Anda di halaman 1dari 5

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan ..................................................................................................... 1 Pengenalan ......................................................................................................... 2 Mari Bermula ...................................................................................................... 5 Modul 1 Papan Kekunci...........................................Error! Bookmark not defined. Modul 2 Teknik Hafalan (Memorization) .................Error! Bookmark not defined. Modul 3 Mengenali Kedudukan Dan Pasangan Jari .Error! Bookmark not defined. Modul 4 Pelajaran Kaedah Dan Latihan Menaip ......Error! Bookmark not defined. Modul 5 Latihan Pengukuhan Menaip .....................Error! Bookmark not defined. Modul 6 Ekstra ........................................................Error! Bookmark not defined. Kesimpulan ..............................................................Error! Bookmark not defined. Rekod Latihan Kursus Menaip ..................................Error! Bookmark not defined.

PENGENALAN
Apakah maksud teknik menaip sentuh?
Teknik menaip sentuh atau touch typing ialah teknik menaip yang melatih anda untuk menaip dengan menggunakan deria sentuhan pada jari anda. Apabila anda mahir menggunakan teknik menaip sentuh ini, anda sudah tidak perlu lagi melihat atau mencari kekunci yang ingin ditekan semasa menaip. Ini kerana jari anda telah dilatih untuk kenal dan cam kedudukan setiap kekunci pada papan kekunci komputer anda. Ringkasnya, jari anda akan bertindak sendiri menekan kekunci yang betul walaupun anda tidak melihatnya! Manakala, mata dan fikiran anda bebas melihat skrin komputer atau membuat apa sahaja yang anda inginkan. Untuk itu, mari kita lihat antara ciri-ciri Teknik Menaip Sentuh ini.

Ciri-ciri teknik menaip sentuh


Teknik ini memerlukan anda menggunakan kesemua 10 jari tangan. Setiap jari akan diletakkan pada kedudukan khusus pada papan kekunci iaitu kedudukan kekunci rumah atau dipanggil home keys. Setiap kekunci akan ditekan oleh pasangan jari yang diwakilinya. Contohnya kekunci huruf A hanya akan ditekan menggunakan anak jari tangan kiri sahaja; dan tidak akan ditekan oleh jari tangan yang lain.

Kelebihan teknik menaip sentuh


Terdapat banyak kelebihan yang anda akan peroleh apabila anda telah mahir menggunakan teknik menaip sentuh ini. Antaranya ialah : 1. Anda akan dapat menaip lebih pantas dan tepat tanpa melakukan banyak kesalahan. 2. Anda dapat menaip tanpa perlu melihat papan kekunci. 3. Anda akan mempunyai lebih keyakinan dalam setiap kerja yang anda akan lakukan. 4. Anda dapat menyiapkan tugasan anda dengan memberikan lebih tumpuan. 5. Anda dapat menjimatkan masa berharga anda untuk kerja yang seterusnya.

Teknik menaip
Secara umumnya terdapat 2 teknik menaip iaitu : 1. Teknik Hunt And Peek/ Search And Peek Teknik ini melibatkan penggunaan dua jari sahaja di mana anda perlu mencari terlebih dahulu kekunci sebelum anda dapat menekannya. Teknik ini amat bergantung sepenuhnya kepada penglihatan anda untuk mencari kekunci yang betul. Oleh sebab itu, teknik ini boleh memenatkan penglihatan anda dan juga mengambil masa yang lama sekiranya anda perlu menaip dalam jumlah perkataan yang banyak. Pada waktu yang sama, jari anda terpaksa bergerak ke pelbagai arah untuk mencari kedudukan kekunci yang betul. Kesannya, kepantasan anda menaip akan menjadi perlahan dan bergantung sepenuhnya kepada penglihatan anda serta kemahiran anda untuk mencari kekunci yang betul. Teknik inilah yang digunakan oleh kebanyakan orang ramai. Termasuk di dalam teknik ini juga di mana seseorang yang menaip menggunakan tiga jari, lima jari dan sebagainya mengikut cara mereka tersendiri. Namun tidak dinafikan ada juga sesetengah orang yang menggunakan teknik ini yang dapat menaip dengan pantas disebabkan pengalaman dan latihan yang banyak yang telah mereka lakukan.

2. Teknik Menaip Sentuh / Touch Typing Sebagaimana anda ketahui, teknik menaip sentuh melatih anda menaip hanya menggunakan sentuhan jari sahaja dimana anda tidak perlu lagi melihat papan kekunci sepenuhnya. Teknik ini biasanya digunakan oleh jurutaip profesional, programmer dan sesiapa sahaja yang ingin menaip lebih pantas menggunakan 10 jari berbanding daripada hanya menggunakan beberapa jari sahaja. Teknik ini tidak melibatkan banyak pergerakan jari tangan. Ini kerana jari anda akan berada di kekunci yang khusus sahaja (kekunci rumah) dan akan menekan kekunci yang berdekatan sahaja. Oleh sebab itulah teknik ini amat sesuai dipelajari oleh setiap orang kerana ia dapat membantu mereka menaip lebih pantas daripada biasa. Untuk mahir menggunakan teknik menaip sentuh ini, seseorang itu perlu mengorbankan sedikit masa dan tenaga untuk melatih jari tangan supaya dapat mengenal dan cam kedudukan setiap kekunci tanpa perlu melihatnya. Kunci untuk berjaya menguasai teknik ini tidak lain adalah kesabaran anda dalam mempelajari kaedah menaip dan seterusnya membuat latihan menaip secara berterusan. Yakinlah, pengorbanan masa dan tenaga anda pasti berbaloi apabila anda telah mahir menggunakan teknik ini nanti.

MARI BERMULA

Versi Preview Hanya Di Sini Sahaja, Dapatkan Versi Penuh Ebook Kursus Menaip Pantas Hari Ini Hanya Di www.KursusMenaip.com

Anda mungkin juga menyukai