Anda di halaman 1dari 32

BAB 1.

0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Kerjaya adalah sebagai satu perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu
lapangan kehidupan yang dijadikan bidang profesion atau pekerjaan pilihan sebagai satu cara
untuk mencari nafkah (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Tolbert (1994) mendefinisikan
kerjaya sebagai satu rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu. Kerjaya juga
bermaksud satu siri keadaan yang berlaku secara berturutan dalam kehidupan seseorang yang
berkaitan dengan pemilihan kerjaya, peranan yang dimainkan serta status seseorang itu
sepanjang kehidupannya.

Super dalam Brown & Brooks (1984) menegaskan bahawa manusia berbeza dari segi
minat, nilai, jenis personaliti dan kebolehannya. Ploto iaitu tokoh falsafah Yunani Purba
membuat satu pernayataan dalam buku The Republic bahawa tiada dua orang manusia yang
dilahirkan serupa dan setiap individu adalah unik kerana sifat-sifat ini menyebabkan seseorang
yang lain sesuai dengan kerjaya yang lain pula. Kenyataan asal beliau dalam Kelly (1967)
adalah seperti berikut:

Pertama sekali, tiada dua manusia yang dilahirkan serupa, setiap seorang berbeza
antara satu sama lain dari segi pembawaan semula jadinya, seorang sesuai untuk satu
pekerjaan, sementara yang seorang lagi sesuai untuk pekerjaan yang lain.

Kenyataan di atas menunjukkan bahawa setiap manusia adalah unik dan mempunyai
bakat atau kebolehan diri yang istimewa serta kelemahan masing-masing. Oleh itu, setiap
manusia perlu mahir dalam merancang cita-cita diri berdasarkan minat, persoanaliti dan bakat
diri yang sedia ada baru membina matlamat yang ingin dicapai yang sesuai agar dapat
mencapai keselarasan antara personaliti dan minat diri terhadap kerjaya yang akan diceburi
dan memiliki kehidupan yang lebih baik pada masa depan. Berdasarkan Teori Kerjaya Holland
(1985) menegaskan apabila terdapat keselarasan antara personaliti dengan kerjaya yang dipilih
maka ia akan menghasilkan keserasian individu dengan bidang pengajian atau kerjayanya.
Menurut Reardon & Lenz (2017), sekiranya individu tersebut semakin hampir keselarasan
antara ciri personaliti dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin
besar kemungkinan seseorang itu akan berjaya. Semakin tinggi keselarasan antara ciri-ciri,
minat, nilai, jenis personaliti dan kebolehan dengan jenis kerjaya dipilih, maka semakin tinggi

1
tahap kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti kerjaya seseorang individu (Sidek,
2002). Jelasnya, apabila personaliti seseorang selaras dengan kerjaya yang akan diceburi
maka akan wujudnya kepuasan dalam kerjaya dan seseorang itu akan menjalankan kerjanya
dengan penuh tanggungjawab, bersungguh-sungguh, ikhlas dan jujur. Malahan, Rona (2010)
menyatakan bahawa keserasian di antara personliti diri dengan persekitaran kerjaya amat
penting kerana ia merupakan suatu penglahiran psikologikal dan sosiologikal yang
mencerminkan pengetahuan individu, gambaran personaliti, kebolehan bekerja dan motivasi diri
sewaktu membuat keputusan. Pemilihan kerjaya yang tepat dan bersesuaian dengan kelulusan,
minat dan personaliti diri adalah sangat penting dalam menentukan arah tuju kehidupan
seseorang individu. Eddy (2007) menyatakan bahawa “Tidak mengetahui apa yang berlaku di
hari esok adalah kuasa Tuhan, keupayaan merangka strategi untuk hari esok adalah kekuatan
manusia”. Oleh itu jika tersalah pilih atau tersalah mengatur strategi dalam memilih pekerjaan
boleh menimbulkan rasa bosan dalam bekerja, menyesal, menanggung kerugian atau lain-lain
risiko yang tidak menyenangkan dalam hidup (Ahmad Baharuddin, 2007).
Setiap pekerjaan memerlukan pola minat, nilai, jenis personaliti dan kebolehan yang
tertentu. Terdapat fenomena yang timbul dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di
Malaysia iaitu mereka tidak mampu untuk menetapkan hala tuju, cita-cita serta maltlamat diri
dengan berkesan akibat kekurangan maklumat, pengetahuan serta pendedahan tentang
kerjaya. Kesannya, hal ini telah menyebabkan murid mengalami isu kecelaruan identiti diri
dalam pemilihan kerjaya yang sesuai dengan diri. Bimbingan kerjaya merupakan proses
mendidik yang melibatkan penyebaran maklumat kepada murid-murid dalam usaha membantu
mereka bergerak maju ke arah mencapai cita-cita yang diimpiankan (Myrick, 1997).
Justifikasinya, bagi mengatasi isu ini dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kerjaya yang sedia
ada di sekolah, pengkaji akan melaksankan kajian tindakan yang menyeluruh tentang aplikasi
pendekatan “Career Explorer Drawer” dalam aktiviti bimbingan kerjaya secara berkelompok
agar dapat menyalurkan maklumat dan meningkatkan pengetahuan murid-murid tentang
pemilihan kerjaya yang sesuai dengan personaliti, minat dan kebolehan diri secara berkesan.

2
1.2 Konteks

Pengkaji merupakan guru pelatih Bimbingan dan Kaunseling (B&K) semester 6 yang
masih menuntut di IPGKP dan pernah menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) selama seminggu sebanyak tiga kali di sekolah yang berlainan. Selain itu pengkaji telah
menjalani Praktikum Fasa 1 pada semester 5 di sebuah sekolah luar bandar di Negeri Kedah.
Kebanyakkan murid di sekolah itu tinggal di kawasan sekolah terdekat dan datang dari keluarga
yang sederhana serta terdapat murid yang datang dari keluarga yang miskin.

Sepanjang menjalani praktikum selaku guru pelatih B&K, pengkaji telah menjalankan
Perkhidmatan B&K di sekolah tersebut seperti sesi kaunseling individu, kaunseling kelompok,
bimbingan individu, bimbingan kelompok dan program-program yang memenuhi kehendak
sekolah. Tujuan pelaksanaan Perkhidmatan B&K di sekolah adalah untuk memberikan
bimbingan dan pertolongan secara profesional kepada murid yang memerlukan agar murid
dapat mencapai celik akal dengan sumber diri dan menggunakan sumber diri untuk mengatasi
isu yang dihadapi.

Berdasarkan pengalaman menjalani praktikum, pengkaji mendapati bahawa


pendedahan maklumat kerjaya di sekolah adalah masih kurang dan ramai murid mengalami isu
keliru dalam mengenal pasti cita-cita diri semasa pengkaji menjalankan aktiviti bimbingan
kerjaya dalam kalangan murid. Semasa menjalankan bimbingan kerjaya, pengkaji hanya
berpandukan modul dan menghadapi isu kekurangan penggunaan bahan serta aktiviti hands on
yang boleh menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti bimbingan
kerjaya yang telah pengkaji laksankan. Kesannya, pengkaji mendapati bahawa murid berasa
bosan dan tidak berminat untuk menjalankan aktiviti bimbingan kerjaya. Secara langsungnya,
penglibatan murid dalam aktiviti bimbingan kerjaya adalah rendah dan hal ini menyebabkan
pendedahan maklumat kerjaya tidak dapat disampaikan secara efektik dalam kalangan murid-
murid.

3
1.3 Refleksi pengajaran dan pembelajaran

Pada semester 5 yang lepas, pengkaji telah menjalani praktikum fasa satu di salah
sebuah sekolah di Kedah. Sepanjang menjalani praktikum, pengkaji telah melaksankan
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) yang merangkumi pelbagai bidang kepada
warga sekolah terutamanya murid-murid tahap 2. Salah satu perkhidmatan yang telah pengkaji
jalankan terhadap murid-murid adalah bimbingan kerjaya. Bimbingan kerjaya merupakan satu
bidang perkhidmatan yang sangat penting untuk menyalurkan maklumat berkaitan kerjaya
kepada murid-murid dalam usaha meningkatkan pengetahuan murid terhadap kerjaya selepas
mereka meninggalkan dunia persekolahan agar murid dapat membuat persediaan yang
mencukupi sebelum menempuh dunia pekerjaan pada suatu hari nanti.

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman pengkaji sepanjang menjalani praktikum


fasa satu, pengkaji telah mengenal pasti beberapa isu yang timbul serta mengesan kelemahan
berkaitan amalan pengkaji sendiri sebelum, semasa dan selepas pengkaji menjalankan aktiviti
bimbingan kerjaya di sekolah praktikum. Sebelum menjalankan aktiviti bimbingan kerjaya,
pengkaji telah mendapati bahawa murid-murid di sekolah ini kurang mendapat pendedahan
maklumat kerjaya dan sekolah ini juga kurang mengadakan aktiviti hands on yang dapat
memberi gambaran sebenar tentang dunia kerjaya. Kesannya, hal ini telah menyebabkan ramai
murid di sekolah ini mengalami kekeliruan identiti tentang personaliti dan minat diri terhadap
sesuatu kerjaya. Berdasarkan teori psikoanalisa yang dipelopori oleh Sigmund Freud yang
mengemukakan tahap perkembangan personaliti, murid-murid sekolah rendah yang berada
pada tahap pendaman atau latensi (6 hingga 12 tahun) masih dalam proses perkembangan ke
arah kematangan,walaupun fantasi dan keinginan yang kurang bersesuaian dapat dikawal
tetapi memori di tahap-tahap perkembangan terdahulu masih segar dan akan mempengaruhi
perkembangan personaliti. Hal ini dapat dijelaskan bahawa jika tahap pendaman atau latensi
murid tidak dapat dipenuhi dengan bimbingan kerjaya yang sesuai, murid-murid masih akan
berfantasi dan bercita-cita tinggi dengan semata-mata seperti menjadi idola sebagai kerjaya
yang dipilih tanpa memikirkan kesesuaian dengan personaliti, minat dan kebolehan diri. Oleh
itu, pengkaji telah menjalankan bimbingan kerjaya dalam kalangan murid-murid Tahap 2 iaitu
Tahun 4 hingga Tahun 5 melalui kaunseling kelompok antara 3 hingga 6 orang ahli kelompok.

Semasa menjalankan bimbingan kerjaya dalam kalangan murid tahun 4 dan tahun 5 di
sekolah praktikum yang lepas, pengkaji telah melaksanakan aktiviti yang dapat meningkatkan
pengetahuan murid tentang kerjaya dan kesedaran murid tentang kerjaya yang akan diceburi
pada masa depan serta membimbing murid untuk mengenal pasti minat dan personaliti diri

4
terhadap sesuatu kerjaya. Pengkaji telah melaksankan aktiviti bimbingan kelompok tentang
“Cita-citaku” dalam kalangan murid tahun 4 dan tahun 5. Semasa melaksankan aktiviti
bimbingan kelompok ini, pengkaji telah meminta ahli kelompok untuk menulis nama, hobi,
warna kegemaran, makanan kegemaran dan cita-cita diri dalam kertas masing-masing (lihat
Lampiran A). Selepas ahli kelompok selesai menyiapkan tugasan ini, pengkaji meminta setiap
ahli kelompok untuk membentangkan hasil tugasan mereka. Pengkaji juga menjalankan aktiviti
bimbingan kelompok tentang “Amalan baik dan amalan buruk” (lihat Lampiran A). Dalam aktiviti
ini, pengkaji telah meminta ahli kelompok untuk membahagikan satu kertas kepada 4 bahagian
yang perlu dilengkapkan dengan maklumat diri. Pada bahagian yang pertama, ahli kelompok
perlu melukis gambar diri dan pada bahagian yang kedua, ahli kelompok perlu menyenaraikan
perkara yang disukai. Manakala pada bahagian ketiga, ahli kelompok perlu menyenaraikan
perkara yang tidak disukai dan pada bahagian keempat, ahli kelompok perlu menyenaraikan
pandangan terhadap diri.

Setersunya, semasa menjalankan aktiviti bimbingan kerjaya dengan menggunakan dua


jenis kaedah ini, pengkaji mendapati bahawa ahli kelompok tidak mengenali diri dengan
mendalam dan tidak dapat mengenal pasti personaliti dan matlamat diri dengan berkesan.
Malahan, terdapat ahli kelompok yang “meniru jawapan” kawan atau “meniru contoh” yang
pengkaji bagi tanpa mendalami personaliti dan minat diri semasa mereka menulis cita-cita diri,
perkara yang disukai, perkara yang tidak disukai dan pandangan terhadap diri. Kesannya,
didapati ahli kelompok sukar untuk mengenal pasti personaliti dan minat diri terhadap sesuatu
kerjaya sehingga mereka mengalami masalah untuk membina cita-cita dan memilih kerjaya
yang sesuai dengan kebolehan diri. Parson dalam Crites (1981) menyatakan bahawa pemilihan
kerjaya ialah satu proses membuat keputusan yang paling penting dalam kehidupan seseorang
individu apabila mula memikirkan untuk memasuki dunia pekerjaan sebenar. Sehubungan
dengan itu, Amir Awang dalam Sidek (2013) telah menyenarikan tiga sebab sebab utama
mengapa berlakunya kesukaran membuat pilihan kerjaya dalam kalangan pelajar. Antara sebab
yang pertama iaitu masalah tidak boleh membuat keputusan disebabkan seseorang itu
mempunyai minat dalam pelbagai bidang, minat tidak jelas atau tidak mempunyai minat
langsung terhadap apa-apa sahaja kerjaya. Sebab yang kedua adalah ketiadaan
kesempurnaan semasa membuat pilihan, iaitu pelajar tidak dapat mengagak minatnya,
kebolehannya dan personalitinya dengan baik dan kerana itu pilihan kerjaya yang dibuat tidak
setimpal dengan sifat-sifat peribadinya. Ketiga, kekurangan pengetahuan dan maklumat tentang
pekerjaan atau kerjaya yang akhirnya menimbulkan masalah identiti dalam kalangan pelajar.

5
Setelah menjalankan aktiviti bimbingan kelompok ini, pengkaji telah membuat refleksi
diri berdasarkan keberkesanan kaedah bimbingan yang digunakan serta respon murid terhadap
aktiviti yang dilaksankan oleh pengkaji. Pengkaji telah mengesan beberapa kelemahan yang
timbul tentang amalan diri iaitu pengkaji mendapati bahawa kebanyakkan ahli kelompok yang
mencontohi kerjaya yang diceburi oleh ibu bapa mereka serta meniru jawapan kawan atau
meniru contoh kerjaya yang telah pengkaji berikan disebabkan oleh mereka tidak tahu cita-cita
diri serta tidak mengenal dan memahami diri sendiri dengan mendalam dari aspek personaliti,
minat dan kebolehan diri. Terdapat juga ahli kelompok yang menulis kerjaya yang mereka biasa
kenal sahaja seperti guru, polis, penguam, pelakon, doktor, ahli bomba dan pelukis akibat
mereka kekurangan pengetahuan yang luas dan pendedahan maklumat tentang kerjaya. Aktiviti
yang sama telah dijalankan terhadap ahli kelompok yang berbeza, namun pengkaji tetap
mendapat hasil yang sama. Kesannya, hal ini menyebabkan murid-murid kurang mampu untuk
membina matlamat diri serta membuat pilihan kerjaya yang sesuai dengan diri. Justifikasinya,
pengkaji mendapati bahawa kaedah bimbingan yang digunakan dalam aktiviti bimbingan
kerjaya kurang berkesan untuk membantu murid mendapat maklumat kerjaya yang luas serta
membimbing murid untuk mengenal pasti personaliti diri lalu memilih kerjaya yang sesuai
dengan diri.

Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa respon murid terhadap aktiviti yang
dijalankan adalah kurang memberangsangkan dan membosankan. Terdapat murid yang tidak
menumpukan perhatian dan membuat kerja sendiri semasa pengkaji melaksankan aktiviti ini.
Suasana pembelajaran menjadi kurang menarik minat murid dan penglibatan murid adalah
kurang aktif. Pengkaji mendapati bahawa pengkaji kurang menggunakan bahan dan kaedah
bimbingan yang menarik semasa menjalankan aktiviti bimbingn kerjaya. Pengkaji hanya
menggunakan bahan kertas A4 dan kaedah chalk and talk dan memberikan penerangan
semata-mata melalui perbincangan bersama dengan ahli kelompok. Kesannya, hal ini tidak
memberikan kesan yang positif kepada perkembangan murid-murid dalam usaha untuk
membimbing murid memilih kerjaya yang sesuai dengan diri. Oleh itu, pengkaji harus
menggunakan bahan dan kaedah yang menarik untuk membantu murid berkembang secara
positif dan mencapai celik akal dalam isu yang dihadapi. Penggunaan strategi pengajaran yang
berkesan adalah dengan memberi fokus kepada penglibatan murid bukan sahaja menyumbang
kepada peningkatan murid tetapi turut meninggalkan kesan yang positif terhadap pengajaran
guru (Mant, Wilson dan Coates, 2007). Pernyataan ini menunjukkan kaedah yang berpusatkan
guru tidak dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid, sebaliknya kaedah

6
berpusatkan murid yang melibatkan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti adalah lebih
berkesan.

Bagi menambahbaikan kelemahan yang dikesan dalam aktiviti bimbingan kerjaya,


pengkaji telah bercadang untuk melaksankan satu kajian tindakan melalui pendekatan “Career
Explorer Drawer” agar aktiviti bimbingan kerjaya dapat dijalankan dengan lebih menarik dan
berkesan. Pendekatan ini dilihat sebagai satu medium untuk membimbing murid mengenali
personaliti diri berdasarkan konsep RIASEC iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial,
Enterprising dan Conventional agar murid dapat memilih kerjaya yang sesuai dengan personaliti
diri. Pengkaji mendapat inspirasi konsep RIASEC daripada Teori pemilihan kerjaya Holland
yang menerangkan tentang enam jenis personaliti iaitu RIASEC dan persekitaran kerjaya.
Holland (1973) membuat andaian bahawa individu akan mencari persekitaran kerjaya yang
memberikan mereka peluang untuk membuat ekspresi diri serta mengamalkan kemahiran dan
kemampuannya. Beliau juga menegaskan keselarasan akan terjadi apabila individu bekerja
dalam persekitaran yang serupa dengan jenis personalitinya. Pernyataan ini menjelaskan
bahawa darjah keselarasan akan wujud apabila terdapat keserasian antara jenis personaliti
dengan jenis persekitaran kerjaya.
Sebenarnya, pendekatan “Career Explorer Drawer” telah mengaplikasikan maklumat
tentang konsep RIASEC yang dipelopori oleh Holland. Pendekatan ini merupakan satu set
drawer yang mempunyai maklumat tentang 6 pilihan personaliti iaitu RIASEC yang dipadankan
dengan gambar kerjaya yang sesuai agar memberi gambaran yang dapat dilihat dengan lebih
jelas dan menyeluruh tentang sesuatu kerjaya sama ada sesuai dengan personaliti diri atau
tidak. Hal ini kerana sebelum ini murid hanya didedahkan gambaran melalui penerangan secara
abstrak sahaja. Pendekatan ini juga mengaplikasikan unsur bermain dan penggunaan bahan
maujud seperti spinning wheel yang dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti bimbingan kerjaya. Dengan pelaksanaan pendekatan ini dalam aktiviti
bimbingan kerjaya, diharapkan murid-murid dapat memperoleh inspirasi dan panduan yang
lebih jelas untuk mengenal pasti personaliti dan minat diri lalu memilih kerjaya yang sesuai
dengan diri pada masa depan. Malahan, diharapkan pendekatan “Career Explorer Drawer” juga
dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang pemilihan kerja yang sesuai dengan
personaliti diri.

7
Bab 2.0 Fokus Kajian

2.1 Pemilihan fokus kajian

Kajian tindakan merupakan satu pendekatan dalam mengubah atau menambah baik
mutu bagi sesuatu amalan pengkaji dari aspek perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Pemilihan fokus atau hala tuju kajian yang jelas amat diperlukan demi memastikan isu yang
dihadapi dapat ditangani dengan berkesan. Berdasarkan pengalaman pada fasa praktikum 1
yang lalu, pengkaji telah bercadang untuk menjalankan satu kajian tindakan yang bertajuk
Aplikasi pendekatan “Career Explorer Drawer” dalam aktiviti bimbingan kerjaya demi
meningkatakan pengetahuan murid-murid tentang pemilihan kerjaya yang sesuai dengan
personaliti diri. Hal ini kerana pengkaji mendapati bahawa murid-murid tidak menunjukkan minat
dan tumpuan yang penuh semasa pengkaji melaksanakan aktiviti bimbingan kerjaya. Malahan,
murid juga didapati tidak dapat membina matlamat atau cita-cita serta memilih kerjaya yang
sesuai dengan diri akibat ketidakjelasan dan ketidafahaman tentang minat dan personaliti diri.
Terdapat juga murid yang tidak mempunyai minat langsung terhadap kerjaya, kekurangan
pendedahan tentang maklumat kerjaya serta akan “meniru” kerjaya yang diceburi oleh ibu bapa.
Kesannya, hal ini telah menyebabkan murid mudah mengalami kekeliruan identiti diri yang
menjurus kepada masalah dalam pemilihan kerjaya yang sesuai dengan minat diri. Pernytaan
ini dapat dibuktikan oleh Sharp dan Marva dalam Amir Awang (1988) menegaskan bahawa
pemilihan kerjaya yang menepati minat, kebolehan, bakat dan personaliti diri merupakan
kategori masalah terbesar yang sering dikemukakan oleh pelajar.

Sebelum memulakan kajian, pengkaji membuat tinjauan awal untuk mengumpul data-
data awal. Pengkaji menjalankan tinjauan awal ini dengan menggunakan kaedah pemerhatian
dan temu bual yang tidak berstruktur. Hasil daripada tinjauan awal melalui kaedah pemerhatian
ini ialah pengkaji mendapati kefahaman murid terhadap personaliti diri adalah kurang dan
terdapat murid yang tidak tahu minat diri terhadap sesuatu kerjaya dan tiada cita-cita diri.
Kesannya, hal ini menyebabkan aktiviti bimbingan kerjaya menjadi bosan dan terdapat murid
tidak menunjukkan minat serta penglibatan murid dalam aktiviti bimbingan adalah tidak aktif.
Terdapat juga beberapa murid yang membuat kerja sendiri semasa aktiviti bimbingan kerjaya
dijalankan secara berkelompok. Manakala, hasil daripada tinjauan awal melalui kaedah temu
bual ialah pengkaji mendapati murid-murid masih kekurangan pengetahuan tentang pemilihan
kerjaya yang sesuai dengan diri. Murid-murid hanya mengenali jenis kerjaya yang biasa mereka
kenal dan terdapat di kawasan persekitaran. Terdapat murid yang membina cita-cita diri
berdasarkan peniruan daripada kerjaya yang diceburi oleh ibu bapa. Pernyataan ini disokong

8
oleh Teori Ginzberg menyatakan bahawa pemilihan kerjaya bagi individu yang berumur 6 – 11
tahun masih lagi berdasarkan permainan dan dipengaruhi oleh orang dewasa serta
persekitaran yang signifikan dengan kehidupan tanpa memahami keadaan realitinya. Isu ini
timbul kerana dari aspek amalan pengkaji seperti kaedah bimbingan dan penggunaaan bahan
yang tidak menarik, pengawalan kelas yang kurang, kurang mewujudkan suasana yang
kondusif dan menyenorokkan serta hanya melaksanakan aktiviti yang biasa seperti aktiviti
berpusatkan guru iaitu guru hanya melaksanakan aktiviti chalk and talk dan memberikan
penerangan kerjaya semata-mata tanpa mengamalkan aktiviti berpusatkan murid iaitu
melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti bimbingan kerjaya yang dijalankan.

2.2 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

2.2.1 Kebolehtadbiran

Pemilihan fokus kajian mengambil kira kriteria kebolehtadbiran pelaksanaan pendekatan


“Career Explorer Drawer” yang telah pengkaji rancang untuk menangani isu kajian. Tindakan
yang telah pengkaji rancang adalah mudah diurus dan ditadbir di mana-mana sahaja tanpa
mengira tempat. Penyelidik tidak perlu menyediakan bilik khas dalam melaksanakan tindakan
yang telah dirancang. Malahan, terdapat aspek kebolehtadbiran pelaksanaan pendekatan ini
dalam melibatkan aktiviti yang menarik iaitu pembelajaran secara hands on dalam kalangan
murid. Peserta kajian berpeluang untuk memilih dan memadankan setiap kad kerjaya yang
disediakan dengan 1 jenis personaliti yang sesuai daripada 6 jenis personaliti iaitu RIASEC dan
memasukkan kad kerjaya ke dalam 1 drawer yang sesuai yang disediakan oleh pengkaji yang
mewakili 1 jenis personaliti. Kesannnya, pendekatan ini yang melibatkan aktiviti hands on yang
melibatkan pergerakan lokomotor dapat memberangsangkan sifat ingin tahu dalam kalangan
peserta kajian lalu menarik minat dan menggalakkan peserta kajian untuk melibatkan diri
secara aktif. Oleh itu, aktiviti hands on yang diaplikasikan dalam pendekatan ini membolehkan
peserta kajian berkembang dengan lebih baik dari segi kognitif melalui pengalaman dan
persekitaran mereka. Melalui aktiviti bermain, murid-murid dapat menguasai pembelajaran
secara meluas dengan lebih berkesan. Jean Piaget dalam Mok (2012), berpendapat bahawa
tujuan bermain adalah untuk menggerakkan perkembangan kognitif kanak-kanak di samping
dapat memperkukuh pembelajaran baru diadakan sementara membenarkan pembelajaran baru
dijalankan dalam suasana yang santai.

9
2.2.2 Kepentingan

Kepentingan kajian ini berfokus kepada kepentingan pendekatan “Career Explorer


Drawer” dalam meningkatkan pengetahuan murid tentang pemilihan kerjaya yang sesuai
dengan diri. Pendekatan ini membolehkan murid-murid untuk belajar sambil bermain serta
menggalakakn kolaborasi dan interaksi antara satu sama lain. Hal ini dapat mempertingkat
kemahiran murid dalam berkomunikasi antara satu sama lain dan menjadikan murid lebih
kreatif. Hal ini disokong oleh Kagan (1994) yang menyatakan bahawa murid akan menguasai
pembelajaran melalui interaksi dengan kandungan dan rakan-rakan yang lain. Oleh itu,
kepentingan pendekatan ini adalah untuk merangsang pemikiran murid menjadi lebih kreatif
dan kritis, mendedahkan maklumat kerjaya yang sesuai dengan personaliti berdasarkan konsep
RIASEC agar murid-murid dapat mencapai celik akal dan memilih kerjaya yang sesuai dengan
diri pada masa depan. Sidek (2013), menyatakan bahawa maklumat tentang kerjaya berupaya
membantu seseorang individu membuat persediaan awal untuk peralihan dari zaman
persekolahan ke dunia pekerjaan yang sebenar.

2.2.3 Kebolehgunaan

Dari aspek kebolehgunaan, pengkaji mendapati bahawa pendekatan “Career Explorer


Drawer” dapat digunakan untuk memperkenalkan maklumat kerjaya kepada murid-murid
dengan lebih mudah dan menyeronokkan. Hal ini kerana pendekatan ini mengandungi unsur
permainan yang menarik serta maklumat tentang personaliti berdasarakan konsep RIASEC.
Impaknya, pendekatan ini dapat menyampaikan mesej tentang pemilihan kerjaya berdasarkan
personaliti iaitu konsep RIASEC dengan lebih mudah kepada murid-murid. Suasana
pembelajaran yang seronok dapat diwujudkan dan meningkatkan penglibatan murid-murid
secara aktif dalam aktiviti bimbingan kerjaya. Hal ini bertepatan dengan pernyataan Ewell dalam
Noriati, Boon & Sharifah (2012) bahawa murid-murid bukan sahaja menerima ilmu pengetahuan
semasa pembelajaran tetapi membina aktiviti pembelajaran dengan lebih aktif dan unik.

10
2.3 Pengumpulan Data Awal

Pengumpulan data awal merupakan perkara yang penting dalam kajian tindakan.
Proses pengumpulan data awal adalah untuk membuktikan isu tentang murid keliru dengan
pemilihan kerjaya yang sesuai dengan personaliti adalah wujud di sekolah. Proses
pengumpulan data awal dilakukan oleh pengkaji pada fasa praktikum 1 sebelum memulakan
proses kajian tindakan sebenar. Pengkaji menggunakan data awal yang dikumpul melalui
pemerhatian tidak berstruktur dan temu bual tidak berstruktur yang dijalankan seperti berikut
untuk membuktikan isu kajian ini yang dikenal pasti.

2.3.1 Pemerhatian tidak berstruktur

Pemerhatian tidak berstruktur telah dibuat oleh pengkaji setiap kali pengkaji
menjalankan aktiviti bimbingan kerjaya terhadap murid-murid Tahun 5 pada fasa pratikum 1.
Hasil pemerhatian menunjukkan bahawa kebanyakkan murid memberikan maklum balas yang
kurang memberangsangkan sama ada dalam bentuk lisan atau bukan lisan terhadap aktiviti
bimbingan kerjaya yang telah pengkaji jalankan. Berikut merupakan hasil pemerhatian yang
telah diperolehi oleh pengkaji dan catatan pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji.

Tarikh : 1 Ogos 2018

Masa : 8:30 pagi

Sekolah : Sebuah sekolah di Kedah

Sasaran : Ahli-ahli kelompok (6 orang murid tahun 5)

Catatan : Berdasarkan pemerhatian pengkaji, murid-murid di dalam kelas kurang menunjukkan


minat semasa pengkaji mengendalikan aktiviti bimbingan kerjaya. Terdapat ahli
kelompok yang berbual-bual dengan kawan serta ada yang membuat kerja sendiri.
Semasa aktiviti bimbingan kerjaya dijalankan, ahli kelompok kurang memberikan
maklum balas dan tumpuan terhadap maklumat kerjaya yang disampaikan oleh
pengkaji. Terdapat ahli kelompok hanya mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti bimbingan kerjaya yang dilaksanakan oleh pengkaji.
Malahan, sesetengah ahli kelompok juga menunjukkan kekeliruan untuk
menyatakan cita-cita mereka dan mereka meniru cita-cita ahli kelompok lain apabila
pengkaji meminta mereka menulis cita-cita diri.

11
Berdasarkan hasil pemerhatian yang dibuat, pengkaji mendapati bahawa murid-murid
kurang berminat terhadap aktiviti bimbingan kerjaya yang dilaksanakan dan mereka tidak
menunjukkan kesungguhan untuk belajar. Jadi, penglibatan murid dalam aktiviti ini adalah
kurang memuaskan. Malahan, semasa memerhatikan tingkah laku lisan atau bukan lisan murid-
murid dalam menjalankan aktiviti bimbingan kerjaya, pengkaji mendapati bahawa murid
menunjukkan perasaan kekeliruan dalam menulis cita-cita diri serta ada murid yang meniru atau
mencontohi cita-cita ahli kelompok yang lain.

2.3.2 Temu bual tidak berstruktur

Pada fasa pratikum 1, pengkaji turut menjalankan temu bual tidak berstruktur terhadap
seorang guru dan dua orang murid bagi mendapatkan maklum balas tentang kefahaman murid
tentang kerjaya. Berikut merupakan antara soalan yang digunakan oleh pengkaji:

Sejauhmana kefahaman murid-murid di sekolah ini tentang personaliti diri.

“ Murid-murid di sekolah ini sebenarnya tidak berapa faham tentang diri sendiri dari segi minat
dan kebolehan diri sebab mereka berada dalam sekolah kampung. Jadi, mereka hanya tahu
main dan belajar semata-mata saja dan tidak diberi peluang untuk membuat penerokaan
terhadap diri. Sebab itulah ada di kalangan mereka yang masih tidak tahu hobi diri serta tidak
berapa faham kekuatan dan kelemahan diri sebenar”.

(G1/L/6.8.2018/0900)

Bagaimana pengetahuan murid-murid di sekolah ini terhadap kerjaya.

“Budak-budak di sekolah ni tinggal di luar bandar dan sebab itulah mereka kurang didedahkan
tentang maklumat kerjaya akibat mereka berada dalam persekitaran yang ketinggalan zaman.
Jadi, mereka kurang faham apa itu kerjaya dan mereka tidak mempunyai cita-cita diri. Mereka
hanya tau kerjaya yang mereka biasa kenal saja. Lagipun ibu bapa budak-budak sekolah ni dan
cikgu pun tak beritau pasal kerjaya kepada mereka”.

(G1/L/6.8.2018/0900)

Hasil temu bual ini yang dijalakan bersama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling di
sebuah sekolah Kedah menunjukkan bahawa terdapat kekurangan kesedaran tentang
kepentingan bimbingan kerjaya dalam kalangan murid-murid, ibu bapa dan guru-guru.
Kesannya, hal ini telah menjadi halangan dalam usaha untuk menjalankan aktiviti bimbingan
kerjaya yang berkesan terhadap murid-murid.

12
Seterusnya, pengkaji menjalankan temu bual terhadap dua orang murid. Berikut
merupakan soalan yang diajukan kepada mereka:

Apakah yang kamu faham tentang kekuatan dan kelemahan kamu?

Tak taulah, cikgu. Saya tak tau apa kekuatan dan kelemahan saya. Saya pun tak pernah fikir
pasal ni.

(M1/P/12.8.2018/1030)

Pengkaji mengajukan soalan ini kepada murid untuk melihat kefahaman murid terhadap
diri. Hasil temu bual ini menunjukkan murid masih kurang dapat mengenali serta memahami
personaliti diri.

Apakah cita-cita kamu?

“Erm… tak taulah cikgu. Saya tak ada cita-cita dan tak tau nak jadi apa bila dah dewasa nanti.”

(M2/L/12.8.2018/1030)

Soalan ini yang digunakan oleh pengkaji adalah untuk melihat hala tuju murid dan
matlamat murid yang ingin dicapai. Hasil temu bual ini mendapati bahawa murid keliru tentang
minat diri dan tidak mempunyai matlamat diri yang jelas dalam pemilihan kerjaya.

13
2.4 Tindakan

2.4.1 Model Penyelidikan Tindakan

Pengkaji telah memilih Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) sebagai
panduan untuk menjalankan penyelidikan tindakan. Terdapat 4 elemen utama dalam model ini
iaitu mereflek, membuat tinjauan awal, merancang, melaksanakan tindakan dan memerhati.
Model ini ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1. Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart

Berdasarkan model kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1988), pengkaji akan
memulakan kajian ini dengan membuat refleksi isu yang dihadapi dalam aktiviti bimbingan
kerjaya secara berkelompok yang dilakukan pada fasa praktikum 1. Berdasarkan refleksi
terhadap kesan aktiviti bimbingan kerjaya yang dijalankan, pengkaji membuat tinjauan awal
bagi mengenal pasti isu yang dihadapi dalam aktiviti bimbingan kerjaya yang telah dilaksanakan
oleh pengkaji. Selepas mengesan isu yang dihadapi, pengkaji akan merancang tindakan yang
sesuai bagi mengatasi isu yang dihadapi. Seterusnya, pengkaji akan melaksanakan tindakan
yang dirancang. Setelah melaksankan tindakan ini, pengkaji akan memerhati dan merekod
proses perkembangan peserta kajian. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai
Gelungan Pertama (Cycle 1). Sekiranya objektif tidak dapat dicapai, pengkaji boleh memulakan
gelungan kedua sehingga objektif dapat dicapai dengan membuat refleksi semula secara kritikal
mengenai kelemahan-kelemahan yang terdapat pada kajian tindakan tersebut dan berusaha
untuk membuat penambahbaikan supaya langkah yang diulang lebih baik dan mampu memberi
perubahan kepada isu yang timbul. Langkah-langkah Model Kemmis ini telah diadaptasikan
dengan tindakan penambahbaikan pengkaji sendiri seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3
berikut:

14
Refleksi
- Murid keliru dengan personaliti diri
dalam proses pemilihan kerjaya
Kaedah tinjauan awal:
pemerhatian, temu bual

Refleksi
Merancang tindakan
- kesan aktiviti
bimbingan kerjaya -pendekatan "Career
yang dijalankan Explorer Drawer

Pemerhatian
Melaksanakan Tindakan
- merekod perubahan yang
berlaku pada peserta kajian -menentukan
pendekatan "Career
- Instrumen: senarai Explorer Drawer
semakpemerhatain

Rajah 2. Proses Adaptasi Model Kemmis

2.4.2 Cara pengunaan “Career Explorer Drawer”

Berdasarkan Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988), sebelum merancang
tindakan, pengkaji akan membuat refleksi terhadap kesan aktiviti bimbingan kerjaya yang
dilaksanakan oleh pengkaji. Seterusnya, pengkaji akan membuat tinjauan awal dengan
menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual tidak berstruktur untuk mendapatkan data
tentang kefahaman murid terhadap personaliti diri dalam proses pemilihan kerjaya. Hasil
tinjauan awal, pengkaji mendapati murid keliru tentang personaliti diri semasa dalam proses
pemilihan kerjaya.

Berdasarkan isu yang timbul, pengkaji merancang untuk menggunakan pendekatan


“Career Explorer Drawer” sebagai kajian tindakan. Pendekatan ini adalah berasaskan teori
pemilihan kerjaya Holland yang menekankan konsep RIASEC. Teori pemilihan kerjaya Holland
menerangkan tentang enam jenis personaliti dan persekitaran kerja iaitu RIASEC dan Holland
dalam Weinrach (1979) berpendapat bahawa kepuasan kerja, kebolehan dan pencapaian
bergantung kepada darjah keselarasan antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja. Jadi,
konsep RIASEC yang berasaskan teori pemilihan kerjaya Holland akan diaplikasikan dalam
kajian tindakan ini untuk meningktakan pengetahuan murid tentang pemilihan kerjaya yang
sesuai dengan personaliti diri.

Dalam pendekatan ini, terdapat 3 jenis aktiviti yang dirancang iaitu aktiviti Kenal Diri,
aktiviti Putarkan dan Meneroka Kerjaya serta aktiviti Bina Matlamat Diri, terdapat juga beberapa
langkah yang telah pengkaji rancangkan dalam aktiviti ini. Langkah pertama bagi aktiviti Kenal

15
Diri iaitu pengkaji akan menayangkan video yang bertajuk “Kerjaya RIASEC”. Melalui video ini,
murid dapat lebih mengenal, memahami dan mengenal pasti dirinya memiliki yang mana satu
jenis personaliti berdasarkan konsep RIASEC. Murid juga dapat melihat dengan terperinci
tentang cara untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan personaliti diri. Semasa murid
menonton video ini, pengkaji akan menyuruh murid membuat renungan mendalam tentang
personaliti diri bagi berfikir dirinya memilki yang mana stau jenis personaliti daripada 6 jenis
personaliti RIASEC itu. Selepasnya, pengkaji akan memberikan satu tugasan kepada setiap
murid tentang video yang ditayangkan iaitu murid perlu memadankan kad kerjaya yang
diberikan oleh pengkaji dengan 1 personaliti yang paling sesuai lalu memasukkan kad kerjaya
itu ke dalam satu drawer yang sesuai di mana setiap drawer mewakili satu jenis personaliti iaitu
terdapat drawer Realistik (R), drawer Investigatif (I), drawer Artistik (A), drawer Sosial (S),
drawer Enterprising (E) dan drawer Conventional (C). Pada peringkat permulaan, objektif
pengkaji hanya untuk membimbing murid untuk mengenal pasti personaliti diri dan
menyedarkan murid tentang personaliti yang dimiliki yang sebelumnya murid masih keliru
tentang personaliti diri sebenar. Setelah itu, penyelidik juga akan menerangkan serba sedikit
tentang 6 jenis personaliti iaitu RIASEC dan kerjaya yang sesuai dengan 6 jenis personaliti itu.
Penggunaan penyoalan yang terarah dan berfokus dapat memberi kefahaman membimbing
murid menguasai kemahiran (Montimer & Scott, 2003). Semasa sesi penerangan dijalankan,
pengkaji akan mewujudkan interaksi dua hala dengan murid agar murid dapat berkembang dari
segi kognitif dan celik akal terhadap isu tersebut. Pernyataan ini disokong oleh Chin (2007)
yang menyatakan bahawa bentuk soalan dan cara penyoalan yang digunakan oleh guru dapat
meningkatkan proses kognitif murid.

Seterusnya, langkah bagi aktiviti Putarkan dan Meneroka Kerjaya adalah berdasarkan
aktiviti tadi, murid yang cepat memandankan kad kerjaya dan memasukkan ia ke dalam drawer
yang sesuai dan betul dapat bermain dan memutarkan dahulu spinning wheel yang disediakan
oleh pengkaji untuk mendapat tugasan yang seterusnya. Dalam spinning wheel ini, terdapat 6
pilihan tugasan yang mewakili personaliti RIASEC, jadi setiap murid akan mendapat tugasan
personaliti masing-masing yang berbeza dengan bermain spinning wheel dan tugasan mereka
terdapat dalam drawer personaliti RIASAEC yang disediakan. Tugasan itu adalah, pertama
murid perlu membaca dan memahami jenis personaliti yang diperoleh berdasarkan nota yang
disediakan dalam setiap drawer. Kedua, murid perlu berkongsi apa yang mereka fahami
dengan ahli kelompoknya. Ketiga, murid perlu membuat simulasi 1 jenis kerjaya yang sesuai
dengan tugasan personaliti yang diperoleh tadi di depan ahli kelompok untuk diteka oleh ahli
kelompok. Ahli kelompok yang berjaya meneka betul akan mendapat ganjaran. Jadi aktiviti ini

16
telah menerapkan pendekatan B.F. Skinner dalam Sapora & Ruhaya (2012) yang
memperkenalkan Teori Pelaziman Operan iaitu tentang pendekatan peneguhan positif. Murid-
murid yang mengikuti aktiviti ini akan melibatkan diri secara aktif dan bersaing antara satu sama
lain untuk menjadi pemenang kerana pemenang bagi aktiviti ini akan menerima peneguhan
positif iaitu ganjaran yang diberika oleh pengkaji. Ganjaran ini akan bertindak sebagai
rangsangan untuk ahli kelompok melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti ini. Pernyataan ini
disokong oleh B.F Skinner yang membuat andaian dalam Teori Pelaziman Operan bahawa
manusia akan mengerakkan tingkah laku sekiranya mendapat rangsangan dan beliau
menyatakan bahawa peneguhan positif digunakan untuk meningkatkan kekerapan tingkah laku
yang diingini untuk menggantikan tingkah laku tidak diingini.

Pada aktiviti Bina Matlamat Diri, murid perlu membina matlamat diri. Setiap murid akan
diberikan satu kertas dan murid perlu mendalami fikiran tentang personaliti diri dahulu, lalu
menulis satu hobi diri, jenis personaliti diri berdasarkan konsep RIASEC yang dipelajari dan
cita-cita diri tanpa “meniru jawapan” kawan. Teori pembelajaran sosial Bandura yang dipelopori
oleh Bandura (1997) menyatakan bahawa kanak-kanak banyak belajar melalui peniruan. Dalam
konteks kajian ini, murid yang mengalami masalah keliru tentang cita-cita diri cenderung untuk
meniru apa sahaja yang diperhatikan oleh mereka. Dengan aktiviti ini, isu tentang “meniru
jawapan” orang lain dapat diatasi dan murid dapat membuat penerokaaan diri dengan
mendalam lalu membina cita-cita diri yang sesuai dengan minat dan personaliti diri.

Selepas merancang, pengkaji akan menjalankan tindakan yang dirancang iaitu


melaksanakan pendekatan “Career Explorer Drawer” dalam aktiviti bimbingan kerjaya secara
berkelompok. Seterusnya, pengkaji akan memerhati dan merekod respon, peningkatan dan
perubahan peserta kajian yang berlaku sebelum, semasa dan selepas aktiviti ini dijalankan
dengan menggunakan tiga bentuk kaedah iaitu kaedah pemerhatian berstruktur, temu bual
berstruktur, ujian pra dan pasca untuk mengumpul data dan maklum balas peserta kajian
terhadap pendekatan ini yang dilaksanakan. Pengkaji juga akan menganalisis hasil dapatan
data dan maklum balas yang diperoleh daripada ketiga-tiga kaedah ini untuk menentukan
pencapaian objektif kajian sama ada berjaya dicapai atau tidak. Keseluruhan pelaksanaan ini
disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1). Sekiranya objektif tidak dapat dicapai, pengkaji
boleh memulakan gelungan kedua sehingga objektif dapat dicapai dengan membuat refleksi
semula secara kritikal mengenai kelemahan-kelemahan yang terdapat pada kajian tindakan
tersebut dan berusaha untuk membuat penambahbaikan supaya langkah yang diulang lebih
baik dan mampu memberi perubahan kepada isu yang timbul.

17
2.5 Objektif dan Soalan Kajian

2.5.1 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang pemilihan kerjaya yang
sesuai dengan personaliti diri dalam kalangan murid-murid tahun 5 melalui pendekatan “Career
Explorer Drawer”.

2.5.2 Soalan Kajian

Bagaimanakah pendekatan “Career Explorer Drawer” dapat meningkatkan pengetahuan


tentang pemilihan kerjaya yang sesuai dengan personaliti diri dalam kalangan murid-murid
tahun 5?

18
2.6 Peserta Kajian

Pengkaji bercadang untuk memilih murid-murid Tahun 5 dari kelas Permata di sebuah
sekolah di Perlis sebagai kumpulan sasaran. Peserta kajian yang dipilih untuk kajian adalah
seramai 6 orang murid yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan iaitu 1 orang
lelaki dan 1 orang perempuan yang berbangsa Melayu serta 2 orang lelaki dan 2 orang
perempuan yang berbangsa Cina. Latar belakang keluarga bagi peserta kajian ini adalah
sederhana. Malahan, enam peserta kajian ini berada di kelas yang cerdik iaitu kelas Permata
dan mereka menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang. Selain mempunyai tahap
kecerdasan yang baik, mereka juga mempunyai sahsiah yang terpuji dan sangat disenangi oleh
guru-guru di sekolah. Kesannya, hal ini dapat melancarkan kajian tindakan yang dilaksankan
oleh pengkaji tanpa sebarang gangguan. Pemilihan peserta kajian daripada murid Tahun 5
adalah bersesuaian kerana pada peringkat ini, murid-murid memerlukan pendedahan kerjaya
yang membolehkan mereka mendapat celik akal bagi memilih kerjaya yang bersesuaian
dengan diri di samping dapat dijadikan sebagai inspirasi kepada diri mereka untuk
mendapatkan pencapaian akademik yang lebih baik.

Etika Penyelidikan

Sebelum memulakan kajian, pengkaji akan membuat permohonan secara lisan daripada
guru pembimbing dan pihak sekolah berkenaan untuk penyelidikan tindakan yang akan
pengkaji jalankan terhadap murid tersebut. Kebenaran secara lisan juga dibuat daripada guru
pembimbing berkenaan dengan pendapat mereka yang pengkaji akan masukkan dalam hasil
kerja pengkaji.

19
Bab 3.0 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

3.1 Langkah-langkah Tindakan

Berdasarkan tinjauan masalah, pengkaji telah merancang untuk melaksankan kajian


tindakan dengan mengaplikasikan pendekatan “Career Explorer Drawer” dalam aktiviti
bimbingan kerjaya untuk mengatasi isu murid yang kekurangan pengetahuan dalam pemilihan
kerjaya yang sesuai dengan personaliti diri. Dalam pendektan ini, pengkaji merancang
sebanyak tiga aktiviti dan terdapat beberapa langkah yang akan dilaksanakan dalam setiap
aktiviti oleh peserta kajian secara berperingkat.

Aktiviti 1: Kenal Diri (Know Yourself)

Langkah pelaksanaan

i. Pengkaji menayangkan video kerjaya yang bertajuk “Kerjaya RIASEC”.


ii. Setiap peserta kajian diminta untuk menonton dengan teliti serta memahami kandungan
video ini.
iii. Pengkaji menyuruh peserta kajian menonton video sambil membuat renungan
mendalam tentang personaliti diri.
iv. Setiap perserta kajian diberikan tugasan iaitu mereka perlu memadankan kad kerjaya
yang diberikan oleh pengkaji dengan 1 personaliti yang paling sesuai lalu memasukkan
kad kerjaya itu ke dalam satu drawer yang sesuai di mana setiap drawer mewakili satu
jenis personaliti iaitu terdapat drawer Realistik (R), drawer Investigatif (I), drawer Artistik
(A), drawer Sosial (S), drawer Enterprising (E) dan drawer Conventional (C).
v. Pengkaji akan menerangkan serba sedikit tentang 6 jenis personaliti iaitu RIASEC dan
kerjaya yang sesuai dengan 6 jenis personaliti itu dengan menggunakan kad gambar
kerjaya yang berlaminet.
vi. Pengkaji mewujudkan interaksi dua hala dengan peserta kajian.

Melalui aktiviti Kenal Diri ini, peserta kajian dapat lebih mengenal dan memahami dirinya
memiliki yang mana satu jenis personliti berdasarkan konsep RIASEC dengan menonton video
kerjaya yang bertajuk “Kerjaya RIASEC”. Tugasan yang diberikan adalah bertujuan untuk
menguji tahap kefahaman murid terhadap video yang ditonton. Tambahan penerangan yang
diberikan oelh pengkaji kepada peserta kajian melalui penggunaan kad gambar yang berlaminet
adalah bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman murid terhadap pemilihan kerjaya
berdasarkan personaliti RIASEC. Interaksi dua hala yang diwujudkan antara peserta kajian

20
dengan pengkaji adalah bertujuan untuk meningkatkan proses kognitif peserta kajian agar
peserta kajian dapat mencapai celik akal dalam isu yang dihadapi.

Aktiviti 2: Putarkan dan Meneroka kerjaya (Spin it and Explore Career)

Langkah Pelaksanaan

i. Berdasarkan aktiviti 1, peserta kajian yang cepat menyiapkan tugasan dengan betul
dapat bermain dan memutarkan dahulu spinning wheel yang disediakan oleh pengkaji
untuk mendapatkan tugasan yang seterusnya.
ii. Dalam spinning wheel ini, terdapat 6 pilihan tugasan di mana setiap pilihan tugasan
mewakili 1 personaliti iaitu terdapat tugasan Realistik, tugasan Investigatif, tugsan
Artistik, tugasan Sosial, tugasan Enterprising dan tugasan Conventional. Setiap peserta
kajian akan mendapat tugasan personaliti masing-masing yang berbeza dengan
bermain spinning wheel dan tugasan mereka terdapat dalam drawer personaliti RIASEC
yang disediakan.
iii. Peserta kajian perlu memahami dan menyelesaikan tugasan yang dikehendaki.
iv. Tugasan itu adalah, pertama peserta kajian perlu membaca dan memahami jenis
personaliti yang diperoleh berdasarkan nota yang disediakan dalam setiap drawer.
v. Kedua, peserta kajian perlu berkongsi apa yang mereka fahami dengan ahli
kelompoknya.
vi. Ketiga, peserta kajian perlu membuat simulasi tentang 1 jenis kerjaya yang sesuai
dengan tugasan personaliti yang diperoleh tadi di depan ahli kelompok untuk diteka oleh
ahli kelompok.
vii. Ahli kelompok yang berjaya meneka betul akan mendapat ganjaran daripada pengkaji.

Tujuan aktiviti ini yang dilaksanakan dan menggunakan bahan maujud spinning wheel
adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan menarik minat murid untuk
belajar agar maklumat tentang pemilihan kerjaya yang sesuai dengan personaliti diri dapat
disampaikan dengan berkesan dalam kalangan peserta kajian. Tugasan yang disediakan dalam
setiap drawer seperti terdapat tugasan memahami nota dan simulasi adalah untuk
meningkatkan pengetahuan murid yang lebih mendalam tentang jenis personaliti RIASEC yang
disesuaikan dengan bidang kerjaya yang tertentu. Ganjaran yang diberikan kepada peserta
kajian akan bertindak sebagai rangsangan untuk menggerakkan ahli kelompok melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti ini.

21
Aktiviti 3: Bina matlamat diri (Build your own goal)

Langkah pelaksanaan

i. Setiap peserta kajian akan diberikan satu kertas dan diminta untuk mendalami fikiran
tentang personaliti diri.
ii. Peserta kajian dikehendaki untuk menulis satu hobi diri, jenis personaliti diri dan cita-cita
diri berdasarkan fikiran tadi.

Aktiviti Bina Matlamat diri adalah bertujuan untuk membolehkan peserta kajian dapat
membuat penerokaan diri dengan mendalam setelah menimba pengetahuan dan mendapat
aspirasi daripada aktiviti 1 dan aktiviti 2 yang dijalankan. Aktiviti ini juga bertujuan untuk
membimbing peserta kajian untuk membina cita-cita diri yang baharu yang sesuai dengan minat
dan personaliti diri.

3.1.1 Anggaran kos kajian

Jadual 1 merupakan anggaran kos perbelanjaan untuk membina alat tindakan iaitu
bahan“Career Explorer Drawer” bagi kajian tindakan ini.

Jadual 1. Anggaran Kos Kajian

Bil Bahan Bil Unit Harga seunit (RM) Jumlah (RM)

1. Kertas berwarna 10 0.30 3.00

2. Kertas berlaminet 20 0.70 14.00

3. Kertas A4 20 0.10 2.00

4. Mounting board 1 5.00 5.00

Jumlah RM 24.00

3.1.2 Carta gantt

Carta gantt bagi pelaksanaan kajian tindakan “Career Explorer Drawer” disertakan
dalam Lampiran B.

22
3.2 Perancangan Kaedah Mengumpul Data

Kesahan dan kebolehpercayaan data adalah amat penting bagi pengumpulan data
kajian tindakan. Pengkaji akan menggunakan tiga kaedah bagi mengumpul data kuantitatif dan
data kualitatif melalui kaedah ujian pra dan pasca, pemerhatian berstruktur dan temu bual
berstruktur.

3.2.1 Ujian Pra dan Pasca

Pengkaji akan menjalankan kaedah ujian pra dan pasca dalam kalangan peserta kajian
untuk mendapatkan data kuantitatif tentang pengetahuan yang dikuasai oleh peserta kajian
sebelum, semasa mahupun selepas menjalankan aktiviti “Career Explorer Drawer”. Pengkaji
akan merangka dan menyediakan satu set soalan ujian pra dan pasca yang berfokuskan
kepada pemilihan kerjaya yang sesuai dengan personaliti diri untuk menguji keberkesanan
aktiviti “Career Explorer Drawer” dalam kalangan murid-murid. Set soalan ujian pra dan pasca
adalah seperti di Lampiran C. Dengan menjalankan kaedah ujian pra dan pasca, Pengkaji akan
mendapatkan maklumat iaitu pengetahuan yang dikuasai oleh peserta kajian tentang pemilihan
kerjaya yang sesuai dengan persoanliti diri sebelum dan selepas menjalankan aktiviti ini.

Sebelum memulakan aktiviti bimbingan, pengkaji akan menjalankan ujian pra kepada
peserta kajian. Ujian pra ditadbirkan untuk menguji kefahaman murid tentang personaliti diri dan
pengetahuan murid terhadap pemilihan kerjaya yang sesuai dengan diri sebelum aktiviti “Career
Explorer Drawer” dijalankan. Soalan yang sama digunakan untuk ujian pasca dan setelah
peserta kajian menjalankan aktivit ini, pengkaji akan mentadbirkan ujian pasca kepada peserta
kajian untuk mengesan penguasaan dan peningkatan dari segi pengetahuan peserta kajian
yang berlaku. Jadi, ujian pra dan pasca membolehkan pengkaji mendapatkan data awal
sebelum peserta kajian melaksankan aktiviti dan memperoleh hasil data selepas peserta kajian
selesai menjalankan aktiviti yang dirancang oleh pengkaji. Ujian yang dirancang akan
dilaksanakan selama 30 minit kepada peserta kajian. Hasil data kuantitatif iaitu markah peserta
kajian bagi ujian pra dan pasca akan dikumpul dan direkodkan dalam jadual dan dapatan data
dipersembahkan menggunakan graf bar yang akan membuktikan sejauhmana keberkesanan
pendekatan Career Explorer Drawer dalam meningkatkan pengetahuan murid tentang
pemilihan kerjaya yang sesuai dengan diri.

23
3.2.2 Pemerhatian Berstruktur

Pengkaji akan menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur yang menjurus kepada


pemerhatian bukan peserta memandangkan pengkaji sendiri bertindak sebagai pemerhati
semasa melaksanakan aktiviti bersama peserta kajian. Menurut Mok (2010), penyelidik
memainkan peranan sebagai pemerhati lengkap dalam kajian dan tidak menganggu
perlaksanaan aktiviti seperti mencelah, masuk campur atau turut serta dalam melaksankan
aktiviti bersama peserta kajian. Pengkaji merangka satu borang senarai semak yang
menggunakan format “Ya” dan “Tidak” seperti di Lampiran D yang terdiri daripada beberapa
pernyataan untuk menilai serta melihat tingkah laku dan pemahaman peserta kajian semasa
menjalankan aktiviti “Career Explorer Drawer”. Pengkaji telah membina 6 item pemerhatian
untuk mencatat setiap perlakuan peserta kajian yang telah diperhatikan sama ada perlakuan
lisan mahupun perlakuan bukan lisan.

Setiap item yang dibina mempunyai tujuan tertentu. Item pertama dibina untuk melihat
perasaan yang ditunjukkan oleh peserta kajian semasa menjalankan aktiviti bimbingan kerjaya
yang menggunakan pendekatan “Career Explorer Drawer”. Item kedua dibina untuk melihat
tingkah laku peserta kajian semasa menyertai aktiviti ini. Item ketiga dibina bertujuan untuk
melihat kesungguhan peserta kajian dalam menjalankan aktiviti ini. Item keempat dibina untuk
melihat pemahaman peserta kajian tentang personaliti diri dan pemilihan kerjaya yang sesuai
dengan diri. Item kelima dibina untuk melihat kerjasama antara peserta kajian. Item keenam
dibina untuk melihat keupayaan peserta kajian mendengar arahan pengkaji. Hasil data kualitatif
dan kuantitatif bagi senarai semak pemerhatian akan direkod dan dikumpul dalam bentuk jadual
untuk melihat tingkah laku lisan dan bukan lisan yang ditunjukkan oleh peserta kajian sepanjang
menjalankan aktiviti “Career Explorer Drawer”.

24
3.2.3 Temu Bual Berstruktur

Pengkaji akan menjalankan kaedah temu bual berstruktur untuk mengumpul data
kualitatif dan maklum balas yang relevan dengan pendekatan “Career Explorer Drawer” yang
akan dilaksanakan oleh pengkaji. Kaedah ini merupakan pengutipan data secara lisan yang
melibatkan interaksi bersemuka secara antara pengkaji dengan orang yang ditemu bual untuk
mendapatkan respon serta pendapat murid terhadap aktiviti ini. Kaedah ini juga amat sesuai
bagi peserta kajian yang tidak tahu membaca dan menulis. Malahan, temu bual ialah kaedah
terbaik untuk meneroka dan mendapatkan maklumat daripada peserta kajian secara mendalam.
Penggunaan kaedah ini dapat membantu pengkaji untuk melihat keserasian jawapan yang
diberikan dan gerak-geri tubuh yang ditunjukkan oleh peserta kajian.

Pengkaji akan menyediakan beberapa soalan spesifik yang dirancang rapi dan akan
menjalankan temu bual berstruktur ini dalam kalangan peserta kajian setelah peserta kajian
selesai melaksanakan aktiviti ini. Soalan-soalan temu bual yang dirancang adalah seperti di
Lampiran E. Terdapat 5 bentuk soalan yang dibina dan mempunyai tujuan tertentu dalam usaha
untuk mengumpul data dan maklum balas yang spesifik daripada peserta kajian terhadap
aktiviti “Career Explorer Drawer”. Soalan pertama dibina untuk mendapatkan pandangan
peserta kajian terhadap aktiviti ini yang dijalankan. Soalan kedua dibina untuk melihat
pengetahuan yang diperoleh oleh peserta kajian setelah menjalankan aktiviti ini. Soalan ketiga
dbina untuk melihat perasaan peserta kajian setelah melaksanakan aktiviti ini. Soalan keempat
dibina untuk melihat keupayaan pengkaji dalam memberikan arahan yang jelas semasa
mengendalikan aktiviti. Soalan kelima dibina untuk melihat pendapat peserta kajian tentang
aktiviti ini dalam meningkatkan pengetahuan terhadap pemilihan kerjaya yang sesuai dengan
personaliti diri.

Selain itu, bagi menjayakan sesi temu bual, pengkaji perlu memastikan suasana yang
selesa semasa temu bual, pilih masa yang sesuai, bina hubungan rapport dengan peserta
kajian, mendapatkan kebenaran peserta kajian untuk merakamkan sesi temu bual. Jadi,
pengkaji akan menyediakan alat perakam untuk merakam respon dan maklum balas yang
diberikan oleh peserta kajian terhadap aktiviti ini agar dapat merekod setiap perkataan yang
diucapkan oleh peserta kajian demi membuktikan kesahan dan kebolehpercayaan data bagi
kajian ini. Segala maklum balas yang diperoleh dan direkod akan dipersembahkan dalam
bentuk transkrip.

25
3.3 Perancangan cara menganalisis data

Setelah mengumpul data dengan menggunakan kaedah ujian pra dan pasca,
pemerhatian berstruktur dan temu bual berstruktur, pengkaji akan memulakan analisis terhadap
setiap hasil data yang dikumpul bagi membantu pengkaji menjawab persoalan kajian dan
menyokong hasil dapatan kajian yang dilaksanakan. Borgan dan Biklen (1998) menyatakan
bahawa penganalisian data merupakan satu proses yang sistematik bagi mencari dan
menyusun maklumat daripada transkrip temu bual, nota lapangan dan bahan-bahan lain yang
telah dikumpul untuk meningkatkan kefahaman terhadap maklumat tersebut.

Data yang akan dikumpul oleh pengkaji adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif.
Dalam analisis data kuantitatif dan kualitatif, keberkesanan proses pengumpulan data amat
bergantung pada pengkaji sebagai instrumen utama. Untuk data kuantitatif, ujian pra dan ujian
pasca yang ditadbir dalam kalangan peserta kajian amat membantu pengkaji memperoleh data
untuk menguji pengetahuan murid tentang pemilihan kerjaya yang sesuai dengan personaliti
diri. Bagi data kualitatif, data yang dikumpul hasil catatan temu bual dan pemerhatian juga
berfungsi sebagai alat bantu yang mempermudah pengkaji dalam usaha untuk mengumpulkan
data serta menghuraikan dan menganalisis data yang telah diperoleh. Menurut Bryman dalam
Sidek (2013), data kualitatif adalah strategi kajian yang lazimnya menekankan kepada
perkataan berbanding pengiraan data yang dikumpul dan dianalisis.

3.3.1 Ujian Pra dan Pasca

Setelah mengumpul hasil data kuantitatif yang diperoleh daripada ujian pra dan pasca,
pengkaji akan menganalisis setiap hasil data dengan mencatat peratus markah yang dikumpul
daripada setiap peserta kajian dan dipersembahkan dalam bentuk jadual seperti Jadual 2 dan
Jadual 3. Berdasarkan peratus markah yang dikumpul dalam Jadual 2 dan Jadual 3, pengkaji
akan menganalisis data kualitatif tentang markah yang paling tinggi dan markah yang paling
rendah yang diperoleh dalam kalangan peserta kajian. Kemudian, pengkaji akan membuat
analisis hasil data perbandingan markah bagi ujian pra dan pasca dari segi perbezaan peratus
markah yang diperoleh bagi setiap peserta kajian dengan menterjemahkan hasil data
perbandingan ke dalam bentuk jadual seperti Jadual 4 dan graf bar berganda seperti Rajah 3.
Tujuan membuat analisis data perbandingan yang dikumpul melalui ujian pra dan pasca adalah
untuk menilai tahap perkembangan dan penguasaan dari segi pengetahuan yang diperoleh oleh
peserta kajian sebelum dan selepas melaksanakan aktiviti “Career Explorer Drawer”. Secara
langsungnya, analisis data yang diperoleh daripada ujian pra dan pasca dapat membantu

26
pengkaji membuktikan sejauhmana keberkesanan pengaplikasian aktiviti ini dalam
meningkatkan pengetahuan peserta kajian tentang pemilihan kerjaya yang sesuai dengan
personaliti diri.

Jadual 2. Keputusan Ujian Pra

Peserta Kajian (P) Markah Peratus (%)

1 /6

2 /6

3 /6

4 /6

5 /6

6 /6

Jadual 3. Keputusan Ujian Pasca

Peserta Kajian (P) Markah Peratus (%)

1 /6

2 /6

3 /6

4 /6

5 /6

6 /6

27
Jadual 4. Perbandingan Peratusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Peserta Kajian Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%) Perbezaan (%) Catatan

P1

P2

P3

P4

P5

P6

100

90

80
UJIAN
Peratsus Markah (%)

70 PRA

60 UJIAN

PASCA
50

40

30

20

10
%
%0
0&
0% P1 P2 P3 P4 P5 P6
0%
Peserta Kajian

Rajah 3. Perbandaingan Peratusan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

28
3.3.2 Pemerhatian Berstruktur

Pengkaji akan berpandukkan item-item pemerhatian yang dirancang dan dibina untuk
membuat analisis dan interpretasi setiap hasil data kualitatif dan kuantitatif yang diperoleh
melalui pemerhatian pengkaji yang tertumpu terhadap setiap tindak balas perlakuan yang telah
ditunjukkan oleh peserta kajian sepanjang melaksankan aktiviti “Career Explorer Drawer”.
Tujuan pengkaji menganalisis hasil data yang diperoleh melalui pemerhatian adalah untuk
menilai sejauhmana keberkesanan aktiviti ini yang dijalankan dalam usaha untuk meningkatkan
pengetahuan peserta kajian tentang pemilihan kerjaya yang sesuai dengan personaliti diri.

Setelah membuat pemerhatian berstruktur terhadap aktiviti “Career Explorer Drawer”


yang dijalanakan oleh peserta kajian sepanjang sesi bimbingan kelompok, pengkaji akan
menganalisis senarai semak pemerhatian seperti Lampiran G yang merangkumi 6 item
berkenaan aktiviti ini yang akan dilaksanakan. Pengkaji akan mengira bilangan item yang
ditandakan “Ya” oleh pengkaji dan menganalisis setiap item yang ditandakan “Ya” oleh
pengkaji. Pengkaji akan mengambil seberapa banyak gambar sepanjang perjalanan sesi.
Bahan-bahan ini akan dianalisis sebagai bukti untuk membantu pengkaji menilai tahap
keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

Selepas menganalisis hasil data kuantitatif pemerhatian dalam bentuk senarai semak,
pengkaji akan membuat analisis terhadap hasil data kualitatif yang dikumpul daripada setiap
item senarai semak pemerhatian dengan mencatat kekerapan bilangan respon yang paling
tinggi dan kekerapan bilangan respon yang paling rendah untuk mengetahui dengan lebih jelas
dan spesifik tentang perlakuan lisan dan perlakuan bukan lisan peserta kajian yang diperhatikan
sepanjang aktiviti “Career Explorer Drawer” dilaksankan. Malahan semasa menggunakan
kaedah pemerhatian berstruktur ini untuk menganalisis hasil data pemerhatian, pengkaji perlu
bersikap jujur terhadap setiap peserta kajian agar tidak berlaku sebarang ketidakadilan
mahupun penipuan sepanjang membuat pemerhatian. Sebarang ketidakjujuran akan
menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kajian yang telah dilaksanakan.

29
3.3.3 Temu Bual Berstruktur

Dengan kaedah temu bual berstruktur yang dijalankan bersama dengan peserta kajian,
pengkaji akan membuat rakaman audio sepanjang sesi temu bual ini. Segala maklum balas
yang diperoleh akan dipersembahkan dalam bentuk transkrip. Seterusnya, pengkaji akan
membuat analisis terhadap hasil data kualitatif yang dikumpul melalui temu bual yang akan
dijalankan terhadap setiap peserta kajian. Segala isi perbincangan yang dirasakan penting akan
dicatatkan oleh pengkaji dalam bentuk transkrip melalui rakaman audio. Malahan, pengkaji
akan mengajukan soalan-soalan tentang respon terhadap aktiviti “Career Explorer Drawer”
kepada peserta kajian untuk meneliti dan menganalisis segala maklum balas terhadap aktiviti ini
yang diperoleh daripada peserta kajian.

Pengkaji akan membuat analisis hasil data kualitatif melalui soalan dalam temu bual
yang mendapat maklum balas yang positif dan memberangsangkan serta soalan yang
mendapat maklum balas yang negatif dan kurang memberangsangkan. Tujuan menganalisis
hasil data kualitatif yang diperoleh daripada temu bual adalah untuk mengesan kelemahan dan
kekuatan yang ada dalam aktiviti ini, menilai respon dan pandangan murid terhadap aktiviti ini
serta menilai sejauhmana pengetahuan tentang pemilihan kerjaya yang sesuai dengan
personaliti diri yang dikuasai oleh peserta kajian setelah menyertai aktiviti ini.

30
Rujukan

Abdullah Ahmad Baharuddin. (2007). Kerjaya dalam bidang kejuruteraan. PTS Professional.

Amir Awang. (1988). Teori dan Amalan Psikoterapi. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia.

Bandura, A. (1997). Social learning theory. New Jersey: Prentice-Hall.

Borgan, R.C. & Biklen, S.K. (1998). Qualitative research for education: An introduction to theory
and methods (3rd ed.). Boston: Allyn and Bacon Chin, C. (2007). Teaching questioning in
science classroom: approaches that stimulate productive thinking. International of
Research in Science Teaching, 44(6), 815-843.

Brown, D., & Brooks, L. (1984). Career counseling as a mental health intervention. Professional
Psychology: Research and Practice, 16(6), 860.

Eddy, S. (2007). Generational career shift: Millennials and the changing nature of careers in
Canada. Managing the new workforce: International perspectives in the millennial
generation, 64-85.

Holland, J. L. (1973). Career stability and redirection in adulthood. Journal of Applied


Psychology, 62(4), 436.

Holland, J. L. (1985). The self-directed search. Psychological Assessment Resources.

Kagan (1994). Coorperative Learning. Sain Clements, CA: Kagan

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kelly, S.D. (1967). Leaders of American psychology: Career development, creative output, and
professional achievement. Journal of Personality and Social Psychology, 62(1), 5.

Kemmis, S., & McTaggart, R. (Eds.). (1988). The action research reader. Vivtoria: Deakin
University.

Mant, J., Wilson, H., & Coates, D. (2007). The effect of increasing conceptual challenge in
primary lessons on pupils’ achievement and engagement. International Journal of
Science Education, 29(14), 1707-1719.

Mok, S. S. (2012). Murid dan Alam Belajar. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

31
Montimer, E.F., & Scott, P.H. (2003). Meaning making in secondary science classroom.
Maidenhead, UK: Open University Press

Myrick, R. (1997). Developmental Guidence and Counselling. A Practical Approach, 3rd ed.
Minneapolis MN: Education Media Coeporation.

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2012). Murid dan alam belajar.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Parsons, H. M. (1981). The impact of an intervention on career decision-making self-efficacy


and career indecision. Professional School Counseling, 2(5), 384.

Reardon. & Lenz. (2017). Career course impact on college students’ career decision and
affective states. VISTAS Online.

Rona. (2010). Career decision-making profiles vs. styles: Convergent and incremental
validity. Journal of Vocational Behavior, 81(1), 2-16.

Sapora Sipon & Ruhaya Hussin. (2012). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Negeri Sembilan:
Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

Sidek Mohd Noah. (2002). Pengujian Dalam Psikologi Dan Kaunseling. UPM. Serdang.

Sidek Mohd Noah (2013). Pengujian dan Penilaian dalam Kaunseling: Teori dan Aplikasi.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd Noah. (2013). Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.

Tolbert, P.S. (1994). The impact of working at home on career outcomes of professional
employees. CAHRS Working Paper Series, 229.

Weinrach, S. G. (1979). Career counseling: Theoretical and practical perspectives. McGraw-Hill.

32

Anda mungkin juga menyukai