Anda di halaman 1dari 11

LAB 1: PERGERAKAN MANUSIA KINEMATIK LINEAR DAN ANGULAR

NAMA Jamrah Sibin

KUMPULAN / Pendidikan Jasmani Jun 2016


AMBILAN
NO. ANGKA GILIRAN 2016042340037

TAJUK AMALI Pergerakan Manusia Kinematik Linear Dan Angular

TARIKH AMALI 16 Januari 2020


(11:30 AM – 12:30 AM)
1. Pencatat masa / jarak
2. Pengukur jarak
PENGUJI 3. Keselamatan
(5 ORANG)
4. Pelepas
5. Pencatat pergerakan trajektori

1. Bola keranjang
2. Bola tampar
ALATAN
3. Bola tennis
4. Tangga (1.2 Meter)
JARAK MAKSIMUM 15 Meter
AKTIVITI

PENGENALAN

Kinematik ialah kajian mengenai gerakan objek tanpa merujuk kepada kesan-kesan yang
menyebabkan gerakan itu. Justeru, kuantiti fizik yang terlibat dalam gerakan adalah seperti
jarak, sesaran, laju, halaju, masa dan pecutan.

Kinematik linear pula adalah merupakan satu pergerakan lurus sesuatu jasad. Jasad yang
dikenakan daya tolakan atau tarikan akan terus bergerak lurus dan tidak akan berubah arah
melainkan dikenakan oleh daya luar ke atas jasad tersebut. Kesan daya luar tersebut akan
menyebabkan jasad yang bergerak lurus akan berubah arah dan halaju bertambah.
Seterusnya, kinematik angular adalah pergerakan yang terhasil apabila berlaku putaran
jasad pada satu paksi rujukan. Pergerakan linear dan angular berkait rapat dengan projectile
terhadap jasad yang dilayang ke udara.

Projectile adalah merupakan pergerakan jasad yang tersesar ke udara dan jatuh semula ke
bumi dan hanya dipengaruhi oleh daya semuajadi seperti tarikan graviti dan rintangan
udara.. Sebagai contoh gerakan badan melayang ke udara dalam acara lompat jauh,
terjunan dan sebagainya. Terdapat 3 jenis trajektori iaitu menegak (vertical), mendatar
(horizontal) dan parabolik. Trajektori projectile ini dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu
seperti sudut pelepasan, halaju pelepasan dan tinggi pelepasan.

ANALISIS:

AKTIVITI 1: KEMAHIRAN BALINGAN ARAS BAHU

Mohd Saiful

Bola keranjang Bola baling Bola tennis

Rajah 1: Keputusan balingan sampel lelaki


Jeswenny

Bola keranjang Bola baling Bola tennis

Rajah 2: Keputusan balingan sampel perempuan

PERBINCANGAN:
Berdasarkan analisis makmal yang telah dilakukan terhadap sampel lelaki melalui aktiviti
balingan atas bahu, penguji mendapati bahawa ketiga-tiga jenis bola iaitu bola keranjang,
bola baling dan bola tennis mempunyai trajectori yang berbeza. Hal ini adalah disebabkan
saiz dan juga jisim bola mempengaruhi parabolik dan trajectori semasa berada di udara.
Bola baling mempunyai masa yang sangat cepat semasa mencecah ke lantai berbanding
dengan bola keranjang dan bola tennis. Penguji juga mendapati bahawa berat bola ini
sedikit berat berbanding kedua-dua bola tersebut. Justeru, jarak balingan untuk bola baling
juga lebih jauh, di ikuti oleh bola tennis dan bola keranjang.

Selain itu, bagi parabolik untuk bola baling dan bola keranjang pula adalah hampir sama
semasa dilepaskan iaitu berbentuk vertikal semasa dilepaskan diudara kemudian bertukar
kepada bentuk horizontal atau mendatar semasa jatuh ke permukaan lantai. Manakala, bola
tennis pula berbentuk horizontal sahaja. Hal ini adalah disebabkan oleh kedudukan tangan
atau kepanjangan lengan sampel mempengaruhi laluan parabolik semasa melepaskan bola
tersebut pada aras bahu.

Oleh itu, daripada analisis ni dapat dirumuskan bahawa semakin berat sesuatu jisim objek,
semasa cepat pendek masa yang diambil untuk jatuh ke permukaan bumi. Tambahan pula,
tarikan graviti mempengaruhi parabolik objek tersebut.
RESULT:

Sampel Demografi sampel

Perkara Mohd Saiful Jeswenny

Tinggi 170 m 152 m


Panjang tangan 28 m 31 m
ke siku
Panjang tangan 72 m 71 m
ke bahu
Tinggi dari kaki 1.83 m 1.26 m
ke paras dada

Jadual 1: Demografi Sampel

Aktiviti 1: Kemahiran balingan aras bahu

Sampel Mohd Saiful Jeswenny

Perkara Jarak lontaran Masa Jarak lontaran Masa

Bola keranjang 8.71 m 1.76 s 4.70 m 1.07 s

Bola baling 10.48 m 1.60 s 7.57 m 1.29 s

Bola tennis 9.71 m 1.70 s 7m 1.76 s

Jadual 2: Keputusan kemahiran balingan aras bahu lelaki dan perempuan


ANALISIS:
AKTIVITI 2: KEMAHIRAN MENJUNAM

Mohd Saiful

Bola keranjang Bola baling Bola tennis

Rajah 3: Keputusan kemahiran menjunam sampel lelaki

Jeswenny

Bola keranjang Bola baling Bola tennis

Rajah 4: Keputusan menjunam sampel perempuan


PERBINCANGAN:
Berdasarkan hasil makmal terhadap sampel lelaki dalam rajah 3, bola tennis mempunyai
masa yang paling cepat jatuh ke permukaan lantai berbanding dengan bola keranjang dan
bola baling. Hal ini mungkin berlaku kerana saiz bola tennis yang kecil membantu daya
bertindak lebih cepat dan kuat ke atas objek kecil semasa membaling bola tersebut secara
menjunam. Selain itu, ketumpatan udara di dalam bola tennis juga mempengaruhi halaju
dan masa bola tersebut.

Seterusnya, bola baling mempunyai jarak yang lebih jauh berbanding dengan bola baling
dan bola tennis. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor jantina iaitu kekuatan lengan lelaki
berbanding perempuan mempengaruhi jarak bola yang di baling.

Selain itu, bagi laluan trajectori pula, bola keranjang dan bola tennis mempunyai laluan
parabolik yang hampir sama iaitu berbentuk horizontal manakala bagi bola baling pula ianya
berbentuk horizontal dan kemudian bertukar kepada bentuk ventrikel semasa menjunam ke
lantai.

RESULT:

Aktiviti 2: Kemahiran menjunam

Sampel Mohd Saiful Jeswenny

Perkara Jarak lontaran Masa Jarak lontaran Masa

Bola keranjang 6.90 m 0.49 s 4.15 m 0.57 s


Bola baling 7.91 m 0.69 s 4.53 m 0.81 s
Bola tennis 4.69 m 0.26 s 11.29 m 0.70 s
Jadual 3: Keputusan kemahiran menjunam aras bahu lelaki dan perempuan

ANALISIS:
AKTIVITI 3: KEMAHIRAN ATAS TANGGA

Mohd Saiful

Bola keranjang Bola baling Bola tennis

Rajah 5: Keputusan balingan atas tangga sampel lelaki

Jeswenny

Bola keranjang Bola baling Bola tennis

Rajah 6: Keputusan balingan atas tangga sampel perempuan

PERBINCANGAN:
Berdasarkan analisis terhadap sampel perempuan dalam kemahiran balingan bola atas
tangga, penguji mendapati bahawa bola keranjang mempunyai masa yang agak lama
berbanding dengan bola baling dan bola tennis. Namun, dari segi jarak lontaran pula, bola
baling mempunyai jarak yang lebih jauh berbanding dengan bola keranjang dan bola tennis.
Ini disebabkan pengaruh jisim dan ketinggian pusat graviti terhadap bola tersebut.

Selain itu, bagi laluan trajektori, bola tennis berbentuk horizontal sahaja sehingga mencecah
permukaan lantai dan untuk bola keranjang dan bola baling pula ianya berbentuk horizontal
pada mulanya dan kemudian bertukar kepada vertikal semasa jatuh ke permukaan lantai. Ini
disebabkan ketinggian tangga juga mempengaruhi parabolik ketiga-tiga bola tersebut.

Sebagai kesimpulan, jisim dan ketinggian pusat graviti sesuatu tempat semasa melepaskan
objek atau jasad ke udara mempengaruhi laluan dan arah parabolik jasad itu sendiri.

RESULT :

Aktiviti 3: Kemahiran atas tangga

Sampel Mohd Saiful Jeswenny

Perkara Jarak lontaran Masa Jarak lontaran Masa

Bola keranjang 9.45 m 0.94 s 6.68 m 0.92 s


Bola baling 10.58 m 0.98 s 7.86 m 0.86 s
Bola tennis 8.54 m 0.91 s 6.35 m 0.82 s

Jadual 4: Keputusan kemahiran atas tangga lelaki dan perempuan

CADANGAN MENINGKATKAN PRESTASI:


Bagi meningkatkan prestasi individu tersebut, mereka boleh melakukan latihan bebanan
pada bahagian anggota tangan bagi mengikatkan daya balingan kepada bola tersebut.
Latihan bebanan ini dapat membina kekuatan pada bahagian otot lengan iaitu otot triseps,
biseps dan deltoid. Latihan yang dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu bagi
mendapatkan kesan yang positif. Dengan berbuat demikian, sampel dapat menjana daya
balingan yang lebih kuat pada bola yang dibaling. Contohnya latihan, biseps curl dan triseps
curl, push up dan sebagainya.

RUJUKAN

J.Hall, S. (2012). Angular Kinematics of Human Movement. In S. J.Hall, Basic Biomechanics


(p. 373). American New York: McGraw Hillkk

Unit Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (2013). Nota Sains Sukan Tahap 1: Akademi

Kejurulatihan Kebangsaan Majlis Sukan Negara. Kompleks Sukan Negara, Bukit


Jalil: Kuala Lumpur

Cappozzo, A., Marchetti, M., & Tosi, V. (Eds.) (1990). Biolocomotion: A century of research

using moving pictures. Rome: Promograph.

Kreighbaum, E., & Barthels, K. M. (1996). Biomechanics: A qualitative approach to studying


human movement. Boston: Allyn & Bacon
Lafortune, M. A., & Hennig, E. M. (1991). Contribution of angular motion and gravity to tibial
acceleration. Medicine and Science in Sports and Exercise, 23, 360–363.
Bartlett, R. 2007. Introduction to Sports Biomechanics: Analysing Human Movement
Patterns. Routledge; 2 editions

Anda mungkin juga menyukai