Anda di halaman 1dari 14

pengenalan

Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola sepak telah
wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan bola sepak telah
diperkenalkan pada zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia juga, permainan bola sepak
cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat
dilihat dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur
pelbagai strategi untuk memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa
di peringkat kebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap
menjadi salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi
saingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat membantu
anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan, kemahiran asas dan
strategi dalam permainan bola sepak

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING


71

SEJARAH PERMAINAN
Rajah 5.1: Pemain sedang bermain bola baling
Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelum kurun ke-6 lagi.
Ianya mula dikenali sebagai ÂuraniaÊ pada Zaman Kerajaan Greek, ÂharpastonÊ pada
Zaman Kerajaan Rom dan ÂfangballspielÊ pada Zaman Pertengahan di Jerman. Pada
kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang mirip dengan permainan bola baling yang
dipanggil ÂhaandboldÊ berasal dari Denmark, ÂhazenaÊ berasal dari negara Bohemia dan
Slovakia dan ÂtorballÊ berasal dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap
pencetus kepada permainan bola baling masa kini.
Haandbold
Permainan ini mula dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu seorang ketua pengawas sekolah
yang cuba mencari dan mencipta sukan yang seakan sama dengan permainan bola sepak.
Idea ini timbul setelah permainan bola sepak telah banyak menyebabkan kerosakan pada
tingkap-tingkap di sekolahnya. Sebagai langkah mengurangkan kerosakan tingkap di
sekolahnya dan juga untuk kawalan bola yang lebih baik dia telah memperkenalkan
permainan bola dengan menggunakan tangan kepada rakan-rakannya dan akhirnya berjaya
dikembangkan sebagai sukan baru sehinggalah ke seluruh negara Denmark.
5.1
AKTIVITI 5.1
Sebelum kita meneruskan topik ini, cuba nyatakan apa yang anda tahu tentang sejarah
permainan bola sepak dan perkembangannya di Malaysia. Bandingkan jawapan awal anda
dengan apa yang akan dibincangkan seterusnya di bawah.

Hazena
Permainan ini mula diperkenalkan oleh Vraclac Karas dan Antonin Kristof. Ia buat pertama
kalinya telah dimainkan di Prague, Republik Czech dengan saiz gelanggangnya (48m x
32m), bentuk kawasan gol (6m lengkung), saiz gol (2m x 2.4m) dan masa permainan (2 x 25
minit) yang hampir sama dengan bola baling moden. Mereka juga membahagikan kawasan
gelanggang kepada tiga kawasan yang terdiri daripada kawasan penjaga gol, pertahanan
dan penyerang yang hanya boleh bermain terhad di kawasan mereka.

Torball
Hermann Bachmann merupakan orang pertama yang telah memperkenalkanya di Jerman.
Saiz kawasan gelanggang ialah 40m x 20m dan kawasan lengkungan di kawasan gol diukur
4m. Hanya dalam tempoh masa yang singkat, permainan ini telah menjadi popular di seluruh
Eropah. Namun, disebabkan oleh setiap negara mempunyai peraturan permainan yang
berbeza, penganjurannya di peringkat antarabangsa menjadi agak sukar. Justeru itu,
penyelarasan peraturan pertandingan telah dilakukan oleh Karl Schelenz pada 1917 di
Berlin.

Bola Baling Padang


Merupakan permainan dan juga nama baru bagi permainan yang dimainkan di kawasan
padang bola sepak dengan kekuatan 11 pemain setiap pasukan. Saiz gol, kawasan gol dan
beberapa peraturan telah ditukar dan digubal sedikit demi sedikit sehinggalah permainan ini
telah dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, kepesatan
perkembangan dalam sukan bola baling ini memerlukan satu organisasi di mana organisasi
ini dapat mempromosikan sukan bola baling, menganjurkan kejohanan di peringkat dunia,
dan menyediakan program bagi membolehkan sukan ini dipertandingkan di sukan Olimpik.
Justeru itu, International Amateur Handball Federation (IAHF) telah ditubuhkan pada tahun
1928 di Amsterdam dan dalam tempoh masa yang singkat pada tahun 1936, sukan bola
baling telah dipertandingkan di sukan Olimpik di Berlin. Pada waktu itu juga, Austria dan
Jerman merupakan kuasa besar bagi sukan ini. International Handball Federation (IHF)
merupakan satu organisasi baru yang telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark pada
tahun 1946 di mana satu arah baru dalam evolusi sukan bola baling telah wujud.
Disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan menghadkan permainan ini, saiz
kawasan permainan dan perubahan peraturan telah dilakukan bagi membolehkan sukan ini
dimainkan di dalam dewan
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING
73
Rajah 5.2: Logo International Handball Federation (IHF)
Bola Baling Dewan
Sukan bola baling telah dimainkan di padang terbuka dan juga di dalam dewan, bahkan
kejohanan dunia bola baling juga dianjurkan untuk kedua-duanya. Namun, bola baling
dewan lebih popular berbanding bola baling padang kerana ia dapat dimainkan dengan
pantas dan pertandingan boleh dilangsungkan tanpa gangguan cuaca. Pelbagai pergerakan
serta kemahiran dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sejak tahun 1966 lagi, IHF hanya
menganjurkan kejohanan tertutup dan di dalam dewan sahaja dan ini menyebabkan
perkembangan bola baling di dalam dewan menjadi semakin berkembang dan maju. Satu
lagi perkembangan dalam bola baling di mana disebabkan oleh popularitinya, bola baling
lelaki telah diperkenalkan di sukan Olimpik Munich pada tahun 1972. Pada tahun 1976 pula,
acara bola baling wanita telah diperkenalkan di sukan Olimpik Montreal dan menjadi salah
satu sukan berpasukan yang paling popular di sukan Olimpik.
Rajah 5.3: Bola baling yang dimainkan di dalam dewan
SEMAK KENDIRI 5.1
(a) Nyatakan ciri-ciri permainan Haandbold, Hazena dan Torball.
(b) Di negara manakah permainan bola baling moden mula
diperkenalkan?

Perkembangan di Malaysia
Seperti juga dengan permainan-permainan lain, sukan bola baling mempunyai sejarah asal
usulnya di Malaysia. Tahukah anda bilakah sukan ini bermula di negara kita? Sukan bola
baling bermula di Malaysia pada tahun 1976. Sukan ini mula diperkenalkan oleh Encik Lim
Hock Han, iaitu Pengarah Unit Sukan Universiti Malaya, setelah sekembalinya beliau dari
Sukan Olimpik pada tahun 1976. Beliau juga telah membawa balik rakaman permainan bola
baling dari Temasya Sukan Olimpik itu. Beliau telah memberi kursus asas permainan ini
kepada sekumpulan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di negeri Selangor dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun itu.
Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama diadakan untuk 60 orang guru
seluruh Malaysia di Selangor. Pada tahun yang sama juga, sempena meraikan Hari
Anugerah Olahragawan dan Olahragawati kebangsaan pada tahun 1978, permainan bola
baling telah diadakan di Stadium Negara sebagai acara pertunjukan pada waktu itu.
Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan Bola Baling Negeri
Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada September 1979 di Morib, Selangor.
Pada 7 Disember 1985, buat julung kalinya telah berlangsung Kejohanan Bola Baling
peringkat kebangsaan di padang SMK Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1987
pula, permainan ini telah menjadi acara sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia. Kejohanan yang pertama telah diadakan di Kelang, Selangor bagi kategori umur
bawah 12 tahun dan 15 tahun lelaki dan perempuan. Terdapat beberapa kejohanan seperti
MSSN (peringkat negeri), MSSM (peringkat kebangsaan), KAGUM (peringkat Maktab
Perguruan), MASUM (peringkat universiti) dan yang terbaru SIKMA (Sukan Antara Institusi
Kementerian Pelajaran Malaysia) yang telah menjadikan pemainan bola baling sebagai
acara rasmi dalam kejohanan-kejohanan tersebut.
Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan En. Cheah
Hai Su telah dilantik sebagai Presiden MAHF yang pertama manakala En. Kan Tong Leong
sebagai Setiausaha Kehormatnya. Pada tahun 1986, Presiden MAHF telah menjadi salah
seorang ahli gabungan bersama Asia Handball Federation (AHF). Pada tahun 1990 pula,
beliau menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF) dan pada tahun
1994 beliau menjadi ahli gabungan International Handball Federation (IHF). MAHF telah
menyertai Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF) pada Mei 2004. Persekutuan
Bola Baling Malaysia telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta
Sukan Kebangsaan 1997, pada 27 Mei 2000.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING
75
Presiden MAHF yang memegang jawatan ini sejak tahun 2000 sehingga kini ialah Y. Bhg.
DatoÊ Haji Suhaimi bin Haji Yacob. Beliau juga memegang beberapa jawatan di peringkat
antarabangsa seperti:
(a) Naib Presiden Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF)
(b) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Promosi Bola Baling
Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)
(c) Timbalan Presiden Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF)
(d) Ahli Majlis Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)
Pihak AHF telah meletakkan kepercayaan kepada Malaysia untuk menganjurkan satu
kejohanan di peringkat antarabangsa, iaitu 1st Martyr Sheikh Fahad Al- Ahmad Al-Sabah
Cup Championship untuk negara-negara yang baru dalam pembangunan bola baling.
Rajah 5.4: Logo Persatuan Bola Baling Malaysia(MAHF)
SEMAK KENDIRI 5.2
(a) Siapakah tokoh yang memperkenalkan sukan bola baling di
Malaysia?
(b) Nyatakan secara ringkas tentang perkembangan sukan bola
baling bermula di Malaysia.
 TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING
76
5.1.2 Struktur Organisasi Persatuan
Rajah berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola Baling Malaysia.
Rajah 5.5: Struktur Organisasi Persatuan Bola Baling
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
5.2.1 Peraturan
Gelanggang Permainan
Sebelum kita meneroka dengan lebih lanjut lagi marilah kita kenal pasti saiz gelanggang
permainan bola baling ini. Gelanggang permainan berukuran 40m panjang dan 20m panjang
lebar termasuk dua kawasan gol (rujuk Rajah 5.6). Garisan sempadan yang panjang
dipanggil garisan tepi dan garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol (antara tiang gol).
Di sekeliling gelanggang juga terdapat zon keselamatan dengan ukuran lm di sepanjang
garisan tepi dan 2m di
5.2
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING
77
belakang garisan gol. Tiang gol (rujuk Rajah 5.7) diletakkan di tengah-tengah antara garisan
gol. Ukuran untuk tiang gol adalah 2m panjang dan 3m lebar. Tiang gol juga mesti dilengkapi
dengan jaring kerana sekiranya bola yang dilontar mencecah jaring, bola itu dianggap telah
dijaringkan dan mata akan diperolehi. Di hadapan setiap tiang gol terdapat kawasan gol.
Kawasan gol berukuran 6m dari kawasan garisan gol. Garisan balingan percuma (garisan 9
meter) ialah garisan putus-putus yang berada 3m di luar kawasan garisan gol. Garisan 7
meter ialah garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat sepanjang 1m. Ia terletak di
hadapan tiang gol dan juga dikenali sebagai garisan penalti. Garisan penggantian pemain
(Rajah 5.6) untuk setiap pasukan terletak di antara garisan tengah dengan ukuran jarak
sepanjang 4.5m dari kawasan garisan tepi.
Rajah 5.6: Ukuran Gelanggang Permainan
Rajah 5.7: Ukuran Tiang Gol

P
P

Peralatan
etiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersi pasukan masing-
masing. Rekaan dan warna jersi mestilah jelas dan berbeza di antara setiap pasukan. Setiap
penjaga gol setiap pasukan harus memakai warna jersi yang sama dengan pasukannya dan
berbeza dengan warna jersi penjaga gol lawan. Pemain mesti memakai nombor jersi yang
berukuran 20sm tinggi di belakang baju dan 10sm tinggi di bahagian hadapan baju. Nombor
yang dipakai mestilah di antara 1 hingga 20 dan warnanya pula mestilah berlawanan dengan
warna jersi supaya ia dapat dilihat dengan lebih jelas. Setiap pemain mestilah memakai
kasut sukan. Pemain juga tidak dibenarkan memakai atau membawa objek atau barang-
barang yang merbahaya kerana ia boleh membahayakan pihak lawan. Antara barang yang
tidak dibenarkan di dalam permainan ialah pelindung kepala, topeng muka, jam, cincin,
rantai, gelang, subang, cermin mata dan sebagainya. Pemain yang tercedera atau berdarah
di anggota badannya atau pakaiannya mesti meninggalkan gelanggang dengan serta-merta.
Pemain tersebut tidak akan dibenarkan kembali ke gelanggang untuk meneruskan pemainan
selagi darah belum berhenti dan pakaian yang berdarah belum dicuci

Anda mungkin juga menyukai