Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN TAHUNAN 2018 UNIT BERUNIFORM


SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TEMU
KM. 4.4,PADANG TEMU, 75050 MELAKA

1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan Tahunan ini adalah salah satu aktiviti tradisi yang dianjurkan oleh Unit
Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Padang Temu. Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar-
pelajar Tahap 2 iaitu dari tahun 4,5 dan 6 yang terlibat dalam persatuan Badan Beruniform. Ia
akan diadakan di Kem Tasik Biru, Chin Chin Jasin. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan
kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang
kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk
menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih
mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan
oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan kepimpinan dan disiplin
yang perlu ada dalam diri setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri
serta ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program
agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam
menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian
untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan
yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

1
2.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program
kepimpinan.

3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap
situasi .

3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai
alam sekitar.

3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.

3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas
semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan
diri sendiri.

3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

4.1 Tarikh
10 – 11 November 2018

4.2 Hari
Sabtu hingga Ahad ( 2 Hari 1 Malam )

4.3 Tempat
Kem Tasik Biru, Chin Chin, Jasin

2
4.4 Kumpulan sasaran
i. Jumlah peserta : 80 orang ( pelajar tahun 4,5 dan 6)

ii. Bilangan ahli Unit Beruniform untuk perkhemahan pada Tahun 2018

UNIT BERUNIFORM JUMLAH MURID

LELAKI PEREMPUAN

PENGAKAP 10 10

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH 10 10

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH 10 10

PERSATUAN PUTERI ISLAM - 20

* Tertakluk kepada bilangan penyertaan murid-murid.

5.0 JAWATANKUASA
5.1 Jawatankuasa pengelola
Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Padang Temu, Melaka dengan
kerjasama tenaga pelatih dari Kem Tasik Baru

Jawatankuasa Induk

Penasihat : Puan Rusnah bt Ismail


Guru Besar SKPT

Pengerusi : Encik Wan Shukri bin Wan Ahmad


GPK Kokurikulum

Naib Pengerusi 1 : Encik Nurhaimie bin


GPK Pentadbiran

Naib Pengerusi 2 : Encik Mohd Shahir b Yakob


GPK Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 3 : Puan Norseha bt Hassan


GPK Pendidikan Khas

Setiausaha : Puan Noor Faiza bt Mohamad Hashim


Bendahari : Puan Norhidayahnie bt Jamil

3
Kem Komanden : Encik Syamsul Azree bin
Pen.Kem Komanden : Pn.Nur Farhanah bt Mohd Fauzi
Jawatankuasa Kecil

JAWATANKUASA BIDANG TUGAS


KETUA PERKHEMAHAN /  Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti
dan kelancaran perkhemahan
KEM KOMANDAN :  Bertanggungjawab di atas disiplin peserta.
 Mengeluarkan peraturan perkhemahan.
En. Rizal bin Mohamad  Menguatkuasakan peraturan perkhemahan

PEN KETUA PERKHEMAHAN /  Membantu sepenuhnya tanggungjawab dan


tugas ketua perkhemahan.
PEN. KEM KOMANDAN :  Menjalankan tugas ketua perkhemahan
semasa ketiadaannya.

 Menyediakan jadual aktiviti perkhemahan


URUSETIA  Menyelaras perjalanan aktiviti dan
pertandingan
Pn Noor Faiza binti Mohamad Hashim  Sentiasa menghebahkan maklumat terkini.
Pn Zainun binti Abdul Jalil  Mengambil pendaftaran peserta dan juga
mencatat kehadiran guru bertugas
 Membuat laporan setiap aktiviti yang
dijalankan
 Mengendalikan acara majlis penutup
 Menyediakan kain rentang perkhemahan

PENGURUS PESERTA:  Menyediakan murid untuk menyertai


perkhemahan
Semua Ketua Unit Beruniform
 Menyediakan borang kebenaran ibu bapa
bagi setiap peserta unit masing-masing
Pengakap : Pn Maslena bt Shaari
TKRS : Pn Roslinda binti Ahmad  Mencari 20 orang peserta perkhemahan
PBSM : Pn Noor Shasniza binti Osman bagi unit uniform masing-masing
Puteri Islam : Pn Nor Hayati binti Md
Noor  Mengutip duit perkhemahan bagi setiap
murid sebelum diserahkan kepada
bendahari
 Memastikan penyediaan senarai semak
peralatan yang perlu dibawa lebih awal.

4
PENDAFTARAN
 Menguruskan pendaftaran murid yang
Pn Norashikin bt Jarkasi menyertai perkhemahan
Pn Mazlah binti Mokhtar

BROSUR  Menyediakan brosur perkhemahan untuk


semua guru
Pn Aminah Nuriyah binti Abas
Pn Nurhasanah binti Khalik
Pn. Jayanthi A/P Jaganathan

ELEKTRIK, SIARAYA DAN  Menyediakan kemudahan elektrik dan


DOKUMENTASI peralatan siaraya yang sempurna di seluruh
tapak perkhemahan sepanjang tempoh kem
En. Saiful Nizam bin Sulaiman diadakan
En. Shamsul Azry b Mohd Yusof  Mengemaskini peralatan yang telah
digunakan dan disimpan pada tempat yang
sesuai
 Mengurus dan menyediakan peralatan
siaraya untuk sebarang bentuk
persembahan/aktiviti (jika diperlukan)

KEBERSIHAN  Memastikan kebersihan tapak perkhemahan


berada dalam keadaan baik
Pn.Nuzul Aiziha bt Abd Aziz  Menyediakan pembahagian tugas untuk
penjagaan kebersihan kawasan
dan Semua Guru

KESELAMATAN DAN  Memastikan tahap keselamatan


KECEMASAN peserta dan segala peralatan berada
dalam keadaaan yang amat baik.
En.Norhisham bin Abdul Karim  Menyediakan bekalan ubat-ubatan
Pn Fatimah bt Abd Rahman serta peti rawatan yang sempurna
Pn.Vatsala a/p Palmanaphan dan mencukupi
 Menyediakan jadual pengawasan
dan kawalan keselamatan kawasan
dan Semua Guru
perkhemahan

5
 Memberi taklimat keselamatan
kepada semua peserta dari masa
kesemasa
 Menyediakan Peti Kecemasan
yang lengkap dan diletakkan di
urusetia

HADIAH DAN CENDERAMATA  Menyediakan hadiah kepada peserta


MAJLIS PENUTUP berdasarkan pertandingan yang dijalankan.
 Menyediakan lain-lain hadiah dan
Pn. Zainun bt Abd Jalil cenderamata
Pn Sharfizah bt Mohd Sharip  Menguruskan majlis penutup dan
Pn. Roslinda bt Ahmad penyampaian hadiah
Pn Rusti binti Md Hashim
Pn Izyan bt Abd Wahab

SIJIL PENYERTAAN  Menyediakan sijil penyertaan untuk


Pn. Saadiyah binti Ahmat murid-murid perkhemahan.
Pn Fatimah bt Abdul Rahman

KEROHANIAN  Menyediakan jadual bertugas imam


mengikut waktu solat
En.Saiful Nizam b Sulaiman  Memimpin bacaan Yasin
En. Mohd. Azmi B. Mohd. Yasin  Mengendalikan kuliah Maghrib dan Subuh
En. Ahmad Fadzil bin Mohamad
Pn. Siti Norazah binti Ishak
Pn. Fahittah Hany bt Anwar

MALAM PERSEMBAHAN
 Menentukan jenis persembahan dan syarat-
Pn. Mariana bt Ab.Rahman (Ketua) syaratnya.
Pn. Noorirwani Bt. Abaharim  Memberi taklimat kepada peserta sebelum
Pn Norhanim bt Mad Shah aktiviti dijalankan
Pn.Norbaizura bt Mohamad Din  Melantik hakim-hakim persembahan dan
Pn. Sa’adiyah bt Ahmad menyediakan borang penghakiman, jika
Pn. Mazlah bt Mokhtar persembahan tersebut dijalankan secara
Pn. Mazlinda bt Hussin pertandingan
Pn. Norashikin bt Jarkasi  Menyediakan borang pemarkahan
Pn.Raudhah bt Abas  Mengurus perjalanan aktiviti persembahan
Pn. Halilawati bt Rohani
En.Shamsul Azry b Mohd Yusop

6
SENAMAN PAGI
 Menyediakan jadual bertugas pengendali
Cik Siti Rohani bt Ramadzan senaman pagi
Pn.Ruziah bt Sapar  Mengendalikan perjalanan senaman pagi
Pn.Nurul Farihan bt Arefin selama tempoh kem berlangsung

6.0 KEWANGAN
6.1 PENDAPATAN :
i. Sumber / Duit Kokurikulm – RM 2500.00
ii. Bayaran murid RM 50x 100 orang orang – RM 5000.00
Jumlah - RM 7500.00

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH

1 Makan Minum Murid


RM 40 seorang
Jumaat :
Minum petang
Makan malam RM 40 x 100 orang RM 4000.00
Minum malam

Sabtu :
Minum pagi
Makan tengahari
Minum petang
Makan malam
Minum malam

Ahad :
Minum pagi

7
Makan tengahari

`
2
Hadiah RM 300.00

Pengangkutan RM 1200.00
3

4 Peralatan
RM 200.00
5 Kecemasan Ubat-ubatan RM 100.00

6 Tenaga pelatih RM 1500.00

7. Lain –lain RM 200.00

JUMLAH BESAR RM 7500.00

8.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang telah dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan sepanjang aktiviti
perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi
untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kami guru-guru dan murid-murid sekolah ini amat berbesar hati dan berterima kasih
atas segala sokongan dan sumbangan yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya
PIBG SKPT dan orang perseorangan demi menjayakan program kami ini. Kami juga amat
menghargai seluruh warga sekolah, terutama Guru Besar yang telah memberikan kebenaran
dan sepenuh kerjasama bagi menjayakan program yang telah dirancang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................... ...........................

Pn. Noor Faiza binti Mohamad Hashim Pn.Rusnah bt Ismail


Penyelaras Badan Beruniform Guru Besar,
SK Padang Temu. SK Padang Temu.

8
Disahkan oleh,

....................................

Encik W.Shukri bin W.Ahmad


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Padang Temu.

Anda mungkin juga menyukai