Anda di halaman 1dari 2

Teks Pengacara Majlis Penutup

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang Berusaha GB
Yang Berusaha PKP..........................,PKHEM..............,PKKO............................
Barisan Jurulatih, guru-guru pengiring dan seterusnya rakan-rakan peserta perkhemahan unit
beruniform yang dikasihi.
Assalammualaikum wbh dan saalam sejahtera.
Alhamdulillah. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana program perkhemahan kita telah
pun sampai ke penghujung. Pastinya pada detik ini pelbagai perasaan berbaur-baur dalam
sanubari masing-masing. Dan segala yang berbaur itu menjadi satu pengajaran dan
kenangan yang akan terua dikenang selamanya dalai lipatan sejarah.
Tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin yang dimuliakan;
Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ..............................Untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan.
(Selesai bacaan doa)
Amin ya rabulalamin.
Sepanjang 2 hari 1 malam di sini, pelbagai pendedahan aktiviti telah kami lakukan
bersama. Banyakpengalaman yang kami peroleh. Untuk mendengar secara lebih menyeluruh
rentetan pengalaman dan perasaan sepanjang kami di sini, dipersilakan ..................................
penghulu kami sepanjang programn untuk menyampaikan ucapan.Dipersilakan.
Demikian tadi ucapan dan sedikit luahan pengalaman sepanjang kami di sini. Majlis
merakamkan ucpan terima kasih.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Terbang di awan burung jentayu,


Batu diangkat bunyi meletup;;
Kata azimat kami merayu,
Sebagai ucapan kata penutup.
Majlis menjemput dan mempersilakan Tuan ..
diiringi ................................................. untuk menyampaikan hadiah dan sij-sijil penghargaan
kepada para pemenang. Dipersilakan.
Kategori .Nama / Kumpulan :
Kategori .Nama / Kumpulan :
Kategori Nama / Kumpulan :
Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Tuan-tuan dan puan-puan;
Banyak keluk ke penarik
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai