Anda di halaman 1dari 2

Teks Pengacara Majlis Penutup Kursus

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha Ustaz Khubaib B. Hj Ramli Pengetua SMA DARIL IKTISAM, Ustaz Abd Ghani B. Abidin
Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Mahmad B. Hj Ismail, Penolong kanan Hem, Ustaz Yaziz b. Muhamad
penolong kanan kokurikulum. ………………………………………………………………..Kem Komander, Ustaz
Nik Mohd Najib B. Mohammad Timbalan Kem Komander, guru-guru dan seterusnya rakan-rakan peserta Kem
Perkhemahan Unit Berunifom yang dikasihi.

Assalam’mualaikum wbh.

Alhamdulillah. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana program Perkhemahan Unit Berunifom kita telah
pun sampai ke penghujung. Pastinya pada detik ini pelbagai perasaan berbaur-baur dalam sanubari masing-
masing. Dan segala yang berbaur itu menjadi satu – pengajaran dan kenangan yang akan tetap dikenang
selamanya dalam lipatan sejarah.

Tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin yang dimuliakan;

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ……………………………….Untuk memimpin bacaan doa.


Dipersilakan.

(Selesai bacaan doa)

Amin ya rabulalamin.

Sepanjang 3 hari 2 malam di sini, pelbagai pendedahan aktiviti telah kami lakukan bersama. Banyak
pengalaman yang kami peroleh. Untuk mendengar secara lebih menyeluruh rentetan pengalaman dan perasaan
sepanjang kami di sini, dipersilakan dengan segala hormatnya Yang Berusaha Tuan Kem Komandan untuk
menyampaikan ucapan.Dipersilakan.

Demikian tadi ucapan dan sedikit luahan pengalaman sepanjang kami di sini. Majlis merakamkan ucpan terima
kasih.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Terbang di awan burung jentayu,


Batu diangkat bunyi meletup;;
Kata azimat kami merayu,
Sebagai ucapan kata penutup.

Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Ustaz Khubaib B. Hj Ramli Pengetua SMA DARIL
IKTISAM untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan Kem Perkhemahan Unit Berunifom
Tahun 2015 . Dipersilakan.

Terima kasih atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Majlis menjemput dan mempersilakan Ustaz Abd Ghani b. Abidin PK Kurikulum SMA DARIL IKTISAM
diiringiUstaz Rahim B. Jusuh Gk Kemanusiaan untuk menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada para
peserta. Dipersilakan.

Kategori ……………………Nama / Kumpulan :………………………

Kategori …………………….Nama / Kumpulan :………………………

Kategori …………………….Nama / Kumpulan :………………………

Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta Kem Perkhemah unit berunifom. 2 orang
peserta akan diumumkan sebagai peserta terbaik Kem Perkhemahan Unit Berunifom 2015

Sekali lagi majlis menjemput dan mempersilakan Ustaz Khubaib B. Hj Ramli Pengetua SMA DARIL IKTISAM
diiringi PK Kokurikulum Ustaz Yaziz B. Muhamad untuk menyampaikan hadiah kepada peserta
bertuah. Dipersilakan.

Dijemput
1)
2)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Tuan-tuan dan puan-puan;

Banyak keluk ke penarik


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Dipersilakan tuan-tuan dan puan-puan serta para peserta untuk menikmati makan tengahari sebelum bersurai.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai