Anda di halaman 1dari 12

Lompat jauh

SEJARAH

Menurut sejarah, permulaan acara lompat jauh telah dikesan pada awal
tahun 708 s.m. iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan,
lompatan pertama yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh Chionis iaitu
seorang atlit dari Sparta. Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan adalah
berbeza daripada lompatan yang dilakukan pada masa kini. Berdasarkan bukti-
bukti yang didapati daripada lukisan yang terdapat pada tembikar pada zaman
dahulu, lompatan di buat secara berkali- kali sama ada dalam bentukmul
tiple, double triple atauqui ntriple.
Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh
telah dikategorikan dalam acara olahraga dan bermula daripada itu ia telah
diterima dalam kebanyakkan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat
dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa
sehingga kepada bentuk lompatan yang digunakan pada masa kini. Lompat jauh
dianggap acara yang mudah untuk dipelajari berbanding acara lompatan yang
lain tetapi jika teknik dan peraturan lompatan tidak dipelajari dengan baik ia
boleh membawa kepada risiko kecederaan.
Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet
mencoba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yg dituju.Acara ini diminati
walaupun tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan membuat lompatan
yang jauh.Dalam masa yang singkat,atlet mestilah membuat pelarasan bagi
membetulkan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki.
Untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan pelompat
jauh perlu menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih.
Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan maksimum dan
berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa
gangguan terhadap kelajuan awal.Perlu diingat, masalah utama pelompat jauh
adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum
melonjak,Disamping itu pelompat jauh harus meningkatkan komponen kelajuan,
kekuatan otot dan kuasa eksplosif.
Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik.
Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri
dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens
mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph
Boston.
Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani
Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang
dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet
melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada
di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah
seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan
lompatan sejauh 7 m 5 cm.
Kini acara rekod acara tersebut telah dipegang oleh Mike Powell dari USA
dengan lompatan sejauh 8.95 meter manakala bagi acara wanita rekod acara
tersebut telah dipegang oleh Galina Chistyakova dari Soviet Union dengan
lompatan sejauh 7.52 meter.

LOMPAT JAUH

Sebelum melakukan latihan lompat jauh,kita mestilah melakukan aktiviti
memanaskan badan sebagai langkah keselamatan supaya tidak tercedera
semasa latihan.Regangkan otot-otot utama di bahagian kaki, paha, badan dan
tangan. Pastikan juga kawasan lari landas dan pendaratan selamat untuk
melakukan aktiviti lompat jauh.Kawasan pendaratan berpasir mestilah
digemburkan dan diratakan agar pendaratan dapat dilakukan dengan
selamat.Pastikan papan lonjakan diletakkan dengan baik dan betul.

LATIHAN YANG SESUAI DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN
KEMAHIRAN LOMPAT JAUH

Lakukan bangkit tubi L-seat.
Tujuannya:Menguatkan bahagian abdominal.

Bergayut pada palang dinding atau seumpamanya,angkat kedua-dua kaki lurus
dan belakang badan rata di dinding.
Tujuannya:Menguatkan bahagian abdominal (penting bagi lunjuran kaki semasa
mendarat).

Hujung kaki diletakkan di atas platform 8 cm tebal.Naik dan turunkan tumit
pada julat yang maksimum (lakukan dengan atau tanpa beratan).
Tujuannya:Menguatkan achcillies tendon.

Aktiviti naik turun bangku ketinggian 50 cm dengan ekstensi maksimum kaki
(cuba naikkan badan setinggi yang boleh).
Tujuannya:Menguatkan quadriceps.

Latihan plyometric. Lompat dari kotak berketinggian 50 cm dengan satu kaki.
Kemudian dengan pantas lompat ke atas dengan bantuan kaki yang bebas,
tangan dan bahu.
Tujuannya:Meningkatkan kuasa ekplosif kaki sewaktu lonjakan.

Lakukan aktiviti juak lentik dinamik.Posisi duduk,lutut bengkok dan tangan di
belakang.Naikkan lutut kaki lonjakan.
Tujuannya:Meningkatkan pergerakan dan kekuatan bahu, pinggang dan kaki.

Lari, lompat ke atas kotak dengan kaki lonjak dan melonjak seberapa jauh yang
mungkin dengan ayunan kaki bebas.
Tujuannya:Memperbaiki dan meningkatkan kebolehan lonjakan, layangan dan
koordinasi badan dan tangan (imbangan).

PERALATAN

Acara lompat jauh tidak memerlukan sebarang kelengkapan. Namun,
sebenarnya ia juga memerlukan peralatan khusus, iaitu ruang atau kawasan dan
juga alatan khas. Berikut adalah antara ruang dan peralatan yagn diperlukan
untuk acara lompat jauh.


LORONG LARIAN (RUNAWAY)

Lorong larian mempunyai jarak yang sesuai adalah
penting untuk membuat pecutan, larian dan
lompatan. Jarak standard lorong larian ialah 45 m x
1.22 m. Ia hendaklah bebas daripada sebarang
halangan atau gangguan yang boleh mengganggu
peserta membuat lompatan.



PAPAN PELEPAS (TAKE-OFF BOARD)

Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan
permulaan lompatan. Papan pelepas yang standard
ialah bersaiz 1.22 m panjang dan 20 cm lebar yang
diletakkan satu meter dari hujung yang terdekat
dengan kawasan pendaratan. Papan ini biasanya
diwarnakan putih seluruhnya.


PETUNJUK PLASTISIN (PLASTICINE INDICATOR)

Petunjuk plastasin ini digunakan untuk mengesan
dan membuktikan pembatalan dalam satu-satu
lompatan yang dibuat. Plastisin ini diletakkan pada
hujung papan pelepas dan sebarang kesan tapak
kaki yang terdapat padanya membuktikan bahawa
lompatan itu batal dan tidak dikira dalam perhitungan
lompatan yang dicapai.


KAWASAN PENDARATAN (LANDING AREA)




Kawasan pendaratan digunakan untuk mendarat dalam satu-satu lompatan.
Kawasa ini penting dan merupakan peralatan utama dalam setiap acara lompat
jauh. Ia diisikan pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan
pendaratan ialah 9 m panjang dan 2.75 m lebar.

PITA PENGUKUR (MEASURING TAPE)


Pita pengukur digunakan unutk mengukur jaraj
sesuatu lompatan. Jarak lompatan diukur dari
hujung terdekat papan pelepas ke hujung
terdekat tempat pendaratan dalam kotak
pendaratan. Kini, dalam kejohanan-kejohanan
olahraga utama dunia, pita pengukur telah
digantikan dengan alat pengukur elektronik,
yang menjadikan pengukuran lebih mudah,
cepat dan tepat.
PEENGUKUR HALAJU ANGIN (WIND VELOCITY INDICATOR)



Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju
angin ketika satu-satu lompatan dibuat. Ia penting untuk
menentukan samada lompatan tersebut dibantu oleh angin
atau tidak. Bagaimanapun, untuk perjumpaan peringkat
sekolah atau kelab, alat ini tidak digunakan.


BENDERA ISYARAT (FLAG)



Bendera digunakan oleh pengadil yang
mengawasi sesuatu lompatan.
Terdapat dua jenis bendera yagn
digunakan, iaitu bendera putih dan
bendera merah. Bendera putih untuk
lompatan bersih manakala bendera
merah untuk lompatan batal.



KASUT BERPAKU (SPIKE)


Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan
juga sebagai perlindungan kepada pelompat. Kasut
yang berpaku dan bertumitkan plastik sesuai
digunakan untuk acara ini.








GAYA/TEKNIK LOMPAT JAUH

Terdapat tiga jenis gaya lompatan dalam lompat jauh iaitu :-
Gaya layar
Gaya gantung
Gaya tendang

GAYA LAYAR


GAYA GANTUNG



GAYA TENDANG KAYUH



FASA LOMPAT JAUH
Semua gaya atau teknik lompat jauh menunjukkan empat fasa pergerakan.
Keempat-empat fasa itu ialah :-
fasa penujuan lari menuju ke papan lonjak
fasa lonjakan melompat dari papan
fasa layangan badan berada di udara.
fasa pendaratan (termasuk pulihan) sentuhan bahagian badan dengan
tempat mendarat.

FASA PENUJUAN
Fasa ini memerlukan seseorang atlet berlari dengan kepantasan yang
optimum dan terkawal.
Bilangan langkah larian ini berbeza di antara setiap individu.
Faktor penting ialah bilangan itu mesti membolehkan peserta mencapai
kepantasan yang maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan.
Gaya berlari untuk kompat jauh adalah sama dengan gaya lari pecut. Apabila
hampir sampai papan lonjak, dia mesti bersedia untuk melonjak.
Pada langkah terakhir atlet harus merendahkan sedikit bahagian badannya
untuk mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang telah bengkok.

FASA LONJAKAN
Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi.
Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak
dengan tepat di mana hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di
hadapan papan.
Aksi lonjakan ini mengamalkan urutan tumit-hujung kaki. Tolakan kaki
hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu
lonjakan yang tinggi.
Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendaklah dihayun dengan
kencang ke hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.
Pada masa yang sama, kedua-dua belah tangan dihayun ke hadapan dan ke
atas untuk membantu mencapai lonjakan yang lebih tinggi.

FASA LAYANGAN
Gaya badan dan pergerakan pelompat di fasa ini bergantung kepada gaya
yang hendak digunakan.
Tujuan utama ialah supaya pelompat dapat berada di fasa ini lebih lama
untuk melambatkan pendaratannya.
Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut:-
Bagi tendang kayuh, pelompat seolah-olah melangkah di udara dan
badannya tegak.
Bagi gaya layar, pelompat melunjurkan kedua-dua belah kakinya ke hadapan
dan badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan
hingga hujung kaki.
Bagi gaya gantung, pelompat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke
atas seolah-olah bergantung di udara.
Kedua-dua kakinya diangkat ke belakang.
Bagi gaya selangkah, pelompat menhayunkan bahagian kakinya yang bebas
ke hadapan selepas lonjakan.
Tindakan seperti di dalam gaya tendang kayuh tidak dilakukan.
Kaki yang digunakan untuk melonjak mengikut dari belakang.
Ini bererti kaki pelompat berada di dalam keadaan terkangkang semasa
membuat layangan.
Sebelum mendarat, kaki lonjak pelompat akan dibawa ke hadapan supaya
bersama dengan kaki bebas.

FASA PENDARATAN
Ketika berada dalam fasa ini, pelompat mestilah memberi perhatian kepada
imbangan badan dan pencapaian jarak.
Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki
dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan
tangan dihayunkan ke atas.
Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju
ke hadapan.
LATIHAN ANSUR MAJU
Latihan ansur maju
Menentukan kaki lonjakan pelompat berlari perlahan dan melompat ke
tempat mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk
lonjakan.
Latihan lonjakan
Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa
tinggi yang boleh.
Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak.
Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat.
Berlari 3 langkah dan menanduk objek yang digantung.
Latihan mendarat
Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan.
Lompat (dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (atau peti kayu)
atau papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat.
Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian).

Mengukur penujuan
Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk
lonjakan di atas papan lonjak (hujung kaki sama dengan sisi papan).
Pelompat mula langkah pertama dengan kaki lonjakan dan mengira sehingga
7 langkah dan menanda titik tersebut.
Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki
bukan lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan
kaki lonjakan.
Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.

Latihan gaya lompatan berbeza
Berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas.
Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza (layar,
gantung, tendang kayuh).
Berlari dan melompat dari papan anjal menggunakan gaya laayar, gaya
gantung dan gaya tendang kayuh.


Ansur maju 1 Larian menuju ke papan lonjak:



Dilakukan secara berpasangan.
A mula berlari dari tempat permulaan menuju ke papan lonjak manakala B
berdiri berhampiran papan lonjak sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di
papan lonjak.
Sekiranya A menapak lebih atau kurang pada papan lonjakan, ubahsuai jarak
ukuran di tempat permulaan.
Jika kaki lonjakan menapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat
permulaan ke belakang satu atau dua langkah.
Jika menapak sebelum papan lonjak, anjakkan tempat permulaan satu atau dua
langkah ke hadapan.
Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru.
Kawal kelajuan semasa berlari. Larian yang baik ialah lari pecut.
Menggunakan jarak langkah yang konsisten dalam setiap larian.

Ansur Maju Lonjakan



Ansur maju 1:

Lonjak dari papan lonjakan.
Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah.
Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.
Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan
mendarat dengan tumit
Ansur maju 2:

Melonjak dari hujung bangku.
Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku.
Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi
yang termampu.
Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan.
Mendarat dengan tumit.

Ansur maju 3:

Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali
Rentangkan seutas tali di atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari
papan lonjakan.
Lari sejauh lima hingga enam langkah.
Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat

3. Ansur Maju Layangan dan Mendarat


Ansur maju 1:

Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.
Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan
lonjakan dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit.


Ansur maju 2:

Mencecah bola dengan hujung tangan.
Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di
kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai.
Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan.
Cuba mencecah bola dengan hujung tangan.
Mendarat dengan tumit.



Ansur maju 3:

Mencecah bola dengan dahi.
Gantungkan bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di
kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh disentuh.
Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan.
Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta
tangan ke atas.
Cuba sentuh bola dengan dahi.
Ulang lakuan. Berlari, melonjak, lentikkan badan serta dongakkan
kepala ke atas.
Mendarat dengan tumit dahulu.
Hulurkan tangan ke hadapan dan gerakkan badan ke hadapan.


Contoh tempat mendarat dan lintasan lari yang digunakan dalam acara lompat jauh





Contoh teknik lompat jauh yang diguna pakai dimasa kini


Zati Denan.(2012).Lompat Jauh.Retrieved from http://nota-
notapismppj.blogspot.com/2012/06/lompat-jauh.html

Anda mungkin juga menyukai