Anda di halaman 1dari 7

BUKU SKRAP SUKAN & PERMAINAN

BOLA KERANJANG

NAMA: NUR FAIZATUL NAJIHAH BINTI MOHAMAD FAIZAL


TINGKATAN: 3 ABU DAUD
SUKAN & PERMAINAN: BOLA KERANGJANG/ BASKETBALL
PENGENALAN

BOLA KERANJANG ialah satu *sukan* di mana dua


pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha
untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui
sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang
dari atas; dan pasukan yang markahnya lebih banyak
apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran
lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata,
di luar lengkungan bernilai 3 mata.Bola digerakkan di
dalam gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek)
atau menghantar bola tersebut kepada rakan sepasukan.
Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan
terdapat sekatan bagaimana bola bola dikawal (penalty).
SEJARAH BOLA KERANJANG

Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892.Permainan ini dicipta oleh Dr.
James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan Pertubuhan Belia
Pemuda Kristian dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield
(dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua
bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu
permainan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk.Oleh itu, permainan
ini harus dimainkan dalam gelanggang sesebuah bangunan.

Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk
permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan
mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah
tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai gol. Namun begitu, pegawai
tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Oleh itu,
Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permainan ini. Kedua-dua bakul
tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan
bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith
dalam kelas beliau pada Disember 1891.Naismith telah menamakan permainan
ciptaannya, basketball atau nama dalam bahasa melayu ialah Bola Keranjang.

Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan.
Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut.
Selepas permainan eksperimen pertama, Naismith telah menyediakan draf peraturan
pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal.
Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam surat khabar sekolah, The Triangle pada 15
Januari 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak
lama kemudian, bola keranjang mula dimainkan oleh pasukan Pertubuhan Belia
Pemuda Kristian, sekolah menengah, kollage, universiti dan pasukan professional dari
Amerika Syarikat dan Kanada
Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium Pertubuhan Belia
Pemuda Kristian pada tarikh 20 Januari 1892. Hanya ada 9 orang pemain sahaja yang
terbabit dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang hanya separuh
saiz gelanggang National Basketball Association pada hari ini.
PERATURAN BOLA KERANJANG

1. Bola boleh dibuang ke mana-mana arah dengan menggunakan salah satu atau
kedua-dua belah tangan.
2. Bola boleh dilanggar/tepis dalam apa-apa cara dengan menggunakan satu atau
kedua-dua belah tangan, tetapi tidak boleh dipukul menggunakan genggaman
(menumbuk).
3. Pemain tidak dibenarkan untuk berlari sambil memegang bola dengan kedua-dua
tangan.
4. Bola mesti di antara tapak tangan. Senjata atau anggota badan yang lain adalah tidak
dibenarkan untuk memegang bola.
5. Pemain tidak dibenarkan untuk membajak, memegang, menolak, memukul, atau
mengatasi lawan dalam beberapa cara. Pertama pelanggaran peraturan ini akan dikira
sebagai sesuatu kesilapan, kesalahan(foul) akan diberikan kepada pemain yang
mencabuli kesalahan tersebut sehingga bola dimasukkan oleh pihak lawan, dan jika
kesalahan itu dilakukan dengan niat untuk mencederakan pihak lawan, maka pemain
yang melakukan kesalahan tersebut akan dihukum tidak perlu bermain sepanjang
perlawanan. Pada waktu ini, sebarang penggantian pemain adalah tidak dibenarkan.
6. Jika satu pihak membuat tiga kali kesilapan berturut-turut, maka kesilapan itu akan
dikira sebagai kesalahan(foul) untuk lawan.
7. Apabila berlakunya kesalahan(foul), pihak lawan akan mendapat balingan percuma.
8. Pengadil mempunyai hak untuk memberi perhatian kepada para pemain yang
melakukan kesalahan dan mencatat jumlah kesalahan yang dilakukan dan memberitahu
penolong pengadil. Pengadil mempunyai hak penuh untuk membatalkan penyertaan
mana-mana pemain yang melakukan kesalahan mengikut Kaedah 5.
9. Penolong pengadil perlu melihat bola dan membuat keputusan apabila bola tersebut
dianggap telah keluar lapangan, perubahan pemilikan, serta pemasaan.Penolong
pengadil mempunyai hak untuk menentukan kesahihan gol dan menghitung bilangan
jaringan .
10. Setiap permainan dalam pertandingan mempunyai 4 set dalam satu permainan, dan
masa yang diberikan dalam 1 set ialah selama 10 minit. Masa berehat semasa
pertandingan diberikan selama 5 minit.
11. Pihak yang berjaya untuk memasuk jaringan yang paling banyak akan diisytiharkan
sebagai pemenang.
CARA BERMAIN
Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya
mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu
sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas;


dan
pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan
dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan
bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata, dan setiap
lontaran percuma bernilai 1 mata. Bola bola digerakkan di dalam
gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek) atau
menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal
(faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola dikawal.

Permulaan untuk permainan bola keranjang ialah dengan lontaran


bola di tengah-tangah gelanggang oleh pengadil. Caranya ialah dua
orang permain, seorang daripada kedua-dua pasukan berdiri di
tengah-tengah bulatan tengah gelanggang dengan kaki berada di
gelanggang sendiri. Pengadil akan melambung bola ke atas di antara
kedua-dua permain untuk direbut, Sebaik sehaja bola dilambung
,kedua-dua pemain ini akan berusaha menampar bola kepada
rakannya. Mereka tidak dibenarkan menangkap bola daripada
lontaran pengadil ini. Pemain-pemain lain hendaklah berada di luar
seperuh bulatan masing-masing.
TOKOH SUKAN BOLA KERANJANG

Kobe Bean Bryant (23 Ogos 1978 - 26 Januari, 2020) adalah seorang pemain
profesional bola kerangjangAmerika Syarikat.

Joon Kang LEE (02 Aug 1999 age 21) adalah seorang pemain profesional bola
keranjang Malaysia
PENUTUP
Saya berharap sukan Bola Keranjang/ Basketball ini dapat
berkembang dengan pesat di negara mahupun di sekolah.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai