Anda di halaman 1dari 65

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR, NEGERI SEMBILAN

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN BOLA BALING

Nama: Wong Pei Lim Bong Bui Ted Chuah Lei Sian Hii Wang Lik Kong Jing Xia Ng Pei Fen Tan Lu Yan

Chan Yi Ling Jenny Lee Lau Sie Teng Low Wen Yi Liau Siew Ling Mah Han Yao Teh Zhen Kiat

Unit: PPISMP SEM 3 BC/PJ/KS1 & BC/PJ/KS2 Nama Pensyarah: Tuan Syed Zulkarnain B Syed Mahamud

ISI KANDUNGAN BIL


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

PERKARA
Sejarah Bola Baling Perkembangan Bola Baling di Malaysia Peralatan Bagaimana Bermain Teknik dan Kemahiran Asas Teknik/Cara Menerima Bola Teknik Menjaringkan Gol Sistem Serangan Sistem Bertahan Kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain bola baling

MUKA SURAT

11. 12. 13. 14. 15.

Jenis Hukuman Balingan Ansur Maju Isyarat-Isyarat Tangan Dalam IHF Peraturan Baru IHF Rujukan

Sejarah Bola Baling


Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita yang bernama George W. Hancock pada tahun 1887 di Chicago, Amerika Syarikat. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Sebahagian besar kemahirankemahirannya terdiri daripada kemahiran bola jaring, bola sepak dan bola keranjang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman. Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun tersebut juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946 (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. Bidang bola baling Men adalah main-main 1936 Summer Olimpik di Berlin di permohonan khas Adolf Hitler[nama diperlukan]. Ia telah diubah daripada senarai sukan, untuk kembali sebagai berpasukan bola baling di 1972 untuk 1972 Summer Olimpik di Munich. Pasukan bola baling wanita telah ditambah sebagai satu disiplin yang sukan olimpik di 1976 Summer Olimpik. Bola baling persekutuan antarabangsa telah kejohanan dunia lelaki terancang dalam 1938, lalu setiap dua, tiga atau bertahun-tahun kadangkala empat sejak Perang Dunia Kedua. Kejohanan dunia wanita telah bermain semenjak 1957.

Antara negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan juga Poland. Di Asia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak. Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung.. Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait. International Handball Federation (IHF) juga menganjurkan wanita dan kejohanan dunia lelaki yang rendah. Sehingga pada 2007 Februari, IHF melaporkan mempunyai 159 orang ahli persekutuan mewakili kira-kira 1,130,000 pasukan pasukan dan sejumlah 31 juta pemain, jurulatih, pengawai dan pengadil.

Perkembangan Bola Baling Di Malaysia


Bola baling adalah satu lagi sukan yang terdapat dalam Majlis Olimpik Malaysia. Sebagai salah sebuah persatuan yang bergabung dalam majlis sukan terbesar di negara ini, sudah tentu layak bertanding dan mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan yang dianjurkan oleh IHF. Jika dilihat pada sejarah permulaan permainan bola baling di Negara kita, ramai daripada kita yang tidak dapat memberi jawapan atau sekadar mengagak bila sukan ini mula diperkenalkan di negara ini. Mungkin ada antara kita yang terus menjawab sukan ini tidak ada di negara ini. Sebenarnya permainan bola baling masih dianggap sebagai sukan atau permainan yang baru di Negara kita. Permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976, iaitu usianya belum sampai 20 tahun. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan permainan ini negara ini ialah seorang pegawai sukan di Pejabat Pendidikan Selangor ketika itu, iaitu Encik Lim Hock Han. Beliau memperkenalkan permainan ini kepada satu kumpulan guru dan pelajar di berapa buah sekolah di Selangor. Selepas itu sebuah jawatankuasa kerja kursus untuk permainan bola baling telah dibentuk untuk tujuan menjadi badan penyelaras bagi mempopularkan permainan ini, khususnya di kalangan pelajar sekolah dan maktab serta universiti. Dengan sokongan kuat daripada Kementerian Pendidikan serta Majlis Sukan-sekolah Malaysia (MSSM), pelbagai kursus dalam aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan bola baling untuk guru-guru telah diadakan. Tujuannya ialah mengembangkan permainan ini ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Usaha untuk mempopularkan permainan ini di kalangan murud dan pelajar sekolah tidaklah semudah yang dijangkakan. Sambutan yang diterima amat kurang menggalakkan. Hanya sekolah-sekolah di Selangor dan Wilayah Persekutuan yang menunjukkan minat, itu pun hanya di beberapa buah sekolah sahaja. Bagaimanapun, ini tidak melemahkan semangat dan usaha Majlis Sukan-Sekolah Selangor serta pihak yagn bertanggungjawab dalam permainan ini. Mereka terus berusaha memperkenal serta mempopularkan permainan ini dari semasa ke semasa.

Usaha mereka itu terbukti berjaya, apabila satu Kejohanan Bola Baling terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama bagi kedua-dua bahagian lelaki dan wanita telah diadakan pada 2 Jun 1982. Dalam kejohanan itu sebanyak 12 buah pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya telah mengambil bahagian. Pada tahun 1984, Persekutuan Bola Baling Malaysia atau PMB telah ditubuhkan dan kini juga telah diterima sebagi ahli gabungan dalam Majlis olimpik Malaysia- Satu perkembangan yang amat menggalakkan kepada peminat-peminat bola baling tempatan. Pertandingan bola baling antara negeri yang pertama telah dianjurkan oleh Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan (PBOSWIP) dalam tahun 1983, di Stadium Negara sempena keputeraan DYMM seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung di mana empat pasukan negeri dan dua pasukan dari Universiti tempatan telah mengambil bahagian. Di maktab perguruan pula, bola baling turut disenaraikan sebagai salah satu kegiatan kokurikulum para pelajarnya dan menjadi permainan yang dipertandingkan di antara maktab-maktab perguruan mulai tahun 1985. Ringkasnya permainan bola baling Berjaya menarik minat dan penyertaan rakyat negara ini dalam masa yang agak singkat sejak dipertandingkan.

Peralatan
Padang Atau Gelanggang

Padang atau gelanggang untuk permainan bola baling hendaklah mempunyai permukaan yang keras dan rata.Padang hendaklan berumput seperti di padang terbuka atau gelanggang bersimen atau berparket seperti di dalam dewan atau tempat yang tertutup. Gelanggang atau padang permainan hendaklah berbentuk segiempat

bujur.Panjangnya ialah 40 meter mengikut kiraan pada garisan tepi dan 20 meter lebar pada garisan gol yang menunjukkan saiznya adalah dua kali lebih kecil daripada saiz padang bola sepak.Padang atau gelanggang permainan ini dibahagikan kepada dua bahagian yang sama saiznya oleh garisan tengah ,dan dinamakan gelanggang permaianan kiri dan gelanggang permaianan kanan. Pada hujung kedua-dua bahagian kawasan atau gelanggang didirikan tiang gol. Tiang gol ini didirikan di dalam kawasan gol yang panjangnya enam meter daripada tepi tiang gol dan tujuh meter daripada garisan penjaga gol. Garisan balingan percuma ditunjukkan dengan garisan terputus-putus berjejari sembilan meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan penalti yang jaraknya tujuh meter daripada tengah garisan gol, lebarnya satu meter. Garisan penjaga gol pula pangjangnya ialah 15cm sementara jaraknya dari tengah garisan gol ialah empat meter. Pada kedua-dua garisan tepi, iaitu di tengah-tengah antara dua kawasan permainan terdapat garisan pertukaran pemain. Garisan ini panjangnya 15 cm dan 4.5 meter dari garisan tengah.Semua garisan di dalam gelanggang hendaklah dibuat dengan jelas supaya jelas dilihat. Semua garisan hendaklah mempunyai ukuran lebar 5 cm, termasuk garisan balingan percuma yang terputus itu. Setiap garisan mempunyai fungsinya sendiri seperti yang diasaskan kepada undang-undang permainan bola baling. Pemain hendaklah bermain mengikut undangundang permainan yang disediakan termasuk mematuhi semua garisan yang terdapat pada padang atau gelanggannya.

Gol dan Jaring

Gol permainan bola baling adalah seakan-akan gol dalam permainan hoki tetapi sebenarnya berbeza dalam beberapa aspek. Tiang gol hendaklah didirikan di tengahtengah garisan gol pada kedua-dua penghujung kawasan permainan dan mengandungi dua batang tiang yang didirikan tegak daripada garisan gol, yang panjangnya tiga meter dan tingginya dua meter. Tiang ini disambungkan oleh sebatang palang berbentuk segiempat yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol hendaklah diperbuat daripada kayu atau bahan tiruan yang serupa dan dicatkan hanya dengan dua warna yang terang secara berselang seli. Penjuru pertemuan antara tiang gol dengan palang hendaklah dicat dengan warna yang sama dengan ukurannya iaitu 28 cm. Pada bahagian lain tiang gol dan palangnya, panjang setiap warna ialah 20 cm. Pada tiang gol hendaklah dipasangkan jaring manakala kayu untuk tiang dan palang hendaklah berukuran 8 cm panjang dan lebar.

Pakaian
Bola baling memerlukan para pemainnya mengenakan pakaian yang sesuai dan selesa untuk pemain lelaki dan juga pemain wanita terdiri daripada baju berlengan pendek atau panjang, seluar pendek atau seluar sukan panjang ,stoking dan kasut sukan biasa atau boot. Semua pemain gelanggang hendaklah mengenakan pakaian yang seragam warnanya tetapi penjaga gol dikecualikan. Pemakaian sebarang alat yang boleh mendatangkan bahaya kepada pemain dan pemain lawan tidak dibenarkan. Sesebuah pasukan hendaklah pakaian yang berlainan warna daripada pasukan lawan.

BOLA

Bola hendak berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit berwarna . Berat dan lilitan bola sebelum dimainkan adalah seperti berikut: a) Dewasa

Lelaki: Berat antara 425gm hingga 475gm. Lilitan antara 48cm hingga 60 cm.

Perempuan: Berat antara 325gm hingga 499gm. Lilitan antara 54cm hingga 56cm.

Bola yang digunakan di dalam sesuatu pertandingan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu.

b) MSSM

Lelaki di bawah 18 tahun: Berat antara 425gm hingga 450gm Lilitan 54cm hingga 56cm

Perempuan di bawah 18 tahun: Bola saiz 2

Lelaki dan perempuan bawah 12 tahun: Bola saiz 2

PASUKAN
Setiap satu pasukan bola baling hendaklah terdiri daripada 12 orang pemain iaitu: 10 orang pemain gelanggang 2 orang penjaga gol

Bagi memulakan permainan, 6 orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol hendaklah berada di gelanggang permainan masing-masing atau sekurang-kurangnya 5 orang pemain,jika tidak permainan tidak boleh dijalankan. Pemain-pemain dibenarkan memakai nombor 1-20.Jersi nombor 1,12 dan 16 adalah dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk jersi pemain gelanggang.

Kedudukan pemain

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Penjaga Gol Bek Kanan Pemain Lengkongan Bek Kiri Sayap Kanan Pemain Tengah Sayap Kiri

Bagaimana Bermain
Tempoh Permainan:
Umumnya sesuatu perlawanan diadakan dalam dua tempoh yang setiap satu selama 30 minit, dengan 10 minit masa rehat. Dalam pertandingan yang diiktiraf, permainan diadakan dalam dua tempoh yang setiap satunya hanya terdiri daripada 15 minit sahaja tanpa masa rehat. Secara khususnya, tempoh permainan adalah seperti berikut: 1. Lelaki dan wanita dewasa atau mereka berumur 18 tahun ke atas. Masa permainan ialah 30 minit tiap-tiap satu tempoh dengan 10 minit masa rehat antara dua tempoh itu. 2. Lelaki dan perempuan mengikut peringkat umur atau kategori lain; masa permainan ialah 20 minit setiap separuh masa dengan 10 minit untuk masa rehat antara keduadua tempoh. 3. Peringkat MSSM, tempoh permainan yang bergantung kepada umur adalah: a. Sepuluh minit setiap separuh masa tanpa rehat untuk pertandingan yang dijalankan secara liga. b. Dua puluh minit setiap separuh masa dengan 10 minit masa rehat antara keduadua tempoh untuk pertandingan secara kalah mati.

Semasa Bermain:
SEORANG PEMAIN DIBENARKAN Menahan, menangkap, membaling, melantun, atau memukul bola dengan apa cara sekali pun (Genggam tapak tangan, tangan. Kepala peha atau lutut). Memegang bola pada jangka masa maksima 3 saat. Mengambil 3 langah maksima bersama bola : satu langkah akan dikira jika pemain berdiri dengan kedua-dua belah kaki di atas gelanggang, dengan angkat kaki sebelah jatuh kembali atau bergerak dengan satu kaki satu tempat ke satu tempat. Seseorang pemain boleh melakukan beberapa banyak langkah ketika melantun bola ke tanah. Pemain juga dibenarkan melantun bola dan menangkapnya semua

dengan tangan kemudian melakukan 3 langkah dan menyimpan bola selama 3 saat maksima. Pemain dibenarkan bola hantaran dari tangan ke tangan tanpa menghilangkan perhubungan pada masa itu. Dibenarkan menghantar bola dengan keadaan berlutut, duduk atau berbaring di tanah.

PEMAIN TIDAK DIBENARKAN Tidak dibenarkan menyentuh bola di bahagian kaki di bawah lutut atau kaki atau dibaling dengan sengaja oleh pihak lawan. Tidak dibenarkan melintasi garisan tepi atau garisan gol dengan bola atau dengan tidak sengaja melontar bola ke dalam kawasan. Melambat-lambat permainan dengan tidak bertindak untuk membuat serangan. Nota: Permainan diteruskan jika bola terkena referi semasa permainan sedang berjalan.

Melentang Lawah:
PEMAIN DIBENARKAN Dibenarkan menggunakan tangan atau lengan untuk mendapatkan bola. Dibenarkan menghalang pihak lawan dengan badan. Dibenarkan menghalang pihak lawan walaupun ia tidak memegang bola.

SEORANG PEMAIN TIDAK DIBENARKAN Meragut atau memukul bola dari tangan pihak lawan. Memegang, menolak, memukul, membentis atau menjatuhkan diri di depan pihak lawan. Memaksa pihak lawan memasuki kawasan gol. Membaling bola dengan sengaja kepada pihak lawan atau mengacah bola dengan keadaan merbahaya.

Membahayakan penjaga gol. Melompat dan berlari ke arah pihak lawan atau memukul atau menalut-nakut pihak lawan dengan apa cara sekali pun.

Menjaring Gol:
Jaringan gol dikira apabila keseluruhan bola telah melepasi garisan gol antara keduadua tiang gol dan di bawah palang gol. Pihak yang membuat jaringan ke atas golnya sendiri dikira gol (Gol sendiri) Jika referi atau penjaga masa telah meniup wisel sebelum keseluruhan bola melintasi garisan dalam, jaringan tersebut tidak akan dikira. Jaringan gol akan dikira daripada semua balingan berikut: Balingan penati Balingan ke dalam Balingan permulaan Balingan percuma Balingan gol Jika pihak bertahan melakukan kesalahan ke atas pihak penyerang semasa melakukan jaringan, gol tersebut hendaklah diterima (Gol dikira)

Balingan Permulaan: Balingan permulaan dilakukan semasa memulakan perlawanan selepas masa kedua dimulakan dan apabila sesuatu jaringan telah dibuat. Balingan hendalah dilakukan Di tengah-tengah gelangggang Balingan bolehlah dituju ke mana-mana arah di kawasan permainan mereka. Hendaklah dibaling dalam masa 3 saat selepas wisel referi dibunyikan. Semua pemain mesti berada dalam kawasan permainan masing-masing dan pihak lawan hendaklah berada pada jarak 3 meter dari pemain yang akan melakukan balingan permulaan.

Balingan ke Dalam: Diberikan apabila: KESELURUHAN BOLA MELEPASI GARISAN TEPI DI ATAS

TANAH ATAU DI UDARA ATAU GARISAN GOL SETELAH DISENTUH OLEH PEMAIN YANG BERTAHAN. Balingan boleh diambil seta-merta tanpa tiupan wisel dari referi. Balingan hendaklah diambil dimana bola tersebut melintas garisan tepi kecuali baling ke dalam di sudut. Pembaling hendaklah meletakkan sebelah kaki di atas garisan tepi sehingga bola itu dilepaskan. Pihak lawan hendaklah berada pada jarak 3 meter semasa baling dilakukan.

Balingan Gol: Diberikan apabila : KESELURUHAN BAHAGIAN BOLA MELEPASI GARISAN GOL SETELAH DISENTUH OLEH PENYERANG ATAU PENJAGA GOL. Penjaga gol sahaja dibenarkan membuat balingan gol dari kawasan gol, tanpa tiupan wisel isyarat dari referi kecuali dalam keadaan melenggah-lenggah permainan. Bola dilakukan dengan apa cara sekalipun mengira langkah atau had masa, balingan dikira sebaik sahaja bola dilepaskan keluar dari kawasan gol oleh penjaga gol. Jika bola berhenti di dalam kawasan gol, penjaga gol hendaklah memainkan semula bola dengan membuat balingan gol. Penjaga gol tidak boleh menyentuh kembali bola setelah balingan gol dibuat kecuali disentuh oleh pemain lain terlebih dahulu.

Balingan Percuma: Balingan diberikan apabila kesalahan tidak serius atau melanggar peraturan permainan dilakukan di gelanggang permainan. Balingan hendaklah dibuat di tempat di mana kesalahan itu dilakukan dengan sertamerta tanpa menunggu tiupan wisel.

(Nota: Jika balingan percuma diberikan kepada penyerang dan kesalahan tersebut berlaku di kawasan garisan gol, pasukan bertahan hendaklah berada di kawasan garisan gol manakala balingan percuma hendaklah dilakukan di luar yang berhampir dari garisan balingan percuma.) Jika pihak penyerang melakukan balingan percuma, pemain lain tidak dibenarkan menyentuh garisan sebelum balingan dilakukan. Jika berlaku, kesalahan balingan percuma akan diberikan kepada pihak yang bertahan. Pihak bertahan hendaklah berada pada jarak 3 meter dari si pembaling.

Balingan 7 Meter (penalti): Balingan penalti akan diberikan apabila... Peluang keemasan yang jelas untuk menjaring gol dimusnahkan oleh pihak bertahan dengan melakukan kesalahan di mana-mana tempat di gelanggang (meskipun tindakan kesalahan itu dilakukan oleh pegawai dari pasukan lawan) Penjaga gol memasuki kawasan gol dengan bola atu mengambil bola masuk ke kawasan gol. Pemain pertahanan memasuki kawasan gol sendiri untuk menghalang pemain penyerng semasa ianya menguasai bola. Pemain pertahanan dengan sengaja memainkan bola masuk ke kawasan gol sendiri.

BALINGAN PENALTI HENDAKLAH DIAMBIL... Sebagai balingan ke arah gol dalam masa 3 saat selepas wisel dibunyikan. Pembaling yang mengambil balingan tidak dibenarkan menyentuh atau melintasi garisan bilangan penalti (Garisan 1 meter) sebelum bola dilepaskan dari tangannya. Setelah bola dibaling, bola tersebut tidak dibenarkan disentuh oleh mana-mana pemain sehingga ianya disentuh oleh penjaga gol atau terkena bahagian gol (Goal Post) Semua pemain kecuali pembaling 7 meter (pembaling penalti) sahaja dibenarkan berada di kawasan antara garisan 9 meter dengan garisan kawasan gol semasa balingan 7 meter dilakukan.

Jika pihak penyerang melintasi garisan balingan percuma sebelum bola dilepaskan dari tangan si pembaling, balingan percuma seterusnya akan diberikan kepada pihak yang bertahan. KEDUDUKAN PASUKAN BERTAHAN: hendaklah berada pada jarak 3 meter dari si pembaling 7 meter. PENJAGA GOL: Jika penjaga gol melintasi garisan sempadan 4 meter sebelum bola dibaling, balingan 7 meter atau penalti diulang semula jika bola tidak gol dan dikira gol jika masuk gol.

Balingan Referi: Balingan dimulakan semula dengan balingan referi jika : Permainan itu diganggu oleh referi Selepas melanggar peraturan-peraturan permainan oleh kedua-dua pasukan serentak. Jika permainan itu terganggu tanpa melanggar sebarang peraturan-peraturan permainan. Balingan referi hendaklah dibuat oleh referi di tengah-tengah gelanggang permainan. Semasa balingan dibuat, semua pemain kecuali seorang dari setiap pasukan akan menghala ke arah gol lawan masing-masing untuk merebut bola dari balingan referi yang akan dilambung ke udara setinggi 1 meter. (Dengan tiupan wisel). Pemainpemain lain hendaklah berada pada jarak 3 meter dari tempat balingan referi.

Cara-Cara Membuat Balingan: Bola hendaklah berada pada tangan si pembaling sebelum balingan dilakukan. Semasa melakukan permulaan, balingan ke dalam, balingan percuma atau balingan 7 meter , si pembaling hendaklah memijat lantai atau gelanggang bagi boleh diangkat dan diletakkannya berulang-ulang. (mengacah) Referi dimestikan meniup wisel untuk memulakan : Memulakan perlawanan atau dalam keadaan tertentu

Semasa melakukan balingan ke dalam, balingan gol atau balingan percuma setelah cuba di lewat-lewatkan dalam permainan. Selepas membetulkan kesalahan. Selepas memberi amaran. Selepas memberi 2 minit pergantungan. Selepas memberi kad merah. Selepas membatalkan pemain. Apabila referi mengesan pendapat yang berlainan untuk memberi hukuman kepada pasukan. Selepas isyarat wisel dibunyikan pemain hendaklah memainkan bola tersebut dalam masa 3 saat. Gol boleh dijaringkan dari mana-mana arah balingan yang dilakukan.

TEKNIK DAN KEMAHIRAN ASAS


Bola baling merupakan sejenis permainan berpasukan. Oleh itu setiap pemain harus mampu bermain secara berpasukan dengan menitikberatkan persefahaman dan kerjasama sesame pemain. Bagi memastikan setiap pemain mampu bermain secara berpasukan dengan baik, berkesan dan bermotifkan kejayaan, setiap pemain hendaklah mempunyai ciri-ciri tertentu. Ciri-ciri ini amat perlu dalam memahirkan diri pemain dengan pelbagai kemahiran dan teknik permainan yang khusus untuk bola baling. Ciri-ciri ini adalah seperti berikut: 1. Tahap atau tingkat teknik kemahiran yang tinggi 2. Tahap atau tingkat kecergasan, kesegaran dan keseimbangan yang tinggi. 3. Berpengetahuan dan mempunyai pemahaman menyeluruh akan taktik-taktik permainan. 4. Mempunyai pendekatan mental yang betul dan wajar. 5. Bersikap positif dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. 6. Mampu bermain secara berpasukan. Terdapat tujuh kemahiran asas dalam permainan bola baling, dan setiap pemain hendaklah mempelajari kesemua kemahiran ini bagi melengkapkan dirinya sebagai pemain bola baling yang Berjaya. Kemahiran itu adalah seperti berikut: 1. Berlari 2. Melompat 3. Melontar (menghantar) 4. Menangkap (menerima) 5. Mengadang 6. Mengelecek 7. Pergerakan badan (untuk berpusing, tipu-helah dan mengelak)

Prinsip-prinsip hantaran
Di dalam membuat hantaran kepada seseorang rakan beberapa perkara perlu dititikberatkan ialah : 1) hantaran hendaklah tepat kepada kawan 2) bola yang dihantar hendaklah berada jauh daripada pihak lawan 3) bola yang dihantar hendaklah ditangkap sebelum diserang oleh pihak lawan 4) latihan hantaran hendaklah dibuat daripada jarak dekat hingga jauh serta daripada keadaan statik hingga ke aktif

Jenis hantaran bola baling


Terdapat lapan cara hantaran bola dalam permainan bola baling, iaitu 1. Hantaran atas kepala pegang bola dengan tangan kanan kaki kiri melangkah selangkah ke hadapan berat badab berada di atas kaki kanan bawa bola ke bahagian belakang badan dengan kedudukan siku lurus pindah berat badan dari belakang ke hadapan ketika membuat hantaran gunakan pergelangan tangan semasa menolak bola dan hayunan separuh bulatan tangan kanan tangan yang melontar hendaklah ikut lajak ke arah hantaran dibuat .

2. Hantaran atas bahu pegang bola di atas tapak tangan kanan kaki kiri melangkah selangkah ke hadapan berat badan berada di atas kaki kanan bawa bola ke belakang kepada dengan kedudukan siku dibengkokkan pindah berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat hantaran tolak bola dengan kuat dan arus tangan dan jari ikut lajak arah bola dihantar bagi hantaran jarak jauh gunakan pergerakan whip pergelangan tangan dan jari

3. Hantaran sisi/bawah bahu tekniknya sama seperti melakukan hantaran atas bahu kecuali tangan kanan yang dihayun ke belakang hendaklah pada paras pinggang tolak bola dengan menggunakan pergelangan tangan sambil menukarkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan

4. Hantaran dua belah tangan Lob kedua tangan mencekak bola dan membawanya ke belakang kepala siku tangan bengkok ambil selangkah sambil tukar berat badan ke kaki hadapan lontarkan bola dengan hayunan tangan bengkok dan lurus di atas kepala ke hadapan tangan ikut lajak arah bola dihantar

5. Hantaran paras dada pegang bola rapat pada paras dada dengan cara cekak bola dengan jari terbuka dan kedua ibu jari dibelakang bola bengkokkan kaki dan tolakan bola kuat dengan menggunakan kekuatan tangan flick bola ke hadapan semasa monolak bola ke hadapan tukarkan berat badan ke kaki yang dilangkah ke hadapan kedua tangan hendaklah ikut lajak kea rah hantaran bola dibuat

6. Hantaran lantun sebelah tangan pergerakan kaki seperti hantaran atas bahu jari hendaklah sentiasa di belakang bola lantun bola dengan menggunakan pergelangan tangan lantun bola dari paras dada tangan hendaklah mengikut lajak apabila telah membuat hantaran

7. Hantaran lantun dua belah tangan pergerakan kaki seperti hantaran atas bahu jari hendaklah sentiasa di belakang bola lantun bola dengan menggunakan pergelanggan tangan lantun bola dari paras dada kedua tangan hendaklah mengikut lajak apabila telah membuat hantaran

8. Hantaran depan pegang bola dengan dua belah tangan kedudukan kaki terbuka seluas paras bahu dengan keadaan lutut bengkok sedikit lambung bola pada paras di bawah bahu ketika rakan anda berlari menuju arah anda

Kedudukan bola untuk melakukan hantaran (lontaran hadapan)

TEKNIK /CARA-CARA MENERIMA BOLA


Menerima atau menyambut bola ialah satu aksi menangkap bola dengan tangan . Untuk menerima atau mengawal bola , seseorang pemain mesti memberi perhatian kepada faktor-faktor berikut : a) Pandang bola dan juga penghantarannya b) Hulur tangan kea rah bola yang mendatang c) Temu bola dengan hujung jari dengan kedudukan kedua ibu jari di belakang bola d) Tangkap dengan jari terbuka e) Tangkap dan tarik bola ke badan ( paras dada ) f) Kedudukan kaki sebelah di depan dan jarak dengan kaki belakang seluas bahu g) Tukar berat badan dari kaki depan ke kaki belakang apabila bola telah ditangkap Menerima bola paras pinggan kaki sebelah di depan dan sebelah di belakang , jarak seluas bahu kedua tangan dibuka, siku bengkok kedua lutut kaki dibengkokkan sedikit untuk imbangan dan kawalan badan berat badan berada di kaki depan tetapi dipindahkan ke kaki belakang apabila bola telah dapat ditangkap bola yang ditangkap , dibawa ke belakang tangkap bola dengan jari bukan tapak tangan Menerima bola paras dada kaki kiri di depan dan jaraknya dengan kaki belakang seluas bahu kedua tangan dibengkokkan sedikit sambil tapak tangan terbuka apabila bola telah diserkap maka siku dibengkokkan sambil berat badan dipindahkan ke kaki belakang

KEMAHIRAN MENGELECEK DAN MENGADANG Teknik Dalam Mengelecek:


Teknik dalam melakukan sesuatu kemahiran memerlukan latihan kemahiran yang betul dan teratur, teruntamanya pada peringkat awal penglibatan pemain dalam sukan termasuk bola baling ini. Bagi memudahkan perlakuan mengelecek ini, dinyatakan beberapda teknik yang bersesuaian: 1. Pemain hendaklah membengkokkan lutut sekurang-kurangnya pada jarak keluasan dengan kedudukan badan yang kesinambungannya terkawal. 2. Pemain hendaklah menyentuh tangannya pada bahagian atas bola, manakala jari sentiasa terbuka. 3. Pemain hendaklah melakukan lantunan bola pada jari dan tidak pada tapak tangannya. 4. Pemain menolak bola ke tanah dengan pergerakan pada pergelangan tangan sambil lengen dibawa ke bawah sedikit. Badan hendaklah dibengkokkan sedikit. 5. Pemain hendaklah memfokuskan penglihatannya pada hantaran yang akan dibuat dan tidak pada bola. 6. Lantunan bola sebaik-baiknya hendaklah pada aras sederhana, iaitu di antara pinggang dengna lutut. 7. Pemain menolak bola ke hadapan sambil bergerak pantas semasa menyambut bola bagi mendapatkan kepantasan mengelecek.

Jenis-jenis latihan dalam kemahiran mengelecek:


1) Kedudukan badan dan imbangan berseorangan bergerak ke kiri , kanan depan dan belakang mulakan tanpa bola dan kemudian dengan bola ikut arahan

2) Mengelecek sambil berjalan berseorangan /berdua/bertiga menggelicek perlahan-lahan ke depan dan balik semula ke tempat permulaan lakukan lantunan yang rendah untuk mengekalkan kawalan pertandingan berkumpulan 3) Mengelecek sambil berlari ~ untuk kepantasan dan kawalan a. berseorangan / berdua/bertiga b. setiap pemain menggelicek bola hingga ke hujung garisan yang bertentangan dan balik c. Lutut dibengkokkan sedikit bagi mengekalkan imbangan yang baik untuk bergerak ke depan dengan pantas d. Tolak bola ke depan dan bergerak dengan cepat untuk menyambutnya e. Lantunan hendaklah pada jarak dan ketinggian yang selesa f. Latihan dengan bertukar-tukar tangan ~ Lari berganti-ganti cara bengkang-bengkok ( zig-zag ) a. berkumpulan b. menggelicek melalui halangan dalam keadaan bengkang-bengkok c. kumpulan pertama yang menamatkan perlumbaan dikira sebagai pemenang d. Dua lawan satu e. bertiga-tiga dalam kumpulan f. seorang pemain cuba memintas bola g. dua orang pemain lagi cuba menggelicek untuk melepasi pemain pertahanan h. sekiranya seorang pemain pertahanan Berjaya menyetuh bola , salah seorang dari pemain mengambil alih tempatnya sebagai pemain pertahanan

~ Dua lawan satu a. bertiga-tiga dalam kumpulan b. seorang pemain cuba memintas bola c. dua orang pemain lagi cuba menggelicek untuk melepasi pemain pertahanan d. sekiranya seorang pemain pertahanan Berjaya menyetuh bola , salah seorang dari pemain mengambil alih tempatnya sebagai pemain pertahanan ~ Mengelecek melalui 4 orang pemain pertahanan a. seorang pemain menggelicek dengan menggunakan tangan kanan dan kiri untuk menjatuhkan bola dari pemain pertahanan b. pemain-pemain pertahanan cuba menghalang dan dengan tidak bergerak cuba merampas bola c. sekiranya dia gagal mengawal bola , pemain yang menggelicek itu mesti mengulang semula dari tempat permulaan.

~ Permainan mengelecek berangkai a. pemain yang menggelicek cuba menyentuh pemain-pemain lain semasa ia sedang menggelicek b. sekiranya seorang pemain disentuh , dia pula menggelicek bola sambil mengejar yang lain c. pemain-pemain gelanggang. ~ Menyerang sambil bertahan a. lakukan lantunan yang berturutan sambil berlari ke depan,belakang dan sisi.Setiap peain mestilah cuba merampas bola dari pemain yang lain b. pemenang merupakan seorang pemain yang dapat kekal mengawal bola tidak dibenarkankan keluar dari separuh kawasan

MENGADANG
Satu lagi kemahiran yang tidak kurang pentingnya ialah mengadang. Setiap pemain diharap dapat memahirkan diri dalam kemahiran ini kerana kegagalan melakukan cadangan yang baik dan berkesan akan memudahkan pemain lawan merampas bola atau membuat jaringan gol. Sebenarnya mengadang ialah kemahiran seseorang pemain dalam mengawal pergerakan pemain lawan daripada menyerang dan menjaringkan gol. Mengadang semasa pihak lawan menjaringkan gol, meruppakan kemahiran pertahanan yang harus ada pada setiap pemain secara individu. Dalam permainan bola jaring, mengadang mempunyai dua matlamat. Pertama ialah menghalang pihak lawan daripada melakukan serangan yang mungkin dilakukan hingga mampu menghasilkan gol. Kedua, untuk merampas bola daripada kawalan lawan. Dengan itu pemain akan dapat memiliki bola serta menggerakkan tindakan untuk menyerang balas. Cara Mengadang: Untuk melakukan adangan dengan betul dan berkesan, ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh pemain bola baling: i. ii. iii. iv. Mengadang dari jarak dekat Mengadang dari jauh Mengadang dari hantaran bola tinggi Melindungi rakan daripada lawan

TEKNIK MENJARINGKAN GOL


Jenis-jenis teknik: I. II. III. IV. Jaringan dari atas kepala ( overarm shot ) Jaringan dari bawah lengan ( underarm shot ) Jaringan dari lompatan ( jump shot ) Jaringan menjunam ( diving shot )

I.

Teknik asas dalam jaringan dari bawah lengan

a) pemain mengambil langkah yang panjang ke depan atau sisi b) merendahkan badannya selaras dengan bola c) baling dengan kuat menggunakan cara jaringan dari bawah lengan

II.

Teknik asas jaringan dari lompatan

a) mulakan pergerakan dengan berlari , kemudian lompat dan semasa di udara baling bola dari atas kepala kea rah pintu gol b) latihan bagi jaringan dari lompatan tanpa bola-ambil tiga langkah selepas langkah ketiga , lompat sambil tangan yang akan membuat balingan menyentuh tali yang diregangkan dengan bola-seorang pemain berlari ke depan untuk meneriama bola dari jurulatih dengan melompat , dia melakukan jaringan melalui atas tali ke arah pintu gol . latihan diulang dengan pemain-pemain lain

III.

Variasi

a) Lompat dan buat jaringan melalui atas tangan dua orang pemain pertahanan yang melompat b) Menggunakan halangan contohnya adangan di paras kepala

IV.

Teknik asas dalam jaringan menjunam a) Dari garisan gol , seorang pemain menjunam ke dalam kawasan gold sebelum mendarat dan seterusnya mendarat dengan mengguling di atas bahu atau tangan yang dilembutkan b) Latihan bagi jaringan menjunam latihan tanpa bola jatuhkan badan ke depan dan ke sisi baling dalam keadaan melutut dan guling di atas bahu tangan yang membuat balingan tadi latihan yang sama dalam keadaan berdiri dengan bola tangkap bola dengan kedudukan membelakangkan pintu gol pusing junam dan jaring

MENGACAH
Definisi: melakukan pergerakan untuk mengelirukan lawan perhatiannya ) Tujuan: untuk mengelirukan pihak lawan untuk bertindak tetapi tidak menghasilkan apaapa .Ini boleh dilakukan dengan menggerakkan bola atau mana-mana bahagian badan . Contohnya: bergerak dengan mengejut ke kiri atau ke kanan kemudian bertindak dengan pantas ke arah yang bertentangan berlatih pergerakan mengacah ke dua-dua arah dan kemudian ditambah dengan bentuk yang lebih kompleks. , atau mengalihkan

SISTEM SERANGAN
Serangan pantas yang mula
Serangan ialah situasi permainan di mana seseorang pemain memulakan satu serangan terhadap pasukan lawan yang di dalam keadaan tidak teratur. Serangan boleh dimulakan dengan: Apabila pihak lawan gagal membuat serangan atau membuat balingan lemah dan bola disekat. Menerima hantaran pantas daripada penjaga gol.

Di dalam membuat serangan seseorang penyerang handaklah pantas bertindak dan hendaklah mendapat bantuan dan sokongan pemain-pemainnya yang lain. Sekiranya serangan berbentuk individu menerima kerumitan untuk menewaskan benteng lawan maka serangan hendaklah dilakukan dalam bentuk organisasi seperti: 2:4 3:3 1: 2 : 3

Sistem Serangan 2 : 4

Di dalam sistem ini dua pemain akan bermain di hadapan iaitu pemain 1 dan 2, manakala pemain belakang sentiasa bersedia membuat pertukaran. Semasa menyerang, pemain 1 dan 2 akan berlari berselang arah sebagai langkah memecahkan kubu lawan. Untuk melaksanakan sistem ini sebaiknya sesuatu pasukan telah mahir membuat hantaran jarak jauh dengan laju, mahir memainkan bola di garisan dan mempunyai barisan pertahanan yang cekap dan pantas bertindak apabila berlaku serang balas.

Sistem Serangan 3 : 3

Tujuan melakukan serangan dalam formasi ini ialah untuk memecahkan benteng pertahanan lawan, membuat gerakan keliru dan mencuba menarik perhatian pemain pertahanan lawan. Dalam melakukan serangan ini tiga pemain hendaklah berada di garisan kawasan gol lawan.

Sistem Serangan 1 : 2 : 3

Di dalam sistem ini seoragn pemain tunggal di hadapan akan membuat serangan kilat berseorangan, kemudian ia akan dibantu dari belakang oleh seorang rakannya dan seterusnya dibantu oleh seorang lagi rakannya menjadikan semuanya 3 orang pemain membuat serangan. Dalam serangan ini pasukan penyerang hendaklah mempunyai kesefahaman dan organisasi menyerang agar pihak lawan menjadi tidak teratur.

SISTEM BERTAHAN (KEBAIKAN DAN KEBURUKAN )


Sistem Pertahanan 6:0

Di dalam system pertahanan ini setiap pemain bertahan mempunyai zon kawalan sendiri iaitu di hadapannya.Kesefahaman dan kerjasama antara pemain merupakan factor utama kejayaan system ini jika tidak benteng pertahanan akan dapat ditembusi oleh lawan. Dalam melaksanakn system ini,setiap pemain pertahanan hendaklah menyekat pemain yang menyerang dan cepat menutup zonnya apabila bola dihantar kea rah lain.Contohnya seperti Rajah di mana pemain pertahanan rapat antara satu sama lain dengan tujuan menutup ruang untuk menjaring gol. KEBAIKAN: Pemain pertahanan tidak meninggalkan ruang kepada lawan kerana kawalan ketat. Penyerang mudah dilihat dan dikawal. Mudah untuk membuat pertukaran ke system lain.

KEBURUKAN: Memberi peluang kepada pihak lawan membuat hantaran/lontaran jarak jauh. Pemain pihak lawan yang tinggi mudah menjaringkan gol. Pihak lawan yang pandai membuat acahan dan menggelecek akan mudah menembusi pertahanan.

Sistem Pertahanan 5:1

System ini menempatkan 5 pemain pertahanan di kawasan balingan percuma dan 1 orang pemain di luar garisan balingan percuma. Kedudukan pemain yang berada di luar garisan balingan percuma adalah bergantung kepada arah serangan yang dating.Pemain yang keluar ke hadapan adalah pemain yang hampir dengan tempat serangan dibuat dan yang lain menjadi pemain pertahanan.Contohnya jika pemain Xmenyerang seperti rajah di atas maka pemain 5 hendaklah keluar ke hadapan sebagai penyekat serangan.

KEBAIKAN: Pertahanan yang berada di atas sentiasa mengacau organisasi pertahanan lawan. Pemain tunggal di atas dapat merancang dalam tugas tertentu Mudah untuk melakukan serangan kilat bila berpeluang. KEBURUKAN: Penyerang boleh membuat pertahanan sambil menyerang lawannya. Penyerang/lawan tukar corak serang

Sistem pertahanan 3:2:1

Dalam melaksanakan system ini,setiap pemain hendaklah memberikan penumpuan kepada pemain yang mempunyai bola serta mempunyai kemahiran membuat hantaran atau lontaran/jaringan jarak jauh dengan kuat dan tepat. KEBAIKAN: Mempunyai jarak pendalaman yang cukup dan taktik yang baik bagi pemain yang boleh membuat hantaran yang kuat. Mudah membuat serangan balas. Semua pemain memberi penumpuan kepada pemain yang membawa bola. KEBURUKAN: Pertahanan akhir mengawal zon yang luas. System yang lemah apabila penyerang menggunakan 2 sayap atas sekali tanpa tugas yang memberatkan rakan pertahanan yang lain.

Kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain bola baling


1) Meragut atau memukul bola daripada kawalan pemain pasukan lawan. 2) Menghalang dengan menyentuh pihak lawan dengan tangan,kaki atau tanpa bola. 3) Memegang,memukul,menolak atau membentas atau menjatuhkan diri di depan lawan. 4) Mengugut atau mengeluarkan kata-kata kurang sopan. 5) Memaksa pihak lawan masuk ke dalam kawasan golnya sendiri. 6) Membaling bola dengan sengaja atau mengacah-acah dengan keadaan yang berbahaya. 7) Mendapatkan bola dengan cara menerpa atau membaringkan badan di atas tanah. 8) Mengambil bola yang berada di atas kawasan gol. 9) Menumbuk bola dalam kawalan pihak lawan. 10) Pemain gentian memasuki gelangggang sebelum pemain yang akan diganti keluar . 11) Pemain membantah keputusan pengadil. 12) Menghampiri kurang daripada 3 meter dari pihak lawan yang akan membuat lontaran. 13) Merempuh pihak lawan semasa hendak membuat jaringan . 14) Dengan sengaja memasuki kawasan gol. 15) Menarik pakaian pihak lawan semasa bermain. 16) Membuat gentian penjaga gol tanpa memberitahu pengadil. 17) Menahan bola dengan kaki oleh pemain gelanggang. 18) Melompat semasa hendak membuat balingan percuma,penalti dan balingan ke dalam. 19) Menyimpan bola lebih daripada 3 saat. 20) Melintasi garisan tengah sebelum balingan permulaan dibuat. 21) Tidak mempunyai semangat kesukanan.

Jenis Hukuman Balingan


A. Balingan Percuma
Hukuman ini diberikan jika kesalahan berikut didapati telah berlaku iaitu :

1. Pemain gelanggang
1.1 memegang bola lebih daripada 3 saat selepas referi meniupkan wisel untuk baling tengah /penalti. 1.2 pihak lawan berada kurang dari 3 meter semasa balingan tengah/balingan ke dalam dilakukan. 1.3 Bergerak lebih 3 langkah semasa memegang bola. 1.4 Bermain bola dua kali. 1.5 1.6 Menendang atau menyentuh bola di bawah paras lutut. Melintas garisan tepi/garisan gol di luar kawasan gol dengan bola/tanpa bola dengan sengaja. 1.7 1.8 1.9 Meragut atau memukul bola dari tangan pihak lawan. Menghalang pihak lawan memasuki kawasan gol. Memaksa pihak lawan memasuki kawasan gol.

1.10 Memasuki kawasan gol dengan bola atau tanpa bola yang memberikan kelebihan. 1.11 Menyentuh atau mengambil bola dari kawasan gol. 1.12 Kesalahan penggantian di mana pemain pengganti masuk dahulu sebelum pemain yang bermain keluar. 1.13 Memainkan bola masuk ke kawasan gol sendiri. 1.14 Melakukan balingan ke dalam/balingan percuma semasa balingan percuma dibuat 1.15 Pihak penyerang memasuki kawasan balingan percuma semasa balingan percuma dibuat. 1.16 Pemain melakukan perbuatan kurang sopan terhadap referi. 1.17 Pemain dengan sengaja melambat-lambatkan permainan. 1.18 Permainan tergantung tanpa melanggar sebarang peraturan permainan. 1.19 Pemain penyerang menyentuh ,memijak atau memasuki kawasan

balingan penalti dibuat. 1.20 Pemain dengan sengaja memainkan bola keluar. 1.21 Menggunakan gengam untuk memainkan bola daripada pihak lawan. 1.22 Dengan sengaja memainkan bola ke arah lawan dengan keadaan membahayakan. 1.23 Melakukan tindakan yang membahayakan penjaga gol. 1.24 Memegang pihak lawan, memukul,menolak atau menjatuhkan diri di hadapan pihak lawan.

Gambar di atas menunjukkan satu kesalahan telah dilakukan oleh pemain pasukan bertahan yang menyebabkan hukuman balingan percuma diberi kepada pasukan penyerang di garisan balingan percuma.

B.

Balingan Gol

Balingan ini akan dibuat oleh penjaga gol apabila bola yang dimainkan keluar dari garisan gol.

C.

Balingan Ke Dalam

Balingan ini dibuat apabila seluruh bahagian bola melepasi garisan tepi gelanggang sama ada di atas tanah atau udara atau boleh melepasi garisan gol setelah terakhirnya dilakukan oleh pemain pertahanan.

D.

Balingan Referi

Balingan ini akan dibuat sekiranya di bawah ini berlaku:Jika permainan yang sedang berjalan diganggu oleh referi Pelanggaran serentak peraturan-peraturan permainan oleh kedua-dua pasukan Jika permianan terganggu tanpa sebab melanggar peraturan-peraturan permainan

E.

Balingan Sudut

Balingan sudut akan diberikan kepada pasukan penyerang sekiranya bola yang keluar di garisan gol disentuh oleh sebab seorang pemain pertahanan sebagai pemain terakhir menyentuh bola sebelum bola keluar.

F.

BALINGAN 7 METER(PENALTI)

Balingan penalty diberi kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan yang serius. Pemain yang akan membuat penalty mestilah tidak menyentuh atau melintasi garisan balingan penalty sebelum bola dilepaskan. Sekiranya semasa balingan penalty dibuat, penjaga gol melintasi garisan gol sebelum bola dilepaskan oleh pembaling, balingan penalty akan dibuat sekali lagi sekiranya bola tidak dijaringkan.

Balingan 7 meter diberi apabila: (a) sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol dihalang dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkan bola. (b) seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di kawasan gol Pihak pengadil akan memberikantime-out sekiranya penjaga gol mahu melakukan balingan 7 meter kerana ianya dikira melewatkan permainan. Selepas sahaja wisel dibunyikan oleh pengadil, balingan 7 meter hendaklah dibuat ke arah gol dalam masa 3 saat. Pemain yang hendak membuat balingan 7 meter hendaklah berdiri di belakang garisan 7 meter. Pemain tidak dibenarkan menyentuh ataupun melepasi garisan 7 meter apabila isyarat wisel dibunyikan oleh pengadil sehinggalah bola itu dilepaskan. Pemain pihak lawan juga mestilah berada 3 meter jauh dari pembaling sehinggalah bola itu dibaling. Balingan semula akan dilakukan sekiranya pihak lawan melakukan kesalahan semasa balingan tersebut dilakukan.

UNDANG-UNDANG SEPAKAN PENALTI


Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di dalam kawasan penalti.

1. Pemain Gelanggang
Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di tengah-tengah gawang. Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m di luar kawasan penalti kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol. Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil. Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti dan tidak boleh menendang bola sekali lagi sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain.

2. Penjaga gol
1.25 Menggunakan bahagian kaki di bawah lutut untuk menyentuh bola yang berhenti di kawasan gol atau menahan bola yang sedang menghala ke

kawasan permainan/gelanggang. 1.26 meninggalkan kawasannya dengan bola. 1.27 Bermain bola dua kali di luar kawasan gol. 1.28 Mengambil bola yang berada di luar kawasan gol sedangkan ia berada di kawasan gol. 1.29 Dengan sengaja memainkan bola keluar ke garisan gol. 1.30 Memainkan bola sekali lagi di gelanggang permainan selepas balingan gol dan sebelum bola dimainkan oleh pemain lain.

Ansur Maju
Keperluan latihan fizikal merangkumi aspek-aspek :
Stamina atau daya ketahanan Kekuatan Ketangkasan Daya lompatan Kelenturan atau kelajuan

Stamina/dayan tahan
Menerusi larian merentas desa Berlari mengikut rentak atau kelajuan yang berbeza

Kekuatan
Melalui latihan litar Melalui latihan angkat berat

Ketangkasan
Melalui aktiviti permainan lain seperti bola sepak mini,bola keranjang bebas dan bola jaring mini. Menganjurkan latihan gimnastik yang sesuai Melalui larian pecut dan larian laju

Daya Lompatan
Melompat menggunakan sebelah kaki,pada jarak 10 hingga 20 meter. Melompat menggunakan dua belah kaki seberapa jauh yang boleh.

Melompat dengan dua belah kaki sambil menaiki tangga atau bukit. Melompat sebelah dan dua belah kaki sambil menukar arah seperti ke kiri,ke kana,ke hadapan dan ke belakang. Melompat setempat diikuti dengan larian pendek dan melompat dan berlari sejauh 50meter.

Kecergasan
Latihan lari kejar mengejar di antara satu dengan lain dalam ruang yang terhad. Berlari dan melompat ke pelbagai arah mengikut arahan jurulatih. Pemain membuat lompatan untuk menangkap bola yang dihantar tinggi oleh rakan atau jurulatih. Lari pecut dan berhenti tiba-tiba.

Kelenturan/fleksibiliti
Maksudnya ialah keupayaan pemain menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan keadaan dalam pelbagai situasi dan keadaan dalam permainan sepanjang tempoh permainan. Latihan dapat dijalankan secara perseorangan,berpasangan atau berkumpulan. Perseorangan: Latihan tumit: Pemain dengan perlahan-lahan menguatkan bahagian tumit pada kedua-dua belah kaki dalam pergerakan bulatan. Latihan lutut: Pemain memusingkan lutut dalam bulatan bagi

menangkaskan kaki,lutut,tumit dan paha. Latihan kaki: Pemain melentur serta menghulurkan kaki dan lutut ke hadapan,bermula dengan kaki kanan dan diikuti kaki kiri. Latihan tangan: Pemain mengayunkan tangan ke hadapan dan ke belakang sambil kaki setempat dan lutut dilenturkan.Ini diikuti dengan ayunan tangan ke tepid an mengufuk dengan cara mengayunkan tangan dalam bulatan ke hadapan dan ke belakang.

Latihan badan: Pemain melenturkan badan ke tepi,dan diikuti ke hadapan,sambil tangan kanan mencecahkan kaki kiri dan sebaliknya. Latihan badan: Pemain memulaskan badan dan lengan ke kiri dan ke kanan.Latihan berikut ialah menggerakkan seluruh badan dalam bulatan. Latihan pinggang: Pemain mencecahkan lantai dengan tapak tangan sambil kaki ditegakkan. Latihan pinggang: Pemain melenturkan badan ke belakang,sambil

mengangkangkan kaki sehingga kepala mencecah lantai. Latihan bahu: Pemain memusingkan bahu dalam pergerakan bulatan ke hadapan dan ke belakang. Latihan leher: Pemain menggerakkan kepala dalam pergerakan bulatan dengan perlahan supaya dagu menyentuh dada,telinga menyentuh bahu dan kepala menyentuh belakang bahu. Latihan kepala dan leher: Pemain memegang tangan kanan dan kiri lalu menghulurkan ke atas kepala supaya otot-otot di bahagian tepi badan diregangkan. Latihan keseimbangan: Pemain memegang kedua-dua tangan dan mengukir bentuk nombor 8 di udara bagi membina keseimbangan dan ketangkasan.Lengan dan lutut hendaklah dihulurkan. Latihan keseimbangan: Pemain berdiri tegak dengan tangan menghulur ke atas dan kemudian perlahan-lahan badan dilingkarkan sehingga pemain betul-betul seakan-akan bergulung.

Berpasangan: Pemain mendukung pasangan pada bahagian belakang sambil melentur dan menghulurkan lutut,yakni latihan timbang garam. Pemain duduk dengan membelakang dan berbaring di atas bahu rakan. Latihan melenturkan belakang dengan cara pemain berbaring dengan muka ke bawah,manakala rakan duduk di belakang dan membantu melenturkan ke belakang.

Pemain bersama rakan masing-masing memegang tangan dengan satu kaki menentang satu kaki rakan,iaitu dengan menariknya dengan kuat. Pemain duduk dengan mengangkang kaki ke hadapan rakan,sambil memegang tangan rakan dan melentur ke belakang,yang dilakukan secara bergilir-gilir.

Pemain mengangkat rakan pada bahu lalu mengimbangkannya menerusi bengkokan kaki beberapa kali.

Persediaan sebelum pertandingan:


Sikap positif sikap mental positif berpunca daripada fikiran pemain yang positif. Memanaskan badan untuk menyediakan pemain dari aspek fizikalnya dan juga aspek mental mereka. Ketenangan diri hasil daripada latihan fizikal dan latihan persediaan yang cukup sebelum pertandingan. Keyakinan dan inginkan kemenangan untuk menjadi pendorong dan galakan kepada mereka untuk mempamer permainan yang baik dan berkualiti

Persediaan semasa pertandingan:


Bersemangat tinggi Bermain untuk menang Penumpuan fikiran Bertenang semasa pertandingan Mematuhi peraturan

Kekuatan

7. Melompat bangku. Pemain berdiri di antara bangku panjang sambil kedua-dua tangan memegang besi angkat berat.Pemain melompat naik ke bangku dan turun semula.

8. Duduk menyiku. Dengan palang di antara kepala,pemain akan melakukan aktiviti ini dengan malakukan larian lalu lompat ke dumb bell dengan segera.Pemain mengangkat badan sehingga dagunya melepasi palang.

Persediaan sebelum pertandingan -- Memanaskan badan

ISYARAT-ISYARAT

TANGAN

DALAM

PERMAINAN

BOLA

BALING ANTARABANGSA (IHF)


Senarai isyarat-isyarat tangan :
1. Memasuki kawasan gol ( Entering the goal area ) 2. Bermain dua kali ( illegal ddribble ) 3. Lebih dari 3 langkah atau memegang bola lebih 3 saat ( Too many steps, or holding the ball more than 3 seconds ) 4. Menjangkau, memegang atau menolak ( Reaching around, holding or pushing ) 5. Memukul tangan ( Hitting or strike upon arm ) 6. Merepuh- berlari kedalam, melompat kedalam- dilakukan oleh pihak menyerang ( Attackers fault running into, jumping into ) 7. Balingan Kedalam ( Throw-in ) 8. Balingan Gol ( Goalkeeper throw ) 9. Balingan Percuma ( Free-throw direction ) 10. Jarak 3 meter ( Keep the distance 3 meters ) 11. Melengah-lengah permainan @ membuang masa ( Passive play ) 12. Gol ( Goal ) 13. Balingan Referi ( Referee-throw ) 14. Amaran ( Kad Kuning ) Warning ( Yellow Card ) Singkir ( Kad Merah ) Disqualification ( Red Card ) 15. Gantung 2 minit ( Suspension 2 minutes ) 16. Pembatalan / Buangan ( Exclusion ) 17. Berhenti permainan ( Time-out ) 18. Kebenaran untuk masuk gelanggang ( Permission to enter the court during time-out )

entering the goal area

free throw direction

Exclusion

goal

fore warning signal for passive play

goal keeper throw

Hitting

offensive fouls

illegal dribble double dribble

passive play

keep distance of 3 meters

permission for two players who are enter the court during time out

Restraining holding or pushing Ceinturer

time out

Suspension

too many steps or holding the ball more than three seconds

throw in direction

warning dan disqualification

Peraturan baru IHF


1. Masa permainan 1.1 Pemain Lelaki dan Perempuan 16 Tahun Ke atas 2 x 30 minit dengan 10 mini rehat (30 : 10 : 30) 1.2 Pemain Lelaki dan Perempuan antara 12 -16 Tahun 2 x 25 minit dengan 10 minit rehat (25 : 10 : 25) 1.3 Kanak-kanak Bawah 8 tahun : 2 x 15 minit dengan 10 minit rehat.

2. PERATURAN 4.5 : Penggantian 2.1 Apabila berlaku kesalahan penggantian, pemain yang masuk akan padang diberikan

permainan akan digantung DUA MINIT dan BALINGAN PERCUMA kepada pihak lawan. BALINGAN menguntungkan

PERCUMA akan dilakukan di tempat yang lebih

kepada pihak lawan.

Di tempat kesalahan itu berlaku atau, Di tempat di mana bola / permainan itu berhenti

3. PERATURAN 4.7 : Nombor Jersi Pemain 3.1 Nombor jersi angka diantara 1 20 berukuran sekurangkurang 20 cm

tinggi di belakang dan sekurang-kurangnya 10 cm

tinggi di hadapan jersi.

4. PERATURAN 7.8 : Bola Tersentuh Kaki 4.1 Menjadi kesalahan apabila bola tersentuh kaki pemain (bahagian

antara lutut dan kaki). Tetapi, tidak menjadi satu kesalahan jika bola terkena dari lontaran oleh pihak lawan.

5. PERATURAN 7.9 : Menjunam (Diving) Untuk Mendapatkan Bola 5.1 Peraturan ini dimansuhkan.

6. PERATURAN 7.11 : Bermain secara Pasif (Baru) 6.1 Menyimpan bola terlalu lama dan tidak berniat untuk melakukan permainan dianggap serangan sebagai

atau menjaring atau cuba melambat-lambatkan bermain secara pasif. Pengadil pasukan itu

akan member amaran dengan isyarat No. 19. Jika

masih bermain sedemikian ruoa, maka BALINGAN PERCUMA permainan itu

akan diberikan kepada pihak lawan di tempat di mana dihentikan.

7. PERATURAN 10.3 : Memulakan Permainan 7.1 Balingan untuk memulakan permainan akan dilakukan di kedua-dua tengah-tengah berdiri di

gelanggang permainan dengan pemain dari kawasan masing-masing.

pasukan

Balingan ini hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat. garisan tengah

Sebelah kaki pemain yang melakukan balingan perlulah menyentuh sehingga bola itu dilepaskan.

8. PERATURAN 10.4 : Memulakan Permainan 8.1 Balingan Permulaan akan dilakukan di tengah-tengah gelanggang dengan

pemain dari kedua-dua pasukan berada di kawasan masing-masing, termasuk masa tambahan. 8.2 Akan tetapi, untuk Balingan Permulaan selepas gol dijaringkan, pemain

dari kedua-dua pasukan boleh berada di kedua-dua

kawasan, tetapi pihak lawan

hendaklah berada 3 meter daripada pemain yang akan melakukan balingan prmulaan tersebut.

9. PERATURAN 14 : Balingan 7 meter 9.1 Apabila Balingan 7 meter diberikan, pengadil mestilah meniup masa wisel dan untuk Time Out. Penjaga masa akan menghentikan memulakannya semula apabila pengadil tersebut.

permainan

meniup wisel untuk memulakan balingan

10. MASA REHAT PASUKAN (TEAM TIME OUT) 10.1 TEAM TIME OUT diberi satu minit kepada setiap pasukan untuk dengan menyerahkan setiap KAD

separuh masa. Masa rehat pasukan boleh diminta HIJAU kepada pencatat apabila:

Apabila pasukan itu terkena jaringan gold an diambil sebelum wisel pengadil memulakan semula permainan tersebut. Bola melintasi atau melepasi kawasan gol sendiri dan sebelum BALINGAN GOL DIMULAKAN oleh pasukan berkenaan.

Rujukan:
1. 2. 3. 4. 5. Persatuan bola baling Kelantan, Majlis Sekolah Kelantan Siri Ke Arah Bintang Sukan Bola Baling . Ahmad Wafi PLAYING HANDBALL . Zoltan Marczinka www.ielpz.org/conferences/CC4/bola baling.doc http://www.bola baling-su.ac.jp/information/tesl-ej/ej 15/efl.htm

Anda mungkin juga menyukai