Anda di halaman 1dari 22

Sejarah Permainan.

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain
berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul)
berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas dan pasukan yang
markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa
dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata. Boladigerakkan di
dalam gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan
sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana
bola bola dikawal (penalty).

Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James
Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah YMCA dan guru Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss.
Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk
mencipta satu permainan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu,
permainan ini harus dimainkan dalam gelanggang sesebuah bangunan.

Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan
bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap.
Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua
kotak besar sebagai goal. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak
seperti yang diminta oleh Naismith. Justeru, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk
permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki
dari aras tanah.

Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith
dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permaianan
ciptaannya basket ball. Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di
petak lawan. Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut.
Selepas permainan experiment pertama, Naismith telah menyediakan draft peraturan pertama
untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan ini diterbitkan
dalam surat khabar sekolah, the Triangle pada 15 Januari 1892. Permainan ini mendapat
sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranajang mula dimainkan
oleh pasukan YMCA, sekolah menengah, kolej, universiti, dan pasukan professional dari
Amerika Syarikat dan Kanada.

Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium YMCA pada 20 Januari 1892.
Hanya 9 orang pemain yang terlibat dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang
cuma separuh saiz gelanggang NBA pada hari ini.

Perkembangan Awal.
Pada peringkat awal permainan, satu pasukan mengandungi tujuh orang pemain. Kemudian
bilangannya ditambah menjadi sembilan orang. Bagaimanapun bilangan ini kemudian
dikurangkan menjadi lapan orang, dan akhirnya menjadi lima orang sahaja. Bilangan ini
dikekalkan hingga ke hari ini. Permainan ini turut dimainkan oleh kaum wanita, iaitu setahun
selepas ia diperkenalkan.

Masa permainan dibahagikan kepada dua bahagian, yang setiap satunya mengandungi 15 minit.
Untuk memulakan permainan, lompat tengah dijalankan oleh pemain dari kedua-dua pasukan.
Cara yang sama dijalankan selepas sesebuah pasukan menjaringkan gol. Pemain tidak
dibenarkan berjalan atau berlari semasa memegang bola. Mereka juga tidak dibenarkan
mengelecek bola seperti yang dilakukan dalam permainan bola keranjang sekarang. Pemain
dikehendaki berdiri dan membuat hantaran atau jaringan dari kedudukan tersebut.

Permainan Antarabangsa

Lama-kelamaan bola keranjang disebarkan ke negara-negara luar Amerika, seperti ke Eropah,


Rusia dan Asia. Dalam masa yang singkat sahaja permainan ini diterima dan dimainkan di
banyak negara. Undang-undang permainannya diperkenalkan dan sentiasa dikemaskinikan dari
semasa ke semasa.

Bagi menyelaraskan permainan ini dan pada masa yang sama mengembangknnya agar diterima
menjadi permainan bertaraf antarabagsa, Persekutuan Persatuan Bola Keranjang Amatur
Antarabangsa (FIBA) ditubuhkan pada tahun 1932.

Persekutuan ini beribu pejabat di Munich, Jerman, dan pada mula-mula ditubuhkan, ia hanya
mempuyai lapan negara ahli sahaja. Kini jumlah negara yang menganggotainya meningkat
kepada 160 negara. Dianggarkan lebih kurang 200 juta orang lelaki dan wanita bermain bola
keranjang di seluruh dunia.

Pada tahun 1936, bola keranjang diterima sebagai acara Sukan Olimpik. Pada tahun pertama
kemasukannya ini, sebanyak 21 negara mengambil bahagian. Pasukan Amerika Syarikat adalah
pasukan yang paling banyak memenangi pingat emas. Bola keranjang wanita mula
dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik tahun 1976. Terdapat juga kejohanan dunia yang
diadakan untuk bola keranjang lelaki dan wanita. Selain dari itu, ada pula kejohanan lain yang
agak popular seperti Kejohanan Eropah, Kejohanan Amerika, Kejohanan Asia. Ini membuktkan
bahawa bola keranjang merupakan sukan bertaraf antarabangsa.

Di samping itu terdapat pula bola keranjang profesional, khususnya di Amerika Syarikat yang
terdapat sambutan amat menggalakkan. Para pemain dibayar gaji secara kontrak untuk bermain
bola keranjang, sehingga ramai sudah pemain bola keranjang yang bermain dalam liga Amerika
Syarikat yang menjadi jutawan, termasuk pemain dari luar Amerika. Sambutan penonton juga
amatlah menggalakkan di mana purata 30-50 ribu orang penonton setiap perlawanan liga
tersebut.

Bola Keranjang Di Malaysia


Tidak ada catatan atau rekod sebenar kedatangan permainan ini ke negara kita. Namun ia
dipercayai diperkenalkan ke negara ini pada awal abad ke-20 oleh orang-orang Inggeris.
Sambutan yang diterima daripada penduduk tempatan pada peringkat awal kedatangnya adalah
dingin. Cuma ahli-ahli beberapa kelab rekreasi di bandar-bandar utama seperti Kelab Rekreasi
Cina Selangor, Kelab Rekreasi Cina Pulau Pinang, Singapura dna Negeri Sembilan bermainnya.

Perkembangan sukan ini cuma kelihatan dan terbukti selepas Perang Dunia Kedua. Ini dilakukan
dengan memperkenalkannya ke sekolah-sekolah selain ke bandar-bandar. lama-kelamaan
semakin ramailah penduduk negara ini yang mula meminati dan bermsin bola keranjang,
khususnya kaum Cina. Pada awal tahun 1960-an Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia
(MABA) ditubuhkan dan pertandingan antara negeri bagi merebut Piala Agong dimulakan
beberapa tahun kemudian.

Selain itu terdapat juga pertandingan dan kejohanan antara kelab, antara sekolah dan antara
pertubuhan dan persatuan dianjurkan dari setahun ke setahun. Negara kita juga sering menjadi
tuan rumah untuk beberapa kejohanan antarabangsa seperti Kejohanan Asia, Kejohanan Kelab-
kelab Asia, Kejohanan Terbuka Malaysia dan pelbagai pertandingan dan kejohanan peringkat
kebangsaan. Menyentuh tentang kejayaan yang dicapai oleh pasukan negara kita, bolehlah
dianggap berjaya. Dalam Sukan SEA umpamanya, pasukan kita lelaki dan wanita sering
memenangi pingat emas dan dalam kejohanan Asia kita pernah beberapa kali menduduki tempat
keempat, di belakang gergasi bola keranjang Asia seperti China, Korea Selatan dan Jepun.

Sambutan terhadap bola keranjang di kalangan penduduk negara ini, walaupun meningkat namun
belum mencapai tahap sambutan yang diterima untuk sukan bola sepak atau badminton
umpamanya. Sambutan dingin daripada kaum bukan Cina harus diberika perhatian bagi
menjadikan bola keranjang permainan seluruh rakyat negara ini.

BAGAIMANA BERMAIN?

Tujuan atau objektif permainan

Untuk membolehkan sesuatu bola keranjang dimainkan , pemain, bola dan gelanggang adalah
perlu.tujuan atau objektif permainan bola keranjang ialah mendapat jaringan gol sebanyak
mungkin dan mampu melebihi jaringan yang dipungut oleh pasukan lawan. Pada masa yang
sama, sebuah pasukan itu akan berusaha pula menghalang pasukan lawan daripada melakukan
jaringan. Dalam permainan bola keranjang, pasukan yang membawa atau menguasai bola disebut
sebagai pasukan penyerang, manakala pasukan yang kehilangan bola atau berusaha merampas
bola itu daripada pihak lawan di panggil sebagai pasukan bertahan. Dalam usaha mendapatka
bola sering berlaku perebutan bola yang menjadi permainan itu lebih menarik dan kadangkala
mendebarkan. Dalam permainan bola keranjang, pergerakan pemain dan bola adalah pantas.
Dalam masa yang singkat sahaja, bola bergerak dari hujung gelanggang ke hujung gelanggang
yang lain. Setiap kali bola berjaya di jaringkan pasukan lawan akan memulakan perlawanan tidak
kira berapa jumlah gol yang diperoleh dengan cara melontar bola dari belakang garisan belakang
kawasannya.
Masa permainan

Walaupun tempoh atau masa permainan ditetapkan, tetapi masa permainan masih boleh berubah.
Ini bergantung kepada peringkat umur pemain. Pemain belasan tahun, tempoh permainannya
adalah empat pusingan. Setiap pusingan mempunyai lapan minit dengan masa rehat sepuluh
minit. Pemain pada peringkat umur lebih dewasa, tempoh permainan ialah dua pusingan dengan
20 minit setiap pusingan dengan 20 minit dengan rehat selama 15 minit diberikan antara
pusingan kedua dan puasingan ketiga. Setiap kali wisel dibunyikan, untuk sesuatu kesalahan, jam
randik akan diberhentikan dan masa permainan akan dikira semula setelah permainan bermula.
Oleh yang demikian tempoh masa sebenar permainan ini ialah 40 minit seperti yang telah
ditetapkan. Penjaga masa

akan menentukan masa permainan sebenar dan akan menyembunyikan isyarat atau wisel lain
untuk menandakan tamat sesuatu tempoh masa permainan.

Permulaan permainan

Untuk menentukan pasukan yang mana akan memulkan perlawanan pengadil akan membuat
undian dimana pengadil akan melambungkan duit syiling atau alternatif lain yang dipersetujui.
Permulaan bola keranjang ialah dengan membuat lontaran di tengah-tengah gelanggang oleh
pengadil. Kedua-dua pasukan akan cuba mendapatkan bola yang dilambung oleh pengadil
dengan cara menepis bola itu kepada rakan yang sudah bersedia menerima bola. Apabila bola
sudah disenuh oleh mana-mana pemain, bermulalah permainan bola keranjang. Pemain akan
berusaha menguasai bola untuk digerakkan kepada rakan dan matlamat akhirnya ialah untuk
menjaringkan gol. Dalam hal ini pemain boleh mengelecek atau melantun bola atau terus
menghantar bola itu kepada rakan. Pemain boleh mengelecek dan melantun dengan
menggunakan mana-mana tangan. bagaimanapun pemain tidak boleh melantun semula bola itu
setelah pertama kali mengelecek. Bola masih dalam permainan selagi pengadil tidak
membunyikan wisel untuk kesalahan. Pergerakan yang pantas ini memerlukan pemain
memerlukan kecergasan yang tinggi.
KEMAHIRAN MENGHANTAR BOLA.
Pelajar seharusnya diajar pelbagai jenis hantaran yang boleh diamalkan dalam permainan.
Ini adalah penting kerana semasa permainan, pelbagai situasi berlaku dan ini memaksa pemain-
pemain menggunakan hantaran yang berbeza, kawalan tempoh permainan dan sesuatu serangan
itu menjadi lebih mudah sekiranya pemain-pemain cekap menghantar dan menyambut bola.

Cara Hantaran.
1) Hantaran aras dada
– Hantaran ini di gunakan untuk hantaran jarak dekat, pantas dan tepat.

2) Hantaran lantun
– Hantaran ini biasanya dilakukan secara mengejut untuk mengatasi pihak lawan yang mengawal
rapat. Bola dilantunkan pada masa yang sesuai supaya tidak dipintas mahupun disekat oleh pihak
lawan. Lantunan dibuat dengan sebelah atau dua belah tangan secara menolak bola kepada bola
kepada pemainnya.

3) Hantaran atas
– Hantaran ini merupakan cara yang boleh diamalkan apabila pemain hendak membuat hantaran
tinggi kepada kawannya. Seringkali cara ini dilakukan supaya bola tidak dipintas atau disekat
oleh pihak yang mengawal dengan keadaan tangannya ke atas.
Butir-butir mengajar am untuk kemahiran hantaran bola.

1. Cara memegang bola hendaklah sesuai dengan jenis hantaran .


2. Hantar kepada pemain yang berada di kedudukan yang sesuai sekali untuk menerimanya.
3. Bola dihantar ke depan penerima.
4. Semasa menghantar bola, peliharakan imbangan badan.
5. Mata memandang arah penerima bola.
6. Gunakan gerak keliru jika perlu.
7. Bergerak ke tempat lain selepas menghantar bola.
KEMAHIRAN MENANGKAP BOLA

Dalam menangkap bola, tapak tangan tidak boleh menyentuh bola, sebaliknya jari-jari
memainkan peranan. Kadar kelajuan bola menentukan sejauh mana pemain merentangkan
lengannya ke arahnya daripada rakannya yang membuat hantaran. Seandainya hantaran daripada
rakannya adalah lemah atau terlalu jauh daripada pemain ynag menerimanya, lengan pemain ini
hendaklah direntangkan dengan kedua-dua belah tangan lebih jauh ke hadapan badan.

Jika bola itu datang dari aras bawah dada, jari pemain yang akan menerimanya hendaklah
menghala ke bawah ketika menangkap bola. Pemain hendaklah sentiasa menggunakan kedua-
dua belah tangan untuk menangkap bola. Hanya dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja pemain
dibolehkan menggunakan sebelah tangan. Sebagai persediaan menangkap bola, pemain perlu
mengamalkan perawakan atau kedudukan badan ( stance ) yang sesuai untuk memudahkan
tindakannya.

Dalam melakukan tangkapan teknik berikut hendaklah digunakan oleh setiap pemain :

1. Keluarkan tangan dari hulurkan ke hadapan ke arah bola datang.


2. Gunakan jari-jari tangan untuk menangkap. Jari-jari hendaklah dibuka dengan ibu jari
dibelakang bola.
3. Jangan sekali-kali menggunakan tapak tangan untuk menangkap.
4. Bawa bola ke badan selepas menangkap bola.
5. Bersedia untuk pergerakan selanjutnya untuk mengelacek atau menghantar bola.

Jenis-Jenis Tangkapan Bola.

1. Tangkapan statik

Dalam melakukan tangkapan statik ini, biasanya tangkapan ini dirujuk kepada bola yang datang
pada aras pinggang ke atas. Dalam hal demikian, perkara-perkara berikut hendaklah dijadikan
panduan :
 Pemain berdiri dengan membukakan kakinya selebar bahu, dengan meletakkan satu daripada
kakinya ke hadapan dan menghala ke arah bola.
 Pemain membengkokkan lutut serta mencondongkan badan sedikit ke badan bermula daripada
bahagian punggungnya.
 Pemain menghulurka tangan ke hadapan dengan siku dibengkokan sedikit.
 Pemain memerhatikan bola yang bakal dihantar oleh rakannya, dan kini bersedia untuk
membuat tangkapan.
 Bawakan bola ke badan spaya bola dalam kedudukan selamat.

2. Tangkapan Lompat

 Pemain berada dalamkeadaan sedia untuk menerima hantaran.


 Pemain membengkokkan lutut sedikit untuk dan bersedia untuk melonjak.
 Pemain melompat ke atas, dan ke arah bola dan mengikut ketinggian bola yang dihantar.
 Pemain menangkap bola ketika di uadara menggunakan cara dan kaedah yang sama seperti
tangkapan statik.
 Pemain hendaklah mengawal bola itu dengan selamat dan mendarat ke tanah dengan
membengkokkan lutut. Mendarat hendaklah pada hujung kaki.

3. Tangkapan Berlari.

 Pemain berlari ke rah yang bakal dihantar bola oleh rakannya dan biasanya bebas daripada
kawalan lawan.
 Semasa berlari pastikan kedua-dua belah tangan bersedia untuk bertindak.
 Pemain hendaklah menangkap bola menggunakan kedua-dua belah tangan.
 Pemain hendaklah memastikan ada persefahaman antaranya dengan pemain yang membuat
hantaran.
 Pemaian hendaklah berhenti berlari sebaik sahaja bola berjaya ditangkapnya, jika dia mahu
menghantar bola kepada rakannya. Tetapi jika dia mahu terus berlari, dia hendaklah mengelecek
bola itu mengikut arah yang dikehendakinya.

4. Tangkapan Bola Lantun.

 Semasa bola dilantunkan oleh rakan, pemain hendaklah mencuba melaraskan dengan segera
dan berada pada kedudukan untuk menangkap bola sekiranya bola kembali kehadapan pemain
itu.
 Bagi menangkap bola daripada hantaran lantun atau daripada lantunan, pemain hendaklah
menggunakn gaya berdiri paling baik untuk sama ada bola yang laju, perlahan, tinggi atau
rendah.
 Jika lantunan itu daripada aras pinggang, pemain hendaklah menggunakan tangkapan gaya
berdiri yang paling sesuai tetapi dengan memastikan lengannya dihulurkan ke arah bola.

5. Tangkapan Bola Bergolek.

 Adakalnya bola terpaksa dileret atau digolekkan oleh rakan atau hasil daripada pergerakan
lawan.
 Untuk menangkap bola daripada kedudukan begini, pemain hendaklah membengkokkan
lututnya supaya dia hampir-hampir menyentuh lantai.
 Kemudian pemain membuntukkan tangannya seperti cawan untuk menangkap atau menerima
bola.
 Tangan pemain hendaklah sebaik-baiknya hendaklah menghampiri lantai dengan jari
ditegangkan serta menghala ke bawah.
Butiran mengajar menangkap bola.

1. Perhatikan bola.
2. Bersedia untuk menerima. Hulurkan tangan dan menyambut bola dengan hujung tangan (jari-
jari).
3. Tangan dilembutkan apabila menerima bola hantaran kuat.
4. Lompat untuk menyambut bola tinggi.
5. Gunakan dua belah tangan untuk menyambut bola. Jika sebelah tangan sahaja digunakan,
kawalan bola menyusuli tangkapan itu hendaklah dibuat dengan kedua-dua belah tangan.
6. Rendahkan badan apabila menerima bola rendah.
7. Bersedia untuk tindakan selanjutnya selepas menyambut bola.

KesilapanUmum Dalam Menangkap Bola

1. Pemain menahan bola dengan tangan dan jari yang terbuka tetapi secara kaki terlalu keras
ketika menagkap bola.
2. Pemain cuba mengelakkan kepala, memejamkan mata atau mengelakkan kepala, memejamkan
mata atau mengelakkan badan ketika membuat tangkapan.
3. Pemain menghukurkan atau mengarahkan jari-jari ke hadapan ke arah bola.
4. Pemain menggunakan tapak tangan untuk menangkap.
5. Pemain menggunakan jenis tangkapan yang salah untuk hantan daripada rakannya.
Kemahiran Mengelecek Bola

Menggelecek bola dalam permainan bola keranjang bererti bola digerakkan oleh pemain dengan
cara melantukan bola dengan sebelah tangannya. Ini dilakukan untuk beberapa tujuan semasa
permainan.
 Untuk membuat jaringan dari dekat.
 Untuk ’menyimpan’ bola sehingga satu hantaran dapat dilakukan.
 Untuk bergerak ke ruang kosong dengan bola supaya pasukannya dapat mengatur sesuatu
pembentukan (formation)

1. Mengelecek dengan lantunan rendah

– Cara ini diamalkan dalam situasi di mana pemain itu dikawal ketat oleh pihak lawan yang
berkerumun dekatnya. Melantunkan bola rendah adalah cara yang baik untuk mengawal dan
melindung bola dari dirampas. Selain itu, lantunan bola yang rendah memudahkan pemain
menukar hala pergerakannya secara mengejut.

2. Mengelecek dengan lantunan tinggi


– Cara ini adalah sesuai apabila pemain hendak bergerak pantas dengan bola dan tidak ada pihak
lawan yang mengawalnya. Bola dilantunkan pada aras pinggang dan ke hadapan.Mengelecek
bola juga memerlukan pemain bertindak mengikut keadaan. Oleh itu ia mesti melantukan bola
dengan tangan kiri dan tukar kepada tangan kanan. Juga, ia mesti bersedia untuk menukar arah
pergerakan atau kepantasannya untuk mengelirukan dan mengatasi pihak yang mengadangnya.
KEMAHIRAN MENJARING

Semasa prmainan, kecekapan menghantar dan menyambut bola ataupun mengelecek bola tidak
bererti jika pemain-pemain lemah dalam membuat jaringan. Aspek yang menetukan kemenangan
adalah bilangan jaringan dan aspek ini juga yang menarik sekali kepada penonton-penonton.

Jenis-jenis jaringan.
1. Jaringan tolak (dengan sebelah atau dua belah tangan)
2. Jaringan lompat.
3. Jaringan layang.
4. Jaringan lengkung.
5. Jaringan lemparan bebas.

Semua jaringan boleh dilakukan secara berlari (satu langkah), melompat, ataupun dari satu
tempat. Pada asasnya,jaringan tolak dan jarngan lompat hampir sama. Dalam cara jaringan tolak,
kedua belah kaki pemain tetap di atas lantai. Bagi jaringan lompat, pemain melompat dari tempat
persediaannya dan mengarahkan bola ke sasaran sebaik sahaja ia tiba ke aras lompatan
maksimumnya.Jaringan layang merupakan teknik menjaring yang paling menarik dan tepat.
Pemain-pemain memerlukan lompatan yang baik dan koordinasi kaki dan tangan untuk
melaksanakan pergerakannya secara licin.Jaringan lengkung juga dikenali sebagai jaringan pivot.
Biasanya cara ini diamalkan apabila pemain itu dikawal ketat dan ingin mengatasi lawannya
dengan membuat jaringan. Juga, cara ini diamalkan secara tiba-tiba untuk mengelirukan pihak
lawan. Pergerakan bola dari tangan pemain ke sasaran adalh dalam bentuk ’arc’. Jaringan
lemparan bebas adalah balingan penalti sebenarnya. Percubaan ini diberi oleh pengadil dan
lemparannya dibuat dari belakang garis lemparan bebas. Tekniknya adalah sama seperti untuk
jaringan tolak.

Butir-butir mengajar menjaring

1. Mata memandang sasaran semasa membuat jaringan.

2. Tumpukan perhatian kepada pergerakan menjaring (konsentrasi)

3. Gunakan tindakan jari-jari untuk mengarahkan bola ke sasarannya dan tangan hampir lurus
setelah bola dilepaskan (tindakan ikut lajak).

4. bersedia untuk memungut bola semula (rebound ball).

KEMAHIRAN MENGAWAL DAN MENGADANG

Sebaik sahaja bola berpindah tangan, pasukan yang tidak menguasai bola terpaksa bertahan. Ini
bererti setiap pemain perlu tahu tugas masing-masing dan cara untuk mengawal lawannya.
Kawalan adalah bertujuan mematahkan serangan lawan dan mendapat balik bola untuk mengatur
serang – balas.

Teknik Mengawal.
1. Amalkan ’gaya peninju’ (boxer’s stance) apabila berhadapan dengan pemain yang membawa
bola.
2. berada di antara pihak lawan yang dikawal dan jaring sendiri.
3. gerakkan secara berganti-ganti sebelah tangan ke atas dan sebelah lagi ke sisi (rendah) untuk
mengganggu pergerakan lawan.
4. bergerak secara langkah ’boxer’s shuffle’ (hampir sama langkah galop) semasa mengawal.
5. Apabila mengawal pengelecek cuba tepis bola dengan tangan semasa bola melantun naik.
Sebelah tangan yang bebas itu untuk mengadang jika pengelecek itu menggunakan gerakeliru
dan tukar halanya.
6. Paksakan pemain itu bergerak ke tempat atau kawasan yang tidak sesuai baginya untuk
bertindak.
7. apabila mengawal pemain pivot, berdiri di belakangnya dengan gaya ’peninju’ jika
belakangnya mengadap jaring pihak lawan. Jika mengiring ke kiri, kawalan lebih kesebelah
kirinya.
8. Apabila pemain pivot memperoleh bola, kawal dengan rapat supaya ia tidak mudah membuat
jaringan lompat.

langkah-langkah

1. Mata memerhati pemain dan bola.

2. Mengganggu dan memberi tekanan (presure) dengan pergerakan tangan.

3. Berada di antara pemain yang dikawal dan jaring sendiri.

4. Jarakkan kaki semasa mengawal untuk memelihara imbangan badan.


KEJURULATIHAN
SKIM PERLESENAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN
(NATIONAL COACHING LICENSING SCHEME)

Tahun 2006 merupakan tahun yang penting dalam sejarah kemajuan bidang kejurulatihan. Di
bawah bimbingan dan nasihat Lembaga Kejurulatihan Kebangsaaan (LKK), beberapa pelan
tindakan telah dikemukakan untuk pembangunan bidang kejurulatihan di negara ini. Antaranya
adalah Kelulusan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh Y.A.B.
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke atas Perlaksanaan Skim Pekerjaan Jurulatih
Kebangsaan berkuatkuasa pada 1 Julai 2006 yang memperlihatkan adanya satu skim gaji dan
elaun yang menarik bagi jurulatih tempatan yang ingin menceburi bidang kejurulatihan secara
penuh masa ataupun sambilan.

Dalam masa yang sama Cawangan Kejurulatihan juga telah membangunkan Skim Pelesenan
Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) bagi memastikan jurulatih yang mempunyai kelulusan di
bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) dapat menikmati imbuhan yang
ditawarkan pada skim pekerjaan tersebut. Konsep SLKK ini telah diperkenalkan kepada semua
Persatuan Sukan Kebangsaan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Maka tibalah
masanya dilaksanakan supaya semua jurulatih yang bertauliah di negara ini dapat didaftarkan di
bawah pengkalan data Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK) dan seterusnya diberi
pengiktirafan yang sewajarnya.

1) Berkelulusan / berkelayakan
• Seseorang jurulatih itu perlulah mempunyai kelulusan dan kelayakan yang telah diakui oleh
pihak tertentu sebelum menjadi seseorang jurulatih. Seperti yang telah ditetapkan, untuk menjadi
seseorang jurulatih beliau perlulah mempunyai kelulusan yang telahditetapkan iaitu salah
satunnya mempunyai 2 sijil sains sukan yang diiktiraf dan mempunyai tahap 2 sijil kejurulatihan.
ini bagi mengelakkan atlit di bawah seliaan kita mamandang rendah keupayaan kita.

2) Berkelakuan baik
• Jurulatih perlu mengamalkan etika sebagai jurulatih dari aspek tingkah laku seperti
percakapan,sikap dan sebagainya.selain itu jurulatih juga perlu mempunyai kawalan diri yang
baik iaitu berkelakuan yang boleh diterima umum iaitu seperti tidak bertindak secara liar ketika
meraikan kemenagan dan ketika meratapi kekalahan.

3) Berdisiplin
• Jurulatih wajib menepati masa seperti yang telah ditetapkan dan juga mematuhi segala
peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
4) Bersikap positif
• Seorang jurulatih perlu mempunyai semangat kesukanan yang tinggi iaitu sanggup untuk
menerima kekalahan denganbaik dan tidak menimbulkan masalah. Selain itu jurulatih perlu
sentiasa memkirkan adanya peluang kemenangan.
1) Autokratik
• Satu stail kejurulatihan yang bersifat “kuku besi”, kerana pada stail ini jurulatih mempunyai
kuasa penuh terhadap sesuatu organisasi dan setiap keputusan yang hendak dibuat. Selain itu
pada stail ini juga jurulatih merupakan ketua dan bukan pentadbir. Ini kerana beliau beranggapan
beliau mempunyai pengalaman yang luas lebih mengetahui selok belok sesuatu acara sukan yang
dilatihnya berbanding atlit. Oleh yang demikian atlit hanya perlu menurut segala perintah yang
diarahkan disebabkan kurangnya penglaman dan pengetahuan. Secara tidak langsung akan
memberikan efek kepada atlit sekaligus merencatkan perkembangan dan prestasi atlit tersebut.
Stail kejurulatihan seperti ini tidak sesuai untuk digunakan keatas atlit professional tetapi sesuai
iuntuk atlit amatur terutamanya bagi atlit yang berada dibangku sekolah rendah iaitu berumur
dibawah 12 tahun.
2) Demokratik
• Merupakan satu stail kejurulatihan yang bersifat terbuka keatas atlit-atlitnya. Selain itu,
jurulatih yang berprifil seperti ini kebiasaanya memberi peluang kepada atlit-atlitnya ataupun
pihak luar untuk bersuara dan membentangkan pendapatnya untuk kebaikan mereka berdua.
Jurulatih yang berprofil seperti ini kebiasaanya bersifat professional kerana mengambil kira
pandangan suara pihak lain sebelum membuat sesuatu keputusan atau tindakan. Ini kerana
jurulatih percaya keatas atlit yang muda bahawa mereka boleh melontarkan idea yang bernas dan
sekaligus boleh berkembang atlit yang lebih bermotivasi dan matang apabila dewasa kelak jika
mereka diberikan pendedahan dan peluang yang cukup dan berkeyakinan. Stail kejurulatihan
seperti ini lebih sesuai digunakan keatas atlit-atlit professional dan kurang sesuai digunakan
keatas atlit amatur.
3) Lassez faire
• Merupakan satu stail kejurulatihan yang bersifat rendah yang membenarkan sesebuah
organisasi atau aktiviti itu berjalan dengan sendirinya selain memberi organisasi itu sendiri yang
membuat sesuatu keputusan berbanding jurulatih itu sendiri atau dengan kata lain jurulatih yang
mengamalkan stail ini bersifat lepas tangan dan suka meletakkan sesuatu beban itu di bahu pihak
lain. Jenis stail kejurulatihan ini tidak sesuai untuk digunakan sama ada keatas sesebuah
organisasi ataupun keatas atlit-atlit terutamanya keatas atlit amatur kerana secara tidak langsung
ianya akan memberi kesan keatas atlit itu sendiri dan membentuk satu tingkah laku yang tidak
elok.
4) Behaviouristik
• Pada stail ini jurulatih lebih banyak melakukan sesuatu tanpa mengikut undang-undang yang
telah ditetapkan “mengikut hati” dan lebih percaya perkara yang hendak dilakukan itu lebih
kepada kerja-kerja sukarela. Selain itu, beliau juga kurang kompeten dalam memberi panduan
dan arahan keatas atlit iaitu beliau lebih mengharapkan bantuan daripada orang lain untuk
membuat tindakan seperti pembantunya, pihak atasan atau pihak lain dan akibat daripadanya
banyak kerja-kerja yang tertangguh dan tidak berjalan seperti yang diaturkan. Ini kerana
pengetahuan beliau mengenai kejurulatihan tidak tepat banyak.
SEBELUM BERMAIN

Aktiviti Memanaskan Badan

Memanaskan badan perlu dilakukan untuk memastikan badan adalah bersedia untuk melakukan
aktiviti yang seterusnya. Kegagalan menyediakan otot pada tahap pemanasan badan akan
menyebabkan pengumpulan asid karbonik (laktik) dalam otot.

Pergerakan dalam permaian bola keranjang adalah pantas dan cepat. Ketrampilan diri dan badan
sewaktu melakukan pergerakan badan hendaklah dinamik. Selepas sesi Memanaskan badan
selama 10 atau 15 minit, pemain sepatutnya telah berpeluh dan seharusnya mempunyai
keupayaan untuk bergerak dengan pantas.

Mulakan memanaskan badan dengan berlari anak ke hadapan, ke belakang, ke sisi ke kanan dan
ke kiri. Selepas itu lakukan aktiviti regangan untuk menambahkan kelenturan otot-otot apabila
membuat pergerakan selama lebih kurang 10 minit. Perlu diingatkan bahawa otot akan lebih
menganjal selepas aktiviti pemanasan dilakukan. Berikan tumpuan kepada otot besar dahulu
seperti hamstring, quadriceps, groin, calves, bahagian belakang, tangan dan bahu. Berehat
seketika sebelum memulakan permainan sebenar dan pastikan minum air untuk elak dehidrasi.

Aktiviti Menyejukkan Badan


Semua jenis latihan kemahiran atau permainan mestilah diakhiri dengan sesi penyejukan badan
atau cooling down. Penyejukan otot diperlukan untuk mengembalikan otot kepada keadaan rehat.
Semasa latihan asik laktik akan terkumpul dan jika tidak dialirkan dengan sebaiknya ia akan
menyebabkan berlakunya kesakitan dan kelesuan. Aktiviti penyejukan badan hendaklah
dilakukan dengan lebih relaks dan ringan bagi menurunkan kadar degupan jantung. Lakukan
selama 10-15 minit. Selain itu tujuan menyejukkan badan juga akan:

 Meningkatkan fleksibiliti
 Mengembalikan darah ke jantung
 Mengelak dari berlaku kekejangan
 Menurun kadar suhu badan
 Mengurangkan kesakitan dan kecederaan
 Mengembalikan otot yang direngang ke tahap asal
PERALATAN

Gelanggang

dalam permainan bola keranjang terdapat satu gelanggang khas yang digunakan untuk bermain.
Walau bagaimanapun, gelanggang ini terdapat ukuran yang tetap sama ada di peringkat rendah
mahupun peringkat antarabangsa. Saiz gelanggang maksimum adalah 28 m x 15 m dan
mininum 24 m x 13 m. Saiz gelanggang ini berbeza kerana mengikut tahap umur peserta yang
bermain bola keranjang.

 berikut adalah gambaran tengtang gelanggang bola keranjang


Papan Jaringan Dan Keranjang

Berrikut adalah perincian mengenai papan jaringan dan keranjang.

1. Di kedua-dua bahagian gelanggang didirikan papan jaringan bersama keranjangnya (basket).


Papan ini diperbuat daripada kayu/papan, atau sebarang bahan yang bersesuaian, tebalnya 0.03
m. Bahagian hadapan papan ini hendaklah sama rata dan hendaklah diwarnakan putih. Saiz
papan ialah 1.8 m x 1.2 m (sekolah rendah 1.2 m x 0.9 m). Segiempat bujur kecil di dalamnya
berukuran 0.59 m x 0.45 m.

2. Keranjang terdiri daripada 2 bahagian iaitu bulatan (ring) dan jaring (net). Bulatan dibuat
daripada besi berdiameter 0.45 m di bahagian dalamnya. Jaring yang panjang 0.4 m digantung di
bawah bulatan.

3. Tiang penyokong papan jaringan dan keranjang ini hendaklah 2.75 m tinggi (sekolah rendah
2.3 m).
Bola
Dibuat daripada getah atau sebarang bahan tiruan yang menyerupai getah yang mudah melantun
apabila dijatuhkan. Saiz bola yang diguna oleh lelaki dewasa ialah bola saiz 7, manakala untuk
wanita dewasa ialah saiz 6, dan untuk sekolah rendah pula ialah saiz 5. Berikut adalah beberapa
jenis bola keranjang yang digunakan.
KASUT

Kasut
Kasut yang sesuai ialah kasut getah yang dapat melindungi buku lali seperti dalam gambar.
Kasut yang mempunyai lapisan kusyen yang lembut dapat melindungi kaki semasa melompat
dan mendarat. Stoking yang tebal juga dapat melindungi pemain daripada kecederaan seperti
melecek. Berikut adalah beberapa kasut yang sesuai digunakan semasa bermain bola keranjang.
PAKAIAN

Pakaian pemain bola keranjang hendaklah selesa longgar dan mebolehkan pemain bergerak
dengan selesa. Biasanya pakaian rasmi untuk pemain ialah singlet dan seluar pendek dengan
nombor pemain tertera di bahagian hadapan dan belakang. Hal ini kerana pakaian yang selesa
akan dapat memudahkan pergerakan pemain. Berikut adalah beberapa jenis pakaian yang
digunakan semasa bermain permainan bola keranjang.

Anda mungkin juga menyukai