Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI GRADUASI PASTI IMTIYAZ KIDS

TAHUN 2017

*Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Hari Graduasi
Pasti Imtiyaz bagi tahun 2017.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta
mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya mematikan telefon
bimbit atau menetapkannya dalam keadaan mod senyap.

KETIBAAN PERASMI

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat…………………………………………………………………., diiringi oleh


…………………………………………pengurus Pasti Imtiyaz Kids………………………., ………………………………….. dan dif-dif
jemputan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

PERARAKAN MASUK PARA MURID

Mengumumkan perarakan masuk graduan- graduan Pasti Imtiyaz Kids ke dalam dewan.

Para graduan dipersilakan untuk mengambil tempat.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt (selawat)

Yang Berbahagia Ustaz Firdaus bin Mazlan,Ketua Pemuda Pas Kawasan Selayang
Yang Berusaha,.................................,Pengurus Pasti Imtiyaz Kids
Yang dihormati, para asatizah, para ibubapa, seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Graduasi Pasti Imtiyaz Kids

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya
maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita
dalam bidang akademik.
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi
menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berbahagia Ustaz Firdaus bin Mazlan
kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis kami ini.

Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi
sokongan kepada anak-anak. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

BACAAN DOA

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz……………………………….Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Seterusnya, marilah sama-sama kita mengalunkan nasyid Asma’ul Husna.


Lagu negaraku dan lagu pasti dengan iringan muzik.

Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang
mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t.
yang kekurangan itu adalah kelemahan kami.

Kalau ada sumur di ladang


Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Tahun hadapan kita berjumpa lagi

Sekian, tarima kasih.....


assalammualaikum

Anda mungkin juga menyukai