Anda di halaman 1dari 5

Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran Tahun Tarikh Masa Bidang Aktiviti Tajuk Media : Pendidikan Seni Visual : 2 USM : 20-2-2014 : 60 minit : Menggambar : Lukisan : Rumah Idaman Ku : Alat- Pensel, pensel warna, pemadam Bahan- Kertas lukisan EMK Penerapan Nilai : Elemen Kreativiti dan Inovatif : Berkerjasama, Patuh arahan guru

Bahan Bantu Mengajar : 2 karya lukisan, 6 keping kad pelbagai jenis garisan, cenderamata STANDARD KANDUNGAN : 1. 2. 3. Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada lukisan. Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan lukisan. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan lukisan. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

4.

STANDARD PEMBELAJARAN : 1.1 Persepsi Estetik- Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada lukisan. 1.1.1 Unsur Seni 1.1.1.1 Garisan - selari dan bersilang 1.1.1.2 Rupa - organik dan geometri

1.1.1.3 Bentuk - ilusi 1.1.1.4 Warna - primer dan sekunder 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan 1.1.2.2 Kepelbagaian - rupa dan garisan 1.2 Aplikasi Seni- Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan lukisan. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.2.1.1 Alat- pensel dan pensel warna 1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan 1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik - garisan selari atau garisan bersilang 1.3 Ekspresi Kreatif- Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi media secara kreatif 1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 1.3.3 Mengaplikasikan media, proses dan teknik lukisan dalam penghasilan karya 1.4 Apresiasi Seni- Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan STANDARD PEMBELAJARAN Persepsi Estetik Guru melukiskan pelbagai garisan di papan hitam. Guru mengaitkan bahawa boleh menggunakan pelbagai garisan untuk membentuk rupa dan menghasilkan sebuah karya lukisan. ILUSTRASI AKTIVITI Pengenalan terhadap pelbagai garisan.

Aplikasi Seni Guru menunjukkan dua contoh hasil karya lukisan rumah idaman. Guru berbincang dengan murid tentang unsur seni, garisan dan warna. Guru memberi peluang kepada murid untuk menyatakan prinsip seni dalam hasil lukisan.

Contoh hasil karya lukisan:

Ekspresi Kreatif Guru mendemontrasikan cara untuk menghasilkan lukisan rumah idaman ku berdasarkan garisan-garisan. Guru meminta murid mengeluarkan bahan yang akan digunakan untuk menghasilkan lukisan. Guru membimbing murid berdasarkan langkah-langkah berikut: a) Guru mengagihkan kertas lukisan kepada setiap murid. b) Guru memberi arahan kepada murid dengan menggunakan pensel untuk

melukis dan gunakan pensel warna untuk mewarna. c) Semasa murid melukis dan mewarna, guru meronda dan memberi bimbingan. Apresiasi Seni Guru memberi peluang kepada murid untuk mempamerkan karya dan bercerita pengalaman ketika menghasilkan lukisan. Guru memberi pujian kepada semua murid dan memberi cenderamata kepada murid yang menghasilkan lukisan yang cantik. Cenderamata: Contoh hasil kerja pelajar:

Kaedah Pengajaran Dalam Rancangan Pengajaran Harian ini kami telah menggunakan kaedah pengajaran kuliah, kaedah apresiasi seni, kaedah demontarasi atau tunjuk cara. Dalam langkah Aplikasi Seni, kami telah menggunakan kaedah kuliah dan kaedah apresiasi. Iaitu guru akan memberi penerangan dan membuat apresiasi bersama muridmurid tentang unsur-unsur seni, garisan serta warna pada karya lukisan tersebut. Di samping itu, guru juga akan mengemukakan soalan kepada pelajar. Dalam langkah Ekspresi Kreatif, adalah menggunakan kaedah demontrasi atau tunjuk cara. Iaitu guru akan demontasikan cara untuk menghasilkan sebuah lukisan dengan menggunakan pelbagai garisan tersebut. Justeru itu, guru akan memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan karya berdasarkan kreativiti masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai