Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS APRESIASI TABIKA KEMAS INDERASEMPURNA A DAN D

Mohon para hadirin mengambil tempat kerana Majlis Apresiasi Tabika Kemas
Inderasempurna A dan D akan dimulakan sebentar lagi…Harap maklum..
Mengumumkan..
Ketibaan tetamu undangan Yang Dihormati En Hamidi bin Md Piah, Pegawai
Kemas Daerah Pekan diiringi oleh Pn. Maznah bt Abdullah, Penyelia Pendidikan
Kanak-kanak Zon 1, bersama En. Norzaidi Adly bin Mohd Mokhtar, Pengerusi
Tabika Kemas Inderasempurna A dan D ke Dewan …………………………..

Hadirin yang dimuliakan

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Allah Selamatkan Sultan
Kami dan lagu Tabika KEMAS. Hadirin diminta berdiri.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dijemput duduk.

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T


Yang Dihormati
En Hamidi bin Md Piah,
Pegawai Kemas Daerah Pekan

Yang Dihormati
Pn. Maznah bt Abdullah,
Penyelia Pendidikan Kanak-kanak Zon 1

Yang Berusaha
En. Norzaidi Adly bin Mohd Mokhtar,
Pengerusi Tabika Kemas Inderasempurna A dan D

Barisan guru-guru tabika KEMAS Inderasempurna, pembantu masyarakat, para


ibubapa, anak-anak cilik tabika dan seterusnya para hadirin yang dirahmati Allah
sekalian.

Selamat datang ke Majlis Apresiasi Tabika Kemas Inderasempurna A dan D bagi


tahun 2022/2023

Sayang kumbang mencari makan


Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiringi restu IIlahi

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada


Rabul Izzati kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama
berhimpun pada malam yang indah untuk menjayakan majlis ini.
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada semua hadirin sekalian
terutamanya kepada semua ibubapa kerana sudi meluangkan masa ke majlis yang
telah direncanakan ini.

Untuk makluman para hadirin sekalian, pada mala mini juga disediakan hadiah buat
pemenang yang Berjaya menepati tema berpakaian yang ditetapkan mengikut
kategori iaitu kategori kaum bapa, kategori kaum ibu, kategori kanak-kanak tabika
kemas lelaki dan kanak-kanak tabika kemas perempuan.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada malam yang penuh bermakna ini, marilah sama-
sama kita merafak sembah dan menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dipimpin oleh: Al Fadhil Ustaz Abdul Hakim bin Abdul Satar. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)*****************
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil
Ustaz Abdul Hakim bin Abdul Satar atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Tetak buluh panjang sepuluh


Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jejari sepuluh
Doa dipohon biarlah berkat

Ucapan Aluan Pengerusi Tabika KEMAS

Mudik di sungai mendayung sampan


Sampan di dayung ke laut dalam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Tirai majlis pada malam ini dimulakan dengan ucapan aluan. Untuk itu, majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan En. Norzaidi Adly bin Mohd
Mokhtar, Pengerusi Tabika Kemas Inderasempurna A dan D untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

Sekalung ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Norzaidi Adly bin Mohd
Mokhtar, Pengerusi Tabika Kemas Inderasempurna A dan D atas ucapan itu tadi

Ucapan Perasmian PKD Pekan

Hadirin sekalian,
Daun semulur dipekan sari
Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami
Seterusnya Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang
Dihormati En Hamidi bin Md Piah, Pegawai Kemas Daerah Pekan,untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Apresiasi
Kecemerlangan Tabika Kemas Inderasempurna A dan D bagi tahun 2022/2023 .
Dengan penuh takzimnya dipersilakan.

************(Ucapan)****************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati En Hamidi bin Md
Piah, Pegawai Kemas Daerah Pekan,atas ucapan dan perasmian itu tadi.

Jamuan
Tampak sepadan segak bergaya,
Bagai pasangan teruna dan dara,
Bermacam hidangan sudah tersedia,
Dijemput tuan menjamu selera
Majlis diteruskan dengan menikmati jamuan yang telah disediakan. Untuk itu majlis
dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan semua tetamu menikmati
hidangan yang telah disediakan . Dipersilakan.

Penyampaian Hadiah Kanak-kanak 5 tahun


Hadirin sekalian,
Sementara ada yang masih menikmati juadah yang tersedia, majlis diteruskan lagi
dengan penyampaian hadiah kepada kanak-kanak Tabika Kemas berumur 5 tahun.
Untuk itu, majlis mempersilakan Pn Noorharyanty bt Mohamad Noh, Guru Tabika
Kemas Inderasempurna bagi menjemput dan mengiringi Pn. Maznah bt Abdullah,
Penyelia Pendidikan Kanak-kanak Zon 1 naik ke pentas untuk menyempurnakan
penyampaian hadiah. Dipersilakan.

*********list kanak-kanak 5 tahun **********************


********* list kanak-kanak cemerlang 5 tahun *************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Maznah bt Abdullah,


Penyelia Pendidikan Kanak-kanak Zon 1 di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah.
Sebagai tanda penghargaan, dipersilakan Pn Noorharyanty bt Mohd Noh untuk
menyampaikan cenderahati tanda ingatan kepada Pn. Maznah bt Abdullah.
Dipersilakan.

Penyampaian Hadiah Kanak-kanak 6 tahun


Seterusnya dipersilakan pula En. Norzaidi Adly bin Mohd Mokhtar, Pengerusi Tabika
Kemas Inderasempurna A dan D untuk menjemput dan mengiringi En Hamidi bin Md
Piah, Pegawai Kemas Daerah Pekan untuk menyampaikan hadiah kepada kanak-
kanak yang berumur 6 tahun. Dipersilakan.
*********list kanak-kanak 6 tahun **********************
********* list kanak-kanak cemerlang 6 tahun *************

Hadirin sekalian,

Selain akademik yang diterapkan kepada anak-anak, Tabika Kemas juga tidak
melupakan penerapan unsur FARDHU AIN dalam diri anak-anak. Bagi memenuhi
aspirasi itu, terdapat 2 orang Guru KAFA yang telah ditugaskan bagi menggalas
tanggungjawab berkenaan. Sebagai menghargai tugas mereka, majlis dengan
sukacitanya menjemput Al Fadhil Ustaz Abdul Hakim bin Abdul Satar dan Ustazah
Nor Amalina bt Mohd Khairi bagi menerima penghargaan dari Tabika Kemas
Inderasempurna A dan D. Dipersilakan.

Kini tibalah masanya untuk sama-sama kita mengetahui pemenang pakaian yang
mengikut tema pada malam ni.
Bagi kategori bapa dimenangi oleh :………………………………………..
Bagi kategori ibu dimenangi oleh ………………………………………….
Bagi kategori kanak-kanak lelaki tabika KEMAS dimenangi oleh …………………
Bagi kategori kanak-kanak perempuan tabika KEMAS dimenangi oleh ………

Tahniah diucapkan kepada pemenang.

Sebagai tanda penghargaan kepada perasmi kita malam ini, majlis mempersilakan
En. Norzaidi Adly bin Mohd Mokhtar, Pengerusi Tabika Kemas Inderasempurna A
dan D untuk menyampaikan cenderahati tanda ingatan kepada En Hamidi bin Md
Piah. Dipersilakan.

Penutup

Hadirin sekalian,
Andai berkayuh dah sampai ke seberang,
Andai memanjat dah sampai ke pucuk,
Andai mendaki dah sampai ke puncak,
Setiap yang bermula pasti akan berakhir,
Begitu juga dengan majlis kita pada malam ini.
Sebagai penutup bicara...

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi,
Yang cacat, yang keji tinggalkan buat kami.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah majlis kita
pada malam ini. Saya mewakili pihak jawatankuasa majlis ingin mengucapkan
terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh para ibubapa. Semoga dengan
usaha ini akan merapatkan lagi ukhwah antara kita.
Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai