Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGERUSI MAJLIS PEMASYHURAN BADAN PENGAWAS 2017

Assalamualaikum wbt, salam pembuka bicara.

Yang berusaha, Raisah-Puan Hajah Mastura bt Zakaria, Yang Berbahagia Tuan Inspektor Bohari bin Ehsan
(Ketua Polis Balai Seksyen 6), Yang Berusaha Pemangku Mudir, Cikgu Mazlan bin Md Jamggi, para ibu
bapa, guru-guru, Saf-saf pimpinan pengawas yang diraikan, dan pelajar-pelajar sekalian. Selamat datang
ke Majlis Pemasyhuran Pengawas Sesi 2017 Sekolah Menengah Islam Integrasi Safinatun Najah.

1) Untuk membuka acara kita pada hari ini, kita mulakan dengan bacaan Ummul Quran surah al-
Fatihah. Al-fatihah…..

BACAAN SURAH ALFATIHAH

Majlis Pemasyhuran Pengawas Sesi 2017 ini bertujuan mengiktiraf para pengawas yang dipilih
dalam Pilihanraya Pengawas pada pertengahan bulan Februari baru-baru ini. Majlis ini juga diharapkan
dapat meningkatkan semangat dan keyakinan dalam diri semua pengawas agar dapat menjalankan
tugas dengan penuh dedikasi dan rasa tangungjawab.

2) Bagi meneruskan acara, diminta para hadirin dan hadirat sekalian berdiri untuk mengalunkan
nasyid Asma’ul Husna dan Lagu Negaraku. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Para hadirin berdiri)

ALUNAN ASMA’UL HUSNA (MENGIKUT RAKAMAN AUDIO)

NYANYIAN LAGU NEGARAKU (MENGIKUT RAKAMAN AUDIO)

(Para hadirin duduk)

3) Seterusnya, mari kita mendengar ucapan Pemangku Mudir Sekolah Menengah Islam Integrasi
Safinatun Najah iaitu Cikgu Mazlan bin Md Jamggi. Dipersilakan.
UCAPAN PEMANGKU MUDIR

4) Ucapan terima kasih di atas ucapan itu tadi oleh Pemangku Mudir Sekolah Menengah Islam
Integrasi Safinatun Najah, Cikgu Mazlan bin Md Jamggi. Majlis dengan segala hormatnya
menjemput Raisah Sekolah Menengah Islam Integrasi Safinatun Najah, Raisah- Puan Hajjah
Mastura bt Zakaria bagi menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.
UCAPAN RAISAH

5) Seterusnya marilah kita mendengar pula ucapan berupa kata-kata peransang dan dorongan
seterusnya merasmikan majlis daripada tetamu kehormat kita iaitu Yang Berbahagia, Tuan
Inspektor Bohari bin Ehsan (Ketua Polis Balai Seksyen 6). Dipersilakan.
UCAPTAMA PERASMIAN

Majlis merakamakan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tuan Inspektor Bohari bin
Ehsan (Ketua Polis Balai Seksyen 6) di atas ucapan perasmian itu tadi.
(Tunggu jemputan sampai ke tempat duduk)

6) Kini tibalah ke acara yang ditunggu-tunggu oleh semua para pengawas. Majlis dengan ini sekali
lagi menjemput Yang Berbahagia, Tuan Inspektor Bohari bin Ehsan (Ketua Polis Balai Seksyen 6)
untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan acara penyerahan watikah kepada semua para
pengawas. Dipersilakan.
(Tunggu sehingga jemputan bersedia di atas pentas)

Tanpa melengahkan masa, majlis degan ini menjemput para pengawas untuk naik ke pentas bagi
menerima watikah perlantikan masing-masing. Dipersilakan. (PARA PENGAWAS MENAIKI PENTAS
BERADA PADA POSISI MASING-MASING)

(SENARAI NAMA DIBACA)

NUR FATINI BINTI MOHD ZAKI – TINGKATAN 3 IMTINAN

SHARMINE FARISHA ARMILA BINTI SAIPULNIZA – TINGKATAN 2 IMTIYAZ

NAZIFAH ZAHARA BINTI MASLAN – TINGKATAN 3 IMTINAN

NUR AINA BATRISYA BINTI ZAINUDDIN - TINGKATAN 2 IMTIYAZ

MUHAMMAD AMIRUL DANISH BIN AMINUDDIN – TINGKATAN 4 ILHAM

MUHAMMAD DZULKHAIR BIN AHMAD – TINGKATAN 5 IRSYAD

MUHAMMAD FAUZAN BIN MOHD ZAKI – TINGKATAN 5 IRSYAD

MUHAMMAD ADAM BIN SHAMSUL NIZAM – TINGKATAN 4 ILHAM

MUHAMMAD IRFAN BIN ZULKIFFLI – TINGKATAN 3 IMTINAN

PENOLONG KETUA PENGAWAS: MUHAMMAD AMEER FAHMI BIN MASHADI – TINGKATAN 5


IRSYAD

KETUA PENGAWAS: SAUDARA ABDUL MUJIB BIN ABD JALIL – TINGKATAN 5 IRSYAD

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tuan Inspektor
Bohari bin Ehsan (Ketua Polis Balai Seksyen 6) yang sudi menyempurnakan penyerahan watikah
perlantikan itu tadi.

(Tunggu jemputan sampai ke tempat duduk)


7) Kini sampailah ke kemuncak acara. Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar para pengawas yang
diketuai oleh Ketua Pengawas iaitu Saudara Abdul Mujib bin Abdul Jalil. Dipersilakan.

IKRAR PENGAWAS

Dengan berakhirnya lafaz ikrar pengawas itu tadi, maka sempurnalah acara kita pada hari ini. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis kita pada
hari ini.

Pihak majlis turut memohon maaf di atas segala kelemahan sepanjang mengendalikan majlis dan
tahniah diucapkan kepada semua para pengawas. Semoga apa yang baik dijadikan teladan dan yang
buruk dijadikan sempadan. Kita tangguhkan majlis ini dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Wal-Asr.

Sebelum bersurai para ibu bapa dijemput untuk menjamu sedikit jamuan ringan. Semua pengawas
diminta tunggu di atas pentas untuk sesi fotografi bersama Yang Berbahagia, Tuan Inspektor Bohari bin
Ehsan (Ketua Polis Balai Seksyen 6).

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah

Wassalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai