Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran MengguntingKenapa ianya penting sangat!

Kita sebagai ibu bapa mesti mengganggap perkara ini normal dan anak-anak anda dapat
belajar secara semulajadi. Tapi, percayalah ada sesetengah kanak-kanak tidak dapat
menguasai kemahiran ini. Dan tidak mustahil jika, ianya adalah anak anda.

Kemahiran ini, kanak-kanak sudah dapat menguasai sepenuhnya pada umur 6 tahun.
Walaubagaimanapun, sepatutnya pada umur 3 tahun, anak-anak sudah menunjukkan
kemahiran menggunting walaupun tidak sempurna sepenuhnya. Mereka sudah berupaya
untuk membuka dan menutup bilah gunting dengan tangan kecilnya.

Saya selalu menekankan kemahiran menggunting kepada anak didik saya. Kemahiran
menggunting ini adalah sangat berkait rapat dengan kemahiran menulis. Kerana keduanya
memerlukan kemahiran motor halus yang bagus. Dan menggunting adalah salah satu
senaman terbaik untuk meningkatkan kekuatan motor halus untuk tangan-tangan kecil.

Apabila melatih anak-anak di dalam kemahiran menggunting, latihan yang paling mudah
harus dimulai dahulu. Bermula dari garisan lurus yang tebal dan apabila mereka sudah
nampak peningkatannya, garisan tersebut haruslah makin menipis. Seterusnya,
garisan melengkung, berombak, garisan zig zag dan gambar yang lengkap.

Kenapa penting sangat menggunting ni yer..mmmmmsaya memang amat menyarankan


semua anak-anak di ajar dengan kemahiran ini. Kanak-kanak yang normal perkembangan
harus bermula menggunting pada umur 2 tahun. KENAPA ?

1. Menggunting membolehkan kanak-kanak untuk membina otot-otot kecil di telapak


tangan mereka. Otot ini digunakan untuk menulis, melukis, dan menggenggam alatan
seperti pensil, berus gigi, sudu atau garfu, dan juga memakai dengan menarik seluar
ke pinggang.
2. Menggunting dapat meningkatkan koordinasi mata-tangan (menggunakan
penglihatan, memproses apa yang dilihat, dan menggerakkan tangan pada masa yang
sama menyelesaikan sesuatu tugas). Contoh lain koordinasi mata-tangan: menangkap
/ membaling bola, mengambil makanan dengan sudu, dan zip pakaian.
3. Menggunting menggalakkan anak anda menggunakan kedua dua belah anggota
badan (menggunakan kedua-dua belah badan pada masa yang sama tetapi setiap
tangan melaksanakan tugas masing-masing). Sebagai contoh, apabila memotong
bulatan, kanak-kanak mesti memegang kertas dengan satu tangan manakala tangan
yang satu lagi membuka dan menutup gunting dan bergerak ke hadapan untuk
dipotong. Contoh lain: zip seluar, membasuh pinggan mangkuk, dan membuka
sampul surat serta menulis.
4. Perkara pertama seorang kanak-kanak perlu belajar untuk menggunting ialah
bagaimana untuk membuka dan menutup tangan mereka dan merasakan ransangan
menggunting sekeping kertas. Jika anak anda mengalami kesukaran memanipulasi
gunting, cuba gunakan cara lain atau melakukan tugas-tugas lain yang berkaitan
dengan pergerakan menggunting. Sebagai contoh, penyepit baju, stapler dan
menebuk lubang-puncher yang memerlukan gerakan buka-tutup yang sama dengan
pergerakan menggunting.
Jadi bagaimana anda boleh membantu anak anda meningkatkan kemahiran menggunting?

1. Pertama, tidak mengharapkan anak anda untuk menggunting dengan segera. Ia


boleh mengambil beberapa minggu dan bulan. Menggunting memerlukan kawalan
otot, ketepatan dan penyelarasan. Walaupun anda tidak boleh jangka bila anak anda
dapat menggunakan gunting dengan baik, tetapi anda boleh sentiasa melatih mereka
menggunakannya dengan betul.
2. Pastikan anak anda memposisikan tangan ditempat yang betul. Kadang-kadang, ada
sesetengah kanak-kanak memegang gunting dengan cara yang salah. Anda hendaklah
sentiasa memperbetulkannya. Ingat, ibu jari hendaklah sentiasa di bahagian atas.
Anda boleh meletakkan titik penanda, pelekat atau muka senyum pada ibu jari anak
dan mengingatkan mereka yang ibu jari hendaklah menghala ke atas.

Pastikan posisi tangan semasa menggunting adalah betul seperti gambar di atas.

3.Latihan! Disini saya berikan beberapa idea yang menarik serta menyeronokkan seperti di
bawah,untuk anda praktikkan bersama anak anda

PlastisinSaya cadangkan anda menggunakan plastisin untuk peringkat permulaan


bagi bahan bantu. Anak anda juga boleh menguli plastisin, mencubit, membuat
bentuk dan pelbagai permainan lain dalam membantu mereka menguatkan otot
tangan.
Penyedut minuman. Anda boleh membuat hasil seni bersama anak anda dengan
menggunakan penyedut minuman. Pasti anak anda berbangga dengan hasil
usahasama mereka bersama anda.
Kertas berwarna. Guntingnya menjadi kepingan kecil dan lekatkannya ke atas bentuk
yang di lukis di atas kertas lain. Dalam erti kata lain kolaj.
Seterusnya sediakan buku gunting khas untuk anak anda yang mengandungi pelbagai
jenis garisan dan bentuk untuk mereka praktis di rumah. Lama-kelamaan tentu
mereka semakin pandai dan cekap dalam kemahiran menggunting.

Akhir kata, saya daripada LD Sifoo Company berharap agar anda mempraktikkan
kemahiran ini bersama anak anda. Untuk lebih mengetahui dengan lebih lanjut tentang
kemahiran ini, anda boleh layari Scissors and Your Child by Kimberly M. Wiggins OTR/L,
Licensed Occupational Therapist at G & E Therapies (a Rehabilitation Company that
specializes in family based care in the Kirkland, NY).

Anda mungkin juga menyukai