Anda di halaman 1dari 27

PENGENALAN

Setiap individu yang dilahirkan pasti mempunyai potensi yang tersendiri dan
berlainan dengan individu yang lain. Dalam usia yang masih muda mereka ini tidak
mempunyai kemahiran dan keupayaan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri
sendiri tanpa bimbingan daripada pihak tertentu. Oleh itu, bagi merealisaikan impian ini,
satu siri perkhemahan pendidikan luar telah dirancang bagi murid-murid ini untuk
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri mereka.

Dewasa ini, murid-murid juga sering terdedah dengan aktiviti dan perlakuan sosial
yang tidak memberikan manfaat kepada mereka. Bagi mengatasi masalah ini mereka perlu
dididik dan didedahkan dengan aktiviti kokurikulum yang berfaedah dan seterusnya dapat
membimbing mereka dalam memenuhi masa lapang mereka. Melalui program pendidikan
luar ini, peserta akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti berfaedah yang memberikan
cabaran yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kebolehan mereka.

Bagi mengikuti aktiviti yang telah disusun, peserta perlulah mempunyai kesepaduan
pemikiran dan pengetahuan yang merangkumi keyakinan diri, semangat, motivasi,
kesungguhan serta toleransi yang baik semasa melakukan aktiviti kumpulan. Selain itu,
melalui perkhemahan ini juga ianya diharapkan akan dapat menerap dan melahirkan individu
yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan generasi unggul dalam usaha menjadi
sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

MATLAMAT PROGRAM
1
Matlamat program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan
dengan kepimpinan dan menerapkan nilai-nilai disiplin kepada pesertanya. Faktor
kepimpinan dan nilai disiplin perlu ada dalam diri akan mendorong kepada perkembangan
sikap yang cemerlang dalam mencapai kekuatan fizikal yang maksima,berintelek dan
menanam semangat bekerjasama yang merupakan kemahiran asas dalam hidup
bermasyarakat. Melalui aktiviti yang dilaksanakan juga, ianya juga diharapkan akan dapat
melahirkan generasi yang dapat memberikan sumbangan positif kepada agama, sekolah,
masyarakat dan seterusnya kepada negara.

OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif-objektif yang akan dapat dicapai berdasarakan kepada penyertaan


peserta dalam setiap aktiviti ialah :

i. Menyakini akna kebolehan diri sendiri.

ii. Melahirkan generasi yang sihat dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani.

iii. Memupuk semangat berpasukan.

iv. Mengeratkan hubungan persaudaraan serta semangat sertiakawan dan


bertimbangrasa.

v. Berkongsi idea dan membentuk sikap bertanggungjawab untuk menyelesaikan


masalah.

vi. Menyemai nilai-nilai murini seorang pemimpim dan memantapkan daya kepimpinan.

vii. Melahirkan individu yang berketerampilan, kraetif dan inovatif.

KUMPULAN SASARAN

Seramai 15 orang guru pelatih dari kumpulan PJM JUN 2016 telah dipilih dan
ditawarkan untuk menyertai perkhemahan ini.

BUTIRAN PROGRAM

TARIKH : 8, 9, 10, 11 dan 12 April 2019

2
HARI : Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat

TEMPAT : Rock View, Lundu, Sarawak

PESERTA : 15 orang guru pelatih kumpulan PJM Jun 2016

PEMILIHAN TAPAK PROGRAM

Bagi merealisasikan program pendidikan luar ini, Rockview, Lundu, Sarawak telah
dipilih sebagai tapak perkhemahan program ini. Pemilihan kawasan ini dilakukan atas
beberapa faktor, iaitu :

i. Menyediakan kemudahan asas untuk aktiviti perkhemahan.

Tapak perkhemahan ini mempunyai kemudahan asas yang lengkap iaitu bilik
mandi, tandas, surau dewan makan dan dewan untuk ceramah. Selain itu
terdapat juga kemudahan dewan yang boleh digunakan sekiranya keadaan
cuaca tidak mengizinkan untuk aktiviti luaran. Padang permainan dan
pinjaman penggunaan alatan juga ada disediakan untuk aktiviti riadah.

ii. Persekitaran yang kondusif untuk aktiviti pendidikan luar.

Kawasan persekitaran tapak perkhemahan ini adalah jauh dari tumpuan


pelancong dan gangguan dari pihak luar. Ini akan membolehkan segala aktiviti
akan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Dengan keadaan
persekitaran yang masih lagi kekal dan pembangunan yang minimum, maka
para peserta akan dapat melakukan aktiviti dalam keadaan yang damai dan
selesa.

iii. Kemudahan perhubungan yang baik dan kenderaan.

Tapak perkhemahan ini dihubungkan dengan sistem jalanraya yang


memuaskan. Kenderaan sederhana besar seperti bas mini, van atau lori kecil
dapat memasuki tapak khemah ini dengan mudah. Ini akan memudahkan
urusan membawa barang dan alatan perkhemahan. Pihak pengurusan tapak
juga ada menyediakan bot bersama pemandu sekiranya diperlukan untuk
aktivtiti air.

iv. Keselamatan Pesekitaran

3
Tapak perkhemahan yang dipilih adalah bebas dari bencana alam seperti
tanah runtuh. Kawasan kem yang berpagar juga dapat memastikan tapak
perkhemahan bebas dari serangan binatang buas atau binatang liar.

v. Kawalan keselamatan yang maksimum.

Kawalan keselamatan sepanjang berada di tapak ini adalah amat ketat. Ini
akan dapat memastikan keselamatan peserta daripada perkara-perkara yang
tidak diingini.

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM

Penasihat : Guru Besar Sk syeikh Mohd Idris Al-Marbawi

( En.Abdul Rahman B Jamali)

Pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum

( Pn.Munirah Bt Mohd.Rejab)

Setiausaha : En.Amirul Raimi B Abdul Rahman

Bendahari : En.Amirul Rifqi B Abdul Rahman

Ahli Jawatankuasa : En.Amirul Raziq B Abdul Rahman

En.Halim B Saad

En.Hazimin B Sabri

Pn.Haslina Bt Kamarudin

Pn.Azlina Bt Hashim

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Keselamatan : En.Abdul Hamid B Karim

Penyelaras Aktiviti : En.Abdul Khalid B Hanafi


4
En.Mustafa B Khalili

En.Azizul B Saad

Makanan : Pn.Sarina Bt Abdul Aziz

Alatan : Pn.NorAzrina Bt Azman

Kerohanian : Pn.Aniza Bt Razman

Pengangkutan : En.Ahmad Hisyam B Sabri

Pertandingan / Hadiah : Pn.Haniza Bt Zainal

Pendaftaran : Pn.Noraziza Bt Salman

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS


1 Kem Komandan 1. Memastikan aktiviti dijalankan
mengikut ketetapan jadual.

2. Meluluskan sebarang pindaan ke atas


aktiviti sekiranya berlaku perubahan.

3. Memastikan peserta telah


menyerahkan surat kebenaran
daripada ibu, bapa atau penjaga
untuk menyertai program
perkhemahan.

4. Membuat jadual bertugas kawalan


keselamatan sepanjang
perkhemahan.
Setiausaha 1. Menguruskan urusan membuat
mesyuarat dan mengedarkan surat
penggilan mesyuarat kepada semua
ahli jawatankuasa.

2. Menguruskan urusan surat-menyurat


dan menyediakan kertas kerja projek.
Bendahari 1. Menguruskan kutipan kewangan.

5
2. Bertanggungjawabmengagigkan
peruntukan kewangan kepada setiap
bahagian jawatkuasa.

3. Mengutip dan menyimpan semua


resit perbelanjaan.

4. Menyediakan laporan kewangan pada


setiap mesyuarat.
2 Penyelaras Aktiviti 1. Menyelaras aktiviti sepanjang tempoh
program perkhemahan.

2. Memastikan aktiviti dijalankan


mengikut ketetapan jadual.
3 Keselamatan 1. Memastikan keselamatan peserta dan
juga guru pengiring sepanjang
tempoh perkhemahan.

2. Memastikan peralatan serta ubat


untuk kegunaan semasa kecemasan
mencukupi.

3. Memastikan setiap peserta telah


menyerahkan surat akuan tahap
kesihatan.

4. Menyediakan jadual bertugas


kawalan malam.
4 Alatan 1. Memastikan segala peralatan untuk
kegunaan semasa perkhemahan
mencukupi.

2. Berhubung dengan pihak pengurusan


tapak perkhemahan untuk
menentukan peralatan yang telah
sedia ada di tapak perkhemahan dan
menentukan peralatan yang
diperlukan sepanjang perkhemahan.

3. Berhubung dengan AJK Aktiviti untuk


menentukan alatan yang diperlukan
sepanjang perkhemahan.

6
5 Pengangkutan 1. Menguruskan bas pergi dan balik dari
sekolah ke Jeti Lumut.

2. Menguruskan urusan pengangkutan


pergi dan balik dari Jeti Lumut ke Jeti
Pulau Pangkor.

3. Menguruskan pengangkutan pergi


dan balik dari Jeti Pulau Pangkor ke
tapak perkhemahan.
6 Kerohanian 1. Menyediakan aktiviti atau kuliah yang
bersesuaian dengan tahap umur
peserta semasa slot Kuliah Subuh
dan selang masa antara waktu solat
Maghrid dan Isyak.
7 Makanan 1. Memastikan keperluan makanan
adalah mencukupi sepanjang tempoh
perkhemahan.

2. Menguruskan makanan peserta dan


juga guru pengiring sebelum tiba di
tapak perkhemahan pada hari
pertama dan juga sebelum tiba
semula di sekolah pada hari akhir.
8 Sukan / Riadah 1. Menyelaras aktiviti senaman pagi.

2. Menyelaras aktiviti permainan pada


waktu petang.
9 Pertandingan / Hadiah 1. Merancang format pemarkahan dan
menyediakan borang bagi setiap
aktiviti.

2. Menyediakan hadiah dan sijil.

3. Memastikan majlis penyampaian


hadiah berjalan lancar.
10 Pendaftaran 1. Mengurskan pendaftaran peserta
yang mengikuti perkhemahan.

2. Melaporkan kepada Kem komandan


bilangan peserta yang mendaftar.

7
3. Memastikan bilangan peserta yang
berangkat pulang sama dengan
bilangan peserta yang mendaftar
pada hari pertama.

KEWANGAN

PENDAPATAN PERBELANJAAN
BUTIRAN JUMLAH BUTIRAN JUMLAH
Yuran Peserta RM 2000.00 Pengangkutan

RM 100 x 20 org 1. Bas RM 800.00

2. Feri RM 230.00

3. Van RM 70.00
Sumbangan ADUN RM 1000.00 Makanan
Lubuk Merbau
1. Hari Pertama RM 330.00

RM11 x 30

2. Hari Ke-2 RM 405.00

RM13.50 x 30

3. Hari Ke-3 RM 405.00

RM13.50 x 30

4. Hari Ke-4 RM 195.00

RM 6.50 x 30
Sumbangan Ahli RM 1000.00 Sijil dan Tanda Nama Peserta RM 50.00
Parlimen Padang
Rengas
Tabung Unit RM 165.00 Ubat-ubatan RM 100.00
Kokurikulum Sewa Tapak Khemah RM 280.00

dan Kemudahan
Kayak dan bot ‘dinghy’ RM 400.00
Runcit RM 200.00

8
Saguhati Jurulatih RM 500.00
Alatan RM 200.00
JUMLAH RM 4165.00 JUMLAH RM 4165.00

PERATURAN PERKHEMAHAN

1. DISIPLIN

 Patuhi arahan jadual waktu aktivi yang dipamerkan.

 Patuhi arahan yang dikeluarkan oleh guru-guru dan pihak jurulatih yang
dilantik.

 Tepati masa.

 Sentiasa berpakaian kemas dan berkasut apabila melakukan aktiviti.

 Akur kepada arahan keselamatan yang diberikan.

2. KESELAMATAN DAN KESIHATAN

 Pastikan peserta yang hendak ke tandas ditemani oleh rakan tanpa mengira
masa.

 Laporkan dengan segera kepada guru bertugas atau Kem Komandan


sekiranya berlaku masalah kesihatan.

 Tidak dibenarkan menyalakan lilin atau pelita menggunakan bahan bakar di


dalam khemah. Hanya lampu suluh sahaja dibenarkan digunakan di dalam
khemah.

 Peka kepada bunyi wisel yang dibunyikan.

 Tidak dibenarkan merayau di dalam hutan sekitar kem.

3. KHEMAH DAN KAWASAN PERKHEMAHAN

9
 Pastikan kebersihan dalam khemah dan luar khemah dijaga denagan
sempurna.

 Jangana sidai atau gantung baju di dalam khemah atau pada tali khemah.

 Pastikan khemah ditutup apabila keluar melakukan aktiviti.

 Susun kasut dengan teratur di luar khemah.

 Jangan bawa masuk kasut ke dalam khemah.

4. LARANGAN

 Tidak dibenarkan memakai sebarang barang kemas dan menggunakan alat


solek sepanjang waktu perkhemahan.

 Tidak dibenarkan keluar dari tapak perkhemahan tanpa kebenaran

 Tidak dibenarkan membawa makanan ringan ke dalam khemah.

 Tidak dibenarkam melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan pertaruhan


atau mempunyai unsur-unsur perjudian.

10
11
JADUAL TENTATIF PROGRAM

7.45am 5.45pm
Hari / 5.30am- 6.45am- 8.30am- 12.00pm 2.00pm- 5.00pm- 7.00pm- 9.00pm- 11.00pm-
- -
Masa 6.45 am 7.45 am 12.00pm -2.00pm 5.00pm 5.45pm 9.00pm 11.00pm 5.30am
8.30am 7.00pm

Isnin Perjalana Persiapa Taklimat Pengurus Riadah Pengurusan Dinamika Minum


n ke tapak n diri, perkhemaha an diri, diri, solat Kumpulan malan,
8 April
perkhema makan, n, Solat Asar, Maghrib dan tidur,kawal
han solat pembahagian minum Isyak, an malam
zohor kumpulan petang tazkirah,
makan
mendirikan
malam
khemah

Selasa Pengurusan diri, Solat Subuh, Ikatan , Persiapa Membina Pengurus Riadah Pengurusan Penghayat Minum
9 April kuliah Subuh, senaman pagi, membina n diri, Istana Pasir an diri, diri, solat an Alam malan,
perhimpunan pagi, taklimat gajet makan, Solat Asar, Maghrib dan tidur,kawal
aktiviti sarapan pagi solat minum Isyak, an malam
zohor petang tazkirah,
makan
malam

12
Rabu Pengurusan diri, Solat Subuh, Orientasi Persiapa Kembara Pengurus Riadah Pengurusan Membina Minum
10 April kuliah Subuh, senaman pagi, Kayak n diri, Alam an diri, diri, solat Kolaj malan,
perhimpunan pagi, taklimat makan, Solat Asar, Maghrib dan tidur,kawal
aktiviti, sarapan pagi solat minum Isyak, an malam
zohor petang tazkirah,
makan
malam

5.30am 10.00am
Hari / 6.45am- 7.45am- 8.30am – 12.00pm-
- - 2.00pm- 5.45pm
Masa 7.45 am 8.30am 10.00am 2.00pm
6.45am 12.00pm
Khamis Pengurusan diri, Solat Subuh, Mengema Majlis Persiapan Bertolak dari tapak
11 April kuliah Subuh, senaman pagi, s tapak Penutup diri, makan, perkhemahan ke SK
perhimpunan pagi, taklimat khemah an solat zohor Syeikh Mohd Idris
aktiviti, sarapan pagi dan alatan Al-Marbawi.

13
14
PENUTUP

Selepas perkhemahan ini, adalah menjadi harapan pihak penganjur peserta-peserta


akan menjadi lebih tabah dalam menghadapi rintangan, berani untuk memberikan pendapat
dan lebih bermotivasi dalam menghadapi pelajaran. Selain itu, mereka juga diharapkan akan
dapat menunjukkan contoh yang baik kepada rakan-rakan mereka dalam cara bersosial
dalam sesuatu peringkat komuniti.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

........................................ .......................................

(Joel Sigo) (En. Mohd Mahdi bin Abdullah)

Setiausaha Pensyarah pembimbing

Progaram Pendidikan Luar .

Disahkan oleh ,

..........................................

( En.Danaraja a/l Narayanasamy)

Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatanr,

IPGKBLi.

15
LAMPIRAN

16
SURAT PERMOHONAN KEBENARAN MENGADAKAN AKTIVITI

SEKOLAH KEBANGSAAN SYEIKH MOHD.IDRIS AL-MARBAWI

LUBOK MERBAU

33010 KUALA KANGSAR

KOD SEKOLAH : ABA 4014 NO TEL: 05-7767199

“Komuniti Berilmu Perak Terbilang”

Ruj.Tuan :

Ruj.Kami :

Tarikh : 15 Jan 2011

Kepada ,

Pegawai Pelajaran Daerah,

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar,

Peti Surat 84,

Jalan Tun Abdul Razak,

33000 Kuala Kangsar,

Perak.

(u/p : Unit kokurikulum)

Tuan/Puan,

17
MEMOHON KELULUSAN PROGRAM PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR MURID
TAHUN 5

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Program


Perkhemahan Pendidikan Luar seperti berikut:

Tarikh : 11,12,13 dan 14 Mac 2011

Tempat : Kem Bina Wawasan, Pulau Pangkor, Perak.

3. Bersama-sama ini disertakan butiran untuk tindakan tuan selanjutnya.

3.1 7 salinan undang-undang Peraturan Rombongan 1957.

3.2 7 salinan nama murid dan guru pengiring.

4. Kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………

(EN.ABDUL RAHMAN B JAMALI)

Guru Besar,

SK Syeikh Mohd.Idris Al-Marbawi.

18
UNDANG-UNDANG LAWATAN SAMBIL BELAJAR – 1957

1. Nama Sekolah : SK syeikh Mohd.Idris Al-Marbawi

33010 Kuala Kangsar,Perak.

2. Nama Guru Besar : En.Abdul Rahman B Jamali

3. Nama Guru Yang Mengetuai Rombongan : Pn.Munirah Bt Mohd.Rejab

4. Nama Guru Pembantu : En. Amirul Raimi B Abdul Rahman

En.Amirul Raziq B Abdul Rahman

En.Abdul Hamid B Karim

Pn. Haslina Bt Kamarudin

Pn.Azlina Bt Hashim

19
En.Abdul Khalid B Wafi

Pn.nor Azrina Bt Azman

Pn.Noraziza Bt Salman

5. Senarai nama peserta perkhemahan(Guru dan murid) :

 Rujuk Lampiran A

 Rujuk Lampiran C

 Rujuk Lampiran D

6. Butir –butir individu yang dibenarkan mengutip dan membelanjakan wang :

 Nama : En.Amirul Raimi B Abdul Rahman

 No KPT : 750430-08-6179

 Alamat : No 34, Jalan 3,Taman Bougainvillea,33000 Kuala


Kangsar, Perak.

7. Kenderaan yang digunakan :

 No.Pendaftaran Bas : ACJ 6309

 Penama : Azmi B Zainal

 No KPT : 720309-08-6109

 Alamat : No 97, Jln. 3,Taman Anggerik, 33000 Kuala


Kangsar.

20
SURAT KEBENARAN MELANCONG DI BAWAH PERATURAN (PELANCONGAN)
SEKOLAH-SEKOLAH 1957

21
SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

SEKOLAH KEBANGSAAN SYEIKH MOHD.IDRIS AL-MARBAWI

LUBOK MERBAU

33010 KUALA KANGSAR

KOD SEKOLAH : ABA 4014 NO TEL: 05-7767199

KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Saya ………………………………………………………………………………………………

Nama Penuh Ibu Bapa / Penjaga


No Kad Pengenalan ………………………………………………….. ibu bapa / penjaga
kepada………………………………………………… memberi kebenaran / tidak memberi
kebenaran Nama Penuh Murid

Kepada anak / jagaan saya mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah
ini.
NAMA AKTIVITI : PROGRAM PENDIDIKAN LUAR

TEMPAT : KEM BINA WAWASAN, PULAU PANGKOR, PERAK

TARIKH : 11,12,13 DAN 14 MAC 2011

Saya juga dengan ini member kebenaran kepada pihak sekolah atau pengelola atau wakil
pihak berkenaan memberikan rawatan atau pertolongan perubatan kepada anak / jagaan
saya sekiranya perlu.

Sesungguhnya saya fahama bahawa:

i. Pihak sekolah atau penegelola atau wakil pihak berkenaan akan mengambil langkah
dan prosedur keselamatan dan pencegahan kemalangan semasa aktiviti dijalankan.

ii. Pihak sekolah juga bertanggungjawab sepenuhnya kepada keselamatan dan


kebajikan anak/ jagaan saya sepanjang pelaksanaan aktiviti tersebut.

22
Alamat Ibu Bapa / Penjaga Tarikh :……………….

……………………………………….

…………………………………….....

No Tel :…………………………………

Tandatangan Ibu Bapa / Penjaga :…………………………..

Nama :………………………….

SURAT PEMBERITAHUAN AKTIVITI KEPADA PIHAK POLIS

SEKOLAH KEBANGSAAN SYEIKH MOHD.IDRIS AL-MARBAWI

LUBOK MERBAU

33010 KUALA KANGSAR

KOD SEKOLAH : ABA 4014 NO TEL: 05-7767199

“Komuniti Berilmu Perak Terbilang”

Ruj.Tuan :

Ruj.Kami :

Tarikh :15 Jan 2011

Ketua Polis Daerah,

Balai Polis Pulau Pangkor,

Polis Diraja Malaysia,

32300 Lumut.

Melalui dan salinan,

Guru Besar,

SK Syeikh Mohd.Idris Al-Marbawi,

33010 Kuala Kangsar,

23
Perak.

Tuan ,

PENGAWALAN DAN PEMANTAUAN KESELAMATAN PROGRAM PERKHEMAHAN


PENDIDIKAN LUAR

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, pihak sekolah akan mengadakan
Aktiviti Perkhemahan Pendidikan Luar bagi murid sekolah ini mengikut ketetapan berikut :

Nama Program : Perkhemahan Pendidikan Luar

Tarikh : 11,12,13 dan 14 Mac 2011

Tempat : Kem Bina Wawasan Pulau Pangkor.

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat
memantau dan mengawal keselamatan kami sepangjang aktiviti ini diadakan. Bersama ini
dilampirkan senarai nama dan bilangan peserta program tersebut.

3. Kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

Yang benar,

……………………………..

(EN.AMIRUL RAIMI B ABDUL RAHMAN)

Setiausaha,

Program Pendidikan Luar.

Sk Guru Besar SK Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi

Fail Setiausaha

24
SURAT PEMBERITAHUAN AKTIVITI KEPADA PIHAK PEJABAT KESIHATAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SYEIKH MOHD.IDRIS AL-MARBAWI

LUBOK MERBAU

33010 KUALA KANGSAR

KOD SEKOLAH : ABA 4014 NO TEL: 05-7767199

“Komuniti Berilmu Perak Terbilang”

Ruj.Tuan :

Ruj.Kami :

Tarikh :15 Jan 2011

Tuan Pegawai,

25
Pusat Kesihatan Pulau Pangkor,

Pajabat Kesihatan Pangkor,

32300 Lumut.

Melalui dan salinan,

Guru Besar,

SK Syeikh Mohd.Idris Al-Marbawi,

33010 Kuala Kangsar,

Perak.

Tuan ,

PENGAWALAN DAN PEMANTAUAN KESELAMATAN PROGRAM PERKHEMAHAN


PENDIDIKAN LUAR

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, pihak sekolah akan mengadakan
Aktiviti Perkhemahan Pendidikan Luar bagi murid sekolah ini mengikut ketetapan berikut :

Nama Program : Perkhemahan Pendidikan Luar

Tarikh : 11,12,13 dan 14 Mac 2011

Tempat : Kem Bina Wawasan Pulau Pangkor.

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat
memantau dan mengawal keselamatan kami sepangjang aktiviti ini diadakan. Bersama ini
dilampirkan senarai nama dan bilangan peserta program tersebut.

3. Kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

Yang benar,

……………………………..

(EN.AMIRUL RAIMI B ABDUL RAHMAN)

Setiausaha,

Program Pendidikan Luar.

26
Sk Guru Besar SK Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi

Fail Setiausaha

27

Anda mungkin juga menyukai