Anda di halaman 1dari 7

Rancangan Pengajaran Harian Dunia Seni Visual Tahun 3

Mata Pelajaran : Dunia Seni Visual


Tahun :3
Tarikh : 31 Mei 2016 (Selasa)
Masa : 10.45 11.45 pagi (60 minit)
Bilangan murid : /33
Bidang : Menggambar
Tema : Alam Semula Jadi
Tajuk : Starry Land
Aktiviti : Lukisan (teknik gurisan)
Media : Alat lidi satay dan gunting

Bahan kertas lukisan, oil pastel, kadbod dan gam

Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Komputer, LCD, kad gambar, slaid powerpoint dan
contoh karya.

Pengetahuan Sedia Ada (PSA): Murid pernah melihat bingkai gambar hiasan dinding
Elemen Merentas Kurikulum : Elemen Kreativiti dan Inovasi, Teknologi Maklumat
(EMK) dan Komunikasi (TMK), Keusahwanan.

Nilai-nilai Murni : Bekerjasama, mematuhi arahan guru, tolong


menolong, berhati-hati, kesabaran, sedia berkongsi,
menghargai alam sekitar, menghargai kelebihan dan
kelemahan diri sendiri dan rakan, dan kebersihan.

STANDARD KANDUNGAN

1. Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada
lukisan.
2. Mengaplikasikan bahasa seni visual dan media dalam penghasilan lukisan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam
penghasilan lukisan.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual,
sejarah seni, dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berkebolehan :-

1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa
seni visual yang ada pada lukisan.

1.1.1 Unsur Seni


1.1.1.1 Garisan - tebal dan nipis
1.1.1.2 Warna - primer dan sekunder
1.1.1.3 Ruang - ilusi

2.1.2 Prinsip Rekaan


2.1.2.1 Imbangan simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan
2.1.2.2 Kepelbagaian hal benda (subject matter)

1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual,
media serta proses dan teknik dalam penghasilan lukisan.

1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media


1.2.1.1 Alat - lidi satay dan gunting
1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, oil pastel, kadbod dan gam

1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta teknik dan proses dalam


penghasilan karya.
2.2.2.1 Teknik lipatan dan guntingan

1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman


bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam
penghasilan karya.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan
karya

1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik (8 minit)

1) Guru menunjukkan gambar alam benda yang


mempunyai pelbagai garisan dengan slaid.
2) Guru mengaitkan jenis garisan dengan topik
pembelajaran pada hari ini.
3) Murid diterangkan garisan-garisan yang terdapat
pada lukisan.
4) Murid dipaparkan dengan contoh produk lukisan.
5) Guru membincangkan bahasa seni visual seperti
garisan, ruang dan warna yang ada pada contoh
karya lukisan.

Catatan :

BBM - slaid powerpoint, LCD, komputer, contoh


karya

Strategi- Berbantukan bahan dan murid, KB:


Hubungkait

Teknik- Soal jawab, Penerangan dan Perbincangan

EMK- Kreativiti, TMK

KBAT - Menjana Idea

Nilai- Bekerjasama, mematuhi arahan guru,


menghargai alam sekitar

Aplikasi Seni (30 minit)

Memperkenalkan Media

1) Guru menyatakan media yang diperlukan untuk


menghasilkan karya lukisan kepada murid-murid.
Proses Penghasilan

1) Guru mengedarkan alat dan bahan kepada setiap


kumpulan murid.
2) Guru menerangkan teknik menghasilkan lukisan
dengan teknik gurisan dengan tunjuk cara proses
penghasilannya di slaid.
3) Murid-murid menghasilkan karya mengikut tunjuk
cara guru di slaid.
4) Guru memberi bimbingan kepada murid-murid yang
tidak dapat mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran.

Langkah 1

Warnakan kertas lukisan dengan oil pastel (warna


terang) mengikut kreativiti masing-masing.

Langkah 2

Gunakan oil pastel warna hitam atau gelap pada


lapisan atas.

Langkah 3
Lukiskan (guriskan) gambar yang dikehendaki pada
hasil karya tersebut dengan lidi satay.
Gunakan kepelbagaian jenis garisan dalam
menghasilkan lukisan Starry Land.

Catatan :

BBM- slaid
Alat- lidi satay
Bahan- kertas warna dan oil pastel
Strategi- BCB, Berbantukan bahan dan murid
Kaedah - kumpulan

Teknik- tunjuk cara

EMK- Kreativiti, TMK

Nilai Bekerjasama, sedia berkongsi, tolong-


menolong, berhati-hati, kesabaran dan kebersihan

Ekspresi Kreatif (12 minit)

1) Guru menunjukkan bingkai gambar hiasan yang


boleh dibuat dengan hasil karya lukisan.
2) Murid diterangkan dengan proses penghasilan
bingkai gambar hiasan Starry Land berbantukan
slaid.
3) Murid-murid mempersembahkan hasil karya
lukisan dengan kadbod mengikut kreativiti
masing-masing.
4) Murid dijelaskan kegunaan bingkai gambar hiasan
sebagai hiasan dinding dan hadiah.
5) Guru memberi bimbingan kepada murid-murid
yang tidak dapat mengikuti proses pengajaran
dan pembelajaran.

Langkah 1

Tampalkan kadbod pada luar kertas lukisan sebagai


bingkai mengikut kreativiti masing-masing.

Catatan :

BBM Contoh produk, slaid, komputer,LCD.


Bahan- gunting, kadbod dan gam
Strategi- BCB, Berbantukan bahan dan murid
Kaedah - kumpulan

Teknik- tunjuk cara

EMK- Kreativiti dan Inovasi, TMK

Nilai Bekerjasama, sedia berkongsi, tolong-


menolong, kesabaran, berhati-hati, menghargai alam
sekitar dan kebersihan

Apresiasi Seni (5 minit)


1) Murid mempamerkan karya yang dihasilkan.
2) Murid diminta menceritakan pengalaman sendiri
dalam proses penghasilan karya.
3) Murid menghargai dan menceritakan karya sendiri
dan rakan secara lisan berdasarkan bahasa seni
visual dengan bimbingan guru.

Catatan :

Strategi- Berpandukan murid

EMK- Kreativiti

Nilai- Mematuhi arahan guru, bekerjasama,


menghargai kelebihan dan kelemahan diri dan rakan

Penutup (5 minit)

1) Murid menggantungkan bingkai gambar hiasan


Starry Land yang dihasilkan pada dinding bilik
darjah.
2) Murid diberi pengukuhan dengan sesi soal jawab
berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran hari
ini dan mengenalpasti kumpulan terbaik pada hari
ini.
3) Membersihkan kelas.

Anda mungkin juga menyukai