Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGERUSI MAJLIS

PERASMIAN MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM:


PROGRAM JOM KE SEKOLAH
PERINGKAT SK KUNAK 2 (2020)

TARIKH: 17 FEBRUARI 2020


PERKARA TEKS PIC
06.45 pagi Assalamualaikum / Salam Sejahtera.
- Ketibaan  Mohon perhatian warga dewan yang dihormati, acara akan
Pegawai bermula sebentar lagi. Dijemput semua guru dan murid untuk
Perhubungan mengambil tempat
Sekolah
- Ketibaan Guru Harap maklum.
Besar
- Meraikan
kehadiran murid

07.30 pagi Hadirin sekalian,


Nyanyian Lagu Majlis dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu, iaitu lagu:
1) Negaraku 1) Negaraku
2) Malaysia 2) Malaysia Bersih
Bersih 3) Sabah Tanah Airku , dan
3) Sabah Tanah 4) Lagu Sekolah
Airku
4) Lagu Sekolah Hadirin dijemput berdiri.

Ucapan Melati kuntum tumbuh melata,


Salutasi
Pengerusi Sayang merbah di pohon cemara;
Majlis Assalamualaikum mulanya kata,
Sayang sembah pembuka bicara.

1. Yg. Berusaha En. Salim Bin Samai


(Guru Besar SK Kunak 2)

2. Yang dihormati ________________________________________


(Pegawai Perhubungan Sekolah dari Ibu Pejabat Polis Daerah
Kunak)

3. Yang dihormati ________________________________________


(Pegawai SISC+, Pejabat Pendidikan Daerah Kunak merangkap
Rakan Hadid SK. Kunak 2)

4. Yg. Dihormati _________________________________________


(
)

5. Yg. Dihormati En. Rosman Rayman, Naib Yang Dipertua PIBG


SK. Kunak 2,

6. Yg. Dihormati Pn. Hjh Zahria binti Saming


(Penolong Kanan Pentadbiran SK Kunak 2)

7. Yg. Dihormati Pn. Hjh Salbiah Binti Osman


(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kunak 2)

1
8. Yg. Dihormati En. Amadun Bin Sawanun
(Penolong Kanan Kokurikulum SK Kunak 2)

9. Seterusnya, barisan guru dan staf SK. Kunak 2, hadirin serta


murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Sabah Hebat: Say No


To Number 16 dan Salam Bersama Muafakat, Pendidikan Hebat
Kegemilangan Diangkat.
Selamat datang ke Perasmian Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM:
Program Jom Ke Sekolah peringkat SK Kunak 2 bagi tahun 2020.

Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu kita rafakkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia, taufik dan izinNya, kita dapat berhimpun pada
pagi ini bagi menjayakan Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM yang
penuh bermakna ini.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Ustaz Hj. Ahmad
Shafie b. Mamat untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan takzimnya
mempersilakan.

*****
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Hj Ahmad
Shafie b. Mamat atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan
Pegawai Dini hari mengail ikan,
Perhubungan
Sekolah (PPS) Dapatlah seekor ikan haruan,
Marilah tuan tampil ke hadapan,
Sudilah kiranya memberi ucapan.

Meneruskan acara pada pagi ini, dijemput Yang Dihormati


__________________________________________________________
untuk menyampaikan ucapan .

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

******
Majlis mengucapkan terima kasih kepada _________________________
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

2
Ucapan Guru
Besar Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha En. Salim


Bin Samai untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Permuafakatan KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah peringkat SK
Kunak 2 bagi tahun 2020.

*****
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Berusaha En. Salim bin Samai atas ucapan perasmian sebentar
tadi.

Gimik
Pelancaran Hadirin dan hadirat,

majlis kita diteruskan lagi dengan Gimik Perasmian / Pelancaran


__________________________________________________________
yang akan disempurnakan oleh _______________________________
bersama _________________________________.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*****
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
______________________________________________ atas kesudian
menyempurnakan gimik perasmian / pelancaran sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya gimik perasmian / pelancaran itu tadi, maka majlis


kita pada pagi ini telah sampai ke penghujungnya.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Andai tersilap tutur bicara,
Jari disusun maaf dipinta.

Untuk itu, marilah kita akhiri majlis dengan bacaan Surah Al-Asr dan
Tasbih Kifarah.

Dipersilakan para tetamu jemputan untuk menjamu selera.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wasssalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai