Anda di halaman 1dari 27

BOLA BALING

Ahli Kumpulan: Teo Chun Kang Neo Sau Rou Lee Ling Fang Ong Ping Yeow Chua Han Yin

Asal Usul Bola Baling


Bola baling mempunyai asal usul sampai sejauh zaman kuno. Terdapat juga merakamkan bola baling seperti permainan-permainan dalam zaman pertengahan Perancis, dan di kalangan Inuit dalam Greenland, dalam Zaman Pertengahan, dan dalam Ancient Africa, terutamanya Mesir.

Sejarah Bola Baling di Malaysia


1976, bola baling diperkenalkan (Lim Hock Han). Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan didaftarkan pada 11 September 1985. Cheah Hai Su - presiden dan Lian Chin Nam Naib Presiden. 1986, persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia.

Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama (2 Jun 1982). Kejohanan Bola Baling Kebangsaan (7 Dis. 1985) - 11 pasukan. Mulai tahun 1987, permainan bola baling dipertandingkan di Majlis Sukan Sekolahsekolah Malaysia (MSSM).

Perkembangan Sejarah Bola Baling di Peringkat Malaysia dan Dunia


Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini dikatakan berasal daripada permainan Urania di Yunani, Harpaston di Rom dan Fangballspiel di Jerman pada zaman dahulu.

Permainan bola baling moden pertama kali dimainkan di Denmark, Jerman, Norway, Scandinavia dan Sweden pada akhir abad ke-19. R.N. Ernst membentuk undang-undang permainan bola baling(1897), Holger Nielsen (1898). Undang-undang lain - Max Heiser, Karl Schelenz dan Erich Konigh (1917), Karl Schelenz(1919). Pertandingan bola baling antarabangsa pertama bagi lelaki diadakan antara Jerman dan Belgium(1925). Bagi perempuan adalah antara Jerman dan Australia (1930).

(1926) - Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) 1928, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) ditubuhkan oleh Avery Brudge dan dianggotai 11 buah negara sempena Sukan Olimpik di Amsterdam. 1936, bola baling kali pertama dipertandingkan dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Berlin untuk pasukan lelaki.

Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Permainan tersebut telah dibatalkan dalam senarai permainan Sukan Olimpik. Permainan dipertandingkan semula dalam Sukan Olimpik di Munich (1972). 1976, permainan bola baling untuk pasukan perempuan dalam Sukan Olimpik dimulakan.

Pada mulanya, bola baling(11 orang pemain) di padang sepak tetapi akhirnya ia berkembang menjadi permainan dalaman (7 orang pemain). 1946, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kejohanan Bola Baling Sedunia Pasukan Lelaki setiap 4 tahun atau 3 tahun sekali dari Perang Dunia Kedua hingga tahun 1995.

Selepas Kejohanan Bola Baling Sedunia di Ireland, pertandingan ini diadakan 2 tahun sekali. Kejohanan Bola Baling Sedunia Pasukan Perempuan diperkenalkan oleh kesatuan ini pada tahun 1957. 1956, undang-undang diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini.

2007, 159 buah kesatuan menganggotai IHF (1130000 pasukan - 31 juta orang pemain, jurulatih, pengadil dan pegawai). Pada hari ini, 68 buah negara menyertai IHF. Di Eropah, negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan Poland. Perkembangan yang pesat di Asia selepas penubuhan Kesatuan Bola Baling Asia.

Martyr Shaikh Fahad Al-Ahmad selaku pengerusi perwakilan Kuwait dalam Sukan Asia di Tehran pada tahun 1974. Berikutannya Kesatuan Permainan Asia telah mengiktirafkan permainan bola baling sebagai permainan rasmi yang ke-19 dalam senarai permainan Asia. Martyr Shaikh Fahad Al-Ahmad mengadakan satu mesyuarat untuk perbincangan penubuhan Kesatuan Bola Baling Asia. Hasilnya Kesatuan Bola Baling Asia telah ditubuhkan pada tahun 1974.

1976, Kesatuan Bola Baling Asia (AHF) ditubuhkan. Ibu pejabat kesatuan ini terletak di Kuwait. Di Asia, Rusia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara negara yang terkuat. Pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak.

Permainan bola baling di Malaysia merupakan satu permainan yang baru. Perkembangan bola baling agak perlahan di negara kita. Permainan bola baling mula diperkenalkan oleh Lim Hock Han pada tahun 1976. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 September 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden.

Pada tahun 1986, persatuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan(7 Disember 1985) sebanyak 11 pasukan telah menyertai pertandingan tesebut. 1987, permainan bola baling sebagai permainan yang dipertandingkan di Majlis Sukan Sekolahsekolah Malaysia (MSSM).

ORGANISASI YANG BERTANGGUNGJAWAB DI DUNIA DAN MALAYSIA



Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) Asia Handball Federation (AHF). Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF) International Handball Federation (IHF). Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF)

BOLA
1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)  Bola saiz 3  Berat antara 426 g hingga 475 g  Lilitan antara 58 cm sehingga 60 cm 2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16 tahun)  Bola saiz 2  Berat antara 325 g sehingga 375 g  Lilitan antaar sehingga 56 cm 3. Remaja perempuan (8 tahun sehingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun sehingga 12 tahun)  Bola saiz 1  Berat antara 290 g sehingga 330 g  Lilitan antara 50 cm sehingga 52 cm

TIANG GOL
Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter.  Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan dua warna yang terang.

Penjuru pertemuan antara tiang gol dengan palang harus dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang gol dan palang, panjang warna yang sama adalah 20 cm. Gol perlu dipasangkan dengan jaring. Lebar kayu tiang gol dan palang ialah 8 cm.

Gambar Tiang Gol

UNDANG UNDANG & PERATURAN


Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 7 orang pemain akan bermain, sementara baki 5 orang lagi akan menjadi pemain simpanan. Penggantian pemain boleh dilakukan bila-bila masa ketika dalam permainan.  Permainan diadili oleh dua orang pengadil.

 Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat permulaan atau memulakan perlawanan. Balingan dibuat di garisan tengah. Seseorang pemain dibenarkan : (a) menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara pun sama ada dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya; (b) memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran; (c) melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke satu tempat lain dalam kawasan permainan yang ditetapkan.

Kecuali penjaga gol, pemain-pemain tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.  Apabila penjaga gol keluar daripada kawasan golnya, dia akan dianggap sebagai seorang pemain padang.  Jika bola keluar daripada garisan tepi, permainan disambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak menyebabkan bola itu keluar.

Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak lawan hendaklah berada pada jarak sekurangkurangnya 3 meter daripada pembaling.  Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seseorang pemain itu menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol.  Gol boleh dijaringkan dari arah atau manamana tempat balingan dilakukan.

Pencatat @ Penjaga Masa


 Pencatat - menyimpan rekod dan mengawal pemain-pemain yang masuk ke gelanggang.  Penjaga masa akan mengawal: a) Masa b) Pemain-pemain pengganti yang masuk dan keluar dari kawasan permainan. c) Masa penggantungan d) Bersama-sama dengan pencatat, kemasukan pemain-pemain.

Anda mungkin juga menyukai