Anda di halaman 1dari 9

KANDUNGAN BUKU LOG PENGAKAP

1. LOGO PENGAKAP m.s 2


2. PEMIMPIN PENGAKAP SMKKB m.s 3 –GURU PENASIHAT
3. PEMIMPIN m.s 4 – AJK
4. PATROL m.s 5-6
Ketua Patrol
Penolong Ketua Patrol
Quarter Master
Ahli Patrol
5. PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa
daya upaya saya akan:

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara


Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-undang Pengakap

6. UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. Dipercayai
2. Taat
3. Berguna
4. Sahabat
5. Berbudi
6. Kasihkan binatang
7. Menurut perintah
8. Sabar
9. Berjimat
10. Suci fikiran, bersih perkataan dan bersih perbuatan

Makna Lambang Persekutuan mesti dengan selalunya ditafsirkan mengikut pematuhan spesifikasi
sepenuhnya seperti berikut:

* Rupa bentuk fizikal Lambang Persekutuan:

1. Lingkaran membentuk ikatan buku sila berwarna kuning:

Melambangkan:
>. Lingkaran tali bererti perpaduan yang erat dikalangan rakyat Malaysia.
>. Ikatan Buku Sila bererti kekuatan perpaduan persaudaraan Pengakap
sedunia yang tidak terganggu gugat.
______________________________________________________________________
2. Pecahan tiga kelopak berwarna merah:

Melambangkan Persetiaan Pengakap:


>. Kelopak tengah bererti Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara.
>. Kelopak kiri bererti Menolong orang pada setiap masa
>. Kelopak kanan bererti Menurut Undang-Undang Pengakap
______________________________________________________________________
3. Dua butir pecah lima di kelopak kanan dan kiri berwarna hijau:

Melambangkan:
>. Pengakap mestilah sentiasa mempertahankan kebenaran dan pengetahuan.
>. Undang-Undang Pengakap yang berjumlah sepuluh perkara.
______________________________________________________________________
4. Kepala anak panah dan garisan lurus menunjuk ke atas berwarna
hitam:

Melambangkan seseorang Pengakap mestilah sentiasa berada pada arah yang


lurus dan betul untuk dilaluinya.
______________________________________________________________________
5. Ikatan mengikat 3 kelopak berwarna hijau:

Melambangkan ikatan Persaudaraan Pengakap Sedunia.


______________________________________________________________________
6. Sebutir bintang pecah 14 berwarna kuning:

Melambangkan:
>. Negara Malaysia.
>. 14 buah negeri yang terkandung di dalam Malaysia.
______________________________________________________________________
7. Anak bulan dan bintang berwarna kuning :

Melambangkan Agama Islam yang merupakan Agama Rasmi Malaysia.


______________________________________________________________________
* Warna-warna di dalam Lambang Persekutuan:

1. Warna Kuning pada anak bulan dan bintang :

Melambangkan warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja


Melayu Malaysia
2. Warna Kuning, Hijau dan Merah pada Lambang Persekutuan:
Melambangkan Unit-Unit Pengakap di Malaysia:
1. Warna kuning melambangkan Unit Pengakap Kanak-Kanak
2. Warna hijau melambangkan Unit Pengakap Muda
3. Warna merah melambangkan Unit Pengakap Remaja
Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia, yang saya


dengan seberapa daya upaya saya, akan
Taat kepada Tuhan, Raja Dan Negara
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut Undang-Undang Pengakap.

Taat kepada Tuhan.

 Tiap-tiap pengakap mestilah beragama, walauapapun Agama


sekalipun dan hendaklah beramal dan beribadat dengannya seperti
sembahyang dan lain-lain.
 Melatih kanak-kanak itu bersyukur kepada Tuhan kerana dialah
memberi Reseki dan Rahmat.
 Kita mesti ada maruah kepercayaan pada diri kita, boleh
mempengaruhi kanak-kanak itu supaya mahu ikut kita. Ajar mahu
diperintah atau ditunjukkan teladan diri kita sendiri

Taat kepada Raja

 Raja itu Pemerintah negeri, oleh itu mestilah taat kepadanya atau
wakilnya. Segala undang-undang dan Hukuman Negeri hendaklah
melatih kanak-kanak mempercayai dan menghormati Undang-
Undang adat Istiadat Negara Malaysia.
 Tahu sedikit sebanyak Bahasa Raja.
 Mempunyai disiplin dan tatatertib terhadap Majlis-majlis yang dihadiri
oleh Raja-Raja.

Taat kepada Negara Malaysia

 Menghormati dan mengikut Undang-Undang Negara Malaysia.


 Jujur kepada Negara Malaysia; Pemerintah, Dasar Kerajaan;
menyokong dan menyertai Rancangan Gerakan Negara Malaysia.
 Mengelakkan diri dari kegiatan yang merosakkan dan menjatuhkan
imej Negara dan hendaklah menaikkan Imej Negara.

Menolong orang pada setiap masa

 Dengan rela hati dan jujur memberi bakti atau pertolongan kepada
orang-orang yang memerlukan, melalui perseorangan atau gerakerja
kumpulan.
 Menyelamat harta benda dalam sesuatu bencana alam.
 Menolong dalam berbagai kecemasan dan kemalangan serta
sebarang kerja amal yang difikirkan sesuai.
 Prinsip pertolongan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan Negara,
jauh sekali dari upah tenaga.

Menurut Undang-Undang Pengakap

 Dalam masa melatih budak-budak, tujuan yang mulia hendak


dipertimbangkan dan jangan dilupakan dalam proses memberi
latihan.
 Tekanan yang sama hendaklah diberikan dalam latihan
perkembangan Rohani, Jasmani dan Akal.
 Matlamat kita ialah perkembangkan keperibadian yang boleh
memberi bantuan yang positif dalam kehidupan mereka.
 Tujuan kita ialah supaya generasi yang akan datang akan maju dan
sedar bahawa khidmat orang lain adalah satu amalan kasih dan
bertanggungjawab terhadap Tuhan dan jiran-jiran kita.

Undang-Undang Pengakap

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan


kehormatan dirinya.
Tegaskan bagi menggalakkan kejujuran dan jauhkan dari membuat
kesilapan. Jangan beri peluang menipu dalam permainan-permainan
dan pertandingan-pertandingan. Paling mustahak semua pemimpin-
pemimpin mestilah percayakan budak-budaknya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong,


Raja-Raja, pemimpin-pemimpin, ibubapanya, majikannya dan orang-
orang di bawahnya.
Contoh pemimpin-pemimpin adalah diutamakan. Ketua patrol atau
ketua sekawan hendaklah setia kepada mereka yang di bawahnya,
terutama sekali dalam masa membuat kerja-kerja yang susah.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong


pada setiap masa.
Berbuat baik menjadi dasar utama. Pemimpin-pemimpin hendaklah
memerhatikan dalam perkara ini, terutama sekali dalam masa cara
berpatrol.

4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara


kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan
agamanya sekalipun.
Galakkan berjumpa dengan terup-terup/ Pek-pek jiran, hadir dalam
perkhemahan daerah, malam pengakap/ kebudayaan, sahabat
pena. Lawatan keluar negeri, Jambori dan lain-lain.

5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi-pekertinya


dan sentiasa berbudi.
Perhatikan kelakuan budak-budak, terutama sekali bila keluar di kaki
lima, berbasikal, menjaga keselamatan jalan raya, bertimbang rasa
kepada orang lain bila menggunakan radio, televisyen, supaya tidak
mengganggu jiran-jiran masa mengadakan pengembaraan waktu
malam, permainan malam. Bersopan santun bila bercakap dan
bertanya dari segi perbualan.

6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.


Mengajar budak-budak pengakap membela binatang-binatang,
memberi makan dan kasih sayang. Suka kepada ilmu kejadian.
Sayang kepada benda hidup. Jangan membunuh binatang tanpa
sebab. Binatang liar dan buas yang mengancam nyawa diri
hendaklah di bunuh atas sebab nyawa diri diancam.

7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan


suruhan Ibubapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-Pemimpin
Pengakapnya dengan tanpa apa-apa soalan.
Tegaskan supaya menurut perintah. Semakin jauh mengembara
semakin kuat dikehendaki berdisiplin. Segala perintah hendaklah
terang dan munasabah serta boleh dijalankan.

8. Pengakap adalah seorang sentiasa bersabar dan manis mukanya


dalam masa kesusahan.
Ini adalah bagaimana yang diamalkan di dalam Unit Pengakap.
Belajar menang kalah dengan semangat-semangat yang sama seperti
sukan.

9. Pengakap adalah jimat dan cermat.


Ini termasuk bukan sahaja jimat-cermat kepada wang sahaja bahkan
berjimat kepada makanan, menyimpan pakaian, menjaga masa
bercakap, menutup pintu selepas menggunakannya, menepati masa.
Perbezaan antara cermat dan kedekut.

10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan


perbuatannya.
Ambil berat di atas keseluruhan jasmaninya. Kemudian atas
keseluruhan mentalnya. Cara-cara yang diajar dalam Unit Pengakap
sangat mustahak. Sentiasa menggunakan cara-cara sistem berpatrol
(Patrol system).
Buku log (keseluruhan)
Buku log pengakap dibahagikan kepada beberapa bahagian dan perlu dilengkapkan secara
berturutan.

Langkah 1: Asas

1. Biodata diri
2. Lambang pengakap Malaysia
3. Lambang pengakap sedunia
4. Ahli jawatankuasa guru pengakap SKBD pada tahun tersebut (contoh 2014)
5. Ahli jawatankuasa murid pengakap SKBD pada tahun tersebut (contoh 2014)
6. Senarai semua pemimpin pek & tandatangan mereka.
7. Persetiaan pengakap
8. Undang-undang pengakap
9. Lima prinsip rukun negara
10. Hormat pengakap
11. Cogan kata pengakap
12. Sejarah pergerakan pengakap
13. Cerita pengakap/ Hutan (1 sahaja)
14. Kertas soalan ujian basikal bertulis
15. Surat panggilan untuk menyertai ujian basikal
16. Borang yang telah ditandatangan dan cop oleh penilai sewaktu ujian basikal.
17. Beberapa gambar yang telah diambil sewaktu ujian basikal. Dicadangkan sebahagian
besar koleksi gambar tersebut perlu mengandungi gambar anak anda yang diuji.
18. Sijil lulus ujian basikal (difotostat).
19. Lagu pengakap Malaysia
20. Laung agung
21. Borang penilaian individu menunjukkan ringkasan kandungan buku log dan bukti bahawa
maklumat dalamnya telah dihafal.

Langkah 2: Sebelum menyertai pingat Gangsa

1. Lencana Koleksi hobi – gambar bukti hobi yang disukai oleh pelajar. Masukkan
penulisan refleksi kenapa pengakap tersebut minat terhadap hobi tersebut (1 – 2
mukasurat).
2. Lencana Membaca buku – Photstat buku nilam yang telah ditandatangan oleh guru.
Masukkan sekali 3 sinopsis cerita yang pernah dibaca.

Langkah 3: Sewaktu menyertai pingat Gangsa & Perak

1. Surat panggilan menyertai kem pingat Gangsa/ Perak.


2. Senarai pelatih di tempat aktiviti pingat dilakukan.
3. Senarai arahan yang dipelajari daripada latihan asas perbarisan.
4. Lukisan kain andun hasil aktiviti pertolongan cemas.
5. Sekurang-kurangnya lukisan 3 jenis benda yang ada di dalam first aid kit.
6. Tampalan sekurang-kurangnya 6 jenis daun yang berlainan jenis.
7. Senarai 6 jenis sampah yang dijumpai, dikutip dan akhirnya dibuang ke dalam tong
sampah.
8. Senarai 5 cara-cara bagi mengekalkan kebersihan dan memelihara alam semula jadi di
tempat aktiviti pingat dilakukan.
9. Resepi minuman dan hidangan sewaktu aktivti “Silalah Rasa” (tidak wajib)
10. Lukisan samada pemandangan disekitar tempat latihan, potret hitam putih, satu objek/
bayangan benda, seni khat jawi dan watak/ karektor kartun berwarna yang digemari.
11. 4 jenis ikatan yang ditampalkan.
12. Lukisan 8 jenis isyarat sulit pengakap yang diwarnakan. Maksud bagi setiap isyarat perlu
dinyatakan.
13. Jadual tentatif aktiviti.
14. Journal aktiviti setiap hari pengakap berada di kem. Format adalah mukasurat teratas
tarikh, diikuti sebuah jadual ringkas yang mengandungi masa dan aktiviti yang telah
dilakukan. Perasaan pengakap sewaktu setiap aktiviti boleh dimasukkan.

Langkah 4: Selepas menyertai pingat Gangsa & Perak

1. Beberapa gambar yang telah diambil sewaktu ujian aktiviti pingat gangsa/ perak.
Dicadangkan sebahagian besar koleksi gambar tersebut perlu mengandungi gambar anak
anda yang diuji.
2. Sijil menyertai kem pingat Gangsa/ Perak.

Langkah 5: Sebelum menyertai pingat Emas

1. Lirik patriotik – Lagu Wilayah


2. Lirik patriotik – Lagu Inilah barisan kita.
3. Lirik – Disana Senang, Disini Senang.
4. Lukisan berwarna bendera negeri-negeri di Malaysia.
5. Jata Wilayah Persekutuan
6. Jata Negara Malaysia
7. Senarai lencana pengakap
8. Gambar dan nama penuh Ketua Persuruhjaya Pengakap Negeri dan Ketua Pesuruhanjaya
Pengakap Negara.
9. Senarai cara-cara bagaimana untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing.
10. Senarai dan latar belakang lapan (8) tokoh tempatan.
11. Cara untuk membuat layang-layang.

Langkah 6: Sewaktu menyertai pingat Emas

1. Surat panggilan menyertai kem pingat Emas.


2. Jadual tentatif aktiviti.
3. Buku jawapan Kem Cuti Pek Lencana Keris Emas Bersepadu.
4. Resepi minuman dan hidangan sewaktu aktivti masak sendiri (tidak wajib)
5. 4 jenis ikatan yang ditampalkan.
6. Gadget yang telah dilakukan.
7. Senarai komponen pertolongan cemas yang dipelajari (10).
8. Cerima malam kebudayaan – apa yang menyukakan pengakap dan apa yang
menyedihkannya.
9. Journal aktiviti setiap hari pengakap berada di kem. Format adalah mukasurat teratas
tarikh, diikuti sebuah jadual ringkas yang mengandungi masa dan aktiviti yang telah
dilakukan. Perasaan pengakap sewaktu setiap aktiviti boleh dimasukkan.

Langkah 7: Selepas menyertai pingat Emas

1. Beberapa gambar yang telah diambil sewaktu ujian aktiviti pingat Emas. Dicadangkan
sebahagian besar koleksi gambar tersebut perlu mengandungi gambar anak anda yang
diuji.
2. Sijil menyertai kem pingat Emas oleh Persatuan Pengakap Malaysia.
3. Sijil menyertai kem pingat Emas oleh SKBD.

Langkah 8: Laporan aktiviti kem-kem yang telah disertai

Sila klik dibawah untuk memperolehi senarai terperinci untuk pembinaan laporan didalam buku
log anda.

1. 2014: Korobori pengakap sekolah rendah WP.

Anda mungkin juga menyukai