Anda di halaman 1dari 14

1.

0 SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA KERANJANG DI DUNIA

Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr.
James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan Pertubuhan Belia
Pemuda Kristiandan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu
dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan
sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permainan berpasukan
yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam
gelanggang sesebuah bangunan.

Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk
permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah
untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut
untuk menyediakan dua kotak besar sebagai gol. Namun begitu, pegawai tersebut tidak
mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Oleh itu, Naismith telah
menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang
pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang
pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada
Disember 1891. Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya, basketball (Bahasa
Melayu:Bola Keranjang). Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola
di petak lawan. Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan
tersebut.

Selepas permainan eksperimen pertama, Naismith telah menyediakan draf peraturan


pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan
ini diterbitkan dalam surat khabar sekolah, The Triangle pada 15 Januari 1892. Permainan
ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranjang
mula dimainkan oleh pasukan Pertubuhan Belia Pemuda Kristian, sekolah menengah, kolej,
universiti, dan pasukan professional dari Amerika Syarikat dan Kanada.

Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium Pertubuhan Belia Pemuda
Kristian pada tarikh 20 Januari 1892. Hanya ada 9 orang pemain sahaja yang dibabitkan
dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang hanya separuh saiz
gelanggang National Basketball Association pada hari ini. Seperti kebanyakkan permainan,
bola keranjang juga adalah satu lagi sukan yang di bawa masuk dari negara luar ke negara
kita. Bagaimanapun tidak ada catatan atau rekod kukuh atau nyata untuk membuktikan
tarikh kedatangan permainan ini ke sini. Bagaimanapun adalah dipercayai bahawa bola
keranjang diperkenalkan ke negara kita pada awal abad ke-20 oleh orang Inggeris.
Penduduk tempatan yang melihat permainan ini kali pertama kurang berminat untuk bermain
permainan ini. Namun begitu, ahli-ahli beberapa kelab rekreasi di beberapa bandar utama
seperti Kuala Lumpur, Singapura, Ipoh, dan Pulau Pinang bermain permainan ini.
Kebanyakan mereka ini terdiri daripada orang Inggeris dan orang Cina.

1.1 SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA KERANJANG DI MALAYSIA

Sambutan dingin dalam beberapa dekad awal bola keranjang diperkenalkan sehingga
perang dunia kedua. Bagaimanapun selepas itu bola keranjang mula diperkenalkan ke
sekolah-sekolah di Malaysia .Bagi memudahkan usaha mengembangkan permainan ini ke
merata tempat di negara ini, ditubuhkan persatuan khususnya permainan ini di peringkat
kebangsaan. Penubuhan persatuan ini bermula pada awal tahun 1960-an. Persatuan ini
dinamakan sebagai Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA). Dengan memudahkan
usaha untuk mempopularkan permainan ini ke negeri-negeri di seluruh nagara dan lebih-
lebih lagi menarik peminat di kalangan masyarakat bukan Cina. Langkah awal MABA ialah
menganjurkan pertandingan antara negeri.

Untuk menarik minat lebih ramai ahli sukan mengambil bahagian sebuah piala
dihadiahkan oleh Yang Dipertuan Agong dinamakan sebagai Piala Agong menjadi piala
rebutan. Pertandingan ini dimulakan pada pertengahan 1960-an. Jika dilihat sambutan
terhadap sukan ini secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa bola keranjang
merupakan satu lagi permainan yang berjaya menarik sebilangan besar penduduk negara
ini. Walau bagaimanapun kebanyakan daripada mereka yang menunjukkan minat pada
sukan ini adalah merupakan kaum Cina.
2.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

1. Masa Permainan :
Permainan dibahagikan kepada 4 waktu yang mengandungi masa 10 minit setiap
waktu dengan masa 2 minit rehat antaranya (4 x 10 minit).
10 minit rehat antara waktu 2 & 3 sebagai separuh masa perlawanan.
Penjaga masa akan menghentikan jam permainan:-
I. Semasa berlaku satu faul.
II. Dalam satu kejadian Jump Ball.
III. Tamatnya satu waktu permainan.
IV. Permintaan masa berhenti (Time out).
V. Satu kecederaan berlaku.
VI. Pengadil mengarahkan jam permainan dihentikan.
Penjaga masa akan mulakan jam permainan semula:-
I. Lontaran ke dalam dan bola disentuh oleh salah seorang pemain.
II. Lontaran percuma terakhir bola.

2. Permulaan permainan :
Permainan akan dimulakan dengan 5 orang pemain bagi setiap pasukan.
Permainan hendaklah dimulakan pengadil dengan Jump Ball di bulatan tengah.

3. Jump Ball
Jump Ball diadakan pada permulaan permainan sahaja dengan pengadil
melambungkan bola di bulatan tengah.

4. Jaringan Gol :
Jaringan gol dihasilkan apabila bola hidup (dalam permainan) memasuki keranjang.
Pasukan yang menjaringkan gol mendapat 2 mata, 3 mata bagi jaringan gol dalam
kawasan 3 mata.
Pihak lawan akan memulakan permainan dengan lontaran ke dalam.

5. Jaringan Bebas :
Dua atau tiga jaringan bebas diberikan kepada seseorang pemain yang telah
difaulkan semasa dia hendak menjaringkan gol.
Setiap jaringan yang berjaya dari jaringan bebas dikira 1 mata.
6. Bola Keluar :
Bola dikira keluar apabila ia terkena lantai atau benda-benda lain di luar
gelanggang.

7. Lontaran Ke Dalam :
Seseorang pemain hendaklah membuat lontaran ke dalam dari luar batasan
di tempat yang ditunjuk oleh pengadil.
Pemain mempunyai 5 saat untuk membuat lontaran ke dalam.
Semasa membuat lontaran ke dalam, pemain-pemain lain dilarang menyentuh atau
melampaui garisan sempadan tepi.
Pengadil bertanggungjawab menyerahkan bola untuk lontaran ke dalam.

8. Pemain di luar batasan gelanggang :


Seseorang pemain dikira keluar batasan gelanggang apabila dia menyentuh
batasan sama ada di atas atau di luar garisan.
Bola dikira di luar batasan gelanggang apabila bola itu tersentuh seseorang pemain
di luar batasan gelanggang.

9. Penggantian Pemain : Boleh dilakukan oleh jurulatih apabila:


Satu faul telah berlaku.
Berlaku Jump Ball (Lontaran dalam bergiliran)
Lontaran ke dalam.
Masa berhenti (time-out).
Bila berlaku kecederaan.

10. Peraturan 3 saat


Seseorang pemain dilarang berada di dalam kawasan larangan pasukan.
Lawannya lebih dari tiga saat bila pasukannya sedang menguasai bola.

11. Peraturan 5 saat :


Seseorang pemain yang sedang memegang bola dengan tidak menghantar,
menjaring gol, mengguling atau menggelecek lebih daripada 5 saat semasa dikawal
ketat oleh pihak lawan.
12. Peraturan 8 saat :
Pasukan sedang menguasai bola tidak boleh mengawal atau menguasai bola di
kawasan lapang belakang gelanggang lebih daripada 8 saat.
3.0 UKURAN GELANGGANG

Ukuran rasmi gelanggang bola keranjang Malaysia

Panjang : 28 meter

Lebar : 15 meter

Papan jaring : 1.8 meter

Bulatan tengah : 3.6 meter

Bulatan balingan percuma : separa 1.8m / penuh 3.6m

Garisan 3 pointer : 6.25 meter


4.0 PERALATAN

Bola keranjang boleh dimainkan sama ada di dalam dewan tertutup atau di gelanggang
terbuka. Peralatan yang diperlukan ialah gelanggang, bola, tiang gol, pemain dan pakaian
dan pegawai permainan.

1) BOLA
Bola diperbuat daripada getah dan dilepaskan dengan kulit getah
atau bahan tiruan.
Beratnya tidak kurang daripada 450 gram dan tidak melebihi 500
gram.
Ukuran bola ialah 68cm hingga 72cm.
Dalam pertandingan peringkat antarabangsa,hanya bola yang mempunyai cop NBA
sahaja yang boleh digunakan.

KATEGORI SAIZ BERAT LILITAN

Lelaki dan 5 450-500 gram 66-73 cm


perempuan sekolah
rendah

Perempuan 6 510-567 gram 72.4-73.7 cm


sekolah menengah

Lelaki sekolah 7 567-650 gram 74.9-78 cm


menengah
2) PEMAIN DAN PAKAIAN
Pakaian untuk lelaki dan perempuan terdiri daripada baju tanpa lengan atau
berlengan pendek, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but.
Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain tidak
dibenarkan.
Pemain dalam satu gelanggang terdiri daripada 10 orang pemain.
Pemain dibenarkan memakai jersi bernombor sehingga ke angka 99. Nombor tiga
angka adalah tidak dibenarkan sama sekali.
5.0 PENGELOLAAN

1) Sistem Kalah Mati

Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan

terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai

dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi

kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan

sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur

keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

KELEBIHAN KELEMAHAN
1. Boleh dijalankan dalam masa yang 1. Pasukan yang menjadi johan, boleh
singkat; jadi bukan yang benar-benar terbaik;
2. Cepat memilih pemenang; 2. Separuh daripada pasukan akan
3. Boleh dijalankan dengan peralatan terkeluar selepas pusingan pertama;
yang terhad; 3. Kemungkinan ada di antara pemain
4. Seronok untuk ditonton; dan dari pasukan yang kalah langsung
5. Penyertaan ramai. tiada peluang bermain.
Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye). Bilangan menunggu (bye)
dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu
angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya. Contoh 7 pasukan yang bertanding. Angka yang lebih
dari 7 ialah 8. Maka 8 tolak 7 ialah 1. Cara ini bermakna ada 1 pasukan menunggu (bye).
Carta untuk sistem kalah mati ialah seperti berikut:
2.) SISTEM LIGA

Merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya

pertandingan itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Perkara-pekara

yang perlu diambil perhatian :

Masa yang mencukupi;

Kewangan yang ada;

Bilangan pengadil; dan

Kemudahan dan peralatan yang ada.

Pertandingan boleh dijalankan dalam

Liga satu pusingan; dan

Liga berkumpulan

Contoh carta liga satu pusingan :

PASUKAN A B C D E MENANG KALAH JUMLAH KEPUTUSAN


A
B
C
D
E

Contoh carta liga berkumpulan :

KUMPULAN A

PASUKAN A B C MENANG KALAH JUMLAH KEPUTUSAN


A
B
C

KUMPULAN B

PASUKAN A B C MENANG KALAH JUMLAH KEPUTUSAN


A
B
C
6.0 KEMAHIRAN

Terdapat tiga kemahiran asas permainan bola keranjang iaitu :

a) Menghantar
b) Menjaring
c) Mengawal dan mengadang

6.1 Menghantar

Terdapat empat cara hantaran permainan bola keranjang iaitu:

1) Hantaran aras dada digunakan untuk hantaran jarak dekat, pantas dan tepat.
2) Hantaran lantun biasanya dilakukan secara mengejut untuk mengatasi pihak lawan
yang mengawal rapat. Bola dilantunkan pada masa yang sesuai supaya tidak dipintas-
sekat oleh pihak lawan. Lantunan dibuat dengan sebelah atau dua belah tangan secara
menolak bola kepada penerima.
3) Hantaran rendah atau dari bawah merupakan cara yang sesuai untuk memberi bola
kepada kawan yang bergerak berhampiran dengan pemilik bola ataupun semasa pihak
yang mengawal itu mengangkat tinggi tangannya unutk mengadang.
4) Hantaran atas merupakan cara yang boleh diamalkan apabila pemain hendak membuat
hantaran tinggi kepada kawannya. Seringkali cara ini dilakukan supaya bola tidak
dipintas sekat oleh pihak yang mengawal dengan keadaan tangannya ke atas.
6.2 Menjaring

Terdapat lima jenis jaringan dalam permainan bola keranjang:


a) Jaringan tolak (dengan sebelah atau dua belah tangan)
b) Jaringan lompat
c) Jaringan layang
d) Jaringan lengkung
e) Jaringan lemparan bebas
6.3 Mengawal dan Menghadang

Sebaik sahaja bola berpindah tangan, pasukan yang tidak menguasai bola terpaksa
bertahan.
Kawalan adalah bertujuan mematahkan serangan lawan dan mendapat balik bola
untuk mengatur serang- balas
NAMA ALEXSON LAYANG ANAK BAJING

JANTINA LELAKI

NO. KAD PENGENALAN 970324-13-6025

NO. ANGKA GILIRAN 2016042340032

ALAMAT NO.28, LRG 6D, TMN TIEN SII, JLN


BANGUNAN KERAJAAN, 96100 SARIKEI,
SARAWAK.

NO. TELEFON 012-8961025

EMEL mr.alexson.al@gmail.com

KUMPULAN PENGAJIAN PISMP PJM (SK) JUN 2016

SEMESTER SEMESTER 2 TAHUN 1

Anda mungkin juga menyukai