Anda di halaman 1dari 2

nama

Nama sekolah
Alamat sekolah,
Alamat sekolah,
Selangor Darul Ehsan.
20 Februari 2017

Pengarah Pelajaran Negeri,


Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,
Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan,
Jalan Jambu Bol 4/3e Seksyen 4,
40604 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Melalui dan Salinan


Pengetua,
SMKBandar Sunway,
Jalan Pjs 7/15,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

RAYUAN UNTUK PERTUKARAN

Berhubung pekara di atas, saya (nama) no kad pengenalan (ic ) major Matematik dan minor Teknologi
Maklumat ini merayu supaya tuan mempertimbangkan rayuan perpindahan saya.

2. Untuk makluman pihak tuan, ini merupakan permohonan kali ke 3 saya yang mana semuanya
tidak berjaya. Saya sudah memenuhi syarat-syarat perkhidmatan iaitu berkhidmat selama 10 tahun.
Saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya mencuba nasib di tempat baru bagi memberikan
tambahan tenaga dan motivasi saya dalam memberi perkhidmatan pendidikan yang lebih baik.

3. Disamping itu, jarak perjalanan dari rumah saya ke sekolah sejauh 25 kilometer sehala
memungkinkan saya memohon untuk berpindah disebabkan kos sara hidup yang kian meningkat.

4. Untuk makluman tuan, saya juga turut menjaga ibu saya yang sudah pencen dan duduk
seorang diri di rumah yang memerlukan perhatian yang khusus dari saya kerana sakit kaki dan lutut.
Sekiranya jarak tempat kerja saya yang jauh dan berlaku sebarang kecemasan ianya akan menyulitkan
saya untuk berada di tempat kejadian di dalam masa yang singkat.
5. Berikut merupakan maklumat subjek yang diajar dalam tempoh 10 tahun:

BIL MATAPELAJARAN PENGALAMAN MENGAJAR


1. MATEMATIK TINGKATAN 3 2007-2017 (10 TAHUN)
2. MATEMATIK TINGKATAN 2 2011-2012 (2 TAHUN)
3. ICTL TINGKATAN 1 2007-2017 (10 TAHUN)
4. ICTL TINGKATAN 2 2007-2017 (10 TAHUN)
5. ASAS SAINS KOMPUTER 2017-2017 (2 BULAN)
6. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 4 2009-2011 (3 TAHUN)
7. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2 2007-2008 (2 TAHUN)

6. Saya amat berharap pihak tuan memahami kedudukan saya dan dapat mempertimbangkan
rayuan saya ini. Kerjasama dan perhatian telus daripada pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_____________________________________
( )

Anda mungkin juga menyukai