Anda di halaman 1dari 26

Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bolasepak telah wujud di negeri China sejak

abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainanbola sepak telah diperkenalkan pada zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysiajuga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatianberbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuanbola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untukmemperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkatkebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadisalah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberisaingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapatmembantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan,kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola sepak. 5.1 SEJARAH PERMAINAN

Rajah 5.1: Pemain sedang bermain bola baling Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkansebelumkurun ke-6 lagi. Ianya mula dikenali sebagai urania pada Zaman KerajaanGreek, harpaston pada Zaman Kerajaan Rom dan fangballspiel pada ZamanPertengahan di Jerman. Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yangmirip dengan permainan bola baling yang dipanggil haandbold berasal dariDenmark, hazena berasal dari negara Bohemia dan Slovakia dan torballberasal dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap pencetuskepada permainan bola baling masa kini.

Haandbold Permainan ini mula dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu seorang ketua

pengawassekolah yang cuba mencari dan mencipta sukan yang seakan sama denganpermainan bola sepak. Idea ini timbul setelah permainan bola sepak telah banyakmenyebabkan kerosakan pada tingkap-tingkap di sekolahnya. Sebagai

langkahmengurangkan kerosakan tingkap di sekolahnya dan juga untuk kawalan bolayang lebih baik dia telah memperkenalkan permainan bola denganmenggunakan tangan kepada rakan-rakannya dan akhirnya berjayadikembangkan sebagai sukan baru sehinggalah ke seluruh negara Denmark

Hazena Permainan ini mula diperkenalkan oleh Vraclac Karas dan Antonin Kristof. Iabuat pertama kalinya telahdimainkan di Prague, Republik Czech dengan saizgelanggangnya (48m x 32m), bentuk kawasan gol (6m lengkung), saiz gol (2m x2.4m) dan masa permainan (2 x 25 minit) yang hampir sama dengan bola balingmoden. Mereka juga membahagikan kawasan gelanggang kepada tiga kawasanyang terdiri daripada kawasan penjaga gol, pertahanan dan penyerang yanghanya boleh bermain terhad di kawasan mereka. Torball Hermann Bachmann merupakan orang pertama yang telah memperkenalkanyadi Jerman. Saiz kawasan gelanggang ialah 40m x 20m dan kawasan lengkungandi kawasan gol diukur 4m. Hanya dalam tempohmasa yang singkat, permainanini telah menjadi popular di seluruh Eropah. Namun, disebabkan oleh setiapnegara mempunyai peraturan permainan yang berbeza, penganjurannya diperingkat antarabangsa menjadi agak sukar. Justeru itu, penyelarasan peraturanpertandingan telah dilakukan oleh Karl Schelenz pada 1917 di Berlin. Bola Baling Padang Merupakan permainan dan juga nama baru bagi permainan yangdimainkan dikawasan padang bola sepak dengan kekuatan 11 pemain setiap pasukan. Saizgol, kawasan gol dan beberapa peraturan telah ditukar dan digubal sedikit demisedikit sehinggalah permainan ini telah dipertandingkan di peringkatantarabangsa. Walau bagaimanapun,

kepesatan perkembangan dalam sukanbola baling ini memerlukan satu organisasi di mana organisasi ini dapatmempromosikan sukan bola baling, menganjurkan kejohanan di peringkatdunia, dan menyediakan program bagi membolehkan sukan ini

dipertandingkandi sukan

Olimpik. Justeru

itu, International Amateur Handball

Federation(IAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1928 di Amsterdam dan dalam tempohmasa yang singkat pada tahun 1936, sukan bola baling telah dipertandingkan disukan Olimpik di Berlin. Pada waktu itu juga, Austria dan Jerman merupakankuasa besar bagi sukan ini. International Handball Federation (IHF) merupakansatu organisasi baru yang telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark padatahun 1946 di mana satu arah baru dalam evolusi sukan bola baling telah wujud.Disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan menghadkan permainan ini,saiz kawasan permainan dan perubahan peraturan telah dilakukan bagimembolehkan sukan ini dimainkan di dalam dewan

Rajah 5.2: Logo International Handball Federation (IHF) Bola Baling Dewan Sukan bola baling telah dimainkan di padang terbuka dan juga di dalam dewan,bahkan kejohanan dunia bola baling juga dianjurkan untuk kedua-duanya.Namun, bola baling dewan lebih popular berbanding bola baling padang keranaia dapat dimainkan dengan pantas dan pertandingan boleh dilangsungkan tanpagangguan cuaca. Pelbagai pergerakan serta kemahiran dapat dilakukan denganlebih berkesan. Sejak tahun 1966 lagi, IHF hanya menganjurkan kejohanantertutup dan di dalam dewan sahaja dan ini menyebabkan perkembangan bolabaling di dalam dewan menjadi semakin berkembang dan maju. Satu lagiperkembangan dalam bola baling di mana disebabkan oleh popularitinya, bolabaling lelaki telah diperkenalkan di sukan Olimpik Munich pada tahun 1972.Pada tahun 1976 pula, acara bola baling wanita telah diperkenalkan di

sukanOlimpik Montreal dan menjadi salah satu sukan berpasukan yang palingpopular di sukan Olimpik

Rajah 5.3: Bola baling yang dimainkan di dalam dewan 5.1.1Perkembangan di Malaysia Seperti juga dengan permainan-permainan lain, sukan bola baling mempunyaisejarah asal usulnya di Malaysia. Tahukah anda bilakah sukan ini bermula dinegara kita? Sukan bola baling bermula di Malaysia pada tahun 1976. Sukan inimula diperkenalkan oleh Encik Lim Hock Han, iaitu Pengarah Unit SukanUniversiti Malaya, setelah sekembalinya beliau dari Sukan Olimpik pada tahun1976. Beliau juga telah membawa balik rakaman permainan bola baling dariTemasya Sukan Olimpik itu. Beliautelah memberi kursus asas permainan inikepada sekumpulan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di negeri Selangordan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun itu. Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama diadakan untuk 60orang guru seluruh Malaysia di Selangor. Pada tahun yang sama juga, sempenameraikan Hari Anugerah Olahragawan dan Olahragawati kebangsaan padatahun 1978, permainan bola baling telah diadakan di Stadium Negara sebagaiacara pertunjukan pada waktu itu. Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan BolaBaling Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur padaSeptember 1979 di Morib, Selangor. Pada 7 Disember 1985, buat julung kalinyatelah berlangsung Kejohanan Bola Baling peringkat kebangsaan di padang SMKSri Aman, Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1987 pula, permainan ini telahmenjadi acara sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Kejohananyang pertama telah diadakan di

Kelang, Selangor bagi kategori umur bawah 12tahun dan 15 tahun lelaki dan perempuan. Terdapat beberapa kejohanan sepertiMSSN (peringkat negeri), MSSM (peringkat kebangsaan), KAGUM (peringkatMaktab Perguruan), MASUM (peringkat universiti) dan yang terbaru SIKMA(Sukan Antara Institusi Kementerian Pelajaran Malaysia) yang telah menjadikanpemainan bola baling sebagai acara rasmi dalam kejohanan-kejohanan tersebut. Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 danEn. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai Presiden MAHF yang pertama manakalaEn. Kan Tong Leong sebagai Setiausaha Kehormatnya. Pada tahun 1986,PresidenMAHF telah menjadi salah seorang ahli gabungan bersama AsiaHandball Federation (AHF). Pada tahun 1990 pula, beliau menjadi ahli gabunganPersekutuan Bola Baling Komanwel (CHF) dan pada tahun 1994 beliau menjadiahli gabunganInternational Handball Federation (IHF). MAHF telah menyertaiPersekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF) padaMei 2004. PersekutuanBola Baling Malaysia telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia dibawah Akta Sukan Kebangsaan 1997, pada27 Mei 2000.

Presiden MAHF yang memegang jawatan ini sejak tahun 2000 sehingga kiniialah Y. Bhg. Dato Haji Suhaimi bin Haji Yacob. Beliau juga memegang beberapajawatandi peringkat antarabangsa seperti: (a)Naib Presiden Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF) (b)Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Promosi Bola Baling Persekutuan Bola Baling Asia (AHF) (c)Timbalan Presiden Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF) (d)Ahli Majlis Persekutuan Bola Baling Asia (AHF) Pihak AHF telah meletakkan kepercayaan kepada Malaysia untuk menganjurkansatu kejohanan di peringkat antarabangsa, iaitu1st Martyr Sheikh Fahad Al-Ahmad Al-Sabah Cup Championship untuk negara-negarayang baru dalampembangunan bola baling.

Rajah 5.4: Logo Persatuan Bola Baling Malaysia(MAHF) 5.1.2Struktur Organisasi Persatuan Rajah berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola Baling Malaysia.

5.2 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG 5.2.1 Peraturan Gelanggang Permainan Sebelum kita meneroka dengan lebih lanjut lagi marilah kita kenal pasti saizgelanggang permainan bola baling ini. Gelanggang permainan berukuran 40mpanjang dan 20m

panjang lebar termasuk dua kawasan gol (rujuk Rajah 5.6).Garisan sempadan yang panjangdipanggil garisan tepi dan garisan yang lebihpendek dipanggil garisan gol (antara tiang gol). Di sekeliling gelanggang jugaterdapat zon keselamatan dengan ukuran lm di sepanjang garisan tepi dan 2m dbelakang garisan gol. Tiang gol (rujuk Rajah 5.7) diletakkan di tengah-tengahantara garisan gol. Ukuran untuk tiang gol adalah 2m panjang dan 3m lebar.Tiang gol juga mesti dilengkapi dengan jaring kerana sekiranya bola yangdilontar mencecah jaring, bola itu dianggap telah dijaringkan dan mata akandiperolehi. Di hadapan setiap tiang gol terdapat kawasan gol. Kawasan golberukuran 6m dari kawasan garisan gol. Garisan balingan percuma (garisan 9meter) ialah garisan putus-putus yang berada 3m di luar kawasan garisan gol.Garisan 7 meter ialah garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat sepanjang1m. Ia terletak di hadapan tiang gol dan juga dikenali sebagai garisan penalti.Garisan penggantian pemain (Rajah 5.6) untuk setiap pasukan terletak di antaragarisan tengah dengan ukuran jarak sepanjang 4.5m dari kawasan garisan tepi.

Rajah 5.6: Ukuran Gelanggang Permainan

Rajah 5.7: Ukuran Tiang GoL Masa Permainan, Isyarat Akhir dan Masa Rehat (a)Masa Permainan Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur16 tahun ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehatpulaialah selama 10 minit. Masa permainan bagi peringkat remaja bagiumur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit pada setiap separuh masamanakalabagi peringkat umur 8 hingga 12 tahunialah 20 minit untuksetiap separuh masa. Masa rehat untuk kedua-dua kategori ini jugaadalah selama 10 minit. Jikalausesuatu perlawanan berakhir dengan seri,perlawanan masa tambahan akan diadakan selepas rehat selama 5 minit.Perlawanan masa tambahan adalah terdiri daripada dua separuh masadalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat diantaranya berserta dengan pertukaran tempat gol. Peraturanpertandingan yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola akandipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri sekali lagi. Sekiranya berlakuseperti kes di atas, kebiasaannya balingan 7 meter atau balingan penaltisebanyak 5 kali untuk setiap pasukan akan dilakukan untuk menentukanpemenang. (b)syarat Akhir Masa perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel untuk balinganpermulaan. Masa perlawanan tamat juga ditentukan dengan isyaratautomatik melalui jam awam atau melalui isyarat penjaga masa. Penjagamasa boleh menggunakan jam meja atau jam

randik. Jika terdapat jamawam, maka ia harus disetkan terlebih dahulu supaya bermula dari 0-30minit. Jika tiada isyarat melalui jam awam atau melalui penjaga masa,pengadil sendiri akan memberhentikan perlawanan melalui tiupan wisel.Pengadil yang akan menentukan masa perlawanan akan dihentikan buatsementara, contohnya apabila salah satu pasukan memintatime-outdanbilakah masanya permainan dimulakan semula, berserta isyarat yangditunjukkan kepada penjaga masa. Jika tiupan wisel tamat dibunyikanpada waktu balingan biasa atau balingan 7 meter dilakukan dan bolayang dibalingkan masih di udara, maka balingan semula perlu dilakukan.Pemain yang membuat kesalahan peraturan pada waktu balinganpercuma atau balingan 7 meter sedang berlangsung juga akan didenda.Jika pengadil mendapati bahawa penjaga masa telah memberi isyarattamat terlalu awal, maka beliau akan meneruskan perlawanan tersebutberdasarkan baki jangka masa yang tertinggal dengan masa mula semasawisel ditiupkan. Jika perlawanan separuh masa pertama terlalu lama,maka perlawanan separuh masa kedua akan disingkatkan mengikutperbezaan masa yang wujud. (c) Memberhentikan perlawanan( time out) Pemberhentian masa sementara (time-out) adalahdibenarkan sekiranya berlaku situasi seperti: -seorang pemain yang dikenakan penalty 2 minit keluar padang -diminta oleh pasukan yang bermain -melalui isyarat wisel dari penjaga masa atau teknikal pertandingan

Kesalahan melanggar peraturanyang berlaku ketika masa diberhentikansementara (time-out) adalah sama seperti ketika perlawanan berlangsungdan pengadil akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Secara amnya,pengadil akan memutuskan bila tiba masanya akan dihentikan dandimulakan semula berhubung dengantime-out. Pengadil juga akanmemberikan isyaratkepada penjaga masa diikuti dengan tiga kali tiupanwisel dan isyarat T. Setiap pasukan dibenarkan menerima atau membuatsatu panggilantime-out selama satu minit untuk setiap separuh masa,tetapi ini tidak dibenarkan ketika masa tambahan.

Rajah 5.8: Isyarat daripada pengadil

Rajah 5.9: Isyarat time-out kepada penjaga masa

BOLA PERLAWANAN Bola yang digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan

mestilahberbentuk bulat. Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat daripada bahanyang boleh memberi kesan silau atau berpermukaan licin. Bagi

perlawananpemain lelaki ukuran lilit bola yang digunakan mestilah 58sm-60sm dan berat diantara 425g-475g (IHF berukuran 3), manakala bagi pemain wanita pula, ukurlilit bola ialah 54sm-56sm dan beratnya di antara 325g-400g. Bola mini hanyadigunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat sekolah rendah dan bolayang sama saiznya digunakan untuk pemain lelaki dan perempuan. Pada setiapperlawanan, diwajibkan terdapat dua biji bola yang mempunyai spesifikasi yangditetapkan dalam meja peraturan. penjaga Bola masa simpanan semasa juga mesti diletakkan akan

berdekatandengan

perlawanan.

Pengadil

memutuskan bilabola simpanan boleh digunakan. Apabila bermulanya sesuatu perlawanan, bolayang digunakan tidak boleh ditukar dengan bola yang baru kecuali perlu

ajah 5.10: Bola perlawanan untuk perlawanan bola baling Pasukan, Pertukaran Pemain dan Peralatan (a) Pasukan etiap pasukan terdiri daripada 14 pemain di mana 7 daripadanya adalahpemain utama dan selebihnya adalah pemain simpanan. Setiap pasukanseharusnya mempunyai seorang penjaga gol pada setiap masa. Setiappasukan perlu mempunyai 5 pemain di dalam gelanggang untukmemulakan sesuatu perlawanan dan sesuatu perlawanan yang sedangberlangsung boleh diteruskan sekiranya hanya tinggal lima orang pemainsahaja. Hanya 4 pegawai sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan semasaperlawanan berlangsung dan pegawai pasukan ini tidak boleh ditukarsemasa perlawanan sedang berlangsung. Hanya salah seorang daripadanyasahaja yang akan diberi tanggungjawab terhadap pasukan dan beliauseorang sahaja yang boleh berurusan dengan penjaga masa atau penjagaskor dan juga pengadil. Pegawai pasukan juga tidak dibenarkan memasukigelanggang semasa perlawanan berlangsung dan sekiranya perkara inierlaku, pengadil akan terus memberi balingan percuma kepada pihaklawan. Hanya pemain berdaftar sahaja dibenarkan bermain. Jika terdapatpegawai dan pemain sesuatu pasukan tiba lewat di gelanggang, makamereka harus mendapat kebenaran daripada penjaga masa atau penjagaskor untuk bermain. (b) P P ertukaran Pemain

ertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seberapa kerapyang boleh tanpa perlu memberitahu penjaga skor atau penjaga masa tetapisalah seorang daripada pemain pasukannya mestilah telah keluar darigarisan pertukaran terlebih dahulu. Peraturan ini juga digunakan untukpertukaran penjaga gol. Pertukaran juga dilakukan ketika masa dihentikansementara (time-out). Penggantian secara tidak formal akan didenda danpemain yang bersalah akan digantung daripada permainan selama duaminit dan salah seorang pemain pasukannya akan dikeluarkan. Satubalingan percuma kepada pihak lawan juga akan diberikan sekiranyaberlaku kesalahan tersebut. Sekiranya pemain yang dikenakanpenggantungan selama dua minit ini memasuki gelanggang sebelumwaktunya, dia akan diberikan tambahan dua minit penggantungan sebagaidenda.

Rajah 5.11: Cara pertukaran pemain (c) P P eralatan etiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersipasukan masingmasing. Rekaan dan warna jersi mestilah jelas dan berbezadi antara setiap pasukan. Setiap penjaga gol setiap pasukan harus memakaiwarna jersi yang sama dengan pasukannya dan berbeza dengan warna jersipenjaga gol lawan. Pemain mesti memakai nombor jersi yang berukuran20sm tinggi di belakang baju dan 10sm tinggi di bahagian hadapan baju.Nombor yang dipakaimestilah di antara 1 hingga 20 dan warnanya pulamestilahberlawanan dengan warna jersi supaya ia dapat dilihat denganlebih jelas. Setiap pemain mestilah memakai kasut sukan. Pemain juga

tidak dibenarkan memakai atau membawa objek atau barang-barang yangmerbahaya kerana ia boleh membahayakan pihak lawan. Antara barangyang tidak dibenarkan di dalam permainan ialah pelindung kepala, topengmuka, jam, cincin, rantai, gelang, subang, cermin mata dan sebagainya.Pemain yang tercedera atau berdarah di anggota badannya ataupakaiannya mesti meninggalkan gelanggang dengan serta-merta. Pemaintersebut tidak akan dibenarkan kembali ke gelanggang untuk meneruskanpemainan selagi darah belum berhenti dan pakaian yang berdarah belumdicuci.

Rajah 5.12: Contoh jersidan kasut sukan yang sesuai untuk permainan bola baling PENJAGA GOL Seorang penjaga gol dibenarkan: (a)menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan semasa menjaga gol di dalam kawasan gol. (b)bergerak bersama bola di dalam kawasan gol, dan sekiranya dia bermain diluar kawasan gol, maka dia haruslah mematuhi peraturan permainansebagai seorang pemain. Penjaga gol tidak dibenarkan: (a)melakukan kekasaran kepada pihak lawan semasa bertahan. (b)menyentuh bola di luar kawasan gol selepas dia membuat balingan kecuali bola balingan tersebut telah menyentuh seorang pemain. (c)menyentuh bola yang berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek di luar kawasan gol. (d)mengambil bola ke kawasan gol apabila bola itu berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek di atas gelanggang di luar kawasan gol.

(e)menyentuh bola dengan kaki apabila bola sedang bergerak keluar dari kawasan gol

Rajah 5.13: Pergerakan penjaga gol yang dibenarkan KAWASAN GOL Hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan gol. Kawasan goltermasuk garisan kawasan gol dan sekiranya pemain menyentuhnya

ataumemasukinya, denda akan dikenakan terhadap pemain tersebut. Balinganpercuma akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya seorang pemain dalamgelanggang memasuki kawasan gol. Contoh situasi yang sering berlaku ialah: (a)pemain tersebut memasuki kawasan tersebut bersama bola (b)pemain tersebut memasuki kawasan gol tanpa bola di bawah keadaan yang memanfaatkan pemain tersebut. Satu balingan 7 meter atau penalti akan diberikan apabila pemain hadangan(defence) yang memasuki kawasan gol untuk bermain semasa jaringan golhendak dilakukan oleh pihak lawan.

Rajah 5.14 Kawasan gol

SYARAT-SYARAT PERMAINAN Pemain dibenarkan: (a)membaling, menangkap, menolak, memberhentikan atau memukul bola dengan menggunakan seluruh tangan, menggunakan kepala, lengan dan juga paha (b)memegang bola tidak melebihi tiga saat (c)membawa bola dan berjalan tidak lebih daripada tiga langkah (d)apabila berdiri atau berlari:melantun bola sekali dan menangkapnya dengan satu atau dua tangan melantun bola berulang kali dengan satu tangan (menggelecek) dan Kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan menggolek bola di atas lantai dengan menggunakan satu tangan dankemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan (e)menggerakkan bola dari satu tangan ke tangan yang lain (f)bermain bola semasa duduk atau meniarap di atas lantai, contohnya ketika hendak melakukan hantaran Pemain tidak dibenarkan: (a)menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki (b)menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di atas lantai (c)meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam Gelanggang

Rajah 5.18: Bermain bola baling dengan menggunakan sebahagian besar daripada anggota badan yang dibenarkan

Rajah 5.19 Memegang bola tidak melebihi tiga saat atau berjalan sambil memegang bola tdak melebihi tiga langkah juga dibenarkan.

Rajah 5.20 Dibenarkan menerima bola sambil berjalan tiga langkah atau memegang bola tidak melebihi tiga saat.

Rajah 5.21 TIdak menjadi kesalahan untuk menggelecek bola dengan menggunakan satu tangan tertentu sahaja.

Rajah 5.22 Tidak dibernarkan menendang bola dengan kaki.

Rajah 5.23: Tidak dibenarkan untuk menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergerak atau berada dalam keadaan pegun KESALAHAN PERMAINAN Perhatikan pula kesalahan-kesalahan yang sering berlaku. Pemain dibenarkan: (a)menggunakan lengan atau tangan untuk menahan bola dan mendapat penguasaan bola itu (b)menggunakan tangan yang terbuka untuk menampar atau menepis bola menjauhi pihak lawan. (c)menggunakan badan untuk menghalang lawan walaupun ketika itu pihak lawan tidak menguasai bola. Pemain tidak dibenarkan: (a)menarik atau menumbuk bola keluar daripada tangan pihak lawan (b)menghalang secara kasar menggunakan lengan, tangan dan kaki (c)menarik bajuatau menolak lawan secara kasar (d)membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan mencederakannya Semua kesalahan di atas akan dikenakan hukuman oleh pengadil mengikut

situasi yang berlaku

Rajah 5.24 Ia menjadi satu kesalahan untuk membaling bola kea rah pihak lawan dengan tujuan untuk mencederakan.

Rajah 5.25 Berlaari merempuh pihak lawan juga tidak dibenarkan

. Rajah 5.26 Menghadang pihak lawan dengan badan adalah tidak menjadi kesalahan.

JARINGAN GOL Bagaimana pula jaringan gol dikira? Apabila bola memasuki garisan gol secaralengkap dan penjaringnya tidak melakukan sebarang kesalahan semasamelakukan balingan tersebut, maka ia dikira sebagai jaringan yang sah. Jikalaubenteng pertahanan melakukan kesalahan semasa penjaring menjaringkan gol,jaringan itu turut dikira

sebagai jaringan yang sah. Namun, jaringan akan dikirasebagai tidak sah sekiranya penjaga masa membunyikan isyarat sebelum bola itu memasuki garisan gol dan jaringan dikira sah sekiranya pemain lawan secaratidak sengaja terjaring ke dalam gol sendiri. Suatu jaringan yang telah diberikanatau diputuskan oleh pengadil adalah muktamad. Pengisytiharan pemenangbergantung kepada jumlah gol yang berjaya dilakukan

Rajah 5.27 Kedudukan bola semasa memasuki gol. BALINGAN MULA (THROW-OFF) Pasukan yang menang undian akan memulakan balingan mula sekiranya diamemilih untuk memulakan permainan. Jika pasukan yang menang undian inginmemilih kawasan gol permainan, maka pihak lawannya akan memulakanpermainan tersebut. Untuk permulaan separuh masa kedua, balingan mula akandilakukan oleh pasukan yang berlawanan tadi. Contohnya jikalau pasukan Atelah melakukan baling mula pada separuh masa pertama maka separuh masakedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan B pula. Setiap balingan mulaselepas gol dijaringkan akan diadakan di tengah gelanggang sebelum habis masatiga saat daripada bermulanya tiupan wisel pengadil. Sebelum sesuatu balinganmula dimulakan, semua pemain mesti berada di dalam kawasan permainansebelum sesuatu balingan mula dan pihak lawan harus berada sekurang-kurangnya tiga meter dari pembaling untuk memulakan permainan. BALINGAN MASUK (THROW-IN) Apabila bola secara keseluruhannya melepasi garisan tepi maka ia akan dikirasebagai bola keluar. Apabila bola keluar dari kawasan permainan, pemain bolehmengambil suatu balingan masuk tanpa menunggu tiupan wisel pengadil.Apabila bola menyentuh

bumbung gelanggang, balingan masuk juga akandiberikan. Suatu balingan masuk mesti diadakan di tempat di mana bola itukeluar, tetapi jika bola keluar di belakang garisan gol, balingan masuk akandilakukan di titik persilangan garisan belakang gol dengan garisan sisi tepigelanggang permainan. Untuk membuat balingan masuk pembaling haruslahberdiri dengan kaki menyentuh garisan tepi dan semasa balingan masuk dibuat,pihak lawan mesti berada 3 meter jauh dari pembaling itu.

Rajah 5.28: Balingan ke dalam dilakukan dengan sebelahkaki mesti memijak garisan tepi. BALINGAN PENJAGA GOL Penjaga gol akan diberikan kebebasan membuat balingan apabila: (a)kawasan gol dimasuki pemain lawan (b)bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal atau bola tersebut bergolek masuk ke kawasan gol. (c)pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas lantai dan bola itu berada di dalam kawasan gol Ini bermaksud bahawa permainan ini tidak boleh diteruskan sehingga penjagagol melakukan balingan gol. Penjaga gol juga tidak boleh menyentuh semulabola yang telah dibaling kecuali bolaitu telah menyentuh pemain lain. BALINGAN PERCUMA Penyerang mestilah berada sejauh 9 meter dari tiang gol semasa balinganpercuma diberikan. Pasukan lawan pula mestilah berada sejauh 3 meter daripenyerang. Secara amnya, pengadil akan memberhentikan permainan danmemberikan pihak lawan satu balingan percuma sekiranya pasukan tersebutmelanggar peraturan yang telah ditetapkan. Balingan percuma akan diambil ditempat di mana kesalahan atau kekasaran itu terjadi. Apabila balingan percumadiberikan kepada pihak lawan, pasukan

yang sedang memegang bola mestimeletakkan bola tersebut di atas lantai, di tempat di mana kesalahan itu berlaku.Balingan percuma juga biasanya diambil tanpa mendapat isyarat wisel daripadapengadil dan balingan yang dibuat adalah sah.

Rajah 5.29: Semua pemain penyerang mesti berada di luar garisan 9 meter dan pengadang mesti berada sejauh 3 meter dari pembaling BALINGAN TUJUH METER Balingan 7 meter diberi apabila: (a)sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol dihalang dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkanbola. (b)seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di kawasan gol. Pihak pengadil akan memberikantime-out sekiranya penjaga gol mahumelakukan balingan 7 meter kerana ianya dikira melewatkan permainan. Selepassahaja wisel dibunyikan oleh pengadil, balingan 7 meter hendaklah dibuat kearah gol dalam masa 3 saat. Pemain yang hendak membuat balingan 7 meterhendaklah berdiri di belakang garisan 7 meter. Pemain tidak dibenarkanmenyentuh ataupun melepasi garisan 7 meter apabila isyarat wisel dibunyikanoleh pengadil sehinggalah bola itu dilepaskan. Pemain pihak lawan jugamestilah berada 3 meter jauh dari pembaling sehinggalah bola itu dibaling.Balingan semula akan dilakukan sekiranya pihak lawan melakukan

kesalahansemasa balingan tersebut dilakukan.

Rajah 5. 30: Balingan 7 meter juga dikenali sebagai balingan penalti(sumber??) BALINGAN PENGADIL Pengadil akan melakukan balingan semula sebelum memulakan perlawanan jika: (a)kedua-dua pasukan yang bertanding melakukan kesalahan serentak (b)apabila bola meyentuh siling atau balingan terkena bumbung gelanggang perlawanan (c)tiada permain yang memegang bola atau tiada sebarang kesalahan yang dilakukan Balingan pengadil biasanya dibuat di tengah-tengah setiap gelanggang satu pasukan selepas yang

wiseldibunyikan.

Seorang

pemain

daripada

berlawandibenarkan mengambil bahagian, manakala pemain-pemain lain mesti beradasejauh 3 meter dari balingan tersebut. Bola hanya boleh dicapai atau dimainkansetelah mencapai puncak ketinggian balingan.

Rajah 5.31: Contoh balingan pengadil untuk memulakan permainan

DENDA / HUKUMAN PERMAINAN (a)Amaran / Kad Kuning

kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan

perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan (b)Hukuman / Gantung Dua Minit

tidak meletakkan bola ke lantaiselepas sesuatu kesalahan

penggantian pemain yang tidak sah

perlanggaran peraturan permainan

kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan (c)Pembatalan / Pemberhentian Pemain

melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan

telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga

tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan merbahaya

mengugut pemain di luar gelanggang pemain

kekasaran hingga mencederakan pihak lawan

kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh

dibatalkan penyertaan

Rajah 5.32: Pemain dikenakan pergantungan dua minit oleh pengadi

Rajah 5.33 Permain dilayangkan kad amaran oleh pengadil

. Rajah 5.34 Penyingkiran daripada perlaawanan(dalam kes keganasan) ISYARAT TANGAN PENGADIL

Rajah 5.35 Menyentuh atau memasuki kawasan gol dan salah tangkap, salah lantun atau salah kawal bola

. Rajah 5.36 Berjalan lebih 3 langkah atau memegang bola dan membuang masa lehih 3 saat.

Rajah 5.38 : Memukul pemain dan menangkap pemain

Rajah 5.39 Slah laku penyerang menolak dan jaringan gol merempuh ke arah lawan

Rajah 5.40 Balingan masuk dan balingan gol.

Rajah 5.41 : Balingan percuma kepada pihak lawan, balingan pergad dan jarakkan diri sejauh tiga meter.

Anda mungkin juga menyukai