Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PEMBELIAN RUNNING VEST


OLAHRAGA
TAHUN 2020/21
JURULATIH,
PASUKAN OLAHRAGA SMKSI
KERTAS KERJA PEMBELIAN RUNNING VEST OLAHRAGA
TAHUN 2020/21

1. PENGENALAN

Sukan adalah satu bentuk aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama murid dan guru.
Dengan adanya aktiviti sukan sebegini akan mencetuskan semangat kesukanan dan
pertandingan yang sihat di kalangan murid. Selain daripada itu, ia dapat dijadikan sebagai satu
aktiviti kepada semua murid di samping memberikan kesedaran pentingnya sukan kepada
semua.

2. RASIONAL

Setiap tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah akan menyertai Pertandingan
Merentas Desa Peringkat MSSD Petaling Perdana dan Kejohanan Olahraga dan Balapan
Peringkat MSSD Petaling Perdana yang melibatkan penyertaan murid lelaki dan perempuan
bawah 15 tahun dan 18 tahun. Walau bagaimana pun setiap kali perlawanan diadakan pengurus
peserta pasukan Olahraga terpaksa menggunakan running vest yang lama dan bersaiz besar
serta tidak cukup bilangan. Hal ini disebabkan kekurangan running vest yang sedia ada dan murid
terpaksa running vest yang tidak sama warna . Selain itu, ketiadaan running vest yang sempurna
juga akan menyebabkan murid-murid tidak dapat memperkembangkan potensi diri mereka di
dalam permainan ini kerana berasa rendah diri.

Oleh sebab itu, pasukan Olahraga SMK Seri Indah amat memerlukan 4 set running vest yang
baru untuk kegunaan pasukan dan keselesaan serta memberi motivasi kepada murid yang
terlibat. Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan
murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3. OBJEKTIF

a. Mendedahkan kepada murid konsep permainan olahraga dan menerapkan nilai-nilai murni
seperti semangat berpasukan, kerjasama dan komunikasi ke dalam diri murid.

b. Menyediakan murid untuk menyertai sebarang pertandingan olahraga yang akan dianjurkan di
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

c. Mendapatkan pendedahan dan pengalaman dalam aspek penganjuran sebarang bentuk


aktiviti yang melibatkan olahraga samada yang berorientasikan pembangunan diri dan
motivasi ataupun berunsurkan kesukanan semata-mata.
d. Menyediakan prasarana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan murid beriadah

e. Menyediakan kemudahan untuk aktiviti kokurikulum lain.

f. Memperkembangkan potensi diri murid dalam pelbagai bidang permainan.

g. Memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam penekanan terhadap aktiviti


Kokurikulum.

4. ANGGARAN PERBELANJAAN

BI
PERKARA BUTIRAN JUMLAH
L
Running Vest Lelaki
1 (B15 tahun) 6 helai X RM 35.00 RM 210.00

Running Vest Lelaki


2 (B18 tahun) 6 helai X RM 35.00 RM 210.00

Running Vest Perempuan


3 (B15 tahun) 6 helai X RM 35.00 RM 210.00

Running Vest Perempuan


(B18 tahun)
4 6 helai X RM 35.00 RM 210.00

JUMLAH RM 840.00

5. HARAPAN

Pihak Pasukan Olahraga berharap semoga projek ini akan menjadi kenyataan kerana dengan
pembelian running vest ini akan dapat menyelesaikan masalah kekurangan running vest Pasukan
Olahraga dan memberikan manfaat kepada pembangunan diri pelajar.

Hal ini merupakan satu kemudahan kepada pelajar dan diharapkan menjadi perangsang
kepada pelajar untuk lebih bersaing dalam apa jua kejohanan baik di peringkat sekolah dan
daerah seterusnya ke peringkat negeri selaras penekanan yang diberikan oleh Kementerian
Pelajaran terhadap aktiviti dan penglibatan Pelajar dalam Kokurikulum..

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH :

………………………………....................................... ………………………….....
CIK SYARIFAH SHAIRAH SYED ABDUL WADUD PN ZALINA BT DARUS
JURULATIH OLAHRAGA PK KOKURIKULUM
SMK SERI INDAH SMK SERI INDAH

Anda mungkin juga menyukai