Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MACAP,

KG SERI MACAP, 86200 SIMPANG RENGGAM

KERTAS KERJA
PROGRAM MAAL HIJRAH
TAHUN 1444H / 2023

MASA : 7.30 PAGI


TARIKH : 27 JULAI 2023 (KHAMIS)
TEMPAT : DATARAN IBNU KHALDUN , SKSM
KERTAS KERJA
PROGRAM MAAL HIJRAH 1444H
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MACAP

1.0 PENDAHULUAN
Dari segi bahasa Maal Hijrah bermaksud sama-sama berpindah. Dari segi istilah
bermaksud berpindah dari perkara yang negatif kepada yang positif dan dari perkara
yang positif kepada yang afdhal. Justeru penghayatannya perlu ada dalam rangka
membina satu misi perjuangan hidup islam yang lebih jitu dalam jiwa muslimin dan
muslimat warga SKSM.

2.0 RASIONAL
Dalam kurikulum pendidikan Islam terdapat tajuk hijratur rasul. Pelajaran ini diajar
untuk menghayati perjuangan Rasulullah SAW dalam peristiwa Hijratur Rasul .
Pelbagai motivasi kehidupan dapat diambil untuk dijadikan panduan dalam
kehidupan. Ianya menjadi inspirasi dalam menuntut ilmu dan perubahan akhlak
supaya kehidupan menjadi selaras dengan nilai-nilai kehidupan yang berbahagia.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Murid dapat memahami maksud hijrah yang sebenarnya.
3.2 Murid dapat mengetahui plot penghijrahan Nabi SAW dan para sahabat.
3.3 Murid dapat mengambil iktibar dari peristiwa hijrah.

4.0 TARIKH/HARI
27 Julai 2023 / Khamis

5.0 TEMPAT
Dataran Ibnu Khaldun, SKSM

6.0 SASARAN
Semua Murid Islam & Guru Islam SKSM
(Murid Moral bersama Guru Moral melakukan aktiviti moral)
7.0 JAWATANKUASA PROGRAM MAAL HIJRAH 2023

JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Encik Sharudin bin Md Taib (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Puan Sabrina bt Abd Khalid (GPK Pentadbiran)
: Cik Asparilla bt Ahmad (GPK Hal Ehwal Murid)
: Puan Sarifah bt Ali (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : En Mohd Afiq bin Mohd Salleh
Setiausaha : Puan Norhaya bt Isa

AHLI JAWATANKUASA KERJA


Pengacara Majlis : Puan Latifah Faizah Bt Md Diah
Bacaan Doa : Encik Shamshul bin Yahaya
Persembahan Murid : Puan Suhainita Bt Ahmad
Persiapan Tempat : Encik Norazman & Encik Mohd Faizal
P.A Sistem : Encik Awaluddin b Miskam & Encik Tuan Rozaimi
Buku Program : Puan Norini Bt Razali
Jurugambar : Puan Nazariah bt Kamis
Dokumentasi : Puan Norhaya bt Isa
Disiplin : Encik Aminuddin bin Nashuri & Pn Rafedah Bt Jailani

Aktiviti :
Ceramah Maal Hijrah : Ustaz Norfauzi b Mastor (guru SK Simpang Renggam)
Mewarna Maal Hijrah : Murid Tahun 1, 2 dan 3
Melukis Poster : Murid Tahun 4, 5 dan 6
**Guru mata pelajaran akan mengawasi dan mengendalikan pertandingan mewarna
dan melukis poster antara jam 10.10 pagi – 12.10 pagi.
8.0 ATURCARA PROGRAM
7.15 pagi : Semua guru dan murid berkumpul
7.30 pagi : Bacaan Yasiin
7.45 pagi : Bacaan Doa
7.50 pagi : Persembahan Murid sempena Maal Hijrah ( Tahap 1) @ Pertandingan
Selawat Tafrijiyyah ( Tahap 2 )
8.00 pagi : Ucapan Guru Besar
8.15 pagi : Ceramah sempena Maal Hijrah
9.10 pagi : Penyampaian Penghargaan kepada Penceramah
9.20 pagi: Rehat Tahap 1
9.40 pagi: Rehat Tahap 2
9.40-12.10 : Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
Pertandingan Poster (Tahap 2)
Agihan bubur Asyura

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL BUTIRAN RM
1. Hadiah Mewarna (Tahap 1 , Pra Sekolah & Pendidikan
Khas) 32.00
2. 8 kelas x 2 pemenang murid lelaki & perempuan x RM 3.00
Hadiah Melukis Poster (Tahap 2) 18.00
3. 6 kelas x 3 pemenang x RM 3.00 100.00
4. Bayaran Penceramah
Bubur Asyura
JUMLAH 150.00

10.0 PENUTUP
Mudah-mudahan usaha murni ini mencapai objektif yang dirancang, mendapat
sokongan dari semua pihak dan diberkati Allah SWT. Semoga semuanya berjalan
lancar dan murid serta guru mendapat faedah yang diharapkan beserta ganjaran pahala
di akhirat kelak.
11.0 ULASAN GURU BESAR

-------------

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………….. ………………………………
(NORHAYA BT ISA) (SABRINA BT ABD KHALID)
Setiausaha GPK Pentadbiran
Program Maal Hijrah 1444H SK Seri Macap

Disokong oleh,

…………………………….
(SHARUDIN BIN MD TAIB)
Guru Besar
SK Seri Macap

Anda mungkin juga menyukai