Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tarikh : 17 Jun 2019 (Isnin)


Masa : 9.10 a.m. – 10.10 a.m. (60 minit)
Tahun : 5 Inovatif
Bilangan Murid : 28 orang
Bidang : Membuat Corak dan Rekaan (Terancang)
Aktiviti : Stensilan
Tema : Alam Semula Jadi
Tajuk : Bunga
Standard Kandungan : 2.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada corak terancang dengan
menggunakan teknik stensilan.

2.2 Aplikasi Seni


Mengaplikasikan bahasa seni visual dan media dalam penghasilan corak terancang dengan
menggunakan teknik stensilan.

2.3 Ekspresi Kreatif


Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan corak
terancang dengan menggunakan teknik stensilan.
2.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan
budaya.

Standard Pembelajaran : 2.1 Persepsi Estetik


Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak `
terancang dengan menggunakan teknik stensilan.
2.1.1 Unsur Seni
2.1.1.1 Rupa - positif atau negatif
2.1.1.2 Warna - penggenap
2.1.2 Prinsip Rekaan
2.1.2.1 Imbangan – simetri
2.1.2.2 Kontra – warna

2.2 Aplikasi Seni


Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media serta proses dan teknik
dalam penghasilan corak terancang dengan menggunakan teknik stensilan
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media seperti:
2.2.1.1 Alat – gunting, pensel warna atau krayon
2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, kertas warna atau kertas A4 putih
2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
2.2.2.1 Teknik – stensilan
2.3 Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta
proses dan teknik dalam penghasilan corak terancang dengan menggunakan teknik stensilan
secara kreatif.
2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.
2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya corak terancang teknik stensilan
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya corak terancang
teknik stensilan
2.3.4 Menggunakan hasil corak untuk membuat rekaan

2.4 Apresiasi Seni


Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan aspek
bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
2.4.3 Memberikan ulasan karya sendiri dan rakan secara lisan

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid berupaya untuk :


(a) menghasilkan karya mengikut prosedur dengan bimbingan guru secara kreatif.
(b) membuat apreasiasi mudah terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
Elemen Merentas Kurikulum : (a) Nilai murni – keyakinan, keberanian
(b) Kreativiti dan keusahawanan
Bahan Bantu Mengajar : Contoh karya stensilan, gambar motif stensilan, gambar karya stensilan
Pengetahuan Sedia Ada : Melukis dan mewarna
FASA AKTIVITI PEMBELAJARAN CATATAN

PERSEPSI ESTETIK 1. Guru menerangkan topik yang akan dipelajari


BBM : Contoh karya stensilan, gambar karya
Fasa Persediaan 2. Murid diperlihatkan contoh-contoh dan gambar stensilan
karya stensilan.
(Set Induksi – 5 minit)
3. Guru menyoal murid mengenai bahasa seni Teknik : Soal jawab
visual yang terdapat pada contoh-contoh dan  Apakah contoh-contoh karya stensilan yang
gambar karya stensilan. boleh dijumpai di sekeliling kita?
 Apakah contoh-contoh objek yang dihasilkan
4. Guru menjelaskan tema dan tajuk stensilan melalui teknik stensilan berdasarkan gambar
pada hari itu. contoh karya stensilan?

5. Tema : Alam Semula Jadi


Pedagogi Masa Kini (PMK) : Komunikasi
6. Tajuk : Bunga

APLIKASI SENI 1. Guru menerangkan definisi stensilan, jenis-


jenis stensilan yang boleh digunapakai, dan BBM : Gambar motif karya stensilan
Fasa persediaan alat bahan yang digunakan di dalam
Fasa Imaginasi pemprosesan stensilan membuat corak. Alat – Gunting dan pensel warna

(10 minit) 2. Murid diperlihatkan contoh-contoh motif karya Bahan – Kertas warna atau kertas A4 putih, kertas
stensilan. lukisan

3. Guru menyoal murid mengenai bahasa seni


visual yang terdapat pada motif karya
stensilan.

4. Guru memberikan penerangan kepada murid


mengenai alat dan bahan yang sesuai untuk
menghasilkan stensilan.
 Kad manila
 Kertas lukisan Teknik : Soal jawab
 Pembaris  Apakah contoh-contoh motif karya stensilan
 Gunting kertas yang boleh dijumpai di sekeliling kita?
 Pensil

5. Guru mendemonstrasikan teknik penghasilan Pedagogi Masa Kini (PMK) : Komunikasi


karya stensilan

6. Murid dibekalkan alat dan bahan yang


mencukupi.

EKSPRESI KREATIF 1. Guru bertindak sebagai fasilitator membimbing Strategi : Penerangan, Pemudahcara
murid semasa aktiviti dijalankan
Fasa Imaginasi EMK : Kreativiti dan Keusahawanan
Fasa Perkembangan 2. Murid menghasilkan karya berdasarkan
kreativiti masing-masing. Nilai Murni : Kerjasama, bertoleransi
(30 minit)
3. Murid boleh berkongsi motif yang telah dilukis Teori Kecerdasan Pelbagai:
dan dipotong •Kinestetik
•Visual-ruang
4. Murid membuat kemasan pada karya masing-
masing. KBKK
•Menjana idea
•Mereka cipta

APRESIASI SENI 1. Murid mempamerkan hasil karya mereka di Kecerdasan pelbagai


hadapan kelas.  Verbal linguistik
Fasa Perkembangan  Interpersonal
Fasa Tindakan 2. Murid menceritakan perihal hasil karya mereka
dan rakan-rakan di hadapan kelas Nilai Murni :
(10 minit) berpandukan laras bahasa seni visual  Menghargai
 Keberanian
3. Murid dinilai oleh guru :
 Penilaian karya  Keyakinan dir
 Unsur seni
 Alat dan bahan
 Teknik

PENUTUP 1. Guru merumuskan isi pembelajaran dan


menerap nilai murni yang bersesuaian. KB - Membuat rumusan
(5 minit)
2. Guru menyuruh murid menulis nama, tarikh, Nilai Murni - Bekerjasama, kebersihan tekun dan
kelas, tajuk dan aktiviti sebelum menghantar teliti
untuk diberi markah.

3. Murid diminta untuk membersihkan sampah


yang terdapat di meja dan kerusi

Catatan Refleksi Pelajar


Catatan Guru Pembimbing:

Catatan Pensyarah Penyelia:

Anda mungkin juga menyukai