakan perlawanan antarabangsa, kerana setiap negara mahu

menggunakan peraturan yang mereka pegang ketika itu. Pada tahun 1957, satu persidangan

khas bagi membincang serta meyelaras peraturan peraturan permainan telah diadakan di

London. Akhirnya semua peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh beberapa negara

seperti Amerika Syarikat, England, New Zealand dan Australia diselaraskan atas persetujuan

bersama.

Pada tahun 1960, Persatuan Bola Jaring Sri Lanka(Ceylon ketika itu), yang menjadi

tuan rumah kepada satu persidangan antarabangsa, wakil-wakil Negara Komanwel telah

memutuskan untuk menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk bola jaring dunia. Pada tahun

itu, lahirlah Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Bola Jaring ( The International

Federation of Netball Association). Kejohanan antarabangsa yang pertama anjuran persatuan

dunia itu telah diadakan di Eastbourn, England pada tahun 1963. Sebelas buah Negara turut

mengambil bahagian iaitu Scotland, Ireland utara, wales, Australia, new Zealand, Afrika

selatan, Jamaica, Trinidad, West Indies, Sri Lanka, dan England telah mengambil bahagian.

Yang menarik tentang permainan ini ialah tidak ada hadiah berbentuk piala atau trofi

disediakan. Gelaran pasukan terbaik dunia menjadi hadiah yang ditawarkan.

Kejohanan yang dinamakan sebagai world Championship ini diadakan empat tahun

sekali, mengikut jejak pertandingan sukan terbesar dunia seperti bola sepak Piala Dunia,

Sukan Olimpik dan sebagainya. Pasukan Australia memenangi kejoahanan yang pertama ini.

Austaralia juga berjaya memenangi kejohanan ini sebanyak lima kali, sstu rekod kejayaan

yang sukar ditandingi oleh pasukan lain di dunia, termasuk juga England, yang meerupakan

tempat yang mula-mual menerima kedatanagn permainan ini lebih kurang 100 tahun yanglalu.

3
Rajah 1.1 : Logo persatuan bola jaring antarabangsa

1.2 SEJARAH BOLA JARING DI MALAYSIA

Menurut sejarah sukan di negara kita ini, bola jaring mula diperkenalkan kepada

rakyat negara ini pada awal abad ke 20-an. Tempat yang menjadi sasaran askar dan guru

inggeris ini ialah sekolah-sekolah yang bahasa pengantarnya Inggeris, dan sekola-sekolah

missionary.

Memandangkan permainan ini merupakan satu-satunya permainan untuk kaum wanita,

penerimaan daripada kaum wanita Negara ini, termasuk pelajar amat menggalakkan.

Bagaimanapun perkembanagannya tertumpu di Bandar-bandar utama Negara ini. Ini sedikit

sebanyak menjadikan bola jarring seolah-olah sukan untuk penduduk Bandar sahaja.

Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaya (Malaysia) (MSSM) yang ditubuhkan selepas

merdeka, memainkan peranan yang penting dalam usaha mengembangkan sukan ini di

kalangan pelajar sekolah. Malah majlis turut menganjurkan kejohanan khas untuksekolah-

sekolah di peringkat kebangsaan. Dalam masa yang singkat, bola jarring sudah menjadi

permainan kebangsaan. Bola jarring sudah menjadi sukan utama di kebanyakan sekolah di

Negara ini.

Seperti kebanyakan sukan di Negara ini, bagi melicinkan perjalanan dan

perkembanagan sukan ini, ditubuhkan persatuan. Berbanding dengan kemunculan bola jarring

4
di Negara ini dengan penubuhan persatuan permaianan ini merupakan jangka waktu yang

amat lamaberbanding dengan sukan-sukan lain yang lebih dahulu menubuhkan persatuan

masing-masing. Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) hanya ditubuhkan pada tahun 1978.

Penubuhan ppersatuan ini sudah tentu amat dialu-alukan oleh semua negeri yang sebelum itu

hanya bergerak secara individu.

Puan Norminshah Sabirin dipilih sebagai preseden pertama. Semua negeri di Negara

kita serta tiga buah persatuan bukan negeri menganggotai PBJM. Dua tahun selepas

penubuhan, PBJM diterima menjadi ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia, manakala pada

tahun 1982 PBJM diterima pula menjadi ahli persekutuan antarabangsa Persatuan –persatuan

Bola Jaring (IFNA). Penerimaan PBJM ke dalam IFNA menjadikan PBJM layak untuk

bertanding dalam semua kejohanan dan pertandingan yang dianjurkan oleh badan dunia di

merata dunia.

Rajah 1.2 : Logo Persatuan Bola Jaring Malaysia

Setahun selepas penubuhan PBJM, satu kejohanan peringkat kebangsaan telah

dianjurkan. Kejohanan ini bertujuan mencari pemain-pemain yang berkebolehan untuk

membentuk pasukan kebangsaan. Selain kejohanan peringkat kebangsaan ini, terdapat

beberapa kejohanan lain yang melibatkan negeri-negeri atau gabunag PBJM. Ini termasuk

kejohanan mengikut peringkat umur, kejohanan antara kelab- kelab yang bermula pada tahun

1982, Kejohanan Bawah Umur 21 Tahun yang bermula pada tahun 1984, di samping

5
kejohanan anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia yang telah pun bermula lebih awal

daripada penubuhan PBJM. Persatuan ini juga turut mangambil dalam beberapa kejohanan

antarabangsa seperti Kejohanan Asia dan Kejohanan Piala Dunia. Bagaiaman pun kejayaan

yang dicapai masih belum membanggakan. Kedudukan terbaik ialah menjadi naib johan

Kejohanan Asia tidak berapa lama dahulu.

Demikianlah sejarah kedatangan sukan bola jaring di negara ini. Apa yang menariknya

ialah, kini bola jarring bukan sahaja berjaya menjadi salah satu sukan yang diminati di negara

ini,tetapi juga berjaya disebarkan ke seluruh Negara sehingga mampu menghasilkan pasukan

negara untuk mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai