Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola sepak telah
wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan bola sepak telah
diperkenalkan pada zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia juga, permainan bola sepak
cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat
dilihat dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur
pelbagai strategi untuk memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa
di peringkat kebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi
salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi saingan di
peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat membantu anda
mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan, kemahiran asas dan strategi
dalam permainan bola sepak.

SEJARAH PERMAINAN
Rajah 5.1: Pemain sedang bermain bola baling
Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelum kurun ke-6 lagi.
Ianya mula dikenali sebagai ÂuraniaÊ pada Zaman Kerajaan Greek, ÂharpastonÊ pada
Zaman Kerajaan Rom dan ÂfangballspielÊ pada Zaman Pertengahan di Jerman. Pada kurun
ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang mirip dengan permainan bola baling yang
dipanggil ÂhaandboldÊ berasal dari Denmark, ÂhazenaÊ berasal dari negara Bohemia dan
Slovakia dan ÂtorballÊ berasal dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap
pencetus kepada permainan bola baling masa kini.

Haandbold
Permainan ini mula dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu seorang ketua pengawas sekolah
yang cuba mencari dan mencipta sukan yang seakan sama dengan permainan bola sepak.
Idea ini timbul setelah permainan bola sepak telah banyak menyebabkan kerosakan pada
tingkap-tingkap di sekolahnya. Sebagai langkah mengurangkan kerosakan tingkap di
sekolahnya dan juga untuk kawalan bola yang lebih baik dia telah memperkenalkan
permainan bola dengan menggunakan tangan kepada rakan-rakannya dan akhirnya berjaya
dikembangkan sebagai sukan baru sehinggalah ke seluruh negara Denmark.

Hazena
Permainan ini mula diperkenalkan oleh Vraclac Karas dan Antonin Kristof. Ia buat pertama
kalinya telah dimainkan di Prague, Republik Czech dengan saiz gelanggangnya (48m x
32m), bentuk kawasan gol (6m lengkung), saiz gol (2m x 2.4m) dan masa permainan (2 x 25
minit) yang hampir sama dengan bola baling moden. Mereka juga membahagikan kawasan
gelanggang kepada tiga kawasan yang terdiri daripada kawasan penjaga gol, pertahanan
dan penyerang yang hanya boleh bermain terhad di kawasan mereka.
Torball
Hermann Bachmann merupakan orang pertama yang telah memperkenalkanya di Jerman.
Saiz kawasan gelanggang ialah 40m x 20m dan kawasan lengkungan di kawasan gol diukur
4m. Hanya dalam tempoh masa yang singkat, permainan ini telah menjadi popular di seluruh
Eropah. Namun, disebabkan oleh setiap negara mempunyai peraturan permainan yang
berbeza, penganjurannya di peringkat antarabangsa menjadi agak sukar. Justeru itu,
penyelarasan peraturan pertandingan telah dilakukan oleh Karl Schelenz pada 1917 di
Berlin.

Bola Baling Padang


Merupakan permainan dan juga nama baru bagi permainan yang dimainkan di kawasan
padang bola sepak dengan kekuatan 11 pemain setiap pasukan. Saiz gol, kawasan gol dan
beberapa peraturan telah ditukar dan digubal sedikit demi sedikit sehinggalah permainan ini
telah dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, kepesatan
perkembangan dalam sukan bola baling ini memerlukan satu organisasi di mana organisasi ini
dapat mempromosikan sukan bola baling, menganjurkan kejohanan di peringkat dunia, dan
menyediakan program bagi membolehkan sukan ini dipertandingkan di sukan Olimpik. Justeru
itu, International Amateur Handball Federation (IAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1928 di
Amsterdam dan dalam tempoh masa yang singkat pada tahun 1936, sukan bola baling telah
dipertandingkan di sukan Olimpik di Berlin. Pada waktu itu juga, Austria dan Jerman merupakan
kuasa besar bagi sukan ini. International Handball Federation (IHF) merupakan satu organisasi
baru yang telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark pada tahun 1946 di mana satu arah baru
dalam evolusi sukan bola baling telah wujud. Disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu
dan menghadkan permainan ini, saiz kawasan permainan dan perubahan peraturan telah
dilakukan bagi membolehkan sukan ini dimainkan di dalam dewan

Bola Baling Dewan


Sukan bola baling telah dimainkan di padang terbuka dan juga di dalam dewan, bahkan
kejohanan dunia bola baling juga dianjurkan untuk kedua-duanya. Namun, bola baling
dewan lebih popular berbanding bola baling padang kerana ia dapat dimainkan dengan
pantas dan pertandingan boleh dilangsungkan tanpa gangguan cuaca. Pelbagai pergerakan
serta kemahiran dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sejak tahun 1966 lagi, IHF hanya
menganjurkan kejohanan tertutup dan di dalam dewan sahaja dan ini menyebabkan
perkembangan bola baling di dalam dewan menjadi semakin berkembang dan maju. Satu
lagi perkembangan dalam bola baling di mana disebabkan oleh popularitinya, bola baling
lelaki telah diperkenalkan di sukan Olimpik Munich pada tahun 1972. Pada tahun 1976 pula,
acara bola baling wanita telah diperkenalkan di sukan Olimpik Montreal dan menjadi salah
satu sukan berpasukan yang paling popular di sukan Olimpik.

Perkembangan di Malaysia
Seperti juga dengan permainan-permainan lain, sukan bola baling mempunyai sejarah asal
usulnya di Malaysia. Tahukah anda bilakah sukan ini bermula di negara kita? Sukan bola
baling bermula di Malaysia pada tahun 1976. Sukan ini mula diperkenalkan oleh Encik Lim
Hock Han, iaitu Pengarah Unit Sukan Universiti Malaya, setelah sekembalinya beliau dari
Sukan Olimpik pada tahun 1976. Beliau juga telah membawa balik rakaman permainan bola
baling dari Temasya Sukan Olimpik itu. Beliau telah memberi kursus asas permainan ini
kepada sekumpulan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di negeri Selangor dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun itu.
Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama diadakan untuk 60 orang guru
seluruh Malaysia di Selangor. Pada tahun yang sama juga, sempena meraikan Hari
Anugerah Olahragawan dan Olahragawati kebangsaan pada tahun 1978, permainan bola
baling telah diadakan di Stadium Negara sebagai acara pertunjukan pada waktu itu.
Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan Bola Baling Negeri
Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada September 1979 di Morib, Selangor.
Pada 7 Disember 1985, buat julung kalinya telah berlangsung Kejohanan Bola Baling
peringkat kebangsaan di padang SMK Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1987
pula, permainan ini telah menjadi acara sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia. Kejohanan yang pertama telah diadakan di Kelang, Selangor bagi kategori umur
bawah 12 tahun dan 15 tahun lelaki dan perempuan. Terdapat beberapa kejohanan seperti
MSSN (peringkat negeri), MSSM (peringkat kebangsaan), KAGUM (peringkat Maktab
Perguruan), MASUM (peringkat universiti) dan yang terbaru SIKMA (Sukan Antara Institusi
Kementerian Pelajaran Malaysia) yang telah menjadikan pemainan bola baling sebagai
acara rasmi dalam kejohanan-kejohanan tersebut.
Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan En. Cheah
Hai Su telah dilantik sebagai Presiden MAHF yang pertama manakala En. Kan Tong Leong
sebagai Setiausaha Kehormatnya. Pada tahun 1986, Presiden MAHF telah menjadi salah
seorang ahli gabungan bersama Asia Handball Federation (AHF). Pada tahun 1990 pula,
beliau menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF) dan pada tahun
1994 beliau menjadi ahli gabungan International Handball Federation (IHF). MAHF telah
menyertai Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF) pada Mei 2004. Persekutuan
Bola Baling Malaysia telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta
Sukan Kebangsaan 1997, pada 27 Mei 2000.
Presiden MAHF yang memegang jawatan ini sejak tahun 2000 sehingga kini ialah Y. Bhg.
DatoÊ Haji Suhaimi bin Haji Yacob. Beliau juga memegang beberapa jawatan di peringkat
antarabangsa seperti:
(a) Naib Presiden Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF)
(b) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Promosi Bola Baling
Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)
(c) Timbalan Presiden Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF)
(d) Ahli Majlis Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)
Pihak AHF telah meletakkan kepercayaan kepada Malaysia untuk menganjurkan satu
kejohanan di peringkat antarabangsa, iaitu 1st Martyr Sheikh Fahad Al- Ahmad Al-Sabah
Cup Championship untuk negara-negara yang baru dalam pembangunan bola baling

Di atas merupakan Struktur Organisasi Persatuan Bola Baling


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
Peraturan
Gelanggang Permainan
Sebelum kita meneroka dengan lebih lanjut lagi marilah kita kenal pasti saiz gelanggang
permainan bola baling ini. Gelanggang permainan berukuran 40m panjang dan 20m panjang
lebar termasuk dua kawasan gol (rujuk Rajah 5.6). Garisan sempadan yang panjang
dipanggil garisan tepi dan garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol (antara tiang gol).
Di sekeliling gelanggang juga terdapat zon keselamatan dengan ukuran lm di sepanjang
garisan tepi dan 2m di belakang garisan gol. Tiang gol (rujuk Rajah 5.7) diletakkan di tengah-
tengah antara garisan gol. Ukuran untuk tiang gol adalah 2m panjang dan 3m lebar. Tiang
gol juga mesti dilengkapi dengan jaring kerana sekiranya bola yang dilontar mencecah
jaring, bola itu dianggap telah dijaringkan dan mata akan diperolehi. Di hadapan setiap tiang
gol terdapat kawasan gol. Kawasan gol berukuran 6m dari kawasan garisan gol. Garisan
balingan percuma (garisan 9 meter) ialah garisan putus-putus yang berada 3m di luar
kawasan garisan gol. Garisan 7 meter ialah garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat
sepanjang 1m. Ia terletak di hadapan tiang gol dan juga dikenali sebagai garisan penalti.
Garisan penggantian pemain (Rajah 5.6) untuk setiap pasukan terletak di antara garisan
tengah dengan ukuran jarak sepanjang 4.5m dari kawasan garisan tepi.
Rajah di sebelah atas merupakan Ukuran Gelanggang Permainan, manakala rajah di
sebelah bawah merupakan Ukuran Tiang Gol.

Masa Permainan, Isyarat Akhir dan Masa Rehat


Masa Permainan
Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur 16 tahun ke atas
ialah 30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat pula ialah selama 10 minit. Masa
permainan bagi peringkat remaja bagi umur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit pada setiap
separuh masa manakala bagi peringkat umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit untuk setiap
separuh masa. Masa rehat untuk kedua-dua kategori ini juga adalah selama 10 minit. Jikalau
sesuatu perlawanan berakhir dengan seri, perlawanan masa tambahan akan diadakan
selepas rehat selama 5 minit. Perlawanan masa tambahan adalah terdiri daripada dua
separuh masa dalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat di
antaranya berserta dengan pertukaran tempat gol. Peraturan pertandingan yang ditetapkan
oleh jawatankuasa pengelola akan dipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri sekali lagi.
Sekiranya berlaku seperti kes di atas, kebiasaannya balingan 7 meter atau balingan penalti
sebanyak 5 kali untuk setiap pasukan akan dilakukan untuk menentukan pemenang.

Isyarat Akhir
Masa perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel untuk balingan permulaan. Masa
perlawanan tamat juga ditentukan dengan isyarat automatik melalui jam awam atau melalui
isyarat penjaga masa. Penjaga masa boleh menggunakan jam meja atau jam randik. Jika
terdapat jam awam, maka ia harus disetkan terlebih dahulu supaya bermula dari 0-30 minit.
Jika tiada isyarat melalui jam awam atau melalui penjaga masa, pengadil sendiri akan
memberhentikan perlawanan melalui tiupan wisel. Pengadil yang akan menentukan masa
perlawanan akan dihentikan buat sementara, contohnya apabila salah satu pasukan
memintatime-outdan bilakah masanya permainan dimulakan semula, berserta isyarat yang
ditunjukkan kepada penjaga masa. Jika tiupan wisel tamat dibunyikan pada waktu balingan
biasa atau balingan 7 meter dilakukan dan bola yang dibalingkan masih di udara, maka
balingan semula perlu dilakukan. Pemain yang membuat kesalahan peraturan pada waktu
balingan percuma atau balingan 7 meter sedang berlangsung juga akan didenda. Jika
pengadil mendapati bahawa penjaga masa telah memberi isyarat tamat terlalu awal, maka
beliau akan meneruskan perlawanan tersebut berdasarkan baki jangka masa yang tertinggal
dengan masa mula semasa wisel ditiupkan. Jika perlawanan separuh masa pertama terlalu
lama, maka perlawanan separuh masa kedua akan disingkatkan mengikut perbezaan masa
yang wujud.

Pemberhentian perlawanan (time-out)

Pemberhentian masa sementara (time-out) adalah dibenarkan sekiranya


berlaku situasi seperti:
 seorang pemain yang dikenakan penalti 2 minit keluar padang
 diminta oleh pasukan yang bermain
 melalui isyarat wisel dari penjaga masa atau teknikal pertandingan
Kesalahan melanggar peraturan yang berlaku ketika masa diberhentikan sementara (time-
out) adalah sama seperti ketika perlawanan berlangsung dan pengadil akan mengambil
tindakan yang sewajarnya. Secara amnya, pengadil akan memutuskan bila tiba masanya
akan dihentikan dan dimulakan semula berhubung dengantime-out. Pengadil juga akan
memberikan isyarat kepada penjaga masa diikuti dengan tiga kali tiupan wisel dan isyarat T.
Setiap pasukan dibenarkan menerima atau membuat satu panggilantime-out selama satu
minit untuk setiap separuh masa, tetapi ini tidak dibenarkan ketika masa tambahan.

Rajah di sebelah menunjukkan Isyarat Time-out kepada penjaga masa. Rajah di sebelah
bawah pula menunjukkan Isyarat daripada pengadil.

BOLA PERLAWANAN
Bola yang digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan mestilah berbentuk
bulat. Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat daripada bahan yang boleh memberi
kesan silau atau berpermukaan licin. Bagi perlawanan pemain lelaki ukuran lilit bola yang
digunakan mestilah 58sm-60sm dan berat di antara 425g-475g (IHF berukuran 3), manakala
bagi pemain wanita pula, ukur lilit bola ialah 54sm-56sm dan beratnya di antara 325g-400g.
Bola mini hanya digunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat sekolah rendah dan
bola yang sama saiznya digunakan untuk pemain lelaki dan perempuan. Pada setiap
perlawanan, diwajibkan terdapat dua biji bola yang mempunyai spesifikasi yang ditetapkan
dalam peraturan. Bola simpanan juga mesti diletakkan berdekatan dengan meja penjaga
masa semasa perlawanan. Pengadil akan memutuskan bila bola simpanan boleh digunakan.
Apabila bermulanya sesuatu perlawanan, bola yang digunakan tidak boleh ditukar dengan
bola yang baru kecuali perlu.

Pasukan, Pertukaran Pemain dan Peralatan


(a) P
P
asukan
etiap pasukan terdiri daripada 14 pemain di mana 7 daripadanya adalah pemain utama dan
selebihnya adalah pemain simpanan. Setiap pasukan seharusnya mempunyai seorang
penjaga gol pada setiap masa. Setiap pasukan perlu mempunyai 5 pemain di dalam
gelanggang untuk memulakan sesuatu perlawanan dan sesuatu perlawanan yang sedang
berlangsung boleh diteruskan sekiranya hanya tinggal lima orang pemain sahaja. Hanya 4
pegawai sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan semasa perlawanan berlangsung dan
pegawai pasukan ini tidak boleh ditukar semasa perlawanan sedang berlangsung. Hanya
salah seorang daripadanya sahaja yang akan diberi tanggungjawab terhadap pasukan dan
beliau seorang sahaja yang boleh berurusan dengan penjaga masa atau penjaga skor dan
juga pengadil. Pegawai pasukan juga tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa
perlawanan berlangsung dan sekiranya perkara ini.

berlaku, pengadil akan terus memberi balingan percuma kepada pihak lawan. Hanya pemain
berdaftar sahaja dibenarkan bermain. Jika terdapat pegawai dan pemain sesuatu pasukan
tiba lewat di gelanggang, maka mereka harus mendapat kebenaran daripada penjaga masa
atau penjaga skor untuk bermain.

Pertukaran Pemain

Pertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seberapa kerap yang boleh
tanpa perlu memberitahu penjaga skor atau penjaga masa tetapi salah seorang daripada
pemain pasukannya mestilah telah keluar dari garisan pertukaran terlebih dahulu. Peraturan
ini juga digunakan untuk pertukaran penjaga gol. Pertukaran juga dilakukan ketika masa
dihentikan sementara (time-out). Penggantian secara tidak formal akan didenda dan pemain
yang bersalah akan digantung daripada permainan selama dua minit dan salah seorang
pemain pasukannya akan dikeluarkan. Satu balingan percuma kepada pihak lawan juga
akan diberikan sekiranya berlaku kesalahan tersebut. Sekiranya pemain yang dikenakan
penggantungan selama dua minit ini memasuki gelanggang sebelum waktunya, dia akan
diberikan tambahan dua minit penggantungan sebagai denda.

Peralatan
etiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersi pasukan masing-
masing. Rekaan dan warna jersi mestilah jelas dan berbeza di antara setiap pasukan. Setiap
penjaga gol setiap pasukan harus memakai warna jersi yang sama dengan pasukannya dan
berbeza dengan warna jersi penjaga gol lawan. Pemain mesti memakai nombor jersi yang
berukuran 20sm tinggi di belakang baju dan 10sm tinggi di bahagian hadapan baju. Nombor
yang dipakai mestilah di antara 1 hingga 20 dan warnanya pula mestilah berlawanan dengan
warna jersi supaya ia dapat dilihat dengan lebih jelas. Setiap pemain mestilah memakai
kasut sukan. Pemain juga tidak dibenarkan memakai atau membawa objek atau barang-
barang yang merbahaya kerana ia boleh membahayakan pihak lawan. Antara barang yang
tidak dibenarkan di dalam permainan ialah pelindung kepala, topeng muka, jam, cincin,
rantai, gelang, subang, cermin mata dan sebagainya. Pemain yang tercedera atau berdarah
di anggota badannya atau pakaiannya mesti meninggalkan gelanggang dengan serta-merta.
Pemain tersebut tidak akan dibenarkan kembali ke gelanggang untuk meneruskan pemainan
selagi darah belum berhenti dan pakaian yang berdarah belum dicuci.

PENJAGA GOL
Seorang penjaga gol dibenarkan:
(a) menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan semasa menjaga gol di
dalam kawasan gol.

(b) bergerak bersama bola di dalam kawasan gol, dan sekiranya dia bermain di luar
kawasan gol, maka dia haruslah mematuhi peraturan permainan sebagai seorang pemain.
Penjaga gol tidak dibenarkan:
(a) melakukan kekasaran kepada pihak lawan semasa bertahan.
(b) menyentuh bola di luar kawasan gol selepas dia membuat balingan kecuali
bola balingan tersebut telah menyentuh seorang pemain.
(c) menyentuh bola yang berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek
di luar kawasan gol.
(d) mengambil bola ke kawasan gol apabila bola itu berada di dalam keadaan
pegun atau yang bergolek di atas gelanggang di luar kawasan gol.

(e) menyentuh bola dengan kaki apabila bola sedang bergerak keluar dari
kawasan gol.

KAWASAN GOL
Hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan gol. Kawasan gol termasuk
garisan kawasan gol dan sekiranya pemain menyentuhnya atau memasukinya, denda akan
dikenakan terhadap pemain tersebut. Balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan
sekiranya seorang pemain dalam gelanggang memasuki kawasan gol.
Contoh situasi yang sering berlaku ialah:
(a) pemain tersebut memasuki kawasan tersebut bersama bola
(b) pemain tersebut memasuki kawasan gol tanpa bola di bawah keadaan yang
memanfaatkan pemain tersebut.
Satu balingan 7 meter atau penalti akan diberikan apabila pemain hadangan (defence) yang
memasuki kawasan gol untuk bermain semasa jaringan gol hendak dilakukan oleh pihak
lawan.

SYARAT-SYARAT PERMAINAN
Pemain dibenarkan:
(a) membaling, menangkap, menolak, memberhentikan atau memukul bola
dengan menggunakan seluruh tangan, menggunakan kepala, lengan dan juga paha
(b) memegang bola tidak melebihi tiga saat
(c) membawa bola dan berjalan tidak lebih daripada tiga langkah
(d) apabila berdiri atau berlari:
 melantun bola sekali dan menangkapnya dengan satu atau dua tangan
 melantun bola berulang kali dengan satu tangan (menggelecek) dan
 kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan
 menggolek bola di atas lantai dengan menggunakan satu tangan dan
 kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan
(e) menggerakkan bola dari satu tangan ke tangan yang lain
(f)bermain bola semasa duduk atau meniarap di atas lantai, contohnya ketika
hendak melakukan hantaran
Pemain tidak dibenarkan:
(a) menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki
(b) menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di
atas lantai.

(c) meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam gelanggang.

KESALAHAN PERMAINAN
Perhatikan pula kesalahan-kesalahan yang sering berlaku.
Pemain dibenarkan:
(a) menggunakan lengan atau tangan untuk menahan bola dan mendapat
penguasaan bola itu
(b) menggunakan tangan yang terbuka untuk menampar atau menepis bola
menjauhi pihak lawan.
(c) menggunakan badan untuk menghalang lawan walaupun ketika itu pihak
lawan tidak menguasai bola.
Pemain tidak dibenarkan:
(a) menarik atau menumbuk bola keluar daripada tangan pihak lawan
(b) menghalang secara kasar menggunakan lengan, tangan dan kaki
(c) menarik baju atau menolak lawan secara kasar
(d) membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan mencederakannya

Semua kesalahan di atas akan dikenakan hukuman oleh pengadil mengikut


situasi yang berlaku.

JARINGAN GOL
Bagaimana pula jaringan gol dikira? Apabila bola memasuki garisan gol secara lengkap dan
penjaringnya tidak melakukan sebarang kesalahan semasa melakukan balingan tersebut,
maka ia dikira sebagai jaringan yang sah. Jikalau benteng pertahanan melakukan kesalahan
semasa penjaring menjaringkan gol, jaringan itu turut dikira sebagai jaringan yang sah.
Namun, jaringan akan dikira sebagai tidak sah sekiranya penjaga masa membunyikan
isyarat sebelum bola itu memasuki garisan gol dan jaringan dikira sah sekiranya pemain
lawan secara tidak sengaja terjaring ke dalam gol sendiri. Suatu jaringan yang telah
diberikan atau diputuskan oleh pengadil adalah muktamad. Pengisytiharan pemenang
bergantung kepada jumlah gol yang berjaya dilakukan.

BALINGAN MULA (THROW-OFF)


Pasukan yang menang undian akan memulakan balingan mula sekiranya dia memilih untuk
memulakan permainan. Jika pasukan yang menang undian ingin memilih kawasan gol
permainan, maka pihak lawannya akan memulakan permainan tersebut. Untuk permulaan
separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan yang berlawanan tadi.
Contohnya jikalau pasukan A telah melakukan baling mula pada separuh masa pertama
maka separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan B pula. Setiap
balingan mula selepas gol dijaringkan akan diadakan di tengah gelanggang sebelum habis
masa tiga saat daripada bermulanya tiupan wisel pengadil. Sebelum sesuatu balingan mula
dimulakan, semua pemain mesti berada di dalam kawasan permainan sebelum sesuatu
balingan mula dan pihak lawan harus berada sekurang- kurangnya tiga meter dari pembaling
untuk memulakan permainan

BALINGAN MASUK (THROW-IN)


Apabila bola secara keseluruhannya melepasi garisan tepi maka ia akan dikira sebagai bola
keluar. Apabila bola keluar dari kawasan permainan, pemain boleh mengambil suatu
balingan masuk tanpa menunggu tiupan wisel pengadil. Apabila bola menyentuh bumbung
gelanggang, balingan masuk juga akan diberikan. Suatu balingan masuk mesti diadakan di
tempat di mana bola itu keluar, tetapi jika bola keluar di belakang garisan gol, balingan
masuk akan dilakukan di titik persilangan garisan belakang gol dengan garisan sisi tepi
gelanggang permainan. Untuk membuat balingan masuk pembaling haruslah berdiri dengan
kaki menyentuh garisan tepi dan semasa balingan masuk dibuat, pihak lawan mesti berada 3
meter jauh dari pembaling itu.

BALINGAN PENJAGA GOL


Penjaga gol akan diberikan kebebasan membuat balingan apabila:
(a) kawasan gol dimasuki pemain lawan
(b) bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal atau bola tersebut bergolek
masuk ke kawasan gol.
(c) pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas
lantai dan bola itu berada di dalam kawasan gol

Ini bermaksud bahawa permainan ini tidak boleh diteruskan sehingga penjaga gol
melakukan balingan gol. Penjaga gol juga tidak boleh menyentuh semula bola yang telah
dibaling kecuali bola itu telah menyentuh pemain lain.

BALINGAN PERCUMA
Penyerang mestilah berada sejauh 9 meter dari tiang gol semasa balingan percuma
diberikan. Pasukan lawan pula mestilah berada sejauh 3 meter dari penyerang. Secara
amnya, pengadil akan memberhentikan permainan dan memberikan pihak lawan satu
balingan percuma sekiranya pasukan tersebut melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Balingan percuma akan diambil di tempat di mana kesalahan atau kekasaran itu terjadi.
Apabila balingan percuma diberikan kepada pihak lawan, pasukan yang sedang memegang
bola mesti meletakkan bola tersebut di atas lantai, di tempat di mana kesalahan itu berlaku.
Balingan percuma juga biasanya diambil tanpa mendapat isyarat wisel daripada pengadil
dan balingan yang dibuat adalah sah.

BALINGAN TUJUH METER


Balingan 7 meter diberi apabila:
(a) sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol
dihalang dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkan bola.
(b) seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di
kawasan gol.
Pihak pengadil akan memberikantime-out sekiranya penjaga gol mahu melakukan balingan 7
meter kerana ianya dikira melewatkan permainan. Selepas sahaja wisel dibunyikan oleh
pengadil, balingan 7 meter hendaklah dibuat ke arah gol dalam masa 3 saat. Pemain yang
hendak membuat balingan 7 meter hendaklah berdiri di belakang garisan 7 meter. Pemain
tidak dibenarkan menyentuh ataupun melepasi garisan 7 meter apabila isyarat wisel
dibunyikan oleh pengadil sehinggalah bola itu dilepaskan. Pemain pihak lawan juga mestilah
berada 3 meter jauh dari pembaling sehinggalah bola itu dibaling. Balingan semula akan
dilakukan sekiranya pihak lawan melakukan kesalahan semasa balingan tersebut dilakukan.

BALINGAN PENGADIL
Pengadil akan melakukan balingan semula sebelum memulakan perlawanan
jika:
(a) kedua-dua pasukan yang bertanding melakukan kesalahan serentak
(b) apabila bola meyentuh siling atau balingan terkena bumbung gelanggang
perlawanan
(c) tiada permain yang memegang bola atau tiada sebarang kesalahan yang
dilakukan
Balingan pengadil biasanya dibuat di tengah-tengah gelanggang selepas wisel dibunyikan.
Seorang pemain daripada setiap satu pasukan yang berlawan dibenarkan mengambil
bahagian, manakala pemain-pemain lain mesti berada sejauh 3 meter dari balingan tersebut.
Bola hanya boleh dicapai atau dimainkan setelah mencapai puncak ketinggian balingan.

DENDA / HUKUMAN PERMAINAN


(a) Amaran / Kad Kuning
 kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan
 perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan
(b) Hukuman / Gantung Dua Minit
 tidak meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan
 penggantian pemain yang tidak sah
 perlanggaran peraturan permainan
 kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan
(c) Pembatalan / Pemberhentian Pemain
 melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan
 telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga
 tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan merbahaya
 mengugut pemain di luar gelanggang pemain
 kekasaran hingga mencederakan pihak lawan
 kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh
 dibatalkan penyertaan

Anda mungkin juga menyukai