Anda di halaman 1dari 11

MINGGU 2 : MPU3041 PERMAINAN

JAWAB SEMUA SOALAN YANG DIBERIKAN:

1. Nyatakan kepentingan penyediaan Rancangan Latihan Permainan.

i) Panduan bertindak bagi guru.

Salah satu kepentingan penyediaan Rancangan Latihan Permainan ialah dapat


menjadi satu panduan bertindak bagi guru. Dengan adanya perancangan ini, maka
guru dapat melaksanakan perancangan permainan yang ditetapkan dengan lancar.
Kesan perancangan Latihan yang lancar, pelajar akan mengetahui kehendak dan
seterusnya guru dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.

ii) Membantu anak murid mengingati dan memahami Latihan dan kemahiran
permainan yang dipilih.

Perancangan program juga dapat membantu anak murid memahami dan mengigati
Latihan permainan dengan baik. Pengajaran guru yang sistematik dapat membantu
guru untuk merancang satu program Latihan permainan yang dapat memberi kesan
yang mendalam kepada anak murid.

iii) Jangka Masa yang Mencukupi

Guru perlu menentukan kaedah dan Latihan permainan yang sesuai dijalankan
dalam tempoh yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu mempunyai strategi bagi
memastikan aktiviti yang dirancangan dapat dijalankan dalam tempoh waktu yang
ditetapakan. Guru perlu membina rancangan latihan bagi memastikan setiap aktiviti
yang dijalankan adalah bertepatan dengan jumlah masa yang ada.

iv) Pemilihan peralatan permainan yang sesuai mengikut Latihan permainan.

Pemilihan pelbagai fungsi peralatan main mengikut pandangan peserta kajian guru
juga boleh meningkatkan keupayaan murid semasa mereka bermain. Ini
disebabkan tahap keupayaan yang berbeza menyebabkan cara penggunaan dan
manipulasi peralatan main juga berbeza mengikut tahap pemikiran mereka. Selain
itu, guru perlu meneliti fungsi peralatan main yang sesuai mengikut kategori
permainan. Murid sendiri menyesuaikan peralatan main tersebut supaya satu aktiviti
main boleh dijalankan dengan sensitiviti deria masing-masing.
2. Nyatakan sejarah perkembangan bola tampar di peringkat antarabangsa dan
kebangsaan.

Bola tampar berkembang pesat sejak mula dimainkan serta dinikmati oleh
masyarakat di seluruh dunia. Walaupun sukan bola tampar bermula secara
sederhana di Amerika Syarikat, sukan ini member kesan yang sungguh mendalam
serta tidak diduga di seluruh dunia.

Permainan bola tampar pada hari ini dimainkan dengan cara yang amat berbeza
daripada permainan asalnya yang telah diciptakan sejak lebuh satu kurun yang lalu.
Permainan bola tampar dicipta oleh William G. Morgan, seorang pengarah
pendidikan jasmani YMCA di Holyoke, Massachusetts pada tahun 1895. Morgan
mengambil keputusan menggabungkan elemen daripada beberapa permainan lain,
iaitu bola keranjang, besbol, tenis dan bola baling, dalam mewujudkan satu
permainan baru. Pada mulanya Morgan yang mencipta permainan ini, dikenali
pertama kali sebagai “mintonette”, bagi menawarkan aktiviti fizikal kepada dan
ketenangan yang kurang menggunakan tenaga fizikal kepada ahli perniagaan.
Morgan meminjam net yang digunakan dalam permainan tenis untuk permainan
ciptaannya, tetapi dibentangkan pada ketinggian 6 kaki, 6 inci (kira-kira 2 meter),
hanya lebih tinggi sedikit daripada purata ketinggian kepala seseorang.

Pada 1896, dua pasukan yang setiap satunya mengandungi lima orang pemain telah
mengambil bahagian buat pertama kalinya dalam permainan sebenar mintonette di
Springfield, Massachusetts. Ketika permainan sedang berlangsung, kira-kira setahun
kemudian, seorang pensyarah telah menyuarakan pendapatnya bahawa lelaki yang
sedang bermain kelihatan seolah-olah menampar bola bolak-balik melintasi jarring,
maka permainan ini lebih sesuai dipanggil sebagai bola tampar. Morgan menyukai
pandangan itu lantas menukar nama permainan tersebut.

Bola yang pertama kali digunakan merupakan tiub daripada bola keranjang, namun
Morgan mendapati ia terlalu ringan dan lambat. Beliau cuba menggunakan bola
keranjang tetapi terlalu besar dan berat. Memandangkan ibu pejabat syarikat
Spalding terletak di Holyoke, dan syarikat itu menghasilkan peralatan sukan, Morgan
meminta A.G Spalding menghasilkan bola untuk permainan ciptaannya. Maka satu
bola khas telah dihasilkan untuk sukan ini pada tahun 1900.
Dalam meniti perkembangan bola tampar, kelemahan paling ketara ialah dari segi
popularitinya kerana peraturan kerap berubah-ubah. Jurulatih menghadapi
kesukaran mengajar permainan bola tampar kerana peraturan permainan ini
berubah setiap beberapa tahun. Kebanyakan perubahan melibatkan bola yang
digunakan serta saiz gelanggang. Bilangan pemain di setiap gelanggang bergantung
kepada keluasan ruang yang ada, dan pemain tidak bertukar tempat secara bergilir.

Pada masa dahulu, peralatan dan peraturan permainan sangat mudah. Peraturan
permainan yang pertama telah disiarkan dalam sebuah artikel di dalam “YMCA
Athletic Handbook” pada 1897. Gelanggang pula berukuran 40 kaki dan 80 kaki (12
meter dan 24 meter) dengan net yang membahagikan gelanggang dipasang pada
ketinggian 6 kaki sehingga 6 ½ kaki (1.8 meter hingga 2 meter). Setiap pasukan
mempunyai empat pemain dan setiap permainan mempunyai empat inning.
Penservis menggunakan bet untuk melakukan servis bola melintasi jaring. Jika
servis gagal melintasi jaring, ia dianggap servis salah dan penservis keluar (tamat).
Sekiranya penservis tersebut merupakan pemain terakhir dalam pasukannya yang
melakukan servis, pasukannya keluar (tamat). Servis, serta hantaran balas, perlu
dipukul sangga (voli), dan bukan dimainkan dua kali berturut-turut oleh pemain yang
sama. Hanya penservis boleh mendapatkan mata untuk pasukannya.

Permainan ini kemudiannya diubahsuai bagi membolehkan bilangan pemain dalam


sesuatu pasukan tidak terhad kepada sesuatu jumlah. Permainan merangkumi
pergerakan bola yang tidak henti-henti melintasi jaring, iaitu satu kombinasi
permainan tenis dan bola baling. Permainan diteruskan dengan hantaran bola bolak-
balik sehunggalah satu pasukan gagal membalas hantaran bola atau bola itu
mencecah lantai. Ini dikira sebagai satu skor bagi satu pasukan, atau satu
“penservis keluar” (kini, istilah yang digunakan ialah “sebelah keluar”) untuk pasukan
lawan.

Pada 1896, sukan ini juga diperkenalkan di Dayton. Ohio, dan kebanyakan
peraturan diubah. Ketinggian jaring diselaraskan kepada 7 kaki 6 inci (2.3 meter);
kelecek dihapuskan dan setiap permainan dimainkan sehingga ke mata 21. Bola
tampar terus popular dengan cepat di seluruh dunia. Permainan ini diperkenalkan ke
negara Filipina dan China pada tahun 1910, ke Jepun pada 1913, ke Siberia dan
tentera Poland pada 1915, ke Uruguay pada 1916, ke Brazil pada 1919, dan Syria
pada 1922. Di Filipina, lebih kurang pada 1916, satu stail pertahanan menghantar
bola dengan lambungan melengkung tinggi untuk dipukul oleh pemain lain, iaitu
umpan dan rejam, diperkenalkan. Pemain di negara itu juga memperkenalkan
hantaran “bomba”, atau “kill” dan menggelar orang yang membuat hantaran bola itu
sebagai “bomberino”.

Pada 1919, Pasukan Tentera Ekspedisi Amerika (American Expeditionary Forces)


telah mengagihkan hampir 16 000 bola tampar kepada tentera negara itu serta
sekutunya. Pengarah YMCA telah dihantar ke Eropah pada penghujung Perang
Dunia Pertama iaitu lebih kurang pada 1919 untuk membantu dalam pemulihan
tentera bersekutu, telah memperkenalkan permainan bola tampar di kebanyakan
negara Eropah. Ini merupakan rangsangan utama pengembangan sukan ini di
peringkat antarabangsa. Pada 1920, peraturan tiga sentuhan setiap sebelah dan
serangan barisan belakang dilaksanakan.

Pada 1920-an dan 1930-an, banyak university di Amerika Syarikat mula


mengadakan kelas bola tampar serta menubuhkan pasukan dalaman kolej. Pada
1949, Florida State University menjadikan bola tampar sebagai sukan universiti bagi
kaum lelaki, dan merupakan yang pertama menawarkan biasiswa bola tampar dan
jurulatih sepenuh masa di negara itu.

Pada 1952, NCAA bersetuju untuk membiayai permainan bola tampar dan
menganjurkan kejohanan kebangsaan. Persatuan Kebangsaan Olahraga Antara
Kolej (National Association of Intercollegiate Athletics) atau ringkasnya NAIA,
menjadi tuan rumah kejohanan bola tampar buat pertama kalinya pada 1967. Pada
1974, Persatuan Kebangsaan Persatuan Sekolah Tinggi (National Federation of
High School Association/ NFHS) telah mempromosikan kejohanan negeri pada
peringkat kebangsaan.

YMCA mempunyai pengaruh kuat dalam bola tampar dalam tempoh 20 tahun
pertama perkembangan sukan ini. Pada 1920, kejohanan kebangsaan pertama
YMCA diadakan di Brooklyn, New York, dan 27 pasukan dari 11 negeri mengambil
bahagian. Pada 1925, Persatuan Olahraga Amatur (AAU) mula menguasai
permainan ini, dan pada 1928, Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat (USVBA)
ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus permainan ini di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa kerana pertandingan dan peraturan perlu diadakan. Kejohanan
Terbuka Amerika Syarikat yang pertama telah diadakan dan penyertaan juga dibuka
kepada pasukan bukan YMCA.

Pada 1930-an, program sukan rekreasi merupakan sebahagian daripada aktiviti


penting kehidupan harian rakyat Amerika. Ketika itu bola tampar pantai dua
sepasukan dimainkan. Pada 1934, pengadil bola tampar kebangsaan diiktiraf
sebagai antara yang diperlukan dalam permainan ini. Pada 1937, sewaktu
konvensyen AAU di Boston, tindakan diambil bagi mengiktifar USVBA sebagai
badan induk kebangsaan bagi bola tampar di Amerika Syarikat. Pada 1946, satu
kajian rekreasi di Amerika Syarikan mendapati bola tampar berada pada kedudukan
kelima dalam kalangan sukan berpasukan yang sedang dipromosi dan dianjurkan.

USVBA merupakan ahli cawangan Federation Internationale de Volleyball (FIVB)


yang ditubuhkan pada 1947 di Paris, Perancis. Pada 1948, kejohanan bola tampar
tepi pantai dua sepasukan diadakan buat pertama kalinya. USVBA membiayai
Kejohanan Terbuka Wanita Kebangsaan yang julung kali diadakan pada 1949,
Kejohanan Tentera Kebangsaan dari tahun 1952 ke tahun 1964, dan Kejohanan
Kolej Kebangsaan pada tahun 1949. Pada tahun 1949 juga, USVBA menambahkan
kategori (division) kolej bagi pasukan kolej yang bertanding.

Bagaimanapun, dalam tempoh 10 tahun yang pertama, pertandingan kolej amat


kurang. Pelajar dan guru yang berminat membentuk pasukan masing-masing.
Banyak pasukan dibubarkan apabila pemain yang berminat menamatkan pengajian.
Pasukan berdaya saing terdapat di merata tempat, dan tiada badan pentadbiran
khusus untuk memberi kepimpinan dalam sukan bola tampar pada peringkat ini.
Menjelang 1951, bola tampar dimainkan oleh lebih 50 juta orang setiap tahun di
lebih 60 negara di seluruh dunia.

USVBA membiayai pasukan Amerika Syarikat yang pertama di Kejohanan Dunia


yang julung kali diadakan pada 1949, di Sukan Seluruh Amerika (Pan Amerika
Games) pertama pada 1955, dan di Sukan Olimpik pada 1964. Jawatankuasa
Olimpik Antarabangsa (IOC) menyenaraikan bola tampar sebagai Sukan Olimpik
pada 1957 dan mengambil keputusan untuk memasukkan sukan ini ke dalam
pertandingan Olimpik pada 1964.
Pada 1959, Persatuan Sukan Universiti Antarabangsa (FISU), menganjurkan Sukan
Universiti buat pertama kalinya di Turin, Itali. Bola tampar merupakan antara lapan
acara yang dipertandingkan. Pada tahun 1960, beberapa institusi di Midwestern
menubuhkan Persatuan Bola Tampar Antara Kolej Midwest (MIVA), dan pada 1964
Persatuan Bola Tampar Antara Kolej di Southern California ditubuhkan. Pada tahun
1960, teknik baru diserapkan dalam permainan, termasuk rejam lembut (dink),
hantaran bawah lengan (bump), blok di jaring, dan terpa (dive) dan pusing (roll)
untuk bertahan. Bola yang digunakan dalam Sukan Olimpik 1964 diperbuat daripada
serpihan getah yang mempunyai panel kulit. Bola yang hampir serupa digunakan
pada hari ini.

Pada 1965 Persatuan Bola Tampar Pantai California ditubuhkan, dan pada 1968,
NAIA menjadikan bola tampar sebagai salah satu sukan yang kompetitif. Pada lewat
1960-an NCAA menyarankan agar bola tampar dijadikan sebagai tambahan kepada
program sukan yang ditawarkan. Pertandingan bola tampar disiarkan secara
langsung di televisyen buat pertama kalinya pada Kejohanan Sedunia 1974 di
Mexico. Walaubagaimanapun, siaran langsung itu hanya boleh ditonton di Jepun.

Pada tahun 1975, USVBA mewujudkan program latihan sepenuh masa untuk
pasukan wanita kebangsaan di Pasadena, Texas, dan pada 1977 pasukan lelaki
Amerika Syarikat menubuhkan pusat latihan sepenuh masa di Dayton, Ohio.
Dengan pelaksanaan Title IX, Persatuan Antara Kolej Wanita (AIAW)
mengembangkan peluang bersukan bagi kaum wanita di sekolah tinggi dan kolej.
Biasiswa kolej dan jurulatih sepenuh masa untuk pasukan wanita ditawarkan buat
pertama kalinya pada 1975. Pada 1981, NCAA mengiktiraf perkembangan bola
tampar dalam kalangan kanak-kanak perempuan dan wanita dan buat pertama
kalinya menganjurkan kejohanan kebangsaan untuk wanita. AIAW diserapkan ke
dalam NCAA kerana NCAA menjadi badan induk bola tampar kolej lelaki dan wanita.
Dalam tahun 1983 Persatuan Bola Tampar Profesional (AVP/ Association of
Volleyball Professional) ditubuhkan.

Selepas Amerika Syarikat memulaukan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1980 di
Moscow, pasukan bola tampar Olimpik lelaki Amerika Syarikat memenangi pingat
emas Olimpik pertama dalam sejarah bola tampar Amerika Syarikat pada 1984:
pada sukan yang sama, pasukan wanita negara itu memenangi pingat perak. Mulai
1985 sehingga 1988, pasukan bola tampar lelaki Amerika Syarikat telah memenangi
Tiga Kejuaraan FIVB (FIVB Triple Crown), iaitu Piala Dunia 1985, Kejohanan Dunia
1986, dan pingat emas Olimpik 1988.

Pada tahun 1986, Persatuan Bola Tampar Profesional Wanita (WPVA) telah
ditubuhkan, dan pada 1987, FIVB mengadakan Siri Kejohanan Dunia Bola Tampar
Pantai (Beach Volleyball World Championship). Dalam tahun 1990 Liga Dunia
diadakan, yang disertai pasukan dari seluruh dunia bagi memenangi hadiah wang
tunai yang banyak. Pada 1992, Pertandingan Bola Tampar Pantai Empat Sepasukan
dimulakan di Amerika Syarikat. Pada tahun yang sama kedua-dua pasukan bola
tampar Olimpik lelaki dan wanita Amerika Syarikat memenangi pingat gangsa.

Bola tampar merayakan ulang tahunnya yang ke-100 pada 1995. Pada 1996, bola
tampar pantai dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik secara rasmi, dan pasukan
lelaki Amerika Syarikat memenangi pingat emas dan perak. Dalam pertandingan
bola tampar pantai tahun 2000, satu pasukan lelaki Amerika Syarikat memenangi
pingat emas lagi, dan pada 2004, pasukan wanita Amerika Syarikat pula memenangi
pentandingan pantai buat pertama kalinya, dengan memenangi pingat emas dan
gangsa.

Di Amerika Syarikat, terdapat kejohanan bola tampar yang dianjurkan oleh NCAA
untuk pasukan lelaki dan wanita. Di peringkat antarabangsa pula, terdapat pelbagai
pertandingan dan kejohanan berdasarkan penganjuran Sukan Olimpik yang
diadakan setiap empat tahun sekali. Sukan bola tampar telah meningkat dan
berkembang ke seluruh dunia. Walaupun berasal dari Amerika Syarikat namun bola
tampar disambut baik d seluruh dunia. Antara sukan popular yang disertai, ranking
bola tampar berada hanya di belakang bola sepak. Kini, lebih 46 juta rakyat Amerika
bermain bola tampar. Di seluruh dunia pula, 800 juta pemain mengambil bahagian
dalam bola tampar sekurang-kurangnya seminggu sekali.
LATIHAN MINGGUAN : PERMAINAN BOLA TAMPAR

JAWAB SEMUA SOALAN YANG DIBERIKAN:

1. Nyatakan kemahiran-kemairan asas dalam permainan bola tampar.

- Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola tampar ialah


menyangga, servis, mengumpan, merejam dan mengadang.

2. Nyatakan peraturan-peraturan asas permainan bola tampar.

Antara undang-undang asas permainan bola tampar adalah seperti berikut:

I. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil
pertama dan pengadil kedua.
II. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang
pemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar.
III. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup
wisel.
IV. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah.
V. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan
belakang.
VI. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh
menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan.
VII. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan
tiga sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan.
Pengiraan ini tidak termasuk sentuhan bagi mengadang.
VIII. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan.
IX. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar
kawasan serangan.
X. Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jaring atau memasuki
kawasan pihak lawan.
XI. Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set
permainan bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang
ditukar perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran
dibuat semula.
XII. Setiap pasukan boleh meminta dua kali “time-out” dalam satu set
permainan dengan kebenaran pengadil.
XIII. Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan
pingpong. Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan
untuk menentukan kemenangan.
XIV. Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua
mata diperlukan untuk menentukan kemenangan.
XV. Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan
permainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan.
XVI. Setiap pasukan hendaklah memakai jersey yang mempunyai nombor.
XVII. Permainan akan dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang yang
ditetapkan oleh ‘International Volley Ball Association’.

3. Nyatakan isyarat-isyarat pengadil dalam permainan bola tampar.

- Isyarat "Feed membolehkan". pengadil menunjukkan arah di mana suapan


hendaklah dibuat.

- "Penyerahan pasukan" isyarat. Pengadil menunjukkan sebelah mana lapangan


adalah pasukan hidangan.

- Isyarat "platform Tukar parti." pengadil menimbulkan kedua-dua tangan - satu di


hadapan bahagian badan, kedua dari belakang. Dan tangan saya menjadi pihak
kepadanya.

- "Break" isyarat. pengadil meletakkan tangannya huruf T. Kemudian mata untuk


pasukan, meminta rehat.

-"Penggantian" isyarat. pengadil membuat pergerakan bulat lengan.

-Isyarat "Amaran untuk melanggar disiplin." Pengadil kad kuning.

-"Buang Player" isyarat. Pengadil menunjukkan kad merah.


-"Pemain itu hilang kelayakan" isyarat. pengadil menunjukkan dua kad.

-"Dengan siapnya permainan" isyarat. Pengadil melintasi tangannya, tangan pada


masa yang sama perlu berada di hadapan dada.

-Isyarat "tidak bola lambungan apabila memfailkan." Pengadil memanjangkan


tangannya dengan tangan yang dibangkitkan.

-Isyarat "makanan segera." (Dipaparkan sekiranya berlaku kelewatan bola selama


lebih daripada lapan saat akan berbunyi pemain). pengadil menunjukkan lapan jari.

-"Barrier" isyarat. Pengadil menimbulkan tangannya dengan tapak tangan


menghadap ke hadapan.

-Isyarat "Ralat dalam penempatan atau semasa peralihan." Pengadil menunjukkan


jari bulatan di hadapan.

-Isyarat "bola di padang." hakim menunjukkan di atas lantai, jari harus lurus.

-Isyarat "bola-by-lapangan." pengadil menimbulkan lengan dengan meluruskan


tangan, tapak tangan beralih kepada hakim.

-isyarat adalah "memegang bola". pengadil menimbulkan lengan beliau, kelapa naik.

-Isyarat "ketuk dua kali". Pengadil menunjukkan dua jari.

-Isyarat "Empat pin". pengadil menunjukkan tangan dengan empat jari.

-Isyarat "Pemain Touch grid". hakim datang kepada grid dengan pasukan yang
bersalah.

-Isyarat "Game over mesh di sebelah lawan." pengadil memegang tangannya ke


atas jaring.

-Signal "Laporan mengenai kesan." pengadil mengambil lengan ke bawah, kelapa


terbuka.

-Signal "Kawasan menceroboh". Mata pengadil untuk garis pemisah yang


sewajarnya.

- isyarat adalah "kesalahan double dan perlawanan ulangan." pengadil menunjukkan


ibu jari kedua-dua tangan.
- Isyarat "Touch Ball". jari pengadil menyentuh telapak tangan yang lain, memegang
tangan dalam kedudukan menegak.

- Isyarat "Nota atas kelewatan itu." pengadil meliputi pergelangan tangan, tapak
tangan yang lain.

GERAK ISYARAT YANG MENUNJUKKAN PENJAGA GARISAN

gerak isyarat asas hakim dalam bola tampar (pada baris):

-Isyarat "bola di padang." Pengadil bendera menunjukkan ke bawah.

-Isyarat "bola di luar mahkamah." Pengadil bendera menunjukkan ke atas.

-Isyarat "Touch Ball". pengadil menimbulkan kotak dan meliputi ia dengan tangan
beliau.

-"Pengadilan yang mustahil" isyarat. Pengadil melintasi tangannya di hadapannya.

Anda mungkin juga menyukai