Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2017

Program : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


Nama Pelajar :
DENGAN KEPUJIAN (PISMP)

Semester / Tahun : Semester 1 / Tahun 2


Kod Kursus : EDUP3053
Ambilan : Jun 2016
Kumpulan : TESL, MATEMATIK, PJ, SEJARAH, MUZIK, PEMULIHAN,
Nama Kursus : Teknologi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran RBT, B&K, BC, BA, PAKK

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Projek (Media Pengajaran) 2 Ogos 2017 16 Ogos 2017

2. Penulisan Esei 23 Ogos 2017 8 September 2017

3. Pembentangan Kumpulan 4 September 2017 8 September 2017

Hasil Pembelajaran Kursus


1. Menjelaskan konsep-konsep dan peranan teknologi dan media untuk pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1)
2. Mengguna teknologi dan media pengajaran berdasarkan model rekabentuk pengajaran yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan secara pembentangan berkumpulan. (C3, A5, P6, LO3, LO4, LO5, CTPS1, CS4, TS1)
3. Menilai keberkesanan media dan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan instrumen penilaian dengan cekap. (C5, A5, P7, LO3,
CTPS5)
4. Menghasilkan media pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. (C6, A3, P5, LO2)
5. Mengintepretasi isu dan trenda terkini dalam teknologi pendidikan untuk proses pengajaran dan pembelajaran (C5, LO3, LO6, CTPS2, LL2)

Kerja kursus ini adalah bagi menilai Hasil Pembelajaran 2, 3 dan 4.


Objektif Kerja Kursus
Pelajar akan dapat menyempurnakan tugasan berikut :

1. Menghasilkan satu bahan media pengajaran


2. Menghasilkan satu penulisan esei yang membincangkan kriteria penilaian media pengajaran berdasarkan instrumen yang sesuai
3. Membentangkan hasil tugasan kumpulan

TUGASAN (70%)
Media pengajaran ialah apa-apa sahaja bentuk benda, bahan dan peralatan sama ada konkrit atau abstrak yang dapat digunakan atau dieksploitasi oleh
seseorang untuk mencapai objektif pembelajaran. Media terdiri daripada pelbagai jenis antaranya ialah radio, televisyen, rakaman audio, gambar foto, slaid, bahan-
bahan bercetak dan komputer. Pengintegrasian teknologi dan media dalam pengajaran dan pembelajaran bertujuan meningkatkan kualiti dan keberhasilan
pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1 (40%): Menghasilkan satu bahan media pengajaran


 Tugasan ini secara individu
 Penyediaan bahan perlu mengandungi:
 Tajuk/nama bahan media pengajaran
 Sinopsis
 Objektif
 Kumpulan sasaran
 Pemilihan media pengajaran yang sesuai dengan tajuk yang dipilih (rujuk DSKP)

TUGASAN 2 (20%): Menghasilkan satu penulisan esei yang membincangkan kriteria penilaian media pengajaran berdasarkan instrumen yang sesuai.
 Tugasan ini secara individu
 Panjang penulisan akademik ialah 700 patah perkataan yang mengandungi:
 Pengenalan
 Isi/penerangan secara terperinci yang membincangkan kriteria penilaian media pengajaran berdasarkan instrumen yang sesuai
 Rumusan
 Rujukan
 Lampirkan Instrumen penilaian yang digunakan sebagai dasar penilaian

 Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:


 Fon arial bersaiz 11
 Langkau 1.5 baris (line spacing)
 Rujukan mengikut APA
TUGASAN 3 (10%): Membentangkan hasil perbincangan kumpulan bagaimana menggunakan media pengajaran yang dihasilkan (soalan 1) secara berkesan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Membentangkan dalam kumpulan

 Tugasan ini secara berkumpulan (2-3 orang)


 Menggunakan perisian persembahan elektronik yang sesuai untuk pembentangan
 Laporan pembentangan mengandungi:
 Pengenalan
 Cadangan penggunaan media pengajaran tersebut secara berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
 Kesimpulan

Arahan Pelaksanaan Tugasan:


AM:
Semua tugasan hendaklah dikompilasi dan dihantar dalam bentuk hardcopy dan softcopy.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:


i. Hasil pelajar adalah asli dan bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran
ii. Bukti-bukti, bahan-bahan dan rujukan hendaklah dikemukakan dalam laporan kerja kursus yang dihasilkan
iii. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kerja pelajar
iv. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheran
v. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.
vi. Rujukan sekurang-kurangnya dari tiga sumber yang berbeza, tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan dan ditulis mengikut format APA.
vii. Plagiat tidak dibenarkan (tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terlibat)

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

____________________ ____________________ _____________________


(MASHITA BINTI SAAD) (ZAINAB BINTI AHMAD) (RIDZWAN BIN MAHMAD)
Jabatan Teknologi Pendidikan SME Jabatan Teknologi Pendidikan Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan
IPGK PERLIS IPGK PERLIS IPGK PERLIS

Anda mungkin juga menyukai