Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tahun Bilangan Murid Tarikh Masa Bidang Aktiviti Tema Tajuk Media

: 1 Bestari : 30 Orang : 13 /09/2012 : 9.00 pagi-10.00 pagi (60 minit) : Menggambar : Lukisan (Mewarna) : Alam Benda : Bermain Bersama Rakan : Alat : Tiada Bahan :Kertas lukisan, Warna krayon, warna pensel

Bahan Bantu Mengajar EMK Objektif Pembelajaran

: Contoh-contoh gambar : Elemen Kreativiti dan Inovatif : Di akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Menghasilkan lukisan bertajuk bermain dengan rakan. 2. Memberi gambaran jenis permainan yang dimain bersama rakan 3. Menceritakan hasil karya seni yang dibuat

STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, garisan, warna, ruang,imbangan, dan kepelbagaian yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan lukisan. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan lukisan. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

Standard Pembelajaran 1.1 Persepsi Estetik- Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.

1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 Garisan selari (olahan garisan yang menghasilkan rupa) 1.1.1.2 Rupa organik dan geometri (dihasilkan daripada garisan) 1.1.1.3 Warna primer (biru, kuning dan merah)

1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Imbangan ruang 1.1.2.2 Kepelbagaian garisan

1.2 Aplikasi Seni- Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.2.1.1 Media kering kering atas kering (pensel dan pensel warna) 1.2.1.2 Bahan kertas lukisan

1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik lukisan

1.3 Ekspresi Kreatif- Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 1.3.2 Menggunakan unsur seni (garisan, warna, jalinan dan rupa) dalam penghasilan karya 1.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual

1.4 Apresiasi Seni- Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

1.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan 1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan 1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

STANDARD PEMBELAJARAN Persepsi Estetik

ILUSTRASI AKTIVITI

Guru menunjukkan beberapa slide gambar berkaitan tajuk bermain dengan rakan-rakan.

Guru meminta murid menyatakan apa yang dilihat.

Guru bernteraksi dengan murid mengenai unsur seni dan prinsip rekaan seperti garisan, rupa, warna, harmoni dan kesatuan.

Aplikasi Seni

Guru berinteraksi dengan murid tentang jenisjenis media yang sesuai untuk menghasilkan lukisan.

Murid memberi respons tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat aktiviti.

Ekspresi Kreatif

Murid menghasilkan karya dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.

Langkah 1 Guru mengedarkan lukisan bergambar kepada muridmurid. Murid-murid diminta untuk melukis semula lukisan bergambar itu.

Langkah 2 Murid-murid mewarnakan lukisan itu dengan menggunakan warna pensel atau krayon. Guru memantau pergerakan aktiviti murid. Guru membimbing murid bagi pemilihan warna yang sesuai

Apresiasi Seni

Guru memilih 3 murid untuk tampil ke hadapan. Murid tersebut diminta mempamerkan hasil karya mereka.

Guru meminta murid menceritakan pengalaman ketika menghasilkan hasil seni tersebut.

Guru meminta rakan-rakan sekelas yang lain membanding bezakan penggunaan warna bagi setiap lukisan itu.

Refleksi

Anda mungkin juga menyukai