Anda di halaman 1dari 8

1.

PENDAHULUAN

Peristiwa Isra’ dan mi’raj yang disambut setiap tahun amat sinonim dengan ibadat solat, yang
merupakan satu-satunya ibadat yang difardhukan secara lansung oleh Allah SWT kepada
Rasulullah SAW tanpa perantaraan Malaikat. Lantaran itu solat mendapat kedudukan yang
istimewa dalam Islam. Solat adalah penghubung hamba dengan Tuhannya, penghapus dosa
dan pendinding daripada maksiat, serta keselamatan daripada azab kubur dan azab neraka.
Rasulullah SAW pernah menyifatkan solat sebagai ciri pembeza di antara Islam dan
kekufuran. Sabda baginda SAW yang bermaksud : “ perbezaan antara seseorang dan kekafiran
ialah dengan meninggalkan solat” ( Riwayat Imam Muslim )

Israk ialah perjalanan nabi Muhammad S.A.W dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil
Aqsa di Palestin pada waktu malam.

Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Menyedari hakikat ini, maka program ini dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia
kebesaran malam tersebut. Oleh itu, ia memberi peluang untuk meningkatkan ketaqwaan dan
keimanan kepada Allah Taala.

2. OBJEKTIF

2.1 Menggalakkan murid-murid menghayati alam ciptaan Allah Taala

2.2 Menghayati perjalanan Rasulullah yang berlaku dalam satu malam yang penuh dengan
sejarah.

2.3 Mensyukuri kebesaran dan keagungan serta kemuliaan bulan Rejab.

2.4 Menghidupkan bulan Rejab dengan melebihkan amalan sunat.

2.5 Menghayati kisah dari Al-quran dan Jadilah hamba beriman


3. KUMPULAN SASARAN

3.1 Semua guru dan kakitangan beragama Islam

3.2 Murid SK Bandar Baru Rawang tahun 1 hingga 6.

4. AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI : Pn Norma Bt Shukor ( Guru Besar SKBBR )

NAIB PENGERUSI : 1.Pn Zulaifah bt Mohammed Yussuf

2. En Azhar bin Md Shah

3. En SM Mahudi bin Omar

Penyelaras Program : En Ramlan bin Abdullah

Setiausaha : Rosmawati binti Mustapha

Bendahari : Rusmiza bt Mat Salleh

AJK Pelaksana

Pengacara Majlis : Pn Ainul Murshida binti ‘Asri

Bacaan doa : En Ahmad Faiz bin Naupa

Penceramah : En Ramlan bin Abdullah

PA Sistem : En Jamaluddin bin Marji

Peralatan/susunan meja :Pengawas bertugas & Pn Norasiah bt Mahassan

Buku Program : Cik Nabilah Husna binti Kamarudin


Jurugambar : Pn Rosmawati binti Mustapha

Dokumentasi : Pn Rusmiza bt Mat Salleh

Disiplin Murid : Semua Guru tahun 1 hingga 6

Pertandingan Mewarna (Tahun 1 dan 2) : Pn Noradawiyah bt Ahmad Pudzi

Pertandingan Teka Silangkata (Tahun 3 dan 4) : Pn Nurul Husna binti Mohd Jamil

Pertandingan Tulisan Khat (Tahun 5 dan 6) : En Subky bin Ramli

Pertandingan Video Israk dan Mikraj (Tahun 5 dan 6) : En Ahmad Faiz bin Naupa

5. AGENDA UTAMA

5.1 Semua murid dan guru tahun 3,4,5 dan 6 berkumpul di Dewan Pelangi SKBBR

5.2 Bacaan doa

5.3 Ceramah Israk mikraj

5.4 Pertandingan

6. TARIKH

28 April 2017 ( Jumaat) )

Masa: 7.15 pagi hingga 10.00 pagi

7. KOS PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran 1

8. SUMBER KEWANGAN

Peruntukkan aktiviti Panitia Pendidikan Islam dari KPM

9. SUMBER TENAGA

9.1 Guru-guru Pendidikan Islam


10. ATURCARA MAJLIS

Rujuk lampiran 2

11. PENUTUP

Semoga dengan terlaksananya program ini akan dapat membantu murid-murid menghayati alam
ciptaan Allah Taala. Menghayati perjalanan Rasulullah yang berlaku dalam satu malam yang
penuh dengan sejarah. Mensyukuri kebesaran dan keagungan serta kemuliaan bulan Rejab.
Menghidupkan bulan Rejab dengan melebihkan amalan sunat. Serta Menghayati kisah dari Al-
quran dan Jadilah hamba beriman Adalah diharapkan supaya program aktiviti yang dirancang ini
dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat sokongan daripada semua pihak serta
diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………… ………………………..

( RUSMIZA BT MAT SALLEH ) ( RAMLAN BIN ABDULLAH )


Setiausaha Program Isra’ mikraj Ketua Panitia Pend. Islam SKBBR

Disahkan oleh,

……………………

( NORMA BT SHUKOR )
Guru Besar,
SK Bandar Baru Rawang
lampiran 2

ATURCARA MAJLIS

7.15 pagi : Bacaan Yasin di tapak perhimpunan

7,45 Pagi :Bacaan Doa oleh Ustaz Ahmad Faiz bin Naupa

7.50 pagi : Alunan Suara Gema Ilahi oleh pelajar

8.30 pagi : Murid Tahun 3,4,5 dan 6 berkumpul di Dewan Pelangi

Murid Pra, PPKI, tahun 1 dan 2 berada di dalam kelas (pertandingan mewarna)

8.45 pagi : Ceramah Isra’ Mikraj oleh ustaz Ramlan bin Abdullah

10.00 pagi : Majlis bersurai, pelajar rehat


Sek keb BANDAR baru rawang,
RAWANG.

KERTAS KERJA
SAMBUTAN ISRA’ MIKRAJ

2021/1442 H
TARIKH : 19 mac 2021
HARI : JUMAAT
Masa: 7.30 – 9.50 pagi
TEMPAT : Dewan Pelangi skbbr

ANJURAN bersama :
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & surau

Lampiran 1
BAJET PERBELANJAAN MAJLIS ISRA’ MIKRAJ

TARIKH 27 APRIL 2017

BIL PERKARA HARGA KUANTITI


JUMLAH

Bayaran Banner
1 RM 100 1 RM 100.00

2 JUMLAH RM 100.00

Anda mungkin juga menyukai