Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Definisi terapi
Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan,
satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud
"i wait upon". Oleh itu, terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit. Secara
amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan
sebagainya.
Menurut kamus perubatan Mosby (2001), terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke
atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan
kefungsian badan secara normal. Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan
sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu
aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu.
Saya akan tumpuan terapi saya kepada enam terapi yang pentinga iaitu: terapi bermain, terapi
muzik, terapi bercerita, terapi seni dan terapi biblio.

2.0 Terapi Bermain


Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang
memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah
hasil aktiviti itu.
Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk
meluahkan pendapat masing-masing.
Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk
berurusan dengan realiti sebenar.
Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap
aktiviti yang dijalankan.
Terapi permainan adalah suatu terapi interaksi sosial yang menyediakan kesempatan untuk
belajar keterampilan sosial-emosional dan meningkatkan ketahanan emosional. Sementara
kebanyakan anak belajar keterampilan sosial dari mengamati orang lain atau melalui instruksi
yang eksplisit, yang lain belum belajar atau tidak menerapkan keterampilan sosial pro dan
memerlukan pengajaran tambahan, latihan dan pembinaan. Kecenderungan alami anak-anak
untuk bermain menyediakan cara yang sangat memotivasi untuk melibatkan mereka dalam
belajar keterampilan sosial pro. Anak-anak cenderung dengan peribadi yang menyelesaikan
masalah dengan agresi, kurangnya persahabatan, pengurusan kemarahan dan pembohong.
Kemajuan permainan pada pengembangan keterampilan dan kompleksitas dengan fokus yang
kuat pada intervensi awal, mulai dari usia 4-14. Permainan dapat digunakan secara beturutan
selama enam sampai lapan minggu dan satu sesi untuk menutup keterampilan tertentu. Anak-
anak muda akan mulai dengan permainan ‘Persiapan Bersama’ dan bekerja dengan ’Teman
yang Ramah’ dan mungkin untuk ‘Pemikir Ulang’.
Anak-anak berusia lapan atau sembilan atau yang lebih tua akan mulai dengan ‘Teman yang
Ramah’, Pengusik ‘atau Pemikir ulang, tergantung pada pengembangan keterampilan yang
diperlukan. Permainan dapat digunakan dengan individu, kelompok atau anak-anak seluruh
kelas.

3.0 Terapi Muzik


Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang
menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan
mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar
dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi
dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga
wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan
dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
“Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran
Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman
dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang”
(http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).
Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih
tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan
stress. Terapi muzik membantu klien (pesakit ) yang mempunyai masalah berkaitan emosi
untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka dapat
melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku. Selain itu, klien juga dapat
mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan
menyelesaikan konflik mereka.
Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran
koordinasi fizikal. Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila
kaedah rawatan ini digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan
masalah pertumbuhan.
Muzik dapat mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu penggunaan terapi muzik
digunakan secara lebih meluas di hospital-hospital dan klinik bersalin untuk mengurangkan
tekanan dan kesakitan ketika ibu ingin melahirkan bayi. Selain itu, terapi muzik juga berkesan
untuk mereka yang menderita sakit kepala atau migrain.
Terapi muzik dapat meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit-pesakit yang Alzheimer dan
penyakit yang hampir serupa. Cara ini sangat berguna kepada mereka yang mempunyai masalah
pembelajaran , masalah pertuturan dan komunikasi di mana terapi muzik amat membantu
golongan yang kurang bernasib baik ini.
Kajian menunjukkan bahawa keberkesanan teknik terapi muzik memberi relaksasi secara
fisiologi dan psikologi.
Jellison 1975, mendapati muzik latar dapat mengurangkan stress dan membantu dalam proses
relaksasi.
Scartelli & Borling, 1986 membantu proses relaksasi dengan teknik biofeedback.
Hanser 1998, mendapati kajian literature menggunakan keberkesanan muzik dalam relaksasi.
American Music Therapy Association (2009), terapi muzik sebagai penggunaan intervensi muzik
berasaskan klinikal dan bukti untuk mencapai matlamat individu dalam perhubungan antara
terapeutik oleh professional yang mempunyai kredential yang telah menamatkan program
terapi muzik yang diiktirak.
Satu tinjauan yang dijalankan di Amerika Syarikat ke atas penuntut kolej menunjukkan bahawa
tahap kecerdikan dapat dipertingkatkan dengan mendengar muzik gubahan Mozart. Muzik
penggubah termasyur itu berupaya menurunkan denyutan jantung dan membuat anda
bersantai.

4.0 Terapi Bercerita


Terapi bercerita ialah suatu aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa
dengan perkataan, imej dan suara. Elemen-elemen penting yang terkandung dalam cerita ialah
plot, watak-watak serta pandangan dan nilai-nilai murni.
Nilai-nilai moral yang terkandung dalam cerita, dan kanak-kanak yang mempunyai
motivasi instrinsik yang suka mendengar cerita, terapi bercerita merupakan pendekatan yang
paling berkesan untuk kaunseling kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku bermasalah.
Kegunaan cerita untuk terapi ialah cerita menggambarkan hidup emosi dalaman.
Cerita merangkumi pengalaman emosi. Mereka memberi kanak-kanak perkataan yang
diperlukan untuk menyatakan perasaan dan konteks untuk mereka memahami perasaan
tersebut. Dengan mendengar cerita, kanak-kanak menjadi lebih yakin, kreatif dan cergas
sewaktu menghadapi masalah harian.
Di samping itu, menndengar cerita dapat menyediakan pengalaman hadapan. Bercerita dengan
teknik yang berkesan atau melibatkan secara keseluruhan minda, deria dan emosi pendengar,
seakan-akan hidup sering dengan dunia cerita itu. Kesannya, pendengar lebih bersedia untuk
menghadapi situasi yang serupa dalam kehidupannya.
Selain itu, cerita dapat mengajar cara penyelesaian masalah secara kreatif. Lazimnya,
cerita mengandungi masalah atau konflik yang harus diselesaikan. Cerita membawa pendengar
menghayati setiap langkah untuk menyelesaikan masalah konflik tersebut. Cara ini mengajar
kanak-kanak lebih kreatif, pintar akal dan ketabahan. Cerita juga menunjukkan tindakan dan
akibat. Cerita memberi contoh kegagalan dan kejayaan, lesedihan dan kegembiraan. Mereka
mencerminkan akibat setiap keputusan watak, sama ada positif atau negative. Ini memberi
tunjuk ajar kepada kanak-kanak untuk membuat keputusan positf pada masa kelak.
Cerita juga mencerminkan keadaan manusia yang universal. Melalui peristiwa yang
distruktur secara emosi, cerita memberi persepsi dalam emosi pendengar dan pengalamannya,
dan mengingatkan pendengar walaupun wujud perbezaan antara satu sama lain, semua
manusia menghadapi rintangan hidup yang sama.
Helen Keller, dalam ‘The Story of My Life’ menulis, mendengar cerita merupakan cara
yang paling mudah dan secara semulajadi untuk kanak-kanak menguasai bahasa yang
membolehkan mereka menyusun, menstruktur, memanipulasi, memikir dan mempersepsikan
dunia secara rasional.
Guru atau kaunselor boleh menjadikan teknik bercerita sebagai satu pendekatan terapi
kepada murid-murid di mana guru boleh meneroka dan cuba mendekati murid bermasalah
dengan bercerita. Murid yang bermasalah kadang-kadang sukar untuk meluahkan perasaan
mereka secara terbuka kepada guru atau kaunselor. Oleh itu, guru perlu mencari sumber yang
berkaitan dalam masalah yang sedang dihadapi atau pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh
murid tersebut.Berdasarkan sumber tersebut, guru perlu mereka dan mencipta jalan cerita yang
sesuai supaya berkaitan dan sesuai dengan masalah yang dihadapi. Apabila murid mendengar
cerita tersebut dia akan terdorong untuk mendengar lantas meluahkan perasaan atau masalah
yang dihadapi secara tidak langsung. Malah, jika murid masih malu atau tiada keyakinan untuk
bercerita kepada kaunselor, guru perlulah menyatakan pengakhiran cerita yang baik dan boleh
dijadikan panduan dan pengajaran kepada murid tersebut. Hal ini supaya murid dapat membuat
keputusan atau menyelesaikan masalah berpandukan penutup cerita yang disediakan oleh
guru.Tujuan bercerita yang lain juga ialah untuk menerapkan nilai murni, pengajaran dan unsur-
unsur teladan yang baik kepada murid. Oleh itu, seorang pencerita hendaklah bijak membuat
pemilihan jalan cerita supaya kanak-kanak dapat dipupuk dengan nilai-nilai yang positif. Jalan
cerita yang baik untuk kanak-kanak adalah cerita yang ringkas, mudah difahami, menarik,
menggunakan bahasa yang sesuai danmempunyai nilai moral yang tinggi supaya murid dapat
menghayati pengajaran yang ingin disampaikan pada akhir sesi bercerita. Nilai-nilai murni boleh
diserapkan secara langsung dan juga tidak langsung. Penyerapan nilai murni secara langsung
selalunya dilaksanakan oleh pencerita semasa akhir sesi penceritaan. Manakala penyerapan
secara tidak langsung dapat diselitkan semasa penceritaan tersebut berlangsung.Terapi
bercerita ini merupakan suatu teknik yang paling berkesan bagi menyemai kemahiran
berkomunikasi kepada kanak-kanak (Trencher, 1991:86). Tugas seorang guru atau kaunseling
bukan sahaja mendidik dan mengajar bagi memenuhi bidang akademik sahaja. Namun aspek
sosial seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlulah dititikberatkan
oleh guru supaya murid dapat menjadi seorang modal insan yang seimbang, harmonis,
berdikari,fleksibel dan cemerlang dalam pelbagai bidang. Apabila guru menggunakan teknik
bercerita sebagai terapi, murid-murid akan diminta berkumpul membentuk bulatan atau
sebagainya. Semasa proses penyampaian, sesi soal jawab akan berlaku antara murid dengan
guru. Guru perlu mengambil kesempatan ini dengan mencungkil keberanian murid untuk
menyuarakan pendapat di hadapan kawan-kawannya yanglain. Selain itu, murid-murid akan
berbincang dan berbual dengan rakan-rakan tentang cerita tersebut. Oleh itu, tanggungjawab
guru untuk menyediakan suasana pembelajaran sosial yang sihat dan positif dalam kalangan
murid-murid. Selain itu, dengan terapi bercerita, murid juga dapat menambah keyakinan diri
untuk mengekspresikan perasaan dan idea di mana pendekatan ini memerlukanpenglibatan
murid secara aktif. Proses bercerita merupakan salah satu aktiviti yang berpusatkan murid. Oleh
itu murid memerlukan keyakinan diri yang tinggi untuk menjalankan aktiviti yang diarahkan oleh
guru seperti bercerita, menjawab soalan dan aktiviti susulan. Murid akan berusaha dan berlatih
untuk mempersembahkan cerita yang menarik dan sesuai berdasarkan kriteria yang ditetapkan
oleh guru mengikut perspektif individu. Bimbingan dan nasihat akan diberikan oleh guru semasa
proses penyampaian supaya murid dapat membaiki kesalahan dan mempertingkatkan
keupayaan diri. Di samping meningkatkan keyakinan diri, murid juga dapat meluahkan perasaan
dan idea mereka dengan cara yang sihat di mana mereka tidak perlu bergaduh, menjerit atau
merosakkan harta benda jika mereka berhadapan dengan masalah. Dengan terapi bercerita,
mereka dapat mengaitkan diri mereka dalam cerita tersebut dan sekaligus menyelesaikan
masalah dengan bimbingan dan pendapat guru dan kawan-kawan.

5.0 Terapi Seni


Terapi seni adalah proses pemulihan sikap dan emosi yang boleh sama-sama kita fikirkan.
Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan disiplin diri boleh dijadikan ruang
untuk terapi seni diolah sebagai mekanisme pemulihan.
Terapi seni juga adalah kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan perasaan
pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni terutama lukisan.
Menurut American Art Association, terapi seni adalah satu profesion kesihatan mental yang
menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan menyempurnakan fizikal,
mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur. Terapi seni boleh diertikan sebagai
suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan media warna, kapur, pensil dan marker
diintergerasikan dengan terapi psikoterapiutik dan teknik proses kreatif.
Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman
dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang
terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia
seni melalui rekabentuk seni luar. ( Judith Peck)
Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) “The responsible of an Art or Expressive Therapist within a
school setting is to help student express and contain their internal conflicts, while facililitating
their ability to implement change”.
Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman
dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang
terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia
senimelalui rekabentuk “seni luar”. ( JudithPeck )
Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) “The responsible of an Art or Expressive Therapist within a
school setting is to help student express and contain their internal conflicts, while facililitating
their ability to implement change”.
Gambaran ini mungkin dalam bentuk lukisan, gambar, seni pahat ataupun bahan seni yang
dicipta dari tanah liat.
Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien untuk membincangkan karya
yang dihasilkan. Melalui proses ini, klien akan diminta supaya bersikap terbuka dalam
meluahkan dan bercakap tentang segala emosi dan perasaan-perasaan terpendam yang
dihadapi olehnya.
Kaunselor akan berusaha membantu klien menyelesaikan masalah dan merungkai
kegusaran yang dihadapi oleh klien berdasarkan interpretasi kaunselor terhadap gambaran
ekspresif melalui hasil seni yang dihasilkan oleh klien.
Melalui kaedah terapi seni ini, klien berupaya menggali perasaannya serta menyelesaikan
masalah yang membelenggunya dengan cara yang berkesan dan tidak menakutkan serta
menyakitkan dengan bantuan daripada kaunselor.
Kaunselor atau pakar terapi harus pandai mengawal situasi terapi ini agar klien
tidakmerasa tertekan atau merasa didesak untuk meluahkan perasaan.
Manfaat terapi seni ini telah dibuktikan secara ilmiah di mana sebuah kajian di University
of Granada, Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa terapi ini boleh membantu mengatasi
gangguan mental.
Elizabeth Perez yang merupakan salah seorang pengkaji mengikuti perkembangan 20 orang
pesakit yang menderita penyakit gangguan mental akut dari Therapeutic Community of
theNorthen Area of the Virgen de las Nieves Hospital, Granada selama lebih dari setahun.
Pesakit-pesakit tersebut telah mengikuti kaedah terapi seni ini secara sukarela selama dua hari
dalam seminggu. Selama mengikuti terapi, mereka juga mengadaptasi lukisan karya pelukis
seperti Amedeo Modigliani, EdvardMunch, Vincent Van Gogh dan sebagainya untuk
menambahkan pandangan mereka.
Para pesakit ini menggunakan lukisan untuk menggambarkan keinginan terpendam, perasaan
serta emosi dari hati dan fikiran mereka.
Selama proses ini berjalan menurut Perez, pesakit-pesakit tersebut boleh mengungkapkan serta
meluahkan perasaan dan emosi mereka.
Dengan itu, mereka boleh menghilangkan perasaan yang tidak mereka ingini dan menyesuaikan
dengan apa sebenarnya yang sepatutnya dan diingini oleh mereka.
Terdapat dua kajian dijalankan tentang keberkesanan terapi seni sebagai pemangkin emosi
dalam sahsiah pelajar.
i. Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti mengapa
mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat mengawal keadaan
sekeliling. Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak keupayaan untuk menguasai
penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang mewakili mereka di dalam gambar. ( Silk &
Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 ).
ii. Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan
perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai kebolehan untuk keluar
dari aktiviti ini, untuk mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru yang menuju
kepada kebaikan ( Dyer – Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978). ( Eve C .Jarboe, 2002 )

6.0 Terapi Biblio


Terapi Biblio ialah penggunaan buku-buku untuk menolong orang menyelesaikan masalah.
Konteks kanak-kanak kaunseling biblioterapi adalah bahan bacaan penulisan yang terbimbing.
Bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau menyelesaikan masalah sejajar dengan
keperluan terapeutik kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai ´bimbingan melalui bacaan’.
Shrodes (1950):- proses interaksi dinamik antara personaliti pembaca dengankesusasteraan di
bawah bimbingan seorang yang terlatih.
Harris dan Hodges (1995):- terapi ini merangkumi penggunaan pembacaan bahan- bahan
bertulis untuk membantu pembaca berkembang dari segi kesedaran kendiri.
Pardeck dan Pardeck (1998):- Terapi Biblio melibatkan rawatan melalui buku-buku.
Konsep terapi biblio ialah membaca untuk pengalaman rawatan. Ia juga merangkumi pemilihan
bahan membaca untuk klien yang mempunyai pengalaman yang relevan dengan situasi yang
tertulis dalamnya. Ia juga merangkumi pendekatan terapi bercerita. Terapi biblio ini telah
diluaskan hingga dipadankan dengana ktiviti perbincangan atau bermain.
Kegunaan terapi biblio ialah mengurangkan stress atau tekanan yang dihadapi. Contohnya,
bahan-bahan seperti Chicken’s Soup dapat membantu seseorang yang murung akibat satu
pengalaman trauma untuk pulih ( dari segi emosi ). Membaca adalah satu proses terapi yang
boleh bantu hilangkan kebosanan ( misalnya ketika beratur menunggu sesuatu ). Menghilangkan
ketegangan ( panas baran, marah, tidak sabar). Meningkatkan perkembangan kanak-kanak.
Dapat menyelesaikan masalah murid. Membantu murid memperoleh ilmu.

7.0 Peranan Guru Biasa sebagai guru bimbingan.


Peranan guru biasa dalam bimbingan dan kaunseling. Bilangan murid di sesebuah sekolah
adalah berbeza. Disetengah-setengah sekolah terdapat beberapa puluh orang murid sahaja dan
setengah-setengahnya lebih daripada dua ribu orang. Sekiranya, setiap tugasan bimbingan
diserahkan kepada guru bimbingan, maka kes-kes murid yang memerlukan pekhidmatan
bimbingan akan berhimpun. Oleh itu, setiap guru, sama ada guru biasa atau guru bimbingan
hendaklah memainkan peranannya dalam membantu meningkatkan kebajikan murid-muridnya.
Terdapat perbezaan di antara guru biasa dengan guru bimbingan. Guru biasa tidak menghadiri
kursus bimbingan selama lapanminggu dalam masa cuti atau lain-lain kursus di Maktab
Perguruan Ilmu Khas atau dimana-mana university. Walaubagaimanapun, guru biasa pernah
didedahkan kepada konsep bimbingan dan kaunseling selama lapan minggu dalam masa cuti
sekolah, kursus enam bulan atau setahun di Maktab Perguruan Ilmu Khas , kursus diploma di
Universiti Kebangsaan Malaysia, kursus sarjana muda pendidikan ( Bimbingan dan Kaunseling) di
Universiti Putra Malaysia dan kursus sarjana di university-universiti tempatan atau luar negeri.
Bimbingan merupakan sebahagian daripada tugas pengajaran. Sama ada dikehendaki atau tidak.
Seseorang guru tidak dapat mengelakkan daripada tugas memberi bimbingan. Dalam
pengajarannya setiap hari, murid-murid mungkin mengemukakan pelbagai masalah mengenai
pelajaran dan sosioemosi. Guru perlu berusaha untuk mengendalikan penyelesaian masalah-
masalah tersebut.
Oleh sebab guru biasa kurang pengetahuan dan latihan dalam bidang bimbingan, maka tugas-
tugas mereka biasanya teridir daripada:
Yang pertama, guru biasa memainkan peranan yang penting dalam membimbing murid di
bawah jagaannya. Guru membimbing murid membuat penyesuaian peribadi, social, emosi dan
akademik dengan persekitaran sekolah, peraturan-peraturan tatatertib dan sebagainya, khasnya
dalam awal persekolahan.
Murid menghadapi masalah dan kekeliruan apabila mereka memasuki situasi
pembelajaran baru. Mereka memerlukan penyesuaian diri. Dalam hal ini, murid perlu
diperkenalkan dengan system pendidikan dan matlamat kurikulum, sukatan pelajaran, kaedah
atau cara belajar, situasi persekitaran dan peraturan sekolah, serta kepentingan mata pelajaran
terhadap masa depan kerjaya mereka. Program orientasi merupakan salah satu cara yang sesuai
untuk mencapai matlamat ini.
Harus juga diwujudkan peluang-peluang untuk setipa murid mengembangkan daya
kebolehan mengikut kemampuan dan kebolehan mereka. Untuk mencapai kejayaan dalam
pelajaran, perlulah ada rancangan pelajaran mulai dari peringkat awal pembelajaran. Dalam hal
ini, murid perlu diberi bimbingan untuk aktiviti pelajaran yang sesuia mengikut kebolehan dan
minat masing-masing. Jadi, peranan guru di sini ialah memberi kesedaran kepada para murid di
peringkat awal, sehingga mereka berjaya menanamkan sikap suka belajar dalam diri mereka. Ini
akan membawa pencapaian objekif pelajaran dengan berkesan.
Peranan guru yang lain ialah mengesan masalah atau keadaan-keadaan yang tidak
memuaskan yang boleh menjejaskan pencapaian akademik para murid, di samping
mengembangkan peribadi dan social para murid serta memberi BImbingan dan Kaunseling
mengenainya. Pada bila-bila masa, tiap-tiap individu sering menghadapi kesulitan yang
berpunca dari dalaman diri sendiri, wujud konflik dalam jiwa, kekecewaan, rasa tersingkir,
merendah diri dan bosan dalam kehidupan dan pelajaran. Semua ini merupakan gejala-gejala
tidak sihat yang memerlukan bimbingan daripada guru kaunselor. Masalah atau konflik yang
dihadapi oleh murid-murid sekolah menengah perlu mendapat perhatian dan bantuan daripada
guru. Bimbingan ini membantu individu mengatasi masalah-masalah peribadi akibat kekurangan
kemampuan individu untuk menyesuaikan diri dengan aspek-aspek perkembangan yang begitu
cepat. Masalah kejutan budaya, krisis keluarga, persahabatan jantina, soal kewangan dan
kerjaya adalah antara masalah yang memerlukan bimbingan guru.
Guru harus menolong murid membentuk tabiat kerja yang baik dan menghargai kerja
yang diamanahkan. Ini bermakna guru harus membantu murid memupuk tabiat melaksanakan
kerja yang diamanahkan dengan sempurna.
Guru memainkan peranan sebagai kaunselor, haruslah bekerjasama dengan ibu bapa
dalam hal perkembangan murid, khasnya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Guru
haruslah berkenal mesra dengan ibu bapa dan murid supaya dapat mengetahui latar belakang
murid sekolahnya. Butir-butir penting hendaklah dicatatkan sebagai panduan untuk guru. Guru
haruslah menyediakan kad rekod himpunan. Tujuan menyediakan kad rekod himpunan ini
adalah untuk mengetahui butir-butir lengkap tentang maklumat pelajar serta latar belakang
mereka. Dalam rekod ini, guru dapat mengatur rancangan pelajaran dan aktiviti kokurikulum
yang sesuai untuk murid-murid tersebut. Kad rekod himpunan merupakan suatu system untuk
merekod butir-butir murid dari semasa ke semasa. Ini membolehkan guru mengenali setiap
murid dengan lebih dekat dan memahami masalah mereka serta memudahkan guru memberi
bimbingan dan kauseling untuk mereka.

8.0 Kesimpulan
Sebagaimana yang telah dihuraikan, intervensi merupakan suatu teknik kanseling yang
digunakan dalam sesi terapi. Terapi untuk kanak-kanak adalah berlainan dengan remaja dan
orang dewasa. Ini kerana kanak-kanak masih kurang matang serta menghadapi masalah
kekurangan perbendaharaan kata yang cukup untuk menjelaskan gangguan mental dan emosi
yang abstrak.
Oleh itu, kemahiran melaksanakan intervensi kanak-kanak melibatkan pelbagai jenis kemahiran
komunikasi. Antaranya ialah kemahiran bermain, bercerita, melukis, bermain alat muzik dan
menyanyi. Ini adalah kerana kanak-kanak mudah menggunakan media main, cerita, lukisan dan
alat muzik untuk menggambarkan pemikiran dan emosi secara semulajadi. Melalui aktiviti-
aktiviti bermain, bercerita, melukis dan bermain alat muzik, terapis dapat menghayati dunia
dalaman kanak-kanak dengan lebih tepat lagi, mendianogsis punca gangguan mental dan emosi
mereka dan seterusnya menggunakan kemahiran pelaksanaan intervensi kaunseling untuk
membimbing kanak-kanak kea rah menyelesaikan masalah yang dihadapi.
9.0 Rujukan
1. Cheong, L.K. (2012). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Selangor: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
2. Choong Lean Keow (2010). Bimbingan dan Kaunseling, Kuala Lumpur:
Percetakan Season Sdn.Bhd.
3. Mok Soon Sang (2011). Edisi Kedua. Bimbingan dan Kaunseling Kanak-
kanak, Siri Pengajian Profesional. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
4. Ee Ah Meng (1997). Edisi Kedua. Perkhidmatan Bimbingan Dan
Kauseling. Siri Pendidikan Fajar Bakti. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Rujukan Internet:
http://www.scribd.com/doc/61492785/Intervensi-kaunseling
http://www.scribd.com/doc/87173569/terapi-bercerita
http://www.scribd.com/doc/94208979/Terapi-Bermain
http://www.scribd.com/doc/80035406/Art-Terapi-Dalam-Proses-Kaunseling
http://www.scribd.com/doc/52172733/PENGENALAN-INTERVENSI
http://www.scribd.com/doc/59091052/Full-Asimen
http://www.scribd.com/doc/47523079/Terapi-Bermain-terapi-yg-diguna-utk-intervensi-
kaunseling-kanak-kanak
http://www.scribd.com/doc/78233838/terapi-muzik
http://www.scribd.com/doc/47403996/TERAPI-SENI

Terapi bercerita mempunyai kelebihan yang tersendiri. Antaranya ialah kanak –


kanak dapat meluahkan perasaan terpendam dan berkongsi maklumat diri
sesama kawan –kawan mereka. Hal ini membolehkan mereka berasa diri
mereka dihargai dengan adanya perkongsian masalah dalam kaunseling
kelompok. Secara tidak langsung, ahli-ahli kumpulan akan cuba untuk
menyatakan langkah penyelesaian kepada rakan-rakan mereka terhadap
masalah yang dihadapi.

Terapi ini juga memberi kelebihan kepada guru kaunseling kerana dapat
memahami konflik murid dengan lebih senang secara sukarela. Melalui aktiviti
bercerita, murid akan memegang sesuatu watak dan secara tidak langsung cara
untuk mereka menyelesaikan masalah dalam cerita yang perlu mereka ceritakan
akan menonjolkan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid. Guru akan dapat
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid terutamanya murid yang
bersikap pasif di dalam kaunseling kelompok.

Melalui terapi ini juga, kanak-kanak juga dapat meluahkan perasaan yang
terpendam secara refleks atau tidak langsung melalui perwatakan yang
ditonjolkan semasa mereka memegang sesuatu watak ketika bercerita. Selain
daripada itu, kanak-kanak dapat mengembangkan lagi kemahiran fizikal mereka
dalam bercerita dan ekspresi emosi mereka melalui bahasa tubuh.

Kepercayaan dalam ahli kumpulan dapat diwujudkan terutamanya dalam terapi


kelompok. Hal ini dapat dilihat melalui kemahiran interpersonal yang dipelajari
seperti komunikasi mata, berunding dan menerima pandangan orang lain dan
membantu sesebuah kumpulan untuk membuat keputusan secara bersama.

Anda mungkin juga menyukai