Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESENIAN KSSR TAHUN 2

KOMPONEN SATU

MATA PELAJARAN : Pendidikan Kesenian

TARIKH : 30 Julai 2018

MASA : 12.00 – 1.00 PM (60 minit)

KELAS/TAHUN : 2 Arif

BILANGAN MURID : 29 Murid

BIDANG : Menggambar

AKTIVITI : Catan

TEMA : Alam Semula Jadi

TAJUK : Catan Taman Mini

MEDIA :

ALAT : Berus lukisan, palet, pensel

BAHAN : Kertas lukisan, cat air

BAHAN BANTU MENGAJAR : Contoh catan

EMK : Keusahawanan, kreativiti dan inovasi

OBJEKTIF :

i. Menghasilkan catan menggunakan media basah dengan menekankan bahasa seni


visual.
ii. Mengaplikasikan meida serta proses dan teknik secara kreatif.
iii. Membuat apresiasi terhadap karya.

1
KOMPONEN DUA

A. STANDARD KANDUNGAN
i. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, jalinan, warna dan
imbangan yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan
karya catan.
ii. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman Bahasa seni visual menerusi penentuan
media dan teknik dalam aktiviti membuat catan.
iii. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam
penghasilan catan.
iv. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan Bahasa seni visual,
sejarah seni dan budaya.

B. STANDARD PEMBELAJARAN
1.0 Modul Bahasa Seni Visual

1.1 Bahasa Seni Visual

Murid boleh:
Mengenal, memahami dan menyatakan Bahasa seni visual yang ada pada catan
berdasarkan:
Bentuk, jalinan, warna dan imbangan yang ada pada karya catan.

UNSUR SENI: PRINSIP REKAAN:


i. Bentuk
i. Imbangan
ii. Jalinan
iii. Warna

2.0 Modul Kemahiran Seni

2.1 Kemahiran Seni Visual

Murid boleh:

Mengaplikasikan pengetahuan Bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik
dalam penghasilan catan.

i. Alat – berus lukisan, palet, pensel


ii. Bahan – kertas lukisan, cat air
iii. Teknik – basah atas kering

2
Murid menganalisa media, teknik dan proses yang akan digunakan dalam penghasilan
karya.

- Penerokaan
- Aplikasi

3.0 Modul Kreativiti dan Inovasi

3.1 Penghasilan Karya Kreatif

Murid boleh:

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman Bahasa seni visual, kemahiran media


serta proses dan teknik dalam penghasilan karya

i. Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif


ii. Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
iii. Mengaplikasikan proses dan teknik catan dalam penghasilan karya

4.0 Modul Apresiasi Seni

4.1 Penghayatan Karya Seni

Murid boleh:

Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan
pada bahasa seni visual

i. Mempamerkan karya yang dihasilkan


ii. Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan

3
KOMPONEN TIGA

CADANGAN PELAKSANAAN PdP ILUSTRASI

Set Induksi (5 minit)

- Guru menyuruh murid untuk menyimpan semua barang pada


meja.
- Murid mengosongkan meja.
- Guru menunjukkan tiga gambar taman kepada murid.
- Guru bertanya kepada murid apa yang mereka nampak pada
ketiga-tiga gambar tersebut.
- Murid memberikan respon kepada guru.
- Guru bertanya kepada murid haiwan dan bunga kegemaran
mereka.
- Murid mengangkat tangan dan menjawab soalan guru.

Persepsi Estetik (5 minit)

- Guru menunjukkan contoh catan.


- Guru meminta murid menyatakan bahasa seni visual yang ada
pada contoh catan.
- Murid menyatakan bahasa seni visual yang ada pada contoh
catan.
- Guru menyatakan definisi catan.

Aplikasi Seni (5 minit)

- Guru memperkenalkan dan menyatakan media yang akan


digunakan.
- Guru menunjukkan cara melakar gambar rama-rama dan bunga
pada papan putih dengan memberikan penekanan pada
imbangan kedua-dua subjek utama dan minor.
- Guru menunjukkan cara mewarna lakaran dengan menekankan
bahasa seni visual.
- Murid menumpukan perhatian kepada proses pengajaran guru.
- Guru menyuruh murid untuk mengangkat tangan yang tidak
membawa bahan kertas lukisan dan cat air.

4
Ekspresi Kreatif (30 minit)

- Murid menghasilkan catan dengan bimbingan guru.


- Murid menggunakan kreativiti dalam penghasilan catan.
- Guru memastikan semua murid melakukan aktiviti.
- Guru membimbing murid semasa melakukan aktiviti.

Langkah 1

- Guru mengedarkan cat air kepada murid yang tidak membawa


dan mengarahkan murid-murid berkongsi cat air yang diberikan.
- Menyediakan alat dan bahan yang diperlukan:
i. Pensel
ii. Warna air
iii. Berus lukisan
iv. Kertas lukisan

Langkah 2

- Murid mula melakar rama-rama dan bunga mengikut lakaran


yang telah dilukis oleh guru di papan putih.

Langkah 3

- Murid mula mewarnakan catan dengan menyapukan warna cat


air pada lakaran.
- Murid menggunakan berus lukisan dengan cermat.

Langkah 4

- Murid mengemas catan dan meletakkannya pada atas meja


seterusnya membiarkan karya kering.

Apresiasi Seni (10 minit)

- Guru memberitahu masa sudah tamat dan bertanya kepada


semua murid sama ada sudah selesai menyiapkan karya.
- Murid memberi respon kepada pertanyaan guru.
- Guru mengarahkan murid untuk mengemaskan meja.
- Murid mengemaskan meja dan menyimpan semua alat dan
bahan yang telah digunakan.

5
- Guru meminta murid mempamerkan karya masing-masing di
atas meja.
- Guru memanggil tiga orang murid untuk menceritakan
pengalaman menghasilkan karya.
- Murid menceritakan pengalaman proses penghasilan karya.
- Guru membimbing murid semasa membuat ulasan karya.
- Murid memberi ulasan karya dengan bimbingan guru
berdasarkan bahasa seni visual.
- Guru meletakkan nilai kepada murid mengikut skema
pemarkahan yang ditetapkan.

Penutup (5 minit)

Pengayaan

- Guru bertanya kepada tiga orang murid mengenai bahasa seni


visual yang ada pada karya.
- Murid menjawab soalan guru dan menjelaskan fungsi karya
catan.

Pengukuhan

- Guru meminta murid untuk menjelaskan semula teknik yang


telah digunakan dalam penghasilan catan.
- Murid menyatakan semula teknik dalam penghasilan catan iaitu
teknik basah atas kering.

Anda mungkin juga menyukai