Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BETA HULU

16450 Ketereh, Kota Bharu


Kelantan
Tel : 09 - 7530020
Fax : 09 - 7530164
Email : skbetahulukb@gmail.com
PENGENALAN

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk
membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di

KERTAS KERJA
rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah
rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar
semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman
dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses
pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.

PROGRAM TRANSISI
TUJUAN PROGRAM:

TAHUN 1 / 2017
1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-
guru dan kawan baru dalam masa yang singkat.
2. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan
jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran
dan pembelajaran secara formal di tahun 1.
3. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa
banyak masalah

OBJEKTIF:

1. Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran


pembelajaran yang formal.
2. Memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas mengikut sukatan pelajaran
tahun 1.
3. Mencapai tahap pencapaian kognitif yang hampir sama untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA


Minda Cerdas

Kemampuan murid-murid tahun 1 membina dan


mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan
dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain serta penglibatan yang
menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan
minda cerdas. Dalam masa yang sama murid-murid juga diharapkan dapat
meningkatkan perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang
mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada.
Selain daripada itu, melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses
komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan murid
serta dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang sedia ada.

Mata Bercahaya

Murid-murid tahun 1 ini dapat merasakan satu keseronokan


untuk terus belajar bersama dengan kawan-kawan, suasana persekitaran dan
guru-guru yang baru. Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari
semasa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa
menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah, guru mahupun ibu
bapa dan penjaga mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui sinar
mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk
meneruskan proses pembelajaran mereka di tahun 1.
AHLI JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2017

PENASIHAT
GURU BESAR
EN. CHE HUSSIN BIN HARUN

PENGERUSI
PENOLONG KANAN KURIKULUM
TN. HJ. MAT ZAWAWI BIN YAHAYA

TIMBALAN PENGERUSI 1 TIMBALAN PENGERUSI 2


PENOLONG KANAN HEM PENOLONG KANAN KO KURIKULUM
EN. CHE AB GHAZAK B. CHE OMAR
PN. NORMA BT ISHAK

GURU PENYELARAS TRANSISI


PN. NURLIZA BT ISMAIL

AHLI JAWATANKUASA

SEMUA GURU TAHUN 1


JAWATANKUASA KERJA
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2017

Bacaan Doa
Ustaz Mohyiddin bin Mohammad

Jurufoto
En. Ramdan bin Ali

Buku Program
Pn. Sharifah Ruzanna bt Syed Kassim
En. Mahadi b Mohd Noor

Perantara Majlis
Pn. Siti Mazmi bin Mohammad

Persiapan Tempat
YM Tg Mazzlan b Raja Daud
Pn. Hjh. Sabarina bt Abdullah
Pn. Melati bin Mustapa
Semua Pekerja Tetap dan Swasta

PELAN TINDAKAN PROGRAM TRANSISI


TAHUN 1/ 2017
SK BETA HULU

Bi Perkara Masa Catatan


l

1. Menubuhkan Jawatankuasa Disember 2016


Pelaksanaan Program Transisi :-
Pengerusi : Penolong kanan HEM
Setiausaha : Pn. Nurliza bt Ismail
Ahli-ahli : Semua Staf
Sokongan
Guru Ketua Panitia
Guru-guru Tahun
Satu

2. Merancang Aktiviti Program Disember 2016 AJK Program


Transisi oleh Jawatan Kuasa Transisi
Pelaksanaan
- Aktiviti Minggu Orientasi

3. Proses Penyediaan Fizikal Program Sepanjang Penolong Kanan


Disember HEM / Guru
- Bilik Kelas Tahun 1
Tahun 1

4. Pendaftaran / Mesyuarat Staf 01 Januari 2017 Penolong Kanan


Pertama / Sesi Pengenalan serta HEM / Guru-guru
agihan tugas kepada guru-guru.

5. Program Transisi 01 Januari 2017 Semua Guru


sehingga Matapelajaran
14 Januari 2017 Tahun 1
ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL AKTIVITI / BAHAN JUMLAH KOS (RM)

1 Belon

2 Gula -gula

3 Plastesin

4 Krayon

Jumlah RM 200.00
SUMBER PERBELANJAAN : YURAN KHAS SEKOLAH

PENUTUP
Program Transisi Tahun 1 pada tahun 2017 ini diharap dapat berjalan dengan
baik hasil kerjasama daripada semua pihak. Pihak sekolah berharap semua ibu
bapa/penjaga dapat menghantar anak-anak mereka yang telah cukup umur
untuk mendaftar di kelas pendidikan pra sekolah supaya mendapat pendidikan
awal kanak-kanak secara menyeluruh. Justeru,segala perancangan yang telah
dirancang oleh pihak sekolah dapat dijalankan dengan jayanya

Disediakan Oleh Disemak Oleh Disahkan Oleh

_____________________ ___________________________ ________________________


Nurliza bt Ismail Tn. Hj. Mat Zawawi b. Yahaya En. Che Hussin nin
Setiausaha PK Pentadbiran Harun
Program Transisi Tahun 1 Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai