Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN

SEMPENA MAJLIS MAULIDUR RASUL, 1441H.

Terima kasih diucapkan kepada saudari Pengacara Majlis,

bismillahirrahmanirrahim, alhamdullilahi rabil alamin wassolatu

wassolamu ala ashrafil anbiyar iwar mursolin waala alihi wasohbihi

aj’main.

Yang Berusaha Tn Hj.Jamal bin Muslam,penceramah jemputan,

En.Razali bin Subakin, Yang Dipertua PIBG SK(f)Ulu Penggeli.

Yang Dihormati EncikSuhaimi bin Salamat,Guru Penolong

Kanan Kokurikulum. ...........................................................................

..............................................................................................................

Yang Dihormati guru-guru, kakitangan sekolah,ibu bapa,penjaga

dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan kesyukuran ke

hadrat Allah subhanallah Taala kerana dengan izin dan inayah-Nya

dapat kita bersama pada hari ini sempena Majlis Sambutan Maulidur

Rasul SAW, 1441H. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih

kepada Yang Berusaha, Tn Hj Jamal bin Muslam, Penceramah yang


dijemput kerana sudi hadir untuk memberikan ceramah pada hari ini.

Terima kasih juga diucapkan kepadasemua tetamukerana sudi hadir

dalam majlis pada hari ini.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Setiap tahun pihak sekolah mengadakan majlis sambutan Maulidur

Rasul untuk memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi

Muhammad s.a.w .Melalui majlis ini pihak sekolah berharap murid-

murid dapat mengingati perjuangan Rasulullah s.a.w. Kita sebagai

umat Islam hendaklah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai uswah

hasanah (contoh teladan yang baik) dalam kehidupan kita sebagai

khalifah Allah di muka bumi ini.

Hadirin sekalian,

Rasulullah s.a.w telah menjadi contoh kepada kehidupan sebenar

seorang Muslim. Sifat-sifat kenabian Baginda iaitu Sidiq (Benar),

Amanah, Tabligh (Menyampaikan) dan Fatanah (Bijaksana) perlu

menjadi contoh dan teladan kepada seluruh umat Islam. Pada

sambutan Maulidur Rasul kali ini marilah kita bersama-sama melihat

bagaimanakah sifat dan keperibadian Rasulullah s.a.w boleh memberi

kekuatan kepada kita untuk memperbaik diri bagi menyahut cabaran

pendidikan pada alaf baru. Kita perlu mengembalikan penghormatan


dunia terhadap umat Islam dengan menguasai ilmu duniawi dan

ukhrawi. Sehubungan dengan itu, kita perlu menjadi seorang yang

intelek serta menjadi sumber rujukan kepada semua cabang ilmu

seperti yang pernah umat Islam lakukan pada satu ketika dahulu.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Pada sambutan Maulidur Rasul kali ini, marilah kita sama-sama

menginsafi diri serta merenung untuk memperbaik diri untuk menjadi

umah yang terbaik.

Hadirin sekalian,

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah

menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK (F) Ulu

Penggeli pada hari ini. Kepada penyumbang tenaga dan wang ringgit,

semoga segala apa yang telah disumbagkan,akan diberi balasan yang

setimpal oleh Allah SWT. Kami memohon maaf jika berlaku kesilapan

atau kekurangan sepanjang program ini berjalan. Sesungguhnya semua

yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang buruk itu adalah

daripada kelemahan kami sendiri.

Dengan rasminya saya menutup majlis Sambutan Maulidurrasul saw

peringkat sekolah, tahun 1441 H.

Sekian, assalammualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai