Anda di halaman 1dari 5

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual

Tahun Bidang Aktiviti Tema Tajuk Masa Media surat khabar

: 1 : Menggambar : Capan : Alam Semula Jadi : Jambangan bunga : 60 minit : Alat : berus warna, bendi, limau, pelepah pisang, palet dan lama Bahan : Kertas lukisan, warna air atau warna poster atau Tempera

Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh hasil karya daripada teknik capan EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif

Standard Kandungan : 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsure seni dan prinsip rekaan: garisan,rupa,jalinan dan harmoni) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan menggunakan teknik capan. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan lukisan. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan lukisan. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada karya seni. 1.1.1 unsur seni 1.1.1.1 1.1.1.2 1.1.1.3 Garisan lurus dan melengkung Rupa - organik Jalinan tampak

1.1.2 Prinsip Rekaan 1.1.2.1 Harmoni (bentuk, rupa dan warna)

1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media Alat palet, berus warna Bahan kertas lukisan, bahan semula jadi (flora), warna air, warna Poster atau tempera Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan

1.1.2.1 1.1.2.2 1.2.2 karya

1.2.2.1

Teknik capan (basah atas kering)

1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 1.3.2 Menggunakan unsure seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya.

1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan 1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

Langkah

Standard Pembelajaran

Ilustrasi/Fasa/SDK

Set Induksi (10 minit)

Persepsi Estetik Guru menunjukkan media yang belum dipotong. Murid cuba menceritakan fungsi media tersebut. Guru memberitahu murid bahawa media tersebut boleh dijadikan bahan untuk capan. Guru menunjukkkancontoh-contoh karya yang terhasil daripada teknik capan.

Aplikasi Seni Guru menunjukkan bendi, limau, bawang yang belum dipotong. Guru menerangkan kesan permukaan yang terdapat pada permukaan bendi, limau dan bawang dengan menghubungkaitkan bahasa seni visual seperti garisan dan jalinan.

Ekspresi Kreatif Murid membuat penerokaan pada bahagian lipatan pertama kertas lukisan. Murid menghasilkan corak teknik capan dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut :

Langkah 1 Guru menunjukkan cara memotong bawang, bendi dan limau. Guru mengedarkan kertas lukisan, bawang, bendi dan limau yang telah dipotong kepada murid dan menerangkan cara menggunakannya. Guru mengedarkan warna kepada murid.

Langkah 2 Guru menunjukkan cara melipat kertas lukisan mereka menjadi dua bahagian.

Bahagian 1- Penerokaan ( murid membuat corak bebas) Bahagian 2 Penghasilan karya ( Jambangan bunga) Guru menunjukkan cara penggunaan media. Sapukan warna pada bawang, limau dan bendi yang telah dipotong. Capkan bawang, bendi dan limau untuk menghasilkan gambar bunga.

i. ii.

Apresiasi Seni Murid menceritakan karya sendiri secara lisan. Murid diminta mencari media lain yang sedia ada pada mereka untuk digunakan sebagai alat untuk teknik capan. Contoh : jari Guru menerangkan fungsi karya tersebut boleh digunakan sebagai pembalut buku, pembalut hadiah, dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai