Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 16,

JALAN HALIA 16/8,


40200, SHAH ALAM

KERTAS KERJA

“LAWATAN SAMBIL MENYULAM KASIH”


PROGRAM DASAR WARGA EMAS (DWEN)

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DAN PANITIA SIVIK &KEWARGANEGARAAN
TAHUN 2017

Oleh:
SITI NURUL AISHAH BINTI MAT NOR
GURU BIMBINGAN & KAUNSELING
SMK SEKSYEN 16, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

1.0 PENDAHULUAN

Warga Emas merujuk kepada individu yang berumur sama atau melebihi 60 tahun dan ke atas seperti
yang diterima pakai dalam United Nations World The Assembly on Ageing di Vienna (PBB, 1982) dan
dalam kalangan negara-negara ASEAN.

2.0 LATAR BELAKANG


Program Pendidikan dan Kerohanian Dasar Warga Emas ini dilaksanakan bagi melaksanakan dasar
Warga Emas Negara (DWEN). Disamping mendidik dan membudayakan nilai, sikap dan amalan saling
menghormati, menghargai serta menyayangi sesama insan.
Manakala, Khidmat Masyarakat merupakan komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan. Aktiviti ini dijalankan di luar jadual waktu persekolahn. Murid perlu melakukan kerja
amali ini sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan. Khidmat Masyarakat harus dikait
rapat dengan pembelajaran akademik dalam bilik darjah. Khidmat Masyarakat bertujuan membina individu
yang bersedia untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Guru harus memastikan
murid menjalankan kerja projek ini mengikut tema yang ditetapkan.
3.0 OBJEKTIF

Di akhir program lawatan ini, pelajar dijangka dapat:


3.1 Mempraktikkan teknik Komunikasi Berkesan yang dipelajari di dalam modul PRS
3.2 Bekerjasama dalam satu pasukan untuk mengendalikan kerja-kerja dan pertandingan yang
memerlukan team work yang sempurna.
3.3 Mempraktikkan ‘Komunikasi Interpesonal’ dalam suasana yang mencabar di mana kumpulan
sasaran praktikal adalah warga emas yang terputus hubungan kasih sayang dengan keluarga
masing-masing.
3.4 Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang
bernasib baik dan terpinggir.
3.5 Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui
pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik.
3.6 Melalui pengalaman menarik yang dijangka dapat memberikan banyak faedah kepada para
pelajar.
3.7 Menggembirakan golongan warga emas yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan.

4.0 SASARAN

84 orang murid (42 orang ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan 42 murid di bawah kelolaan
Panitia Sivik dan Kewarganegaraan)

5.0 TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN

28 April 2017 (JUMAAT)


7.30 pagi hingga 1.00 petang

6.0 ATUR CARA PROGRAM

7.30 pagi Pendaftaran peserta


8.00 pagi Bertolak ke destinasi
9.30 pagi Minum pagi
10.00 pagi Aktiviti 1 : ”Music Chair” dan ”Malu-malu Meow”
11.30 pagi Aktiviti 2 : Perkongsian hidup & ”Masih ada yang sayang”- (sambutan hari lahir)
12.30 Tengahari Refleksi
Majlis Penutup
1.00 Tengahari Bersurai
Pulang ke sekolah
7.0 TEMPAT

Pusat Jagaan Warga Emas, Bait Al-Mawaddah, Jalan Kebun. Selangor

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn Rohana binti Mat Sah (Pengetua)


Naib Penasihat : En. Mustafa Kamal Bin Mohamad (Penolong Kanan)
Pn. Rokiah binti Hussein (PK HEM)
Pn. Nor Asmah Bt Omar (PK Kokurikulum)
Pn Khairun Aznida binti Mokhtar (PK Petang)

Setiausaha : Pn. Siti Nurul Aishah Bt Mat Nor (GBKSM)


Penyelaras : Pn Wan Nurazwati Binti Wan Ismail (GBKSM)
: Pn Norillmiah binti Ahmad (Ketua Panitia Sivik & Kewarganegaraan)
: Pn Rozanita Bt Mohamed Rashid (GBKSM)
AJK : Guru Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

9.0 KOS PERBELANJAAN

Bil Perkara Kos (RM) Jumlah (RM)


1. Pengangkutan RM 400.00 X 2 buah RM 800.00
2. Makan & Minum pelajar RM 5.00 X 84 orang RM 420.00
3. Cenderamata RM 2.00 X 50 orang RM 100.00
4. Bahan–bahan aktiviti RM 20.00 RM 120.00
Jumlah RM 1440.00

10.0 SUMBER PENDAPATAN


Peruntukan PCG Kaunseling RM 100.00
Teras Sivik dan Kewarganegaraan RM 500.00
Kutipan peserta (RM10X84 orang) RM 840.00

JUMLAH
RM 1440.00
11.0 PENUTUP
Semoga program yang dirancang ini dapat dijalankan dengan lancar dan teratur serta mendapat
komitmen daripada semua pihak.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

................................... ........................................
(SITI NURUL AISHAH BINTI MAT NOR) (ROKIAH BINTI HUSSEIN)
Setiausaha, Penolong Kanan HEM
Program Lawatan ke Pusat Jagaan Orang Tua Bait Al-Mawaddah

Diluluskan oleh:

............................
(ROHANA BINTI MAT SAH)
Pengetua
SMK Seksyen 16, Shah Alam
Lampiran 1

JADUAL LAWATAN
”PROGRAM MENYULAM KASIH BERSAMA WARGA EMAS”
TARIKH LAWATAN : 27 APRIL 2017 (KHAMIS)

MASA AKTIVITI / PENGISIAN

7.30 pagi Pendaftaran peserta

8.00 pagi Bertolak ke destinasi

9.30 pagi Minum pagi dan lawatan sekitar rumah jagaan

10.00 pagi Taklimat Ringkas daripada pihak Rumah Seri Kenangan

Aktiviti 1 : ”Music Chair” dan ”Malu-malu Meow”

11.30 pagi Aktiviti 2 : Perkongsian hidup & ”Masih ada yang sayang”

12.30 Tengahari Refleksi (Rumusan)

Majlis Penutup

1.00 Tengahari Bersurai

*Pulang ke sekolah

Anda mungkin juga menyukai