Anda di halaman 1dari 16

GARISAN

Pengenalan 1. Garisan didifinasikan sebagai satu siri titik-titik yang bergerak daripada satu permulaan merentasi sesuatu permukaan rata. 2. Siri titik-titik boleh disusun sedekat sehingga melekat-lekat ataupun mempunyai jarak di antaranya.

Satu siri titik-titk Jenis-jenis garisan 1. Jenis-jenis garisan boleh dikelaskan berdasarkan penggunaan media(bahan) atau teknik yang menentukan rupa bentuk dan sifatnya. Garisan kasar Garisan nipis Garisan tebal Garisan berbulu

Garisan berlingkar

Garisan berpancar

Garisan bergerigi

Garisan beralun

Garisan berulang

Garisan bersudut

Media (bahan) untuk menghasilkan Garisan. Kesan nipis Pen,pensil,pen teknikal Kesan tebal Krayon,pen marker Kesan kasar Pastel lembut, berus

Teknik-teknik menghasilkan garisan 1.Capan -cop dengan menggunakan ubi kentang, pelepah pisang dan sebagainya 2.Renjis -merenjis warna di atas permukaan kertas 3.Resis-melukis dengan menggunakan lilin kemudian diwarnakan. Bahagian yang dilukis dengan lilin tidak akan terkena warna. 4.Gosokan -Kertas di lekatkan pada permukaan yang mempunyai jalinan sentuh dan digosok dengan pensil. 5.Pualaman -warna minyak di letakkan diatas permukaan air kemudian diletakkan kertas diatas warna minyak tadi. Kesan yang terhasil di namakan pualaman. 6.Tiupan -Warna cair diletakkan di atas permukaan kertas dan ditiup. 7. Tenunan 8. koyak dan tampal 9.Anyaman 10.Bakaran Garisan Menghasilkan Bentuk 1. Susunan garisan boleh menghasilkan bentuk atau fom 2. Garisan tebal dan disusun rapat menimbulkan ton gelap.Manakala garisan nipis dan berjarak jarang akan kelihatan cerah.

Bentuk kubus

Bentuk Piramid

Garisan Menimbulkan Perasaan 1. Garisan yang berulang-ulang akan mencipta pergerakan ilusi. Garisan milintang (menimbulkan perasaan tenang) Garisan menegak (menimbulkan perasaan stabil) Garisan bulatan (menimbulkan semangat tekat) Garisan beralun (menimbulkan gambaran pergerakan) 2

RUPA
Pengenalan 1. Rupa adalah hasil pertemuan antara titik awal dengan titik akhir. 2. Rupa bersifat dua dimensi dan mempunyai permukaan yang rata. Ia tidak mempunyai jalinan, tinggi dan lebar.Tidak berjisim dan mempunyai hanya satu permukaan sahaja. RUPA Titik akhir Titik mula BUKAN RUPA

Jenis-jenis rupa Terdapat dua jenis rupa, iaitu rupa geometrid an rupa organic. Rupa Geometri a. Rupa yang mempunyai sudut seperti segi empat, segi tiga, haksagon dan lain-lain. b. Dilukis dengan sengaja, c. Menggunakan peralatan geometri seperti pembaris, jangka sudut, jangka lukis dan sebagainya. d. Mempunyai sempadan yang tetap.

Rupa Organik a. Rupa yang dilukis secara bebas dan tidak mempunyai sudut. b. Timbul secara tidak sengaja c. Tidak menggunakan peralatan geometri untuk melukis.

Rupa Positif dan Rupa Negatif 1.Rupa positif ialah sesuatu objek yang terdapat di dalam satu kawasan

Rupa Positif

2. Rupa negatif ialah kawasan yang mengelilingi sesuatu objek.

Rupa Negatif

RUPA DAN CORAK 1. Rupa yang di ulang-ulang akan menghasilkan satu corak yang menarik. 2. Rupa boleh diolah dengan pelbagai cara seperti tindanan, tambahan, dan pengurangan.

Rupa yang diulang-ulang akan menghasilkan corak

R Rupa Pengurangan Rupa Tindanan Rupa Penambahan

MUKA TAIP
1.Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf 2. Rupa muka taip merupakan salah satu elemant penting dalam reka bentuk grafik seperti logo, symbol, poster, sepanduk, pengbungkusan dan lain-lain. 3. Muka taip yang baik mestilah:i. Senang dibaca ii. Menarik perhatian dengan olahan seni iii. Menyampaikan mesej 4. Jenis-jenis Muka taip:(a) Muka taip serif -Muka taip serif ialah huruf yang mempunyai ekor

A
(b) Muka taip sans serif -Huruf yang tanpa ekor atau sirip (C) Muka taip hiasan

serif

ABC AC
5 unit LAMBANG 3 unit 5 5. Muka taip yang paling asas boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan grid 3 unit X 5 unit yang dikenali sebagai HURUF BLOK. Contoh:

1. Lambang ialah ringkasan dari sesuatu objek.Contoh lambang kepada tandas lelaki ialah rupa orang lelaki memakai songkok atau menghisap paip. 2.Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu produk. Contoh lambang minyak shell ialah diambil dari rupa cengkerang.

BENTUK
PENGENALAN Bentuk ialah sesuatu objek yang mempunyai jisim(berat), isipadu, mempunyai lebih dari satu permukaan dan mempunyai tinggi,lebar dan panjang. JENIS-JENIS BENTUK a)Bentuk Konkrit 1.Bentuk atau objek sebenar, wujud di sekelilingnya 2.mempunyai isipadu dan berat 3.berbentuk 3D dan dapat dilihar dan disentuh b)Bentuk Ilusi 1.bentuk objek gambar foto atau dilukis, dicetah atau dicap. 2.Berbentuk 2 D.Tidak boleh disentuh. Perbezaan antara rupa dan bentuk RUPA BENTUK

MEMBINA BENTUK Teknik-teknik membina bentuk: 1.Teknik-teknik membina bentuk tembikar (tanah liat): a)Kaedah lingkaran 6

b)Kaedah kepingan c)Kaedah picitan 2.Teknik Origami (lipatan kertas) 3.Teknik ukiran 4.Membentuk dengan paper mache(kertas hancur) 5. Membentuk dengan plaster of Paris 6.Menganyam

JALINAN Pengenalan 1.Jalinan ialah sifat kesan-kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda yang boleh dilihat atau disentuh dengan deria. 2.Jalinan terdapat pada permukaan objek alam sekeliling, objek buatan manusia, dan memberi ciri-ciri serta fungsi tertentu kepada sesuatu benda. JENIS-JENIS JALINAN Jalinan Sentuh 1.Jalinan yang dapat dilihat dan disentuh dengan tangan. 2.Contoh: rambut, kulit buah-buahan yang kesat seperti nangka dan durian, sisik ikan dan sebagainya. Jalinan Tampak 1.Jalinan yang wujud hanya pada permukaan yang rata.ia dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan. 2.Contoh gambar. Corak pada buah tembikai, corak kain batik, lukisan dan sebagainya. APLIKASI JALINAN DALAM SENI VISUAL Aplikasi Jalinan Sentuh dalam Seni Visual Teknik Kolaj- seni tampalan kertas Tenunan Anyaman Sulaman Ukiran Copper tooling (seni ukiran logam tembaga) Tembikar Impasto (Tekni catan cat minyak yang tebal) Aplikasi Jalinan Tampak dalam Seni Visual Teknik gosokan Teknik batik ikat dan celup Teknik renjis Teknik Pualaman(kesan cat minyak pada permukaan air dan dipindahkan ke permukaan kertas) Teknik tiupan Teknik lukisan Teknik kanji Teknik capan (cop / cetak) Fungsi Jalinan 7

1.Jalinan pada alam semulajadi dan objek buatan manusia mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri dan menjadikan ianya unggul, unik, dan menarik. 2. Penumbuhan-jalinan pada kulit durian yang berduri dan rambutan yang berbulu menjadi sebahagian proses penumbuhan 3.Keselamatan a)Jalinan pada tapak kasut dan tayar kenderaan berfungsi untuk mencengkam. b)Jalinan pada pemegang alatan seperti pemutar skeru dan playar untuk mengelak daripada licin c) Jalinan pada ulir skeru memudahkan diskru pada kayu dan menguatkan cengkaman. 4.Penyamaran-Jalinan pada bulu haiwan seperti kuda belang dan harimau 5.Hiasan-Jalinan pada tekstil, sulaman, jahitan labuci dan hasil seni yang menarik.

RUANG
Pengenalan 1.Ruang merupakan jarak antara objek yang wujud di alam nyata dan juga dalam karya seni visual 2.Ruang juga boleh didifinasikan sebagai kawasan di sekeliling sesuatu objek. 3.Objek yang berada dihadapan kelihatan lebih besar dan jelas berbanding dengan objek yang berada jauh kelihatan lebih kecil dan pudar walaupun mempunyai saiz yang sama. JENIS-JENIS RUANG Ruang Fizikal (Ruang nyata) 1.Ruang fizikal ialah ruang yang sebenar terdapat di persekitaran. 2.Ruang fizikal terdiri daripada: a) Ruang terbuka (Persekitaran alam / di luar bangunan) b)Ruang tertutup (Persekitaran dalaman / di dalam bangunan) Ruang Ilusi 1.Ruang ilusi ialah ruang yang terdapat dalam hasil rekaan seni visual seperti lukisan, catan dan cetakan. 2.Tiga jenis ruang ilusi iaitu:a) Ruang dalam ruang yang menampakkan ilusi jauh ke dalam b)Ruang cetek berada dalam lingkungan yang terbatas (cth: antara dinding ke dinding) c)Ruang Rata-ruang yang dilukis pada satah yang sama / pada satu permukaan sahaja (cth: lukisan abstrak) RUANG, WARNA dan KEDALAMAN 1. warna yang cerah akan kelihatan lebih dekat jika diletakkan pada latar yang lebih gelap (cth: warna kuning berlatarkan coklat) 2.Warna gelap akan kelihatan lebih dekat jika diletakkan pada latar belakang cerah. (cth; objek berwarnacoklat diletakkan pada latar jingga) PERSPEKTIF 1.Perspektif ialah perubahan saiz, warna, dan jarak objek sekitar yang berlaku apabila dilihat dari jarak yang jauh.Perubahan saiz ditentukan oleh kedudukan objek. 2.Objek yang jauh akan kelihatan kecil, manakala objek-objek yang dekat kelihatan besar.Perbezaan saiz objekobjek ini akan memberi ilusi ruang kepada sesuatu karya seni. 3.Lukisan yang menggunakan rupa pelbagai saiz memberi ilusi ruang juga. Rupa yang kecil kelihatan tenggelam sementara rupa yang besar akan kelihatan timbul / dekat.

Rupa yang pelbagai saiz memberi ilusi ruang

Titik lenyap

Garisan aras mata / ufuk

PERSPEKTIF SATU TITIK LENYAP

Garisan Aras Mata TITIK LENYAP TITIK LENYAP

PERSPEKTIF DUA TITIK LENYAP

10

WARNA
Jenis-jenis Warna
Warna Asas/Utama/Prima 1.Warna asas ialah warna yang tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain. 2.Mempunyai warna-warna yang hebat. Warna-warna asas terdiri daripada warna:MERAH,KUNING,BIRU Warna Sekunder/Warna Kedua 1.Warna sekunder terhasil daripada campuran DUA warna ASAS. 2.Warna-warna sekunder terdiri daripada warna:HIJAU,UNGU,JINGGA Warna Tertier 1.Warna tertier terhasil daripada campuran SATU warna ASAS dengan SATU warna SEKUNDER. Warna Neutral 1.Warna neutral ialah warna-warna yang tidak terdapat dalam roda warna. 2.Warna neutral terdiri daripada warna-warna HITAM,PUTIH dan KELABU.

Nilai Warna
Ton Warna 1.Ton warna ialah gelap dan terangnya warna. 2.Untuk mendapatkan warna yang cerah warna asal dicampur dengan warna putih atau air sementara untuk mendapatkan warna gelap dicampurkan dengan warna hitam. Kroma Warna 1.Kroma ialah ukuran kuasa sesuatu warna. 2.Kroma sesuatu warna dapat dihasilkan dengan campuran sesuatu warna dengan penggenapnya dalam nisbah tertentu.Contoh: warna merah campur warna hijau, warna jingga campur warna biru. GUBAHAN WARNA Sewarna (Monokromatik) 1. Gubahan warna asas dicampurkan dengan warna hitam atau putih untuk mendapatkan satu siri ton. 2.Sewarna dapat memberi kesan gelap dan cerah apabila dicampurkan dengan warna hitam atau putih. Warna Harmoni. 1. Warna harmoni ialah warna yang terdapat sebelah menyebelah dalam roda warna. 2. Warna harmoni juga dikenali sebagai warna sekeluarga 3. Warna bernialai sama dan memberikan suasana yang selesa. 4. warna harmoni sesuai digunakan untuk rekaan corak perabot rumah, kertas dinding serat pinggan mangkuk.

Warna harmoni Berada sebelah menyebelah dalam roda warna

11

Warna Pengenap 1. Warna-warna yang berada setentang dalam roda warna. 2. Warna-warna pengenap memberi kesan kontra dan bercanggah. 3. Warna-warna penggenap sesuai digunakan untuk poster, sepanduk, kulit buku dan lain-lain yang digunakan untuk menarik perhatian.

Warna Pengenap Warna yang berada setentang dalam roda warna

Suhu Warna
1.Suhu warna ialah kumpulan warna tertentu yang memberi gambaran visual pancaran cahaya panas atau kesan pancaran cahaya sejuk. 2.Warna Panas a. warna panas adalah warna-warna seperti merah,jingga,kuning dan hijau kekuningan. b. warna panas memberi kesan terang dan garang, dan biasanya dikaitkan dengan api.Ia melambangkan kesan tenaga, cahaya, harapan, kegembiraan, dan keriangan. 3.Warna Sejuk a.Warna warna seperti hijau,biru, ungu dan hijau kebiruan tergolong dalam kumpulan warna sejuk. b.warna sejuk dikaitkan dengan kesan damai, tenang, kejauhan, kesegaran,dingin dan sedih. c. warna sejuk mempunyai kesan pancaran cahaya yang rendah, dikaitkan dengan keadaan laut,sungai, langit, tumbuh-tumbuhan dan alam semulajadi.

Tindakan Warna
1. Warna-warna objek di sekeliling kita bertindak aktif dengan latar belakangnya. 2. Sesuatu warna akan kelihatan terang apabila diletakkan di atas warna gelap dan bertindak positif, memberi kesan kontra dengan latar belakangnya. 3. Warna yang sama ini akan kelihatan pudar bertemu dengan warna yang seakan-akan sama dan menghasilkan tindakan negative.

Perspektif Warna
1.Perspektif warna adalah gubahan warna yang menimbulkan ilusi ruang dan perspektif. 2. Objek yang jauh akan kelihatan lembut dan pudar manakala objek yang dekat kelihatan jelas apabila warnanya berubah mengikut suasana dan jarak.

Peranan Warna
i.Warna kuning ii.Warna merah iii. Warna hijau iv. Warna putih v. Warna hitam vi. Warna biru -Diraja,kecemerlangan,ceria dan kekayaan -Berani,kemakmuran dan bahaya amaran -Segar, subur dan pertumbuhan -Kesucian, kemurnian dan kerohanian -Sedih dan pilu, kepahlawanan - damai,tenang,sejuk dan romantic. 12

RODA WARNA
WARNA PANAS

WARNA SEJUK

MERAH

UNGU

JINGGA

BIRU

KUNING

HIJAU

13

PRINSIP REKAAN
HARMONI 1. Kesan harmoni timbul dalam seni reka akibat daripada tidak terdapat unsur-unsur seni tertentu yang bercanggah. Unsur-unsur seni tersebut termasuk susunan objek, warna, garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan saiz objek. 2. Harmoni terhasil apabila susunan dan ulangan unsur-unsur seni yang seimbang digunakan dalam proses menghasilkan karya seni.

Garisan-garisan yang sama jenis disusun untuk menghasilkan kesan harmoni.

Tidak harmoni kerana terdapat percanggahan antara garisan beralun dan garisan lurus.

3. Kesan harmoni dalam rekaan akan wujud jika terdapat susunan dan ulangan yang serupa. Kesan harmoni menimbulkan perasaan tenteram.

Harmoni rupa

Harmoni garisan 14

Harmoni susunan

Harmoni bentuk

KONTRA 1. Kontra wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang bertentangan atau percangahan dalam sesuatu hasil seni. 2. Kontra juga ada kaitan dengan penegasan. Semakin tinggi kadar penegasan, semakin jelaslah gubahan kontranya. 3. Kontra wujud pada alam semulajadi apabila terdapat sesuatu yang bertentangan, contohnya dalam rimbunan dedaun pokok terdapat bunga-bunga yang berwarna merah, bunga itu akan kontra dengan daunnya. 4. Kontra akan dapat menjadi penarik dan mengelakkan perasaan jemu orang yang melihatnya. 5. Dalam seni visual kontra amat penting dalam menghasilkan karya-karya grafik seperti poster, pembungkusan dan papan iklan. PENEGASAN 1. Penegasan merupakan sesuatu unsur yang berupaya untuk menarik perhatian seseorang yang melihatnya. 2. Fokus atau tumpuan diberi pada unsur tersebut yang kelihatan lebih istemewa berbanding dengan latar belakangnya. 3. Penegasan dapat:a. menarik perhatian b. mengelakkan kebosanan c. memberikan tumpuan kepada pada sesuatu perkara

IMBANGAN 1. Imbangan bermaksud satu keadaan seimbang serta sepadan. 2. Ia boleh dilihat daripada sifat, berat atau ringan sesuatu objek (3D). Ia juga boleh dilihat secara visual (2D) seperti unsure-unsur seni seperti garisan, jalinan, rupa, ruang, warna dan lain-lain. 3.Jenis-jenis imbangan:a. imbangan simetri unsur-unsur seni pada bahagian kiri dan kanan adalah sama. b. imbangan tidak simetri (asimetri).- terhasil apabila kedua-dua bahagian tidak sama nilai atau tidak serupa tetapi mempunyai pemberatan yang sama. (cyh; dikiri mempunyai 2 bongkah kayu seberat 500gm dan di kanan mempunyai satu bongkah kayu seberat 1 kg. tidak sama jumlah tetapi sama berat.

15

Imbangan simetri

16

Anda mungkin juga menyukai