Anda di halaman 1dari 6

SMK AGAMA TUN SAID

BEG BERKUNCI NO. 4


89159 KOTA BELUD, SABAH

KERTAS KERJA LAWATAN


“A JOURNEY TO REMEMBER”
MURID ASRAMA SMK AGAMA TUN SAID
KOTA BELUD, SABAH
TAHUN 2022

Tarikh:
26, 27 November 2022 (Sabtu, Ahad)
Tempat:
SMKA Mohamad Ali Ranau, Ranau & Kundasang
Anjuran:
Jawatankuasa Pengurusan Asrama, Unit HEM
SMK Agama Tun Said, Kota Belud
LAWATAN SAMBIL BELAJAR “A JOURNEY TO REMEMBER”
KE SMKA MD. ALI RANAU, RANAU DAN KUNDASANG, SABAH
SMK AGAMA TUN SAID, KOTA BELUD
TAHUN 2022

PENGENALAN

Jawatankuasa Pengurusan Asrama SMK Agama Tun Said sedang berusaha untuk melahirkan
generasi murid yang berilmu, beriman dan beramal. Melalui pemupukan budaya ilmu secara
pemerhatian dan pengalaman yang realiti merupakan salah satu metodologi yang berkesan. Justeru
itu, Jawatankuasa Pengurusan Asrama berusaha sedaya upaya menganjurkan lawatan sambil belajar
ke Kundasang dan Ranau, yang sekaligus akan memberikan pengalaman baru kepada para murid.

1. RASIONAL
1.1 Pendedahan kepada murid mengenai suasana pelajar asrama SMK Agama Mohamad
Ali Ranau sepanjang mereka berada di sekolah.
1.2 Memastikan pelajar yang tinggal di asrama lebih menghayati konsep kehidupan
pelajar yang lebih berkualiti di asrama agar boleh memupuk potensi diri dan
mencapai prestasi tinggi dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.
1.3 Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan inspirasi negara
bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan bebas daripada masalah sosial.
1.4 Mempelajari sejarah dan budaya tempatan secara lebih dekat melalui pengalaman
sebenar berada di tempat-tempat bersejarah untuk memberi kesedaran tentang
pentingnya pembangunan serta penghayatan sejarah negara.

2. OBJEKTIF
2.1 Menaikkan semangat patriotik murid dengan mengetahui asal usul Negara Malaysia
2.2 Melahirkan murid yang berilmu pengetahuan tentang sosiologi masyarakat
2.3 Menyuntik semangat dan keazaman dalam diri murid
2.4 Memberi pengalaman dan pendedahan kepada murid tentang dunia luar
2.5 Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara murid dan pengurusan asrama

3. SASARAN
60 orang murid Asrama SMK Agama Tun Said
= 26 pelajar aspura dan aspuri (dorm terbersih), 34 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
4. BILANGAN PESERTA / GURU
Seramai 60 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibubapa / penjaga.
Seramai 13 orang guru dan AJK Pengurusan Asrama di bawah Unit Hal Ehwal Murid (HEM)
SMK Agama Tun Said (6 lelaki dan 7 perempuan), Kota Belud akan mengawasi murid
sepanjang program ini berjalan.

5. CADANGAN PROGRAM
Tarikh : 26 dan 27 November 2022
Tempat Lawatan : SMKA Mohamad Ali Ranau, tapak bersejarah di Kundasang dan
Ranau dan tempat tarikan pelancong.

6. AJK INDUK
Penasihat : En. Mohd. Fadzli bin Abd. Rozan
( Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud )
Pengerusi : Dr. Japran bin Haji Kusin
( Pengetua SMK Agama Tun Said, Kota Belud, Sabah )
Timb Pengerusi : Pn. Dayang Lainah binti Makmud
( GPK HEM )
Timb Pengerusi II : Pn. Hajah Rohana binti Midan
( GPK Pentadbiran )
Timb Pengerusi III : Dr. Jessel bin Ginturun
( GPK Kokurikulum )
Setiausaha : Cik Norazirah binti Said ( Warden )
Bendahari : En. Maslan bin Julan ( Kewangan )

7. AJK PELAKSANA
Ketua Rombongan : En. Mohd. Hanafi bin Mohd. Asdi
Juruacara Lawatan Muhibbah : En. Mohd. Afham bin Mohamad Nazmi
Pengangkutan / Pergerakan : En. Madrum bin Mamun
Makanan & Minuman : En. Mohammad Khalisam
: Pn. Noor Husnah binti Abdullah
Kawalan Pelajar dan Disiplin : En. Ahmad Daudda bin Jalali
Fotografi & Dokumentasi : Cik Hertiah binti Herman
Keselamatan & Kebersihan : En. Mastar bin Sohod
: Pn. Nurul Fariha binti Mokdin
Banner dan Sumbangan : Pn. Ratna Seri Dewi binti Laiman
: Pn. Ajijah binti Sadikir
Sijil dan Cenderahati : Pn. Noor Lela binti Lamsun
: Pn. Besnu binti Sagad
AJK PELAKSANA DESKRIPSI TUGAS

Ketua Rombongan  Menghubungi SMK Mohamad Ali Ranau untuk lawatan


 Mohd. Hanafi bin Mohd. Asdi Muhibbah.
 Memastikan rombongan SMK Agama Tun Said mendapat
kebenaran rasmi daripada sekolah dan PPD Kota Belud untuk
melawat destinasi yang telah ditetapkan.
 Menyiapkan borang kebenaran ibu bapa pelajar.
 Memberikan taklimat kepada pelajar yang terpilih.
Juruacara Lawatan Muhibbah  Menjadi juruacara Lawatan Muhibbah di SMKA Mohamad Ali
 Mohd. Afham bin Mohd. Ranau
Nazmi  Merancang aktiviti suai kenal dan perkongsian aktiviti bersama
pihak SMKA Mohamad Ali Ranau
Ajk Pengangkutan / Pergerakan  Memastikan kedudukan pelajar semasa di dalam bas
 En. Madrum bin Mamun  Memaklumkan pemandu bas tentatif dan destinasi rombongan
sepanjang lawatan dan memastikan pergerakan pengangkutan
mengikuti tentatif.
Ajk Makanan Dan Minuman  Menguruskan makan dan minum pelajar sepanjang lawatan.
 En. Mohammad Khalisam  Memastikan makan dan minum pelajar teratur mengikut
 Pn. Noor Husnah binti tempahan makanan yang telah ditetapkan.
Abdullah  Memastikan pelajar mengambil makanan pada waktu yang telah
ditetapkan.
Ajk Disiplin dan Kawalan Pelajar  Memberi taklimat pemakaian, peralatan yang perlu dibawa,
 En. Ahmad Daudda bin Jalali barang-barang larangan.
 Memastikan disiplin pelajar sepanjang aktiviti dalam keadaan
tertib dan terkawal.
 Memastikan pelajar memakai pakaian yang sesuai sepanjang
program.
Ajk Fotografi dan Dokumentasi  Menyediakan peralatan untuk dokumentari/dokumentasi
 Cik Hertiah binti Herman (kamera, video-cam atau peralatan yang sesuai)
 Mendokumentasikan aktiviti sepanjang program berlangsung &
menyimpan semua gambar & video penting di SMKA Tun Said
Galeri (Telegram)
 Menyimpan satu laporan aktiviti bergambar di Apps rasmi
sekolah
Ajk Keselamatan Dan Kebersihan  Memberi taklimat keselamatan dan kebersihan sebelum lawatan.
 En. Mastar bin Sohod  Mengawasi keselamatan peserta lelaki dan wanita sepanjang
 Pn. Nurul Fariha binti Mokdin program berjalan.
 Menyediakan plastik (sampah dan muntah) serta first aid.
 Memastikan kebersihan sepanjang perjalanan dan penginapan.
Ajk Banner dan Lawatan  Memaklumkan lawatan sekolah ke setiap agensi yang
 Pn. Ratna Seri Dewi binti dikenalpasti sebagai tempat lawatan melalui surat rasmi, dan
Laiman memohon pengecualian yuran daripada agensi-agensi tersebut,
 Pn. Ajijah binti Sadikir selain mendapatkan sumbangan fizikal berbentuk goodies bag
atau cenderahati daripada pihak yang difikirkan sesuai.
 Menempah banner program
Ajk Sijil dan Cenderahati  Menyediakan Sijil Penyertaan para guru dan peserta program
 Pn. Noor Lela binti Lamsun  Menyediakan Sijil Penghargaan (dalam frame) kepada SMK
 Pn. Besnu binti Sagad Agama Mohamad Ali Ranau sebagai tanda cenderahati

8. TENTATIF PROGRAM
Pilihan 1
Sabtu (26/11/2022)
7.00 pagi : Sarapan pagi
7.30 pagi : Bertolak dari SMKA Tun Said ke SMKA Mohammad Ali Ranau
9.00 pagi : Lawatan ke SMKA Mohammad Ali Ranau
12.30 tgh : Makan tengahari dan solat Zohor SMKA Mohammad Ali Ranau
1.30 petang : Lawatan ke Ladang Teh Sabah (Sabah Tea Plantation)
3.30 petang : Lawatan ke “Tagal” Sungai Moroli, Kg. Luanti
5.30 petang : Berangkat pulang ke tempat penginapan

Pilihan 2
Sabtu (26/11/2022)
7.00 pagi : Sarapan pagi
7.30 pagi : Bertolak dari SMKA Tun Said ke SMKA Mohammad Ali Ranau
9.00 pagi : Lawatan ke SMKA Mohammad Ali Ranau
12.30 tgh : Makan tengahari dan solat Zohor SMKA Mohammad Ali Ranau
1.30 petang : Lawatan ke Poring Hot Spring, Ranau
3.30 petang : Lawatan ke Ladang Teh Sabah (Sabah Tea Plantation)
5.30 petang : Berangkat pulang ke tempat penginapan

Ahad (27/11/2022)
7.00 pagi : Sarapan pagi
8.30 pagi : Lawatan ke Ladang Tenusu Desa Cattle
10.30 pagi : Lawatan ke Kundasang Aquafarm
12.30 petang : Makan tengahari dan solat Zohor
1.30 petang : Lawatan ke Kundasang War Memorial Park
2.30 petang : Lawatan ke Taman Kinabalu
4.00 petang : Bertolak pulang ke SMK Agama Tun Said
5.30 petang : Tiba di SMK Agama Tun Said, Kota Belud

9. PERBELANJAAN
Perkara Anggaran perbelanjaan
Sewa 2 buah bas besar ( Kota Belud – Ranau – RM 6000.00
Kundasang – Kota Belud )
Penginapan RM 4050.00
Makanan dan Minuman RM 3600.00
Bayaran masuk ke Ladang Tenusu Desa Cattle RM 350.00
Bayaran masuk ke Memorial Perang Kundasang RM 140.00
Bayaran masuk ke Mesilou Highland Strawberry Farm RM 210.00
Bayaran masuk ke Kundasang Aquafarm RM 210.00
Bayaran masuk ke “Tagal” Sungai Moroli, Kg. Luanti RM 210.00
Tag untuk lawatan RM 210.00
Banner RM 50.00
Frame sijil penghargaan RM 100.00
JUMLAH RM 15,130.00

10. PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada
murid-murid asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said, Kota Belud. Melalui
program ini juga murid diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi
bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai
panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta
yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh :   Disahkan oleh :  

……………………………… ………………………………
(MOHD. HANAFI BIN MOHD. ASDI) (DR. JAPRAN BIN HAJI KUSIN)
Ketua Warden Pengetua,
SMK Agama Tun Said, SMK Agama Tun Said,
89159 Kota Belud, 89159 Kota Belud,
Sabah. Sabah.

Anda mungkin juga menyukai