Anda di halaman 1dari 5

CONTOH RPH PSV TAHUN 3

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Tarikh : 20hb Januari 2010 (Rabu) Kelas / Tahun : 3UKM (3C) Jumlah Murid : 28 orang murid Masa : 01.30 02.30 petang (1 jam) Bidang : Menggambar Aktiviti : 1. Murid-murid dapat membuat lukisan daripada pelbagai media dengan teknik mozek. 2. Murid-murid menghasilkan sebuah lukisan mozek yang kreatif. Tajuk : Rumah Impianku. Teknik : Mozek (guntingan dan tampalan) Keperluan : 1. Alat / Bahan : a) Warna air b) Gunting c) Kertas lukisan d) Majalah, suratkhabar,kertas berwarna 2. Rujukan a) Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan SeniVisual Tahun 3 b) Buku Pendidikan Seni Visual Tahun 3 c) Internet

Objektif Modul :
Guru dapat mengajar murid-murid; 1. Kemahiran menggunting dan menyusun kepingan kertas daripada pelbagai media (teknik mozek). 2. Mencari sumber rujukan dan melakar gambar rumah di tepi bukit. 3. Menghargai sumbangan pelukis tempatan yang telah menghasilkan lukisan teknik mozek yang kreatif. Objektif Pengajaran & Pembelajaran 1.Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari. 2. Menghargai sumbangan pelukis tempatan dan unsur-unsur budaya tanahair melalui kegiatanseni visual. 3. Membuat pernyataan secara lisan tentang kerja sendiri dan rakan secara kritis dan merekod pengalaman pembelajaran dalam portfolio. 4. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, ketekunan, kekemasan, kebersihan dan mengutamakan keselamatan.

Guru memulakan P&P dengan menunjukkan sebuah karya seni mozek. Guru menyoal murid-murid tentang teknik lukisan berdasarkan karya yang dipilih. (Mencungkil pengetahuan sedia ada murid) Contoh soalan: 1.Bagaimana lukisan mozek ini dihasilkan? 2.Apakah teknik yang digunakan bagi menghasilkan lukisan ini?

Guru menerangkan tentang definisi mozek. ( Mozek adalah satu aktiviti guntingan,susunan dan tampalan). Murid melengkapkan lakaran rumah yang disediakan. Gunting kertas warna berbentuk segi empat atau berbagai bentuk dalam pelbagai saiz.

Murid bersama ahli kumpulan menggunting kertas warna atau kertas majalah. Murid mengam dan menyusun kertas warna tersebut pada lakaran yang telah dihasilkan

Guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid cara-cara menghasilkan teknik mozek. Murid dalam kumpulan menyusun keratan kertas warna

mengikut objek yang sesuai. Murid dikehendaki melakukan aktiviti ini dengan kemas. Kumpulan yang dapat menyiapkan hasil kerja dikehendaki melakukan aktiviti pembentangan.

Guru meminta murid-murid lain memberi respon / komen tentang hasil kerja rakan-rakan mereka. Guru memberi bimbingan murid-murid membuat pembentangan.

Pembentangan hasil kerja.


Murid-murid menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan secara kritis dan memberi respon/komen berdasarkan pengalaman pembelajaran sepanjang aktiviti dijalankan.

1) Pelajaran diakhiri dengan sesi Apresiasi dan Refleksi; i) Guru membuat rumusan. ii) Penerapan nilai-nilai murni. 2) Soal jawab: Apakah yang dimaksudkan dengan mozek? Berikan nama seorang tokoh mozek tanahair? Apakah nilai-nilai murni yang anda dapat dari pembelajaran hari ini?

Anda mungkin juga menyukai