Anda di halaman 1dari 36

TAJUK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK.

SINOPSIS:
Topik ini memberikan gambaran sepintas lalu kepada pelajar berkenaan
sejarah permainan bola sepak, perkembangannya di Malaysia dan organisasi
yang bertanggungjawab dalam mengurus takbir permainan ini. Pelajar juga
didedahkan kepada peraturan dan undang-undang permainan bola sepak,
strategi, latihan dan formasi permainan serta bagaimana menguruskan
kejohanan pertandingan bola sepak.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Menerangkan sejarah awal permainan bola sepak;
2. Meringkaskan perkembangan bola sepak dalam tiga era di Malaysia
3. Membincangkan struktur organisasi Persatuan Bola Sepak
Malaysia ( Football Association of Malaysia - FAM ).
4. Mengenal pasti perbezaan di antara undang-undang dan peraturan
permainan bola sepak.
5. Mengaplikasikan strategi dan latihan dalam permainan bola sepak.
6. Mempraktikkan ilmu pengurusan, pengendalian dan pengelolaan
dalam sesuatu kejohanan dan pertandingan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

PERMAINAN
BOLA SEPAK

AMALI

TEORI KEMAHIRAN ASAS PERMAIAN

PERATURAN DAN KEMAHIRAN TEKNIKAL


UNDANG-UNDANG MENYEDIAKAN PADANG
PERMAINAN
KAEDAH PENGAJARAN DAN
KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN
DAN PEMBELAJARAN.
KAEDAH PENILAIAN

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN


PERTANDINGAN

1
1.1 Sejarah.

1.1.1 Sejarah Permainan

Sejarah awal permainan bola sepak diketahui


dengan pelbagai cerita yang berbeza. Fakta
telah menunjukkan bahawa permainan bola
menggunakan kaki telah bermula sejak
ratusan tahun yang lalu dan dipercayai lebih
awal daripada sejarah permainan bola Rajah 1.1.: Permainan bola sepak tanpa
menggunakan tangan. peraturan dimainkan di Eropah ketika
Zaman Pertengahan.

Sejarah permainan bola menggunakan kaki bermula sejak kurun ke-2 dan ke-3 di
China. Ia bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Han, di mana askar-askar
mereka telah menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit sebagai latihan
fizikal dan ia dikenali sebagai latihan Tsu Chu.

Selain itu fakta juga telah menunjukkan permainan Greek episkyros mempunyai
persamaan dengan permainan daripada Rom. Cara ia dimainkan ialah dengan
dimulai dengan dua pasukan, menggunakan bola kecil dan bermain di kawasan
padang yang bersegi empat tepat dan ditanda garisannya. Objektif permainan ini
adalah untuk membawa bola melepasi sempadan pihak lawan. Permainan ini telah
bertahan selama 700 hingga 800 tahun.

Bola sepak ialah sejenis sukan berpasukan yang paling diminati dan digemari di
seluruh dunia. Permainan ini juga dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk
membezakannya dengan permainan "football" yang lain di sana. Persekutuan Bola
Sepak Antarabangsa atau FIFA adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan
untuk menguruskan bola sepak.

Oleh kerana permainan bola sepak dimain dengan cara yang berbeza-beza di
sekolah-sekolah di United Kingdom, undang-undang dan peraturan awal telah
diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan dan memudahkan
pemainpemain memahami peraturan-peraturan tersebut. Pada tahun 1863,
Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak.
Mereka menggubal satu undang-undang bola sepak yang formal dan undang-
undang ini dikembang menjadi Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai
sehingga kini.

Selepas beberapa tahun, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ini telah
menerima pasukan bola sepak dari Afrika Selatan pada tahun 1909 /1910,
Argentina dan Chile pada tahun 1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913.

2
Perancangan FIFA untuk mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa
telah ditangguh kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga Persekutuan
Bola Sepak Antarabangsa. Beliau merancang untuk mengadakan kejohanan secara
kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun 1928. Pemenang
kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan trofi. Manakala,
seorang pengukir Perancis, Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan untuk
mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali sebagai Piala Jules Rimet. Kongres
pertama yang berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay sebagai tuan rumah
yang pertama pada 1 Mei 1929.

Rajah 1.2: Bola yang digunakan pada Piala Dunia pertama di Uruguay 1930

Buat pertama kalinya, pada 18 Julai 1930, kejohanan pertama Piala Dunia
dilangsungkan di Uruguay. Ia diadakan di tiga gelanggang di Montevideo dengan
Uruguay yang menjadi tuan rumah muncul sebagai juara selepas menewaskan
Argentina 4-2 di dalam perlawanan akhir.

Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. Walau
bagaimanapun Julies Rimet telah berusaha keras di sepanjang 33 tahun beliau
memegang tugas sebagai Presiden. Impiannya menjadi kenyataan apabila
Perancis menjadi tuan rumah kali ketiga. Menjelang tahun 1954, ahli gabungan
FIFA telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia.

Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia
setahun kemudian dan diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada tahun
1958. FIFA telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselang- seli
di benua Eropah dan Amerika Selatan. Operasi FIFA banyak dikawal selia oleh
Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa Pertandingan
bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous dilantik sebagai
Presiden FIFA keenam. Antara sumbangan besar Rous ialah menambah keahlian
baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia.

3
Bola sepak telah menjadi sebahagian daripada fenomena kehidupan dan
merupakan sukan yang paling popular di dunia. Oleh kerana itu, ia selalunya
digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

1.1.2 Perkembangan Di Malaysia.

Awal 1920-an

Tahukah anda bagaimana pula perkembangan


bola sepak di negara kita? Begini
perkembangannya. Permainan bola sepak pertama
di Semenanjung Malaysia bermula pada awal
tahun 1800 sejajar dengan penubuhan kelab di
mana bilangan pendatang luar adalah tinggi di
negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan
Negeri Sembilan. Rajah 1.3: Singapura menerima piala
sebagai juara Piala Malaya.

Permainan bola sepak telah dijadikan sebagai sukan pertunjukkan ketika


perlawanan kriket Piala Malaya di antara Selangor dan Singapura pada tahun 1921.

Pada tahun 1926, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara
rasminya menjadi persatuan bola sepak kebangsaan pada 1933. Ia juga dikenali
sebagai Football Association of Malaya (FAM). Sir Andrew Caldecott dilantik
menjadi Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M. Shelley,
Dr J. Webster, S. Scott, R. Williamson dan Adrian Clark. Mereka menerajui
persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia Kedua meletus.

Selepas tamat perang, Presiden FAM ialah J. King, diikuti dengan H. Bryson dan Dr
C. Rawson. Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum tampuk
pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa British.

Tahun-tahun di antara 1951 hingga 1984

Pada tahun 1951 pula, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri
Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM. Kemudian pucuk
pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu
Tun Abdul Razak Haji Hussein. Pada tahun 1976, jawatan tersebut telah diisi oleh
Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah.

4
Era Pembaharuan Modenisasi dan Profesionalism

Yang Teramat Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah merupakan tokoh
yang banyak membantu dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air. Pada
tahun 1989 Liga semi-pro diperkenalkan sebelum sukan ini diiktiraf sebagai sukan
profesional beberapa tahun kemudian.

Di bawah pentadbiran Sultan Haji Ahmad Shah, perkembangan permainan bola


sepak banyak meraih perhatian dari dalam dan luar negara sehinggalah persatuan
bola sepak berjaya mengelolakan satu kejohanan berprestij iaitu Piala Remaja
Dunia pada 1997. Daripada bangunan kecil di Jalan Birch, FAM akhirnya
mempunyai kompleks mereka sendiri di Kelana Jaya. Ia juga merupakan pusat
pentadbiran bola sepak kebangsaan yang pertama.

1.1.2 Struktur Organisasi Persatuan

Rajah 1.1.3 berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola sepak


Malaysia atau dalam bahasa Inggeris Football Association of Malaysia (FAM).

Rajah 1.4: Struktur Organisasi FAM

1.1.4 Peraturan Dan Undang-Undang Permainan.

Persekutuan Pesatuan-Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ditubuhkan


pada tahun 1904 di Paris. Negara Belgium, Perancis, Belanda, Sepanyol,
Sweden dan Switzerland merupakan negara-negara yang bertanggungjawab
kepada penubuhan FIFA. FIFA merupakan badan rasmi yang khusus untuk
menyelenggara bola sepak di peringkat dunia. Antara tujuan-tujuan penubuhan
FIFA adalah seperti berikut,
i. Mengembangkan permainan bola sepak ke seluruh dunia agar
diterima sebagai permainan yang diminati.
ii. Meningkatkan mutu permainan menerusi perlawanan dan
pentadbiran yang dianjurkan dari semasa ke semasa.

5
iii. Mengeratkan hubungan antara negara-negara dunia menerusi
bola sepak.
iv. Menjadikan sebuah badan atau persatuan khusus untuk bola
sepak bagi seluruh dunia.
v. Mengawal dan menyelaraskan segala undang-undang dan
peraturan mengenainya.
Undang-undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb
Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember
1863. Kini, undang-undang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

1.1.4.1 Undang-undang Permainan

Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda


memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi. Mutu permainan atau
pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda dapat mempraktikkan
undang-undang sukan bola sepak. Undang-undang permainan bola sepak terdiri
daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk
FIFA, iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan bola sepak antarabangsa.
Namun begitu, terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan
seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah. Pengubahsuaian ini
termasuklah saiz padang, saiz dan berat bola, saiz gawang, bilangan pemain
simpanan dan tempoh perlawanan. Mari kita mendalami ke semua undang-undang
ini.

Undang-undang 1: Padang Permainan

(a) Permukaan Padang


Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi atau
padang tiruan. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan.

(b) Ukuran padang


Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang
permainan adalah seperti berikut (juga lihat rajah 1.2.1 ):

Panjang : Minimum 90m (100 ela)


Maksimum 120m (130 ela)
Lebar : Minimum 45m (50 ela)
Maksimum 90m (100 ela)

Ukuran padang pertandingan antarabangsa:

Panjang : Minimum 100m (110 ela)


Maksimum 110m (120 ela)
Lebar : Minimum 64m (70 ela)
Maksimum 75m (80 ela)
6
(c) Kawasan padang
Untuk melancarkan permainan ini garisan perlu ditandakan di setiap
kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan
panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang
lebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah
tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar. Kemudian padang akan
dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana kawasan
bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m
(10 ela).

Rajah 1.5: Ukuran kawasan padang bola sepak

(d) Kawasan gol


Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut
kanan garisan gol masing-masing berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol.

(e) Kawasan penalti


Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol
dengan ukuran 16.5m (18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawasan penalti,
tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol. Lengkungan
bulatan berjejari 9.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar
kawasan penalti.

7
Rajah 1.6: Ukuran kawasan penalt

(f) Tiang bendera

Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan di
setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan
mestilah berada 1m jauh dari garisan padang.

(g) Lengkungan sudut

Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang bendera
dibuat di dalam padang permainan.

(h) Tiang gol

Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol. Jarak
antara tiang gol ialah 7.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah
ialah 2.44m (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak
melebihi 12sm (5 inci).

Rajah 1.7 : Ukuran tiang gol bola sepak

8
Undang-undang 2: Bola

Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain
yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm dan
berat bola dalam lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain
dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan
remaja. Berikut merupakan bentuk bola yang dimaksudkan.

Rajah 1.8: Bola yang digunakan dalam permainan bola sepak

Undang-undang 3: Bilangan Pemain

(a) Pemain
Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap
pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol.
Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7
orang pemain.

Rajah 1.9: Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol.

9
(b) Perlawanan Rasmi

Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan


persatuan di bawah gabungannya, hanya 3 orang pemain sahaja dibenarkan
untuk membuat pertukaran. Peraturan pada setiap pertandingan mestilah
menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk
membuat pertukaran (3 hingga 7 pemain).

(c) Nama pemain gantian

Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan


kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak
didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain.

(d) Peraturan pemain gantian

Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenang-


wenangnya. Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran
dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang
hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat
daripada pengadil. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gentian
memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak boleh
lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut.

(e) Pertukaran Penjaga Gol

Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu


sebelum pertukaran dibuat.

Undang-undang 4: Peralatan Pemain

(a) Keselamatan
Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh
membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang
lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan.

(b) Peralatan asas


Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut
adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain:
i. Jersi
ii. Kasut bola
iii. Seluar pendek
iv. Stoking
vi. Pelindung kaki

10
Rajah 1.10 : Kasut bola adalah salah satu peralatan wajib bagi pemain bola sepak

(c) Pelindung kaki (shin guards)

Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki atau
shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau
plastik perlu dipakai di dalam stoking.

(d) Penjaga Gol

Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain,
pengadil dan pembantu pengadil.

(e) Pelanggaran Peraturan

Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka


melanggar peraturan. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan
kesalahan meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak dibenarkan
memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. Pengadil akan memeriksa
pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan permainan dan dia hanya
dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang.

Undang-undang 5: Pengadil

(a) Kuasa pengadil

Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan


mendapat sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak.

11
Rajah 1.11 : Pengadil mengawal perlawanan dengan dibantu
oleh 2 pembantu pengadil

(b) Tugas Pengadil

Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil:


- Melaksanakan undang-undang perlawanan.
- Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil.
- Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat.
- Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat
undang-undang 4.

- Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa


permainan.

- Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku


sebarang gangguan daripada pihak luar.

- Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk


pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang.

- Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka


meninggalkan padang. Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan
memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada
pengadil.
- Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan
lebih daripada satu kesalahan.

- Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan


yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang.

- Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal


kelakuan semasa perlawanan.

- Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas


kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya.
12
- Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.

(c) Keputusan pengadil


Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar
keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah
atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil.

Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan

(a) Tugas
Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara tugas-
tugas pembantu pengadil ialah:

- Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan.


- Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola
ke dalam padang.
- Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan ofsaid.
- Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku
di luar pandangan pengadil utama.

(b) Pembantu
Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang
permainan bola sepak. Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada
pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila
sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal.

Rajah 1.12 : Dua orang pembantu pengadil sedang bertugas


semasa pertukaran dilakukan.

13
Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan

(a) Tempoh permainan


Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali
terdapat persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan kedua-dua
pasukan. Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan hendaklah
dibuat sebelum permainan itu dimulakan. Contohnya mengurangkan masa
untuk setiap separuh masa kepada 40 minit.

Rajah 1.13 : Masa permainan untuk perlawanan bola sepak ialah selama
45 minit setiap separuh masa

(b) Masa Rehat

Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa


pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.

(c) Masa tambahan


Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu
pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil
bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk
mendapakan rawatan.

(d) Tendangan penalti


Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh
masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.

(e) Pemberhentian perlawanan


Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan
peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya.

14
Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan

(a) Permulaan perlawanan


Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan
gol atau memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling.
Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan pertandingan,
sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk memilih kawasan gol
manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan
sepakan mula pada separuh masa kedua.

Rajah 1.14: Permainan dimulakan apabila bola ditendang ke arah hadapan

(b) Sepak mula


Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali
perlawanan pada separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula juga dibuat
selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa
semasa tambahan masa. Jaringan yang berpunca daripada sepak mula
adalah sah.

(c) Prosedur
Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan lawan
hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) daripada bola,
semasa sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan pegun dan
berada di tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil memberi
isyarat mula, pemain tengah perlu membuat sepak ke hadapan untuk
dihantar kepada rakan pasukannya yang lain. Pemain yang mengambil
sepakan mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum ianya
disentuh oleh pemain lain. Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol,
sepakan mula akan diambil oleh pasukan lawan.

Undang-undang 9: Bola Masuk dan Keluar

Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang
apabila melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan
padang. Permainan akan diteruskan kembali dengan:

15
(a) Perlawanan akan disambung semula dengan lambungan bola di mana
tempat terakhir bola terkeluar.
(b) Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di
dalam padang permainan.
(c) Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku
pelanggaran undang-undang.

Rajah 1.15 : Contoh keadaan bola masuk dan bola keluar

Undang-undang 10: Jaringan

Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang
gol dan di bawah besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak
melempar, membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau tangan.
Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan
paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan. Manakala
perlawanan akan dikira seri sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah
gol yang sama semasa tempoh perlawanan. Rajah di bawah menunjukkan contoh
keadaan bola bagi menentukan jaringan gol.

Rajah 1.16 : Contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol

16
Undang-undang 11: Ofsaid

Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada berdekatan
dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain tersebut berada
di separuh padang permainan pasukannya dan hanya terdapat sekurang-
kurangnya 2 pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama
pemain itu sendiri.

Denda akan dikenakan jika pemain melakukan ofsaid. Sepakan percuma pula akan
diberikan kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku.

Rajah 1.17 : Seorang pemain berada dalam keadaan ofsaid apabila berada di belakang
pemain pertahanan lawan sebelum bola ditendang ke arahnya

Undang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan Buruk

Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja


melakukan apa sahaja kesalahan akan dihukum. Sebagai hukuman, sepakan
percuma akan diberikan kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu
dilakukan. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan percuma ialah:
(a) menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan.
(b) memegang pemain pihak lawan.
(c) melompat ke atas pemain pihak lawan.
(d) menolak pemain pihak lawan.
(e) mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak
lawan menghalang pemain daripada mengambil bola.
(f) sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan.
(g) menyadung pemain pihak lawan
(h) mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar
atau tidak sopan.
(i) membawa, menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan
lengan atau tangan (melainkan ia dilakukan penjaga gol di dalam kawasan
kotak penaltinya).

17
Undang-undang 13: Tendangan Percuma

Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung.
Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi
menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah
disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma
sebelum bola itu melepasi garisan gawang. Pemain pertahanan mestilah berada
sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat
tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain pertahanan boleh
berada dalam jarak kurang dari 9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang
diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang pasukan
pertahanan. Dalam situasi tersebut, pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang
mereka untuk menghalang jaringan berlaku.

Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurang
kurangnya 9.15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari
kawasan penalti mereka. Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak
bergerak apabila sepakan percuma diambil. Jika pemain yang mengambil sepakan
percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain menyentuhnya,
secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan percuma. Rajah 1.18:
Pemain yang mengambil sepakan percuma adalah seorang yang mempunyai
kemahiran.

Rajah 1.18 : Pemain yang mengambil sepakan percuma adalah seorang yang
mempunyai kemahiran yang tinggi

Undang-undang 14: Sepakan Penalti

Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di dalam


kawasan penalti. Prosedur:

a) Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di
tengah-tengah gawang.

18
b) Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m di luar kawasan
penalti kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol.

c) Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan
tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil.

d) Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan


penalti dan tidak boleh menendang bola sekali lagi sehingga bola itu
disentuh oleh pemain lain.

Rajah 1.19 : Sepakan penalti selalunya akan memberikan jaringan

Undang-undang 15: Balingan Masuk

Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali
bola itu dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi; sama ada bola meleret di
atas padang atau di udara. Balingan masuk akan dilakukan oleh pasukan lawan
sekiranya pemain pasukan sendiri yang menyebabkan bola terkeluar.

Prosedur:

Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian


belakang kepala. (Rajah 1.20)

Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh


garisan atau di luar garisan.

Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh
pemain lain.

Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira.

19
Rajah 1.20 : Seorang pemain yang membuat cara balingan masuk yang betul

Undang-undang 16: Tendangan Gol

Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain
yang membuat hantaran, terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui
leretan padang atau udara.

Prosedur:

Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau
pun penjaga gol.

Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga


pemain lain menyentuhnya.

Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan


penalti.

Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa
tendangan gol diambil.

Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol.

Undang-undang 17: Tendangan Sudut


Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi
garisan belakang gol.

Prosedur:

Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung


padang bersebelahan dengan tiang bendera.
Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan.

20
Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola
sehinggalah tendangan sudut diambil.

Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga


pemain lain menyentuhnya.

Rajah 1.21: Tendangan sudut adalah salah satu kaedah terbaik untuk menghasilkan gol

1.3 Kemahiran Asas Permainan Bola Sepak

1.3.1 Pengenalan

Topik berikutnya akan mendedahkan tentang kaedah kawalan, pengawalan


gawang gol dan strategi permainan bola sepak.
Tujuan seseorang pemain mengawal bola adalah untuk mengawal bola yang
ditujukan kepadanya supaya tindakan selanjutnya dapat dilakukan dengan
mudah. Bahagian-bahagian badan yang berikut boleh digunakan untuk
mengawal bola iaitu melalui:
Hujung kaki (bahagian kekura kaki, perut kaki, luar kaki dan tapak kaki)
Batang kaki (peha dan bahagian bawah lutut)
Kepala
Dada
Perut

Semasa bersentuh dengan bola, bahagian badan yang terlibat hendaklah


dileturkan atau dilembutkan untuk mengurangkan hentaman bola ke atas badan.
Jika bahagian badan yang menahan bola ditegangkan, bola itu akan melantun
semula dan bola susah untuk dikawal.
Mata hendaklah mengikut pergerakan bola sehingga ia dapat dikawal dengan
21
bahagian badan yang sesuai. Tangan pemain pula memainkan peranan untuk
mengimbangkan badan. Cara-cara mengawal bola ialah dengan (rujuk rajah 2.1):
Menggunakan perut kaki [Rajah (a)]
Menggunakan luar kaki [Rajah (b)]
Menggunakan tapak kaki [Rajah (c)]
Menggunakan peha [Rajah (d)]
Menggunakan perut dan juga lutut [Rajah (e) & (f)]

Rajah 1.22 : Cara-cara untuk mengawal bola

1.3.2 Latihan Mengawal Bola

Sila perhatikan pula langkah-langkah berikut sebagai latihan untuk mengawal


bola.

1. Berpasangan
Seorang pemain mengumpan bola untuk dikawal oleh pasangannya.
Bola diumpan ke pelbagai aras dan arah:
(a) Kepala, dada, perut dan bawah lutut.
(b) Bola leret dari kiri, kanan dan depan.
(c) Lantunan bola ke aras pinggang untuk dikawal dengan kaki.

22
2. Latihan dinding
Sepak bola ke dinding dan mengawal bola yang melantun balik.
Latihan dilakukan setempat dan bergerak.

Rajah 1.23: Latihan menendang ke dinding

3. Latihan berkumpulan (statik/bergerak)


(a) Bulatan - seorang pemain berada di tengah-tengah bulatan dan
mengumpan bola kepada ahli pasukannya seorang demi seorang.
Selepas satu pusingan, pemain lain mengambil tempatnya.
(b) Barisan - Pemain dalam barisan berlari ke hadapan dan mengawal
bola yang dihantar oleh pengumpan dan kemudiannya menolak bola
kembali kepada pengumpan. Pemain yang akhir sekali mengawal
bola akan menjadi pengumpan baru.

Rajah 1.24: Latihan dalam bulatan

23
1.3.3 Tendangan Dan Hantaran

Kebiasaannya sesebuah pasukan bola sepak yang baik ialah pasukan yang
berjaya menguasai teknik tendangan dan hantaran yang baik. Kebolehan
membuat sepakan dan membuat hantaran sangat mempengaruhi kecekapan
menghantar bola dan menjaring. Oleh itu, latihan teknik ini amat penting untuk
menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya.

1.2.3.1 Jenis-jenis Tendangan

Terdapat 3 jenis tendangan.


(i) Tendangan leret
(ii) Tendangan tinggi
(iii) Tendangan voli

Rajah 1.25: Seorang pemain sedang melakukan satu tendangan voli

Teknik asas menyepak


Berikut pula adalah teknik asas untuk menyepak bola:
Untuk menggerakkan bola secara leret atau rendah, kaki hendaklah
diletakkan di tengah-tengah belakang bola itu semasa menyepak.
Untuk menaikkan atau membuat sepakan bola tinggi, kaki hendaklah
diletakkan pada bahagian bawah garisan tengah.
Bahagian kaki yang leper dan senang bergerak adalah sesuai untuk
menyepak atau menggerakkan bola.

24
Rajah 1.26: Cara-cara untuk membuat tendangan leret dan tinggi

Rajah 1.27: Bahagian kaki yang digunakan untuk membuat sepakan dan hantaran

Teknik berikut dapat membantu anda membuat tendangan dan hantaran yang
tepat (rujuk Rajah 1.3.7):

(i) Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk membuat tendangan leret,


tinggi, hantaran rendah jarak dekat dan jauh dan tendangan kencang ke
pintu gol (Rajah (a))
(ii) Menggunakan bahagian dalam kaki untuk tendangan tinggi, hantaran
rendah, hantaran dekat dan jauh serta menjaringkan gol (Rajah (b)).
(iii) Menggunakan bahagian luar kaki untuk menghantar bola (Rajah (c)).
(iv) Menggunakan bahagian tumit kaki untuk membuat hantaran (Rajah (d)).
(v) Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk membuat tendangan voli
(Rajah (e)).
(vi) Menggunakan bahagian perut kaki (inside foot) untuk tendangan voli atau
lambung (Rajah (f).

25
Rajah 1.28: Cara-cara untuk membuat tendangan dan hantaran bola yang betul

Latihan tendangan dan hantaran bola


Latihan-latihan berikut akan membantu anda memperbaiki tendangan anda:

(a) Latihan tendangan leret 1


A-B (menggunakan kura-kura kaki)
B-C (menggunakan bahagian luar
kaki)
C-A (menggunakan bahagian perut
kaki)
(Untuk sepakan tinggi, jarak antara
barisan hendaklah dijauhkan)

Rajah 1.29: Latihan tendangan


leret 1

(b) Latihan tendangan leret 2


Seperti dalam Latihan 1, seorang
pemain bertindak sebagai
pengumpan tetap.

Rajah 1.30: Latihan tendangan


leret 2

(c) Latihan menghantar bola


26
Susunan pemain adalah dalam
bentuk bulatan. Pengumpan di
tengah bulatan menghantar bola
kepada pemain yang lain. Pemain
menggunakan semua ba hagian kaki
untuk membuat hantaran bola.

Rajah 1.31: Latihan menghantar


bola

(d) Latihan menyepak dan menghantar bola


Pemain X menghantar bola kepada
pemain Y melalui 2 kon. Pemain Y
akan menghantar semula bola
kepada pemain X yang kedua untuk
meneruskan latihan. Selepas
menghantar bola, pemain bertukar
tempat.

Rajah 1.32: Latihan menyepak


dan menghantar bola

(e) Latihan menjaring (membuat sepakan ke


pintu gol)

Menyepak bola secara leret, aras


dada dan tinggi.

Rajah 1.33: Latihan menjaring

(f) Latihan menghantar bola


Pemain X membawa bola dan
apabila menghampiri garisan gol,
tukar haluan dan buat tendangan ke
arah salah seorang pemain Y.

Rajah 1.34: Latihan menghantar


Bola

Jenis Hantaran
27
Jenis-jenis hantaran seperti hantaran dinding, hantaran terus, hantaran segi
empat dan hantaran zig-zig akan membolehkan anda membuat hantaran yang
baik. Mari kita lihat ke empat-empat jenis hantaran ini:

(i) Hantaran dinding

Pemain Z bertindak sebagai dinding. Pemain X akan menghantar bola


kepada pemain Z. Kemudian pemain Z akan menghantar bola sekali
lagi kepada pemain X yang telah bergerak ke tempat lain X1. Latihan ini
juga turut dilakukan dengan seorang pemain G yang bertindak sebagai
penghalang.

Rajah 1.35: Hantaran dinding

(ii) Hantaran terus/sisip


Pemain Z menghantar bola terus ke depan untuk diterima oleh pemain
X yang bergerak ke arah bola itu. Latihan dilanjutkan dengan pemain G
sebagai pengawal yang cuba merebut bola.

Rajah 1.36: Hantaran terus

(iii) Hantaran segi empat


Latihan hantaran segi empat di antara pemain X dan pemain Z dengan

28
pemain G sebagai pengawal untuk merebut bola.

Rajah 1.37: Hantaran segi empat

(iv) Hantaran zig-zag


Bola hendaklah dihantar ke ruang di depan penerima secara berselang-seli.

Rajah 1.38: Hantaran secara zig-zag

1.3.4 Penjagaan Gawang Gol

Fungsi seorang penjaga gol adalah sangat penting. Penjaga gol adalah pemain
yang berada di barisan belakang pasukan dan mestilah menguasai semua jenis
kemahiran. Untuk menjadi penjaga gol, pemain tersebut mestilah boleh
menangkap, menendang, membuat hantaran, menanduk dan menggelecek bola
selain menghalang semua serangan yang dilakukan ke arah gawang gol.
Tugas utama penjaga gol adalah untuk mempertahankan pintu golnya supaya
bola tidak dijaringkan. Cara yang digunakan untuk menggagalkan sesuatu
percubaan menjaringkan gol adalah bergantung kepada pergerakan bola yang
menuju ke pintu gol itu. Mengikut peraturan permainan, penjaga gol dibenar
menggunakan mana-mana bahagian badannya untuk menahan bola semasa
berada di kawasan golnya. Dalam keadaan biasa, penjaga gol hendaklah
menyambut bola dengan menangkapnya dengan kedua-dua belah tangan. Ini
adalah cara yang paling selamat. Oleh itu, selain daripada kemahiran menyepak
bola, penjaga gol perlu mempunyai koordinasi mata dan tangan yang cekap
29
untuk mempertahankan daripada pintu gol dibolosi pasukan lawan.

Rajah 1.39: Seorang penjaga gol sedang beraksi dalam percubaan menepis bola

Kemahiran asas menjaga gol boleh dilakukan seperti aksi berikut:

(i) Menangkap tendangan bola leret, aras badan atau bola tinggi
(ii) Menepis bola tinggi dan sisi
(iii) Menumbuk bola
(iv) Mengecilkan sudut jaringan
(v) Menyepak bola
(vi) Membaling bola

Cara-cara menjaga gol (rujuk Rajah 2.19) seperti berikut boleh membantu anda:
1. Dalam keadaan bersedia untuk bertindak. Mata hendaklah mengikut
pergerakan bola sepanjang masa. (Rajah (a))

2. Untuk menyambut hantaran bola leret, tangan dan kaki akan melindungi
atau menghalang bola. Semasa menyambut bola, kedua-dua belah tapak
tangan hampir di belakang bola. (Rajah (b))
30
Rajah (b)

3. Satu lagi gaya untuk menyambut bola leret ialah sebelah kaki melutut
semasa menyambut bola. (Rajah (c))

4. Untuk menyambut bola aras dada, pemain hendaklah bergerak ke


belakang bola. Sebaik sahaja menyambut bola, bawa bola rapat ke badan
dengan membongkokkan badan. (Rajah (d))

5. Dalam keadaan di mana pemain tidak sempat menangkap bola, adalah


lebih selamat sekiranya bola itu ditepis keluar sahaja. (Rajah (e))

6. Bola boleh ditepis ke luar tiang gol dengan pergerakan pergelangan tangan
ke arah yang sepatutnya. (Rajah (f))

31
7. Menumbuk bola dengan kedua-dua belah tangan juga dibenarkan. Tangan
hendaklah diluruskan semasa bersentuhan dengan bola. Biasanya tindakan
ini dilakukan apabila penjaga gol berlari keluar dari pintu golnya untuk
menyekat hantaran tinggi ke gawang golnya. (Rajah (g))

8. Melompat ke sisi bertujuan untuk menyekat bola. Dalam keadaan ini,


pastikan tangan menjangkau bola untuk menangkap atau menolaknya
keluar. (Rujuk rajah (h)) Sebaik sahaja bola ditangkap, tangan hendaklah
menahan bola agar tidak terlepas daripada tangkapannya.

32
Rajah 1.3.19: Cara-cara seorang penjaga gol menangkap dan menepis bola

1.4.4 Strategi Permainan

Anda tadi telah didedahkan kepada peranan pemain, pengadilan yang baik dan
langkah-langkah untuk menjadi penjaga gol yang cekap. Kini anda akan
didedahkan pula tentang strategi permainan bola sepak. Ini juga penting agar
permainan bola sepak akan menjadi lebih tersusun dan efisen. Pemilihan sesuatu
strategi permainan (formation) biasanya dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti
berikut

Rajah 1.40 : Faktor kepada pemilihan strategi

Sistem permainan yang biasa diamalkan dalam permainan bola sepak adalah:

(a) 4-2-4

33
Kejayaan sistem ini banyak bergantung kepada 2 orang pemain tengah yang
menjadi penghubung di antara pemain pertahanan dan penyerang.
Keadaan ini membenarkan 6 orang pemain untuk menyerang atau bertahan.
Oleh itu, daya tahan 2 orang pemain tengah tersebut adalah penting

Rajah 1.41 : Sistem 4.2.4

(b) 4-3-3
Dalam sistem ini, hanya 3 orang pemain sahaja yang bertindak sebagai
pemain penyerang. Oleh itu, pemain tengah atau pertahanan perlu mara dan
membuat overlap untuk membantu 3 orang penyerang tersebut.

Rajah 1.42 : Sistem 4.3.3

(c) 4-4-2
Pembentukan jenis ini lebih menitikberatkan pertahanan dan biasa
diamalkan oleh pasukan yang kekurangan penyerang utama. Lapan pemain
boleh digunakan untuk menghadapi serangan tetapi 2 orang penyerang akan
memikul tugas yang berat. Mereka terpaksa menguasai bola sehingga ke
barisan tengah supaya dapat membantu membuat serangan.

34
Rajah 1.43 : Sistem 4.4.2

(d) 1-4-3-2
Sistem ini juga lebih menumpukan kepada barisan pertahanan di mana
seorang pemain menjadi sweeper manakala yang lain akan menjaga
pemain lawan. 'Sweeper ini bergerak bebas dan tugasnya adalah untuk
mengganggu dan merebut bola daripada pihak lawan.

Rajah 1.44 : Sistem 1.4.3.2

1.
1. Nyatakan
Nyatakan apakah
apakah jenis
jenis kesalahan
kesalahan yang
yang dilakukan
dilakukan oleh
oleh pemain
pemain
yang dibatalkan atau diberhentikan permainannya.
yang dibatalkan atau diberhentikan permainannya.

2.
2. Apakah
Apakah prosedur
prosedur yang
yang dipatuhi
dipatuhi untuk
untuk membuat
membuat tendangan
tendangan mula?
mula?

3.
3. Terangkan
Terangkan secara
secara ringkas
ringkas apakah
apakah yang
yang dimaksudkan
dimaksudkan dengan
dengan
tendangan percuma langsung atau tidak langsung?
tendangan percuma langsung atau tidak langsung?

4.
4. Apakah
Apakah keadaan
keadaan yang
yang menyebabkan
menyebabkan seseorang
seseorang pemain
pemain itu
itu dikira
dikira
ofsaid
ofsaid 35
36

Anda mungkin juga menyukai