Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PIBG SMK BAHAU 2017

Bil Que Teks


Ketibaan tetamu/ ibu bapa/bekas pelajar/guru/staf
1 8.00 malam

2 Fizi Mengumumkan ketibaan yang Berusaha Dato’ Seri Dr. Surash


Pillai, Pengerusi SR Global Industries Sdn Bhd Dan kelab Bola
Sepak N-Nine FC,dan diiringi oleh dif-dif kehormat.

**** Musik gamelan****

3 Hafiza Dari Dewan Seri Utama SMK Bahau, kami membawakan Majlis
Makan Malam Amal PIBG SMK Bahau.

Diminta para jemputan dan hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu


Negaraku..

**** Nyanyian Lagu Negaraku****


.

Hadirin di minta duduk.

4 Fizi Melayang tempua di atas permatang


Berkicau merbah di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Yang Berbahagia,
Dato’ Seri Dr. Surash Pillai
Pengerusi SR Global Industries Sdn Bhd dan Kelab Bola Sepak N-
Nine FC.

Yang Berusaha,
Encik Ab Rahop Bin Zakaria,
Pengetua SMK Bahau.

Yang Berusaha
Tuan Haji Abdul Razak Bin Said
Penolong PPD Jempol dan Jelebu

Yang Berusaha,
Encik Norlion Bin Paidi,
Yang Dipertua PIBG SMK Bahau,

Yang Berusaha,
En. Lee Teck Soon,
Selaku Pengerusi Pengelola Majlis Makan Malam.

Barisan Guru Penolong Kanan,

Barisan Ahli Jawatan Kuasa PIBG SMK Bahau,

1
TEKS PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PIBG SMK BAHAU 2017

Barisan guru-guru SMK Bahau,

Barisan Staff-staff sokongan SMK Bahau,

Para Ibu Bapa Penjaga,

Bekas-bekas pelajar SMK Bahau,

Seterusnya hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

5 8.30 p.m Assalammualaikum, Salam Sejahtera Dan Salam Satu Malaysia.


Ketibaan tetamu
jemputan Hadirin dan hadirat sekalian, marilah kita memanjatkan kesyukuran
ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita
dipertemukan di dalam majlis yang serba indah ini.
Hafiza
Selamat datang ke Majlis Makan Malam Amal PIBG, dan Bekas
Pelajar, serta Penubuhan Alumni SMK Bahau. Jutaan terima kasih
kami ucapkan kepada tetamu kehormat, serta semua hadirin atas
kesudian kalian menghadiri Majlis Makan Malam, pada malam ini.

Untuk makluman hadirin sekalian,

Majlis Makan Malam Amal ini, merupakan aktiviti utama, AJK


PIBG SMK Bahau, bagi, mengumpul dana untuk membiayai
projek pembangunan akademik pelajar-pelajar SMK Bahau. Selain
itu, Majlis ini juga, menjadi satu batu loncatan bagi mengeratkan
hubungan silaturrahim dalam kalangan PIBG, bekas pelajar, ibu
bapa dan guru-guru SMK Bahau.

Pada malam ini juga, Majlis Penyampaian watikah perlantikan


ALUMNI SMK Bahau akan disempurnakan buat julung kalinya.

6 8.45 p.m Tebang buluh jangan mengeluh,


mari dijolok sarang penyengat;
Bacaan Doa tadah tangan jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.

Fizi Hadirin yang dihormati.

Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, marilah kita sama-
sama mengaminkan bacaan doa yang akan dizahirkan oleh Ustaz
Rahmat Bin Muhammad. Dengan ini majlis mempersilakan.

**** Bacaan Doa****

2
TEKS PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PIBG SMK BAHAU 2017

Amin amin ya rabal alamin.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Rahmat Bin
Muhammad atas bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis kita
pada hari ini diberkati.

7 9.00 p.m – Hadirin yang dihormati,


10.00 p.m
Jambangan indah berbunga seroja
Jamuan Bermula Diraut dibelai hiasan taman
Hidangan menyelera penuh semeja
Jemput kalian santapan berteman
Hafiza
Majlis dengan ini mempersilakan dif-dif jemputan dan hadirin
sekalian untuk menjamu selera .

Dipersilakan .

8 Persembahan Hadirin yang dihormati,


Pelajar
Sambil menikmati hidangan, kami akan mempersembahkan
(sambil tetamu persembahan Tarian Sewang Orang Asli Kampung Semai, Tarian
menjamu selera) Kipas, Tarian Rampai, dan tarian seni klasikal,
yang akan ditarikan oleh pelajar-pelajar SMK Bahau. sebagai
hiburan sampingan. Dipersilakan.

**** Persembahan Tarian ****


Fizi
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan tarian kebudayaan SMK
Bahau atas persembahan yang sungguh memukau itu tadi.

9 Ucapan Hadirin yang dihormati sekalian,


pengetua
Tak kan sempurna alu tanpa lesungnya
Dayung juga tidak berguna tanpa perahunya…
Tidak enak hidangan tanpa pemanisnya….
Tidak moleklah seandainya majlis seindah ini, tiada nada berbicara.
Hafiza
Majlis dengan sukacitanya menjemput Tuan Pengetua SMK Bahau,
Encik Ab rahop Bin Zakaria untuk memberikan ucapan aluan.
Dipersilakan.

**** Ucapan Tuan Pengetua ****

Terima kasih diucapkan kepada En Ab Rahop Bin Zakaria atas


ucapan aluan sebentar tadi.

3
TEKS PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PIBG SMK BAHAU 2017

10 Ucapan YDP Seterusnya majlis dengan ini menjemput pula En. Norlion Bin
PIBG Paidi YDP PIBG SMK Bahau untuk memberikan ucapan. Majlis
dengan ini mempersilakan.

Fizi
**** Ucapan YDP PIBG ****

Terima kasih diucapkan kepada En Norlion Bin Paidi, Ydp PIBG


SMK Bahau atas ucapan beliau itu tadi.

11 Ucapan Dato’ Kalau dilipat sebesar kuku


Seri Dr. Surash Kalau dibentang seluas alam
Pillai dan Yang jauh diimbau
perasmian Yang dekat digamit
Alumni Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Majlis dengan ini diteruskan lagi dengan mendengar ucapan


daripada , Dato’ Seri Dr. Surash Pillai Pengerusi SR Global
Industries Sdn Bhd dan Kelab Bola Sepak N-Nine FC untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis makan
Fizi malam kita pada hari ini.

**** Ucapan Dato’ Seri****

Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Seri Dr. Surash Pillai atas
ucapan dan perasmian beliau itu tadi.

12 Persembahan Hadirin yang dihormati sekalian,


Multimedia
Zaman sekolah merupakan antara kenangan manis yang diingati
ramai.Inilah zaman di mana kita menghabiskan hampir sepanjang
hari di sekolah. Juga inilah zaman kita banyak mencipta kenangan
pahit manis bersama kawan-kawan.
Fizi
Untuk itu, sambil menikmati hidangan yang disediakan, marilah
kita bersama-sama menyaksikan persembahan multimedia yang
disediakan khas untuk anda semua.

****Persembahan multimedia****

Demikian tadi persembahan multimedia yang saya pasti sedikit


sebanyak mengimbau kenangan indah yang pernah diukir.

13 Watikah Hadirin yang dihormati sekalian,

4
TEKS PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PIBG SMK BAHAU 2017

perlantikan
Sepanjang penubuhan SMK Bahau, belum ada lagi satu persatuan
khas dibentuk untuk mengumpulkan bekas pelajar-pelajarnya.
Sedangkan, SMK Bahau telah melahirkan ramai pelajar-pelajar
cemerlang dalam pelbagai bidang. Golongan ini kini bekerja dalam
pelbagai bidang pekerjaan dan melalui pelbagai pengalaman dalam
kehidupan yang sebenarnya amat berguna jika dapat diturunkan
Hafiza kepada generasi yang lebih muda terutamanya para pelajar yang
masih menuntut.

Justeru, inisiatif yang diambil oleh pihak PIBG dan pihak Pengetua
dengan persetujuan Dato’ Seri Dr Surash Pillai telah melantik
beliau sebagai pengerusi sulung ALUMNI SMK Bahau.

Bagi menyempurnakan watikah perlantikan ALUMNI SMK


Bahau, majlis dengan ini menjemput En. Norlion Bin Paidi, YDP
PIBG SMK Bahau diiringi oleh En. Ab Rahop Bin Zakaria ,
Pengetua SMK Bahau tampil ke pentas. Dipersilakan…

Dipersilakan….Pengerusi ALUMNI SMK Bahau iaitu Dato’ Seri


Dr Surash Pillai.

Seterusnya, Naib Pengerusi ALUMNI SMK Bahau iaitu En. Tan


Chia Chien.

Seterusnya, Setiausaha ALUMNI SMK Bahau iaitu Pn.


Kamaladevi.

****
Demikian tadi penyerahan watikah perlantikan ALUMNI SMK
Bahau. Terima kasih diucapkan kepada En. Norlion Bin Paidi,
YDP PIBG atas kesudian menyampaikan watikah sebentar tadi.

Tahniah diucapkan kepada AJK ALUMNI yang dilantik.


Penubuhan ALUMNI SMK Bahau ini diharapkan bukan sekadar
dapat mengumpulkan bekas pelajar-pelajar SMK Bahau sahaja,
malah diharapkan dapat membantu SMK Bahau untuk mencapai
kemajuan dalam pebagai bidang.

14 Persembahan Hadirin yang di hormati…


Karaoke
(3 lagu) Tanpa melengahkan masa, pihak majlis akan meneruskan acara
untuk malam ini. Dijemput dengan segala hormatnya
En.________________________________ untuk meneruskan
Fizi agenda majlis pada malam ini.

**** Karaoke****

5
TEKS PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PIBG SMK BAHAU 2017

Terima kasih diucapkan kepada En._________________________.

15 Sesi Bergambar Hadirin yang dihormati sekalian,

Intai padi antara Nampak,


Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara Nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Hafiza Marilah kita bersama-sama merakamkan kenangan dengan sesi
bergambar yang diadakan oleh pihak majlis.

Dijemput dif-dif kehormat dan mantan-mantan guru dari meja


nombor 1 dan 2 naik ke pentas untuk menyempurnakan sesi
bergambar.

6
TEKS PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PIBG SMK BAHAU 2017

16 Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian,


cenderamata
Majlis kita akan diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati
kepada tetamu kehormat sebagai tanda kenang-kenangan untuk di
Fizi bawa pulang.

Majlis dengan ini mempersilakan En. Norlion Bin Paidi, YDP


PIBG SMK Bahau tampil ke pentas untuk menyampaikan
cenderamata.

Dengan ini majlis menjemput Dato’ Seri Dr. Surash Pillai untuk
menerima cenderamata.
17 Kalau Dato’ Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Seri Dr. Surash Pillai atas
Seri Dr. Surash kesudian beliau menghadiri Majlis Makan Malam Amal pada
Pillai nak balik malam ini.
awal….
18 Persembahan Hadirin yang di hormati…
Karaoke
(3 lagu) Pihak majlis akan meneruskan acara untuk malam ini. Dijemput
sekali lagi dengan segala hormatnya
En.________________________________ untuk meneruskan
agenda majlis pada malam ini.

**** Karaoke****

19 Penutup Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya persembahan nyanyian itu tadi, maka


Hafiza berakhirlah Majlis Makan Malan Amal PIBG Dan Bekas Pelajar
Serta Penubuhan Alumni SMK Bahau.

Majlis dah sampai ke penghujung... Tetamu kami sanjung.. Terima


Fizi kasih datang berkunjung..

Disini kami selaku pengacara majlis pada malam ini ingin


Fizi memohon maaf atas kekilafan sepanjang mengendalikan majlis
pada malam ini..

Bunga seroja diatas para


Fizi Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua saya pohonkan.....

7
TEKS PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PIBG SMK BAHAU 2017

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi,
Hafiza Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Fizi & Hafiza Sekian Assalammualaikum..Salam sejahtera…

Anda mungkin juga menyukai