Anda di halaman 1dari 12

2.

2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Kelas/ Tahun : Satu Bijak

Tema : Alam Semula Jadi

Bidang : Menggambar

Aktiviti : Lukisan

Tajuk : Ikan

Teknik : Lukisan

Masa : 11.45-12.45 tengahari (1 Jam)

Bahan Sumber : 1. Bahan Bantu Mengajar (BBM)

LCD, komputer, video, nota powerpoint dan contoh


gambar lukisan ikan yang telah
disiapkan

2. Bahan Bantu Belajar (BBB)

Alat : (Tiada)

Bahan: Gambar salinan fotostat titik nombor ikan pada


kertas A4, pensel dan pensel warna

Strategi Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) : Teknologi komunikasi dan maklumat, pembelajaran


akses kendiri, belajar cara belajar,
konstruktivisme dan pembelajaran konseptual

Kemahiran Berfikir (KB) : Menghubung kait dan menjana idea

Kecerdasan Pelbagai (KP) : Visual ruang, muzik, kinestetik dan Visual linguistik

Nilai : Rasional, bersyukur kepada Tuhan, teliti, berdikari,


ingin tahu, rajin, patuh arahan dan bersefahaman

Elemen Merentas Kurikulum


(EMK) : Kreativiti dan Inovasi

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran (P&P), murid dapat

1. Menjelaskan konsep lukisan dan menyenaraikan asas seni reka yang dipelajari.
2. Menyatakan alat dan bahan, proses dan teknik dalam menghasilkan lukisan ikan.
3. Menghasilkan alat dan bahan, proses dan teknik secara kreatif.
4. Menjayakan apresiasi terhadap karya sendiri atau rakan.
STANDARD PEMBELAJARAN

1. Persepsi Estetik: Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa


seni visual yang ada pada lukisan.

1.1 Unsur seni


1.1.1 Garisan – Selari, beralun dan berlingkar
1.1.2 Bentuk - Organik dan geometri
1.1.3 Warna - Primer dan sekunder
1.2 Prinsip rekaan
1.2.1 Harmoni - Warna
1.2.2 Kepelbagaian - Garisan

2. Aplikasi Seni: Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual,


alat dan bahan, teknik dan proses dalam menghasilkan karya lukisan.

2.1 Mengenai dan menyatakan jenis-jenis alat dan bahan


2.1.1 Alat - (Tiada)
2.1.2 Bahan - Gambar salinan fotostat titik nombor ikan pada kertas A4,
pensel dan pensel warna
2.2 Mengetahui penggunaan alat dan bahan, teknik dan proses dalam
penghasilan lukisan.
2.2.1 Teknik - Lukisan

3. Ekspresi Kreatif: Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan


kemahiran bahasa seni visual, alat dan bahan, proses dan teknik dalam
penghasilan karya.

3.1 Memilih dan memanipulasi bahasa secara kreatif.


3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya.
3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan
karya.

4. Apresiasi Seni: Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual.
4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan.
4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.

MASA/ HURAIAN/ ILUSTRASI


LANGKAH AKTIVITI PENGAJARAN DAN CATATAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN

Set Induksi 1. Guru menayangkan video nyanyian lagu Bahan Sumber:


(5 Minit) ‘Anaklah Ikan’
2. Guru meminta murid-murid menyanyi lagu
‘Anaklah Ikan’.
3. Guru menjalankan sesi soal jawab dengan LCD Komputer
murid-murid.
4. Guru menanyakan tentang gambar yang Pembesar
Suara
ditunjukkan di dalam video.
5. Guru menanyakan murid dapat melihat ikan di
mana.
6. Guru meminta murid menunjukkan aksi ikan-
ikan berenang dengan menggnakan tangan.
Video lagu ‘Anaklah Ikan’
7. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk KB:
pelajaran hari ini. Menghubung kait

KP:
Visual ruang dan muzik

Strategi P&P:
Teknologi komunikasi dan
maklumat

Nilai:
Rasional dan bersyukur kepada
Tuhan

Langkah 1 Teori Seni: Bahan Sumber:


Persepsi I. Konsep Lukisan
Estetik II. Alat dan Bahan menghasilkan karya
(7 Minit) lukisan ‘Ikan'

LCD Komputer
1. Guru menulis tema, tajuk, bidang dan aktiviti di
atas papan putih.
2. Guru memberi tahu murid tentang tema, tajuk,
bidang dan aktiviti yang akan dijalankan hari ini.
3. Guru menerangkan tentang konsep lukisan Nota powerpoint (PPT)
menggunakan powerpoint.
Contoh
4. Guru menunjukkan pelbagai contoh jenis jenis
garisan seperti garisan halus, tebal, titik-titik, garisan
beralun, putus-putus dan berlingkar dalam
PPT
menggunakan powerpoint.
5. Guru meminta murid menamakan garisan Contoh
yang ditunjukkan secara lisan. alat dan
bahan
6. Guru menerangkan alat dan bahan yang
dalam
digunakan untuk menghasilkan lukisan PPT
menggunakan powerpoint.
7. Guru menunjukkan beberapa contoh lukisan
ikan yang diwarnakan dengan pelbagai alat dan
bahan.
8. Guru meminta murid menyatakan alat dan
bahan yang digunakan dalam menghasilkan
beberapa contoh lukisan ikan tersebut.
Contoh lukisan ikan
(Pensel Warna)

Contoh lukisan ikan


(Krayon)
Contoh lukisan ikan
(Marker Pen)

KB:
Menghubungkait dan menjana
idea

KP:
Verbal-liguistik dan visual ruang

Strategi P&P:
Teknologi komunikasi dan
maklumat, konstruktivisme dan
pembelajaran konseptual

Nilai: Ingin tahu

Langkah 2 Demonstrasi: Bahan Sumber:


Aplikasi Menghasilkan karya lukisan ‘Ikan’ dengan
Seni teknik lukisan.
(7 Minit)
1. Guru memperkenalkan dan menyatakan alat LCD Komputer
dan bahan yang digunakan dalam aktiviti lukisan.
2. Murid diminta memberi sepenuh fokus
terhadap penerangan guru dalam proses
menghasilkan lukisan
3. Guru menunjukkan proses menghasilkan
lukisan langkah demi langkah dengan
menggunakan powerpoint.
Gambar salinan fotostat
titik nombor ikan pada
kertas A4

Pensel Pensel warna

Proses menghasilkan lukisan ikan:


Proses:

3.1:Guru menunjukkan gambar salinan fotostat 3.1:

titik nombor ikan pada kertas A4.

3.2:
3.2:Guru menyambungkan titik nombor ikan
menggunakan pensel dengan cara yang betul.

3.3:

3.3:Guru menggunakan garisan berlingkar untuk


mewarnakan mata ikan dengan menggunakan
pensel warna.

3.4:Guru menggunakan garisan beralun untuk


mewarnakan sirip ikan dengan menggunakan 3.4:
pensel warna.

3.5:Guru mewarnakan badan ikan dengan 3.5:


menggunakan pensel warna dan menekankan
peggunaan ton warna untuk menimbulkan
bentuk.

3.6:

3.6:Guru mewarnakan buih dengan


menggunakan pensel warna.

KB:
Menghubungkait dan menjana
4. Guru membuat ulasan.
idea

KP:
Visual ruang

Strategi P&P:
Teknologi komunikasi dan
maklumat dan konstruktivisme

Nilai: Teliti dan patuh arahan

Langkah 3 Murid-murid menghasilkan karya lukisan Bahan Sumber:


Ekspresi ‘Ikan’ dengan teknik lukisan
Kreatif
(30 Minit) 1. Guru mengedarkan alat dan bahan kepada
murid.
2. Murid melakukan aktiviti melakar dan Gambar salinan fotostat
mewarnakan lukisan ikan dengan bimbingan titik nombor ikan pada
guru berdasarkan langkah-langkah berikut: kertas A4

Langkah 1
 Murid menyambung titik nombor ikan
dengan menggunakan pensel.
Pensel Pensel warna
KB:
Langkah 2
Menghubungkait
 Murid membuat garisan berlingkar di
mata ikan dan garisan beralun di sirip
KP:
ikan dengan menggunakan pelbagai
Visual ruang dan Kinestetik
warna yang diingini.

Strategi P&P:
Pembelajaran akses kendiri,
Langkah 3
belajar cara belajar
 Murid menggunakan ton warna untuk
mewarnakan badan ikan dengan warna
Nilai:
yang diingini supaya menimbulkan
Rajin dan berdikari
bentuk.

Langkah 4
 Murid mewarnakan buih dengan
menggunakan pensel warna.
3. Guru memantau dan memberi bimbingan
dengan membuat penekanan tentang
penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan
dalam karya lukisan.

Langkah 4 Apresiasi Seni Pendekatan Psikologi Bahan Sumber:


Apresiasi Hasil karya murid-murid
Seni 1. Guru mempamerkan hasil karya murid
(6 Minit) mengikut kategori terbaik, sederhana dan agak KP:
lemah. Visual linguistik, interpersonal
2. Murid membuat apresiasi karya sendiri dan dan intrapersonal
rakan.
3. Guru memberi pandangan dan membuat Strategi P&P:
rumusan apresiasi. Pembelajaran akses kendiri dan
belajar cara belajar

Nilai:
Menghargai karya dan menjaga
kebersihan

Penutup Pengukuhan Teori Teknik Lukisan Bahan Sumber:


(5 Minit) Kognitif

1. Guru bersoal jawab tentang pelajaran hari ini.


2. Guru menanyakan murid tentang konsep LCD Komputer

lukisan.
3. Murid memberi jawapan mengikut kefahaman
masing-masing.
4. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada Nota powerpoint (PPT)
semua murid.
5. Murid menjawab soalan lembaran kerja dalam
masa tiga minit.
6. Guru membincangkan jawapan lembaran kerja
bersama murid.
7. Guru membuat rumusan tentang lembaran
kerja dan isi pelajaran hari ini.
8. Guru membuat tindakan susulan alat dan
bahan yang perlu dibawa pada minggu hadapan.
Contoh soalan lembaran kerja
KB:
Menghubungkait

Strategi P&P:
Teknologi komunikasi dan
maklumat

Nilai:
Bersefahaman

Refleksi Sebelum
Adalah diharapkan rancangan pelajaran harian (RPH) yang dibuat dapat
membantu guru menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan.
Sebagai contoh, saya dapat memastikan isi pelajaran disampaikan dalam masa yang
diperuntukkan, menentukan objektif pembelajaran, merancang strategi pengajaran yang
sesuai dan sebagai. Perancangan RPH dengan jelas, lengkap dan teratur juga
diharapkan dapat membantu murid meningkatkan tahap pembelajaran. Murid berasa
seronok dan bersemangat dalam melakukan aktiviti lukisan yang disediakan melalui
penerokaan dan eksperimentasi alat dan bahan. Diharapkan juga aktiviti pengajaran
yang dibuat dapat memberi setiap murid melibatkan diri secara aktif dan mengetahui
cara menghasilkan aktiviti lukisan. Bukan itu sahaja, saya juga mengharapkan bahawa
murid dapat memupuk nilai-nilai murni yang baik seperti rajin, kerjasama, berani, ingin
tahu dan sebagainya. Diharapkan juga memupuk murid mempunyai pemikiran yang
kritis dan kreatif dalam menghasilkan setiap aktiviti pendidikan seni visual.

Anda mungkin juga menyukai