Anda di halaman 1dari 8

Asal –usul Bola Keranjang .

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5


pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah
keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang
markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat
yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3
mata.Boladigerakkan di dalam gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek) atau
menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak
dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola bola dikawal (penalty).

Permulaan

Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr.
James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan YMCA dan guru
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah
untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut
telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permaianan berpasukan yang boleh
dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan
dalam gelanggang sesebuah bangunan.

Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk
permainanbola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan
mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah
tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai goal. Namun begitu, pegawai
tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Justeru,
Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul
tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan
bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith
dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permaianan
ciptaannya basket ball.
Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan.
Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut.

Selepas permainan experiment pertama, Naismith telah menyediakan


draft peraturan pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal.
Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam surat khabar sekolah, the Triangle pada 15
Janauri 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak
lama kemudian, bola keranajang mula dimainkan oleh pasukan YMCA, sekolah
menegah, kolej, universiti, dan pasukan professional dari Amerika Syarikat dan Kanada.

Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium YMCA pada 20 Januari
1982. Hanya 9 orang pemain yang terlibat dalam permainan ini dalam gelanggang bola
keranjang yang cuma separuh saiz gelanggang NBA pada hari ini.

SEJARAH BOLA KERANJANG DI MALAYSIA


Seperti kebanyakkan permainan, bola keranjang juga adalah satu lagi sukan yang di
bawa masuk dari negara luar ke negara kita. Bagaimanapun tidak ada catatan atau
rekod kukuh atau nyata untuk membuktikan tarikh kedatangan permainan ini ke sini.
Bagaimanapun adalah dipercayai bahawa bola keranjang diperkenalkan ke negara kita
pada awal abad ke-20 oleh orang Inggeris. Penduduk tempatan yang melihat
permainan ini kali pertama kurang berminat untuk bermain permainan ini. Namun
begitu, ahli-ahli beberapa kelab rekreasi di beberapa bandar utama seperti Kuala
Lumpur, Singapura, Ipoh, dan Pulau Pinang bermain permainan ini. Kebanyakan
mereka ini terdiri daripada orang Inggeris dan orang Cina. 

Sambutan dingin dalam beberapa dekad awal bola keranjang diperkenalkan sehingga
perang dunia kedua. Bagaimanapun selepas itu bola keranjang mula diperkenalkan ke
sekolah-sekolah terutamanya sekolah Cina. Bagi memudahkan usaha
mengembangkanpermainan ini ke merata tempat di negara ini, ditubuhkan persatuan
khususnya permainan ini di peringkat kebangsaan. Penubuhan persatuan ini bermula
pada awal tahun 1960-an. Persatuan ini dinamakan sebagai Persatuan Bola Keranjang
Malaysia (MABA). Dengan memudahkan usaha untuk mempopularkan permainan ini ke
negeri-negeri di seluruh nagara dan lebih-lebih lagi menarik peminat di kalangan
masyarakat bukan Cina. Langkah awal MABA ialah menganjurkan pertandingan antara
negeri. Untuk menarik minat lebih ramai ahli sukan mengambil bahagian sebuah piala
dihadiahkan oleh Yang Dipertuan Agong dinamakan sebagai Piala Agong menjadi piala
rebutan. Pertandingan ini dimulakan pada pertengahan 1960-an. 
Jika dilihat sambutan terhadap sukan ini secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan
bahawa bola keranjang merupakan satu lagi permainan yang berjaya menarik
sebilangan besar penduduk negara ini. Walau bagaimanapun kebanyakan daripada
mereka yang menunjukkan minat pada sukan ini adalah merupakan kaum Cina.
Alatan Bola Keranjang

 PERALATAN
Untuk kejohanan/karnival sukan MSP, jenama bola keranjang yang digunakan ialah
jenis kulit atau kulit tiruan (artificial composite/synthetic leather) dengan Cop FIBA
OFFICIAL.

Untuk lelaki : ukur lilit tidak kurang dari 749 mm dan Tidak lebih dari 780 mm
(size 7) dan berat bola tidak kurang dari 567 g dan tidak lebih dari 650 g.
15.2.3

Untuk Wanita : ukur lilit tidak kurang dari 724 mm dan tidak lebih dari 737 mm
(size 6) dan berat bola tidak kurang dari 510g dan tidak lebih dari 567g. Bola
keranjang mesti mempunyai8 bentuk panel tradisi.
Peraturan Permainan Bola Keranjang.

Peraturan asas dalam permainan Bola Keranjang adalah sebagai berikut.

1. Bola boleh dilemparkan ke segala arah dengan menggunakan salah satu atau
kedua-dua tangan.

2. Bola boleh dipukul ke segala arah dengan menggunakan salah satu atau kedua-dua
tangan, tetapi tidak boleh dipukul menggunakan kepalan tangan (meninju)
.
3. Pemain tidak dibenarkan berlari sambil memegang bola. Pemain harus melemparkan
bola tersebut dari titik tempat menerima bola, tetapi dibenarkan apabila pemain tersebut
berlari pada kelajuan biasa.

4. Bola harus dipegang di dalam atau diantara telapak tangan. Lengan atau anggota
tubuh yang lain tidaqk dibenarkan memegang bola. 

5. Pemain tidak dibenarkan menyeruduk, menahan, mendorong, memukul, atau


menjegal pemain lawan dengan cara bagaimanapun. Kesalahan pertama terhadap
peraturan ini akan dihitung sebagai kesalahan, pelanggaran kedua akan diberi sanksi
berupa pendiskualifikasian Pemain pelanggar hingga keranjang timnya dimasuki oleh
bola lawan, dan apabila pelanggaran tersebut dilakukan dengan tujuan untuk
mencederai lawan, maka pemain pelanggar akan dikenakan hukuman tidak boleh ikut
bermain sepanjang pertandingan . Pada masa ini, pergantian pemain tidak dibenarkan.

6. Sebuah kesalahan dibuat pemain apabila memukul bola dengan kepalan tangan
(meninju), melakukan pelanggaran terhadap peraturan 3 dan 4, serta melanggar hal-hal
yang disebutkan pada aturan 5.
7. Apabila salah satu pihak melakukan tiga kesalahan berturut-turut, maka kesalahan
itu akan dihitung sebagai gol untuk lawannya (berturut-turut bererti tanpa adanya
pelanggaran balik oleh lawan).

8. Gol terjadi apabila bola yang dilemparkan atau dipukul dari lapangan masuk ke
dalam bakul, dalam hal ini pemain yang menjaga keranjang tidak menyentuh atau
mengganggu gol tersebut. Apabila bola terhenti di pinggir keranjang atau pemain lawan
menggerakkan keranjang, maka hal tersebut tidak akan dikira sebagai sebuah gol.

9. Apabila bola keluar lapangan pertandingan, bola akan dilemparkan kembali ke dalam
dan dimainkan oleh pemain pertama yang menyentuhnya. Apabila berlaku perbezaan
pendapat tentang pemilikan bola, maka wasitlah yang akan melemparkannya ke dalam
lapangan. Pelempar bola diberi waktu 5 detik untuk melemparkan bola dalam
genggamannya. Apabila ia memegang lebih lama dari waktu tersebut, maka pemilikan
bola akan berpindah. Apabila salah satu pihak melakukan hal yang dapat menunda
pertandingan, maka wasit dapat memberi mereka sebuah peringatan pelanggaran.

10. Referee berhak untuk memperhatikan permainan para pemain dan mencatat jumlah
pelanggaran dan memberi tahu wasit pembantu apabila terjadi pelanggaran berturut-
turut. Referee mempunyai hak penuh untuk membatalkan pemain yang melakukan
pelanggaran sesuai dengan yang dinyatakan di dalam Peraturan 5.

11. Referee pembantu memperhatikan bola dan mengambil keputusan apabila bola


dianggap telah keluar lapangan, pergantian kepemilikan bola, serta menghitung
waktu.Referee pembantu berhak menentukan sah tidaknya suatu gol dan menghitung
jumlah gol yang terjadi.
12. Waktu perlawanan adalah 4 quarter masing-masing 10 minit.

13. Pihak yang berhasil memasukkan gol terbanyak akan dinyatakan sebagai


pemenang.

Anda mungkin juga menyukai