Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN ALUAN PENGERUSI BAKAT 4 RS

SEMPENA MAJLIS RAMAH MESRA BAKAT 4 RS


BERSAMA PENGERUSI BAKAT 30 BGD

Bismillahir Rahmanir Rahim

Yang Berbahagia Puan Norhanita binti Abdul Hamid,


Pengerusi BAKAT 30 Briged. Yang Dihormati
Pengerusi-Pengerusi BAKAT Bn Ke 2 Rejimen
Sempadan. Penasihat BAKAT 30 Briged serta Ahli-
Ahli BAKAT 4 Rejimen Sempadan yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan


Salam 1MALAYSIA.

Terlebih dahulu segala puji dan syukur dipanjatkan


kehadhrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan
Limpah Kurnianya maka dapat kita berkumpul di
Rumah BAKAT 4 RS ini untuk menjayakan Majlis
Ramah Mesra BAKAT 4 RS Bersama Pengerusi
BAKAT 30 Briged. Seperti mana Yang Berbahagia
Puan dan hadirin sekalian sedia maklum, tujuan
majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan
sillaturrahim diantara Ahli-Ahli BAKAT 4 RS dengan
Pengerusi BAKAT 30 Briged serta Pengerusi-
pengerusi BAKAT batalion yang lain.

Dikesempatan ini, saya secara peribadi dan juga


mewakili keseluruhan Ahli BAKAT pasukan ingin
mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian
Pengerusi BAKAT 30 Briged untuk melapangkan
masa bagi menerima jemputan kami pada hari ini.
Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada
Pengerusi BAKAT Pasukan Bn Ke 2 Rejimen
Sempadan dan Tetamu Jemputan yang sudi hadir
bagi bersama-sama memberi sokongan kepada
BAKAT 4 RS didalam menjayakan aktiviti yang telah
dirancangkan ini.
Saya juga mengambil kesempatan ini menzahirkan
penghargaan kepada semua Ahli-Ahli BAKAT serta
warga anggota 4 RS yang terlibat membuat
persiapan untuk majlis ini. Komitmen dan
sumbangan tenaga Tuan-tuan dan puan-puan
sekalian amat dihargai dan disanjung tinggi.
Semoga kerjasama ini akan terus mekar berkekalan
sampai bila-bila.

Akhir kata penutup bicara terima kasih sekali lagi


saya ucapkan terutama kepada Pengerusi BAKAT
30 Briged serta tetamu jemputan yang sudi hadir
dan kepada ahli-ahli BAKAT yang membantu
menjayakan majlis ini.

Diharapkan majlis ini akan menjadi kenangan yang


terindah buat semua.
Sekian, ucapan ringkas saya.

Saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Walhidayah


Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai