Anda di halaman 1dari 6

Bidang : Menggambar

Tahun Modul Aktiviti Tema Tajuk Masa Pengetahuan Sedia Ada

: : : : : : :

3 Bidang Menggambar Kolaj Alam Semula Jadi Bunga 60 minit Murid telah mempelajari teknik melukis dan kolaj serta mengenali jenis-jenis bunga.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir sesi PdP murid dapat: 1. Memilih, menyusun dan memanipulasi bahan secara kreatif. 2. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, kekemasan da kebersihan serta menghargai alam sekitar. 3. Meningkatkan minat, daya kreativiti dan imaginasi dalam kegiatan seni visual. 4. Menghasilkan karya gambar bunga daripada kulit telur dengan teknik kolaj.

Media

Alat

: berus lukisan, pembaris, pensel

Bahan : kulit telur, gam UHU , warna poster atau cat arkilik, kertas warna Bahan Bantu Mengajar : i. Persembahan powerpoint maksud kolaj dan
FAKHRIYAH SAID [PPG21578/12]

Bidang : Menggambar bahan yang diperlukan untuk membuat kolaj. ii. Contoh gambar yang menggunakan teknik kolaj. iii. Klip video Bunga Berkembang

EMK

Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi

STANDARD KANDUNGAN :

1.

Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, warna, kepelbagaian, dan kontra yang terdapat dalam alam semulajadi, objek buatan manusia, dan karya seni dalam penghasilan gambar dengan teknik kolaj.

2.

Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan gambar teknik kolaj.

3.

Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan gambar teknik kolaj.

4.

Apresiasi terhadap karya seni sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN : 1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada kolaj. 1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 Rupa- organik atau geometri atau gabungan rupa. 1.1.1.2 Jalinan sentuh dan tampak.
FAKHRIYAH SAID [PPG21578/12]

Bidang : Menggambar 1.1.1.3 Warna primer atau sekunder atau kedua-dua warna.

1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Kepelbagaian - bahan 1.1.2.2 Kontra - warna

1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan kolaj. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media 1.2.1.1 Alat berus lukisan, pembaris, pensel 1.2.1.2 Bahan kertas warna, kulit telur, warna poster/cat arkilik dan gam uhu 1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya. 1.2.2.1 Teknik kolaj

1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni Visual, media serta serta proses dalam penghasilkan karya. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif. 1.3.2 Menggunakan bahasa seni cisual dalam penghasilan karya. 1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya.

1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamer hasil karya yang dihasilkan 1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri secara lisan
FAKHRIYAH SAID [PPG21578/12]

Bidang : Menggambar 1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

STANDARD PEMBELAJARAN

ILUSTRASI AKTIVITI Rujuk slaid 1 ppt

Set Induksi (3minit) Guru menayangkan klip video bunga berkembang. (ppt cth kolaj.pptx) Guru bersoal jawab dengan murid: bunga apakah yang terdapat dalam klip video itu. apakah perasaan kamu bila melihat bunga-bunga Ini? Nilai : Menghargai ciptaan Tuhan. Persepsi Estetik (7 minit) Guru bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual yang ada dalam klip video ini. Guru menerangkan pengertian kolaj beserta contohcontoh kolaj. Guru memberitahu murid bahawa mereka akan membuat aktiviti kolaj yang bertajuk Bunga. pada hari ini dengan menggunakan bahan terbuang iaitu kulit telur. Rujuk ppt slide 2 6 ppt cth kolaj.pptx

Aplikasi Seni (10) Murid dibahagikan kepada kumpulan berpasangan. Guru memperkenalkan media yang digunakan. Rujuk Langkah2.pptx

FAKHRIYAH SAID [PPG21578/12]

Bidang : Menggambar

Guru menunjukkan langkah-langkah menghasilkan kolaj bunga.

Langkah 1 melakar gambar bunga di atas


kertas warna yang dipilih.

Langkah 2 mewarnakan kulit telur. Langkah 3 kulit telur dipecahkankan menjadi


cebisan kecil.

Langkah 4 menampal kulit telur pada gambar


bunga dengan gam uhu.

Ekspresi Kreatif (30 minit) Murid mengeluarkan bahan/media yang telah dipesan oleh guru pada minggu lalu. Murid menghasilkan kolaj dengan bimbingan guru seperti langkah-langkah yang telah ditunjukkan. Murid bekerjasama dalam kumpulan menghasilkan kolaj mengikut kreativiti masing-masing. KBKK: Menjana idea Nilai : Bekerjasama

Apresiasi Seni (5 minit) Murid menghantar hasil karya mereka. Guru memanggil tiga orang murid mempamerkan hasil karya seni kolaj dan menceritakan hasil karya seni sendiri. Murid disoal bagaimanakah rasanya bekerjasama menyiapkan kolaj ini dalam kumpulan.

Nilai: Semangat berpasukan

FAKHRIYAH SAID [PPG21578/12]

Bidang : Menggambar

Penutup (5 minit) Guru membuat rumusan dan menanya tiga soalan untuk menguji minda iaitu :

1) Apakah maksud kolaj? 2) Bagaimanakah cara-cara membuat teknik kolaj? 3) Apakah bahan-bahan lain yang boleh dikitar semula untuk menghasilkan satu bahan seni yang menarik? Murid diminta oleh guru untuk menjaga dan mencintai alam sekitar. Murid mengemas dan membersihkan kelas sebelum menamatkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Nilai: Menghargai alam sekitar dan menjaga kebersihan KBKK: Menjana idea

FAKHRIYAH SAID [PPG21578/12]

Anda mungkin juga menyukai