Anda di halaman 1dari 52

SEJARAH DaN

PERKEMBANGAN

1.1 SEJARAH Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini dikatakan berasal daripada permainan Urania di Yunani, Harpaston di Rom dan Fangballspiel di Jerman pada zaman dahulu. Pada abad ke-19, munculnya permainan yang agak sama dengan permainan bola baling seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark, Hazena di Bohenia, Gandbol di Ukraine dan Korball serta Raffbold di Jerman. Permainan bola baling moden pertama kali dimainkan di Denmark, Jerman, Norway, Scandinavia dan Sweden pada akhir abad ke-19. R.N. Ernst membentuk undangundang permainan bola baling pada tahun 1897 manakala Holger Nielsen membentuk undang-undang permainan ini pada tahun 1898. Undang-undang lain untuk permainan ini pula dibentuk oleh Max Heiser, Karl Schelenz dan Erich Konigh pada tahun 1917. Undang-undang ini ditingkatkan lagi oleh Karl Schelenz pada tahun 1919. Pertandingan bola baling antarabangsa yang pertama untuk pasukan lelaki diadakan antara Jerman dan Belgium pada tahun 1925. Sebaliknya, pertandingan bola baling antarabangsa yang pertama untuk pasukan perempuan diadakan antara Jerman dan Australia pada tahun 1930. Kedua-dua pertandingan ini dijalankan bawah undang-undang tersebut.

Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Hasilnya satu undang-undang antarabangsa permainan bola baling ditubuhkan. Pada tahun 1928, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge dan dianggotai 11 buah negara sempena Sukan Olimpik di Amsterdam.

Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Berlin untuk pasukan lelaki.

Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Namun demikian, permainan tersebut telah dibatalkan dalam senarai permainan Sukan Olimpik. Permainan dipertandingkan semula dalam Sukan Olimpik di Munich pada tahun 1972. Pada tahun 1976, permainan bola baling untuk pasukan perempuan dalam Sukan Olimpik dimulakan. Pada mulanya, bola baling dimainkan 11 orang pemain di padang sepak tetapi akhirnya ia berkembang menjadi permainan dalaman yang dimainkan 7 orang pemain disebabkan cuaca yang buruk di utara Eropah. Akibatnya permainan ini berkembang dengan pesat dan meluas di seluruh Eropah.Permainan bola baling secara dalaman dan luaran sama-sama-sama mendapat sambutan baik dan terkenal sehingga tahun 1960.Pada tahun 1965, jawatankuasa Sukan Olimpik telah menggariskan permainan bola baling sebagai permainan dalaman yang disertai oleh 7 orang permain.

Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini telah mengadakan kejohanan Bola Baling Sedunia Pasukan Lelaki setiap 4 tahun atau 3 tahun sekali dari Perang Dunia Kedua hingga tahun 1995. Selepas Kejohanan Bola Baling Sedunia di Ireland, pertandingan ini

diadakan 2 tahun sekali. Kejohanan Bola Baling Sedunia Pasukan Perempuan diperkenalkan oleh kesatuan ini pada tahun 1957. Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. Pada tahun 2007, tedapat 159 buah kesatuan bola baling di pelbagai negara menganggotai IHF yang terdiri daripada 1130000 pasukan di mana terdapat sebanyak 31 juta orang pemain, jurulatih, pengadil dan pegawai . Pada hari ini, terdapat 68 buah negara menyertai IHF. Di Eropah, negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan Poland. Perkembangan bola baling yang pesat di Asia berlaku selepas penubuhan Kesatuan Bola Baling Asia hasil daripada cadangan Martyr Shaikh Fahad Al-Ahmad selaku pengerusi perwakilan Kuwait dalam Sukan Asia di Tehran pada tahun 1974. Beliau meminta supaya permainan bola baling diiktirafkan sebagai permainan rasmi di Asia. Ini adalah disebabkan permainan ini mendapat sambutan yang meluas di Asia.

Berikutannya Kesatuan Permainan Asia telah mengiktirafkan permainan bola baling sebagai permainan rasmi yang ke-19 dalam senarai permainan Asia. Martyr Shaikh Fahad Al-Ahmad juga mengambil inisiatif mengadakan satu mesyuarat untuk perbincangan penubuhan Kesatuan Bola Baling Asia. Hasilnya Kesatuan Bola Baling Asia telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Tehran sedang berlangsung. Pada tahun 1976, semua kesatuan bola baling dari seluruh Asia telah dijemput menghadiri satu mesyuarat. Penubuhan Kesatuan Bola Baling Asia (AHF)

diumumkan dalam mesyuarat tersebut. Ahli jawatankusa kesatuan ini telah dipilih dan jawatankuasa eksekutif ditubuhkan untuk menguruskan kesatuan tersebut. Ibu pejabat kesatuan ini terletak di Kuwait. Penubuhan kesatuan ini telahmembawa kepada pembangunan dan perkembangan permainan bola baling di Asia. Di Asia, Rusia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak.

1.2 PERKEMBANGAN DI MALAYSIA

Permainan bola baling di Malaysia merupakan satu permainan yang baru. Perkembangan bola baling agak perlahan di negara kita. Permainan bola baling mula diperkenalkan oleh Lim Hock Han pada tahun 1976. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 September 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986, persatuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Disember 1985 dan sebanyak 11 pasukan telah menyertai pertandingan tesebut. Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah,

MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut pada tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985. Persatuan bola baling diperkenalkan kepada pelajar sebagai salah satu kegiatan kokurikulum.

Sebenarnya permainan ini biasanya dimainkan sampai peringkat sekolah menengah. Terdapat banyak rakyat Malaysia masih tidak mengenali permainan ini. Selain itu, negara kita kekurangan jurulatih yang berkaliber disebabkan masalah kewangan. Kesatuan Bola Baling Amatur Malaysia bertanggungawab untuk

membangunkan dan mengembangkan permainan di negara kita .

Undang - undang permainaN BOLA BALING

KAWASAN PERMAINAN

2.1 KAWASAN PERMANIAN

1. Kawasan permainan adalah berbentuk segi empat bujur, panjangnya 40 meter digarisan tepi dan lebarnya 20 meter di garisan gol.

2. Kawasan ini dibahagikan kepada dua kawasan gol dari garisan tengah 3. Gol hendaklah didirikan ditengah-tengah garisan gol kedua-dua bahagian permainan. 4. Gol mengandungi dua batang tiang tegak yang sama jarak dari dua penjuru kawasan permainan, 3 meter jarak dan 2 meter tinggi, disambung oleh sebatang palang empat persegi tepat 8 cm 8 cm. 5. Bahagian belakang tiang gol hendaklah selari dengan tepi garisan bahagian luar garisan gol. 6. Tiang gol hendaklah dibuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan dua warna yang terang. 7. Gol hendaklah dipasangkan jaring. 8. Kawasan gol mengandungi satu garisan selari jarak 6 meter daripada gol dan disambung dengan dua suku bulatan di kedua-dua hujung garisan selari dengan garisan gol. 9. Garisan balingan percuma ditanda dengan garisan putus-putus berjarak 3 meter darigarisan kawasan gol. 10. Garisan putus-putus dan jarak antaranya ialah 15 cm tiap-tiap satu.5. 11. Garisan penalti ditanda dengan satu garisan (1 meter panjang) selari dengan jarak 7meter dari tengah-tengah garisan gol.6. 12. Semua garisan hendaklah mudah dilihat dan berukuran 5 cm lebar. 13. Hanya garisangol berukuran 8 cm antara dua tiang gol.

14. Satu garisan 15 cm panjangnya dan selari dengan garisan gol, diukur 4 meter daritengah garisan gol dan terdapat di dalam kawasan gol, disebut garisan penjaga gol. 15. Dari garisan tepi, dua garisan 15 cm panjang diukur ke dalam

kawasan permainandan 4.5 meter dari garisan tengah. Kawasan ini ialah kawasan pemain keluar danmasuk, disebut kawasan pertukaran pemain.

GAMBAR KAWASAN PERMAINAN

MASA PERMAINAN

2.2 MASA PERMAINAN. Masa Permainan, Isyarat Akhir dan Masa Rehat (a) Masa Permainan Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur 16 tahun ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat pula ialah selama 10 minit. Masa permainan bagi peringkat remaja bagi umur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit pada setiap separuh masa manakala bagi peringkat umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat untuk kedua-dua kategori ini juga adalah selama 10 minit. Jikalau sesuatu perlawanan berakhir dengan seri,perlawanan masa tambahan akan diadakan selepas rehat selama 5 minit.Perlawanan masa tambahan adalah terdiri daripada dua separuh masa dalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat diantaranya berserta dengan pertukaran tempat gol. Peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola akan dipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri sekali lagi. Sekiranya berlaku seperti kes di atas, kebiasaannya balingan 7 meter atau balingan penalti sebanyak 5 kali untuk setiap pasukan akan dilakukan untuk menentukan pemenang.

(b) Isyarat Akhir Masa perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel untuk balinganpermulaan. Masa perlawanan tamat juga ditentukan dengan isyarat automatik melalui jam awam atau melalui isyarat penjaga masa. Penjaga masa boleh menggunakan jam meja atau jam

randik. Jika terdapat jamawam, maka ia harus disetkan terlebih dahulu supaya bermula dari 0-30minit. Jika tiada isyarat melalui jam awam atau melalui penjaga masa,pengadil sendiri akan memberhentikan perlawanan melalui tiupan wisel. Pengadil yang akan menentukan masa perlawanan akan dihentikan buat sementara, contohnya apabila salah satu pasukan meminta time-out dan bilakah masanya permainan dimulakan semula, berserta isyarat yang ditunjukkan kepada penjaga masa. Jika tiupan wisel tamat dibunyikan pada waktu balingan biasa atau balingan 7 meter dilakukan dan bola yang dibalingkan masih di udara, maka balingan semula perlu dilakukan. Pemain yang membuat kesalahan peraturan pada waktu balinganpercuma atau balingan 7 meter sedang berlangsung juga akan didenda.Jika pengadil mendapati bahawa penjaga masa telah memberi isyarat tamat terlalu awal, maka beliau akan meneruskan perlawanan tersebut berdasarkan baki jangka masa yang tertinggal dengan masa mula semasa wisel ditiupkan. Jika perlawanan separuh masa pertama terlalu lama,maka perlawanan separuh masa kedua akan disingkatkan mengikut perbezaan masa yang wujud.

(c) Memberhentikan perlawanan (time-out) Pemberhentian masa sementara (time-out) adalah dibenarkan sekiranya berlaku situasi seperti: seorang pemain yang dikenakan penalti 2 minit keluar padang diminta oleh pasukan yang bermain melalui isyarat wisel dari penjaga masa atau teknikal pertandingan

Kesalahan melanggar peraturan yang berlaku ketika masa diberhentikan sementara (time-out) adalah sama seperti ketika perlawanan berlangsung dan pengadil akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Secara amnya, pengadil akan memutuskan bila tiba masanya akan dihentikan dan dimulakan semula berhubung dengan time-out. Pengadil juga akan memberikan isyarat kepada penjaga masa diikuti dengan tiga kali tiupan wisel dan isyarat T. Setiap pasukan dibenarkan menerima atau membuatsatu panggilan time-out selama satu minit untuk setiap separuh masa,tetapi ini tidak dibenarkan ketika masa tambahan.

(GAMABR YANG PERTAMA MENUNJUKKAN ISYARAT TIME-OUT DARIPADA PENGAJA MASA) (GAMBAR YANG KEDUA MENUNJUKKAN ISYARAT DARIPADA PENGADIL)

BOLA

2.3 BOLA Bola yang digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan mestilah berbentuk bulat. Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat daripada bahan yang

boleh memberi kesan silau atau berpermukaan licin. Bola bagi lelaki dan perempuan adalah seperti berikut :

Bola mini hanya digunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat sekolah rendah dan bola yang sama saiznya digunakan untuk pemain lelaki dan perempuan. Pada setiap perlawanan, diwajibkan terdapat dua biji bola yang mempunyai spesifikasi yang ditetapkan dalam peraturan. Bola simpanan juga mesti diletakkan berdekatan dengan meja penjaga masa semasa perlawanan. Pengadil akan memutuskan bila bola simpanan boleh digunakan. Apabila bermulanya sesuatu perlawanan, bola yang digunakan tidak boleh ditukar dengan bola yang baru kecuali perlu.

PEMAIN-PEMAIN

2. 4 PEMAIN PEMAIN

(a) Pasukan Setiap pasukan terdiri daripada 14 pemain di mana 7 daripadanya adalah pemain utama dan selebihnya adalah pemain simpanan. Setiap pasukan seharusnya mempunyai seorang penjaga gol pada setiap masa. Setiap pasukan perlu mempunyai 5 pemain di dalam gelanggang untuk memulakan sesuatu perlawanan dan sesuatu perlawanan yang sedang berlangsung boleh diteruskan sekiranya hanya tinggal lima orang pemain sahaja. Hanya 4 pegawai sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan semasa perlawanan berlangsung dan pegawai pasukan ini tidak boleh ditukar semasa perlawanan sedang berlangsung. Hanya salah seorang daripadanya sahaja yang akan diberi tanggungjawab terhadap pasukan dan beliau seorang sahaja yang boleh berurusan dengan penjaga masa atau penjaga skor dan juga pengadil. Pegawai pasukan juga tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa perlawanan berlangsung dan sekiranya perkara ini berlaku, pengadil akan terus memberi balingan percuma kepada pihak lawan. Hanya pemain berdaftar sahaja dibenarkan bermain. Jika terdapat pegawai dan pemain sesuatu pasukan tiba lewat di gelanggang, maka mereka harus mendapat kebenaran daripada penjaga masa atau penjaga skor untuk bermain.

(b) Pertukaran Pemain Pertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seberapa kerap yang boleh tanpa perlu memberitahu penjaga skor atau penjaga masa tetapi salah seorang daripada pemain pasukannya mestilah telah keluar dari garisan pertukaran terlebih dahulu. Peraturan ini juga digunakan untuk pertukaran penjaga gol. Pertukaran juga dilakukan ketika masa dihentikan sementara (time-out). Penggantian secara tidak formal akan didenda dan pemain yang bersalah akan digantung daripada permainan selama dua minit dan salah seorang pemain pasukannya akan dikeluarkan. Satu balingan percuma kepada pihak lawan juga akan diberikan sekiranya berlaku kesalahan tersebut. Sekiranya pemain yang dikenakan penggantungan selama dua minit ini memasuki gelanggang sebelum waktunya, dia akan diberikan tambahan dua minit penggantungan sebagai denda.

Cara penukaran pemain

c) Peralatan Setiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersi pasukan masing-masing. Rekaan dan warna jersi mestilah jelas dan berbezadi antara setiap pasukan. Setiap penjaga gol setiap pasukan harus memakai warna jersi yang sama dengan pasukannya dan berbeza dengan warna jersi penjaga gol lawan. Pemain mesti memakai nombor jersi yang berukuran 20sm tinggi di belakang baju dan 10sm tinggi di bahagian hadapan baju.Nombor yang dipakai mestilah di antara 1 hingga 20 dan warnanya pula mestilah berlawanan dengan warna jersi supaya ia dapat dilihat dengan lebih jelas. Setiap pemain mestilah memakai kasut sukan. Pemain juga tidak dibenarkan memakai atau membawa objek atau barang-barang yang merbahaya kerana ia boleh membahayakan pihak lawan. Antara barang yang tidak dibenarkan di dalam permainan ialah pelindung kepala, topeng muka, jam, cincin, rantai, gelang, subang, cermin mata dan sebagainya. Pemain yang tercedera atau berdarah di anggota badannya atau pakaiannya mesti meninggalkan gelanggang dengan sertamerta. Pemain tersebut tidak akan dibenarkan kembali ke gelanggang untuk meneruskan pemainan selagi darah belum berhenti dan pakaian yang berdarah belum dicuci.

Contoh jersi dan kasut sukan yang sesuai untuk permainan bola baling.

PENJAGA GOL

2. 5 PENJAGA GOL Seorang penjaga gol dibenarkan:

(a) Menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan semasa menjaga gol di dalam kawasan gol. (b) Bergerak bersama bola di dalam kawasan gol, dan sekiranya dia bermain diluar kawasan gol, maka dia haruslah mematuhi peraturan permainansebagai seorang pemain.

Penjaga gol tidak dibenarkan:

(a) Melakukan kekasaran kepada pihak lawan semasa bertahan. (b) Menyentuh bola di luar kawasan gol selepas dia membuat balingan kecuali bola balingan tersebut telah menyentuh seorang pemain. (c) Menyentuh bola yang berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek di luar kawasan gol. (d) Mengambil bola ke kawasan gol apabila bola itu berada di dalam keadaan

pegun atau yang bergolek di atas gelanggang di luar kawasan gol. (e) Menyentuh bola dengan kaki apabila bola sedang bergerak keluar dari kawasan gol.

Pengerakan pemain bola yang dibenarkan

KAWASAN GOL

2. 6 KAWASAN GOL Hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan gol. Kawasan goltermasuk garisan kawasan gol dan sekiranya pemain menyentuhnya

ataumemasukinya, denda akan dikenakan terhadap pemain tersebut. Balinganpercuma akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya seorang pemain dalamgelanggang memasuki kawasan gol. Contoh situasi yang sering berlaku ialah : 1. Pemain tersebut memasuki kawasan tersebut bersama bola. 2. Pemain tersebut memasuki kawasan gol tanpa bola di bawah keadaan yang memanfaatkan pemain tersebut. Satu balingan 7 meter atau penalti akan diberikan apabila pemain hadangan (defence) yang memasuki kawasan gol untuk bermain semasa jaringan gol hendak dilakukan oleh pihak lawan.

(Kawasan gol)

(Pemain pasukan penghadang tidak dibenarkan berada di dalam kawasan gol.)

(Pemain tidak dibenarkan menghantar balik bola kepada penjaga gol pasukannya dan hukuman penalti akan diberikan sekiranya kesalahan ini berlaku.)

(Menjejakkan kaki ke dalam kawasan gol lawan selepas lajak balingan dibenarkan.)

MEMAINKAN BOLA

2.7 MEMAINKAN BOLA

a) Membaling, menangkap, menolak, memberhentikan atau memukul bola dengan menggunakan seluruh tangan, menggunakan kepala, lengan dan juga paha. b) Memegang bola tidak melebihi tiga saat c) Membawa bola dan berjalan tidak lebih daripada tiga langkah d) Apabila berdiri atau berlari: melantun bola sekali dan menangkapnya dengan satu atau dua tangan melantun bola berulang kali dengan satu tangan (menggelecek) dan kemudianmenangkap kembali dengan satu atau dua tangan menggolek bola di atas lantai dengan menggunakan satu tangan dan kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan

e) Menggerakkan bola dari satu tangan ke tangan yang lain. f) bermain bola semasa duduk atau meniarap di atas lantai, contohnya ketika hendak melakukan hantaran.

Pemain tidak dibenarkan: (a) Menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki. (b) Menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di

atas lantai. (c) Meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam gelanggang

(Bermain bola baling dengan menggunakan sebahagian besar daripada anggota badan yang dibenarkan)

(Memegang bola tidak melebihi tiga saat atau berjalan sambil memegang bola tidak melebihi tiga langkah juga dibenarkan.)

(Dibenarkan menerima bola sambil berjalan tiga langkah atau memegang bola tidak melebihi tiga saat.)

( Tidak menjadi kesalahan untuk menggelecek bola dengan menggunakan satu tangan tertentu sahaja.)

( Tidak dibenarkan menedang bola dengan kaki )

( Tidak dibenarkan untuk menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergerak atau berada dalam keadaan pegun.)

MENETANG BOLA

2.8 MENETANG LAWAN

Pemain dibenarkan: (a) Menggunakan lengan atau tangan untuk menahan bola dan mendapat penguasaan bola itu (b) Menggunakan tangan yang terbuka untuk menampar atau menepis bola menjauhi pihak lawan. (c) Menggunakan badan untuk menghalang lawan walaupun ketika itu pihak lawan tidak menguasai bola. Pemain tidak dibenarkan : Menarik atau menumbuk bola keluar daripada tangan pihak lawan. Menghalang secara kasar menggunakan lengan, tangan dan kaki. Menarik baju atau menolak lawan secara kasar. Membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan mencederakannya

Semua kesalahan di atas akan dikenakan hukuman oleh pengadil mengikut situasi yang berlaku.

( Ia menjadi satu kesalahan untuk membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan untuk mencederakan)

(Berlari merempuh pihak lawan juga tidak dibenarkan)

( Mengenghadang pihak lawan dengan badan adalah tidak menjadi kesalahan )

MENJARING BOLA

2. 9 Menjaring Bola Bagaimana pula jaringan gol dikira? Apabila bola memasuki garisan gol secaral engkap dan penjaringnya tidak melakukan sebarang kesalahan semasa melakukan balingan tersebut, maka ia dikira sebagai jaringan yang sah. Jikalau benteng pertahanan melakukan kesalahan semasa penjaring menjaringkan gol, jaringan itu turut dikira sebagai jaringan yang sah. Namun, jaringan akan dikira sebagai tidak sah sekiranya penjaga masa membunyikan isyarat sebelum bola itu memasuki garisan gol dan jaringan dikira sah sekiranya pemain lawan secara tidak sengaja terjaring ke dalam gol sendiri. Suatu jaringan yang telah diberikan atau diputuskan oleh pengadil adalah muktamad. Pengisytiharan pemenang bergantung kepada jumlah gol yang berjaya dilakukan.

(Kedudukan bola semasa memasuki gol)

Jaringan gol akan dikira daripada semua balingan berikut :

I. II. III. IV. V.

Balingan penalti Balingan ke dalam Balingan permulaan Balingan percuma Balingan Gol

2.9.1 BALINGAN MULA ( THROW OFF) Pasukan yang menang undian akan memulakan balingan mula sekiranya dia memilih untuk memulakan permainan. Jika pasukan yang menang undian ingin memilih kawasan gol permainan, maka pihak lawannya akan memulakan permainan tersebut. Untuk permulaan separuh masa kedua, balingan mula akandilakukan oleh pasukan yang berlawanan tadi. Contohnya jikalau pasukan A telah melakukan baling mula pada separuh masa pertama maka separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan B pula. Setiap balingan mula selepas gol dijaringkan akan diadakan di tengah gelanggang sebelum habis masa tiga saat daripada bermulanya tiupan wisel pengadil. Sebelum sesuatu balingan mula dimulakan, semua pemain mesti berada di dalam kawasan permainan sebelum sesuatu balingan mula dan pihak lawan harus berada sekurang-kurangnya tiga meter dari pembaling untuk memulakan permainan.

2.9.2 BALINGAN MASUK ( THROW- IN) Apabila bola secara keseluruhannya melepasi garisan tepi maka ia akan dikira sebagai bola keluar. Apabila bola keluar dari kawasan permainan, pemain boleh mengambil suatu balingan masuk tanpa menunggu tiupan wisel pengadil. Apabila bola menyentuh bumbung gelanggang, balingan masuk juga akan diberikan. Suatu balingan masuk mesti diadakan di tempat di mana bola itu keluar, tetapi jika bola keluar di belakang garisan gol, balingan masuk akan dilakukan di titik persilangan garisan belakang gol dengan garisan sisi tepi gelanggang permainan. Untuk membuat balingan masuk pembaling haruslah berdiri dengan kaki menyentuh garisan tepi dan semasa balingan masuk dibuat,pihak lawan mesti berada 3 meter jauh dari pembaling itu.

(Balingan ke dalam dilakukan dengan sebelah kaki mesti memijak garisan tepi)

2.9.3 BALINGAN PENJAGA GOL Penjaga gol akan diberikan kebebasab membuat balingan apabila : A. Kawasan gol dimasuki pemain lawan. B. Bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal atau bola tersebut bergolek masuk ke kawasan gol. C. Pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas lantai dan bola itu berada di dalam kawasan gol Ini bermaksud bahawa permainan ini tidak boleh diteruskan sehingga penjaga gol melakukan balingan gol. Penjaga gol juga tidak boleh menyentuh semula bola yang telah dibaling kecuali bolaitu telah menyentuh pemain lain.

2.9.4 BALINGAN PERCUMA Penyerang mestilah berada sejauh 9 meter dari tiang gol semasa balingan percuma diberikan. Pasukan lawan pula mestilah berada sejauh 3 meter dari penyerang. Secara amnya, pengadil akan memberhentikan permainan dan memberikan pihak lawan satu balingan percuma sekiranya pasukan tersebut melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Balingan percuma akan diambil ditempat di mana kesalahan atau kekasaran itu terjadi. Apabila balingan percuma diberikan kepada pihak lawan, pasukan yang sedang memegang bola mesti meletakkan bola tersebut di atas lantai, di tempat di mana kesalahan itu berlaku.Balingan percuma juga biasanya diambil tanpa mendapat isyarat wisel daripada pengadil dan balingan yang dibuat adalah sah.

(Semua pemain penyerang mesti berada di luar garisan 9 meter dan pengadang mesti berada sejauh 3 meter dari pembaling)

2.9.5 BALINGAN TUJUH METER Balingan 7 meter diberi apabila: (a) Sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol dihalang dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkan bola. (b)seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di kawasan gol. Pihak pengadil akan memberikantime-out sekiranya penjaga gol mahumelakukan balingan 7 meter kerana ianya dikira melewatkan permainan. Selepassahaja wisel dibunyikan oleh pengadil, balingan 7 meter hendaklah dibuat kearah gol dalam masa 3 saat. Pemain yang hendak membuat balingan 7 meterhendaklah berdiri di belakang garisan 7 meter. Pemain tidak dibenarkanmenyentuh ataupun melepasi garisan 7 meter apabila isyarat wisel dibunyikanoleh pengadil sehinggalah bola itu dilepaskan. Pemain pihak lawan jugamestilah berada 3 meter jauh dari pembaling sehinggalah bola itu dibaling.Balingan semula akan dilakukan sekiranya pihak lawan melakukan

kesalahansemasa balingan tersebut dilakukan.

B alingan 7 meter juga dikenali sebagai balingan penalty.

BALINGAN PENGADIL P jika: (a)kedua-dua pasukan yang bertanding melakukan kesalahan serentak (b)apabila bola meyentuh siling atau balingan terkena bumbung gelanggang perlawanan (c)tiada permain yang memegang bola atau tiada sebarang kesalahan yang dilakukan Balingan pengadil biasanya dibuat di tengah-tengah setiap gelanggang satu pasukan selepas yang engadil akan melakukan balingan semula sebelum memulakan perlawanan

wiseldibunyikan.

Seorang

pemain

daripada

berlawandibenarkan mengambil bahagian, manakala pemain-pemain lain mesti beradasejauh 3 meter dari balingan tersebut. Bola hanya boleh dicapai atau dimainkansetelah mencapai puncak ketinggian balingan.

Contoh balingan pengadil untuk memulakan permainan.

HUKUM HUKUMAN

a) Amaran / Kad Kuning kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan

Raferi hendaklah menunjukkan Kad Kuning kepada pemain atau pegawai yang melakukan kesalahan dan juga kepada pemain atau penjaga masa/ pencatat dengan memegang dan mengangkatnya supaya jelas dilihat oleh mereka. Seorang pemain tidak boleh diberikan lebih daripada 1 Kad Kuning manakal satu pasukan tidak boleh diberikan lebih daripada 3 Kad Kuning. Pemain yang telah diberi 2minit pengantungan tidak boleh diberi Kad Kuning berikutnya. Seorang pengawal hanya diberikan sekali sahaja kad kuning.

(b)Hukuman / Gantung Dua Minit tidak meletakkan bola ke lantaiselepas sesuatu kesalahan penggantian pemain yang tidak sah perlanggaran peraturan permainan kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan

Mestilah jelas menunjukkan isyarat penggantungan kepada pemain dan juga kepada penjaga masa/pencatat. Masa penggantungan untuk setiap pemain mestilah dalam ruang masa permainan, penggantungan 2minit kali ketiga terhadap pemain yang sama mengakibatkan penyikiran/ KAD MERAH (disqualification) Tiada pengantian untuk pemain yang sisingkirkan kecuali selepas 2 minit penggantungan pemain lain boleh mengantikan tempatnya. Masa penggantungan dikira selepas sahaja wisel bunyikan untuk mulakan perlawanan. Masa pergantungan akan dibawa ke separuh masa kedua permainan jika penggantung itu tidak tamat pada separuh masa pertama.

( c ) Penyingkiran/ KAD MERAH Pemain yang tidak berkenaan memasuki gelanggang pertandingan. Kesalahan yang serius yang melibatkan perlanggaran pihak lawan. Ulangan sikap yang kurang semangat kesukanan dari pegawai pasukan atau pemain dari luar gelanggang permainan. Ulangan yang amat serius kerana bersikap kurang semangat kesukanan dari pegawai pasukan atau pemain. Penggantungan kali ketiga ke atas pemain yang sama. Serangan dari pegawai pasukan.

Penyingkiran terhadap pemain atau pegawai pasukan dalam masa permainan hendaklah diberi 2 minit penggantungan dimana kekuatan pasukan akan kekurangan dengan seorang pemain. Segala penyingkiran pemain atau pegawai hendaklah dijelaskan kepada penjaga masa / pencatat dengan mengangkat kad merah. Pemain atau pegawai yang disingkirkan hendaklah meninggalkan gelenggang atau di tempat pertukaran pemain dengan serta-merta.

(c)Pembatalan / Pemberhentian Pemain melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan merbahaya mengugut pemain di luar gelanggang pemain kekasaran hingga mencederakan pihak lawan kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh dibatalkan penyertaan

referi boleh memberhentikan permainan (call a time out) untuk mengambil tindakan terhadap pemain. Nyatakan melalui isyarat tangan Pastikan masa permainan lanjutann diberikan Kekurangan seorang pemain di gelanggang Tidak boleh diganti Hendaklah meninggalkan gelanggang permainan Dan juga tempat pertukaran serta-merta.

Jika penjaga gol disingkirkan atau dibatalakn, pemain lain boleh mengambil tempat penjaga gol pasukan akan kekurangan seorang pemain untuk selama masa yang ditentukan. Kelakuan kurang sopan atau kurang semangat kesukanan atau menyerang yang dilakukan di tempat pertandingan, hukuman akan diberikan :Sebelum perlawanan : a) Amaran dalam kes kurang sopan. b) Disingkirkan dalam kes yang serius tetapi pasukan itu masih dibenarkan untuk memulakan perlawanan dengan 12 orang pemain.

Semasa perlawanan (Masa rehat) : c) Amaran diberi pada kes kuran g sopan. d) Di singkir dalam kes ulangan atau yang kurang sopan atau menyerang.

Selepas perlawanan : e) Laporan bertulis.

Jika referi meniup wisel serentak kerana kesalahan dari mendapati pasukan yang sama melakukan kesalahan tetapi hukuman yang dicadangkan berlainan.

Jika referi meniup wisel serentak dan mendapati berlainan pendapat, dari pasukan berlainan maka keputusan referi gelanggang diterima. Permainan dimulakan semula dengan tiupan wisel daripada referi gelanggang.

Kedua-dua referi bertanggungjawb a) Ke atas semua catatan jaringan dan catatkan di kad skor bersama-sama catatan amaran, singkir, penggantungan 2minit atau pembatalan pemain. b) Ke atas masa permainan, jika terdapat keraguan tentang masa pertandingan yang diperolehi dari penjaga masa, referi pertama berhad membuat keputusan. c) Mempastikan boring catatan perlawanan sah dan betul. Kedua-dua referi mempunyai had untuk mennanguhkan atau membatalkan sesuatu perlawanan yang diadili. Segala usaha hendaklah dilakukan untuk meneruskan perlawanan tersebut sebelum keputusan pembatalan perlawanan itu dibatalkan.

Pakaian hitam dikhaskan untuk referi bola baling.

2.19 PENCATAT DAN PENJAGA MASA

Anda mungkin juga menyukai