Anda di halaman 1dari 2

SANG MERAK DENGAN SANG ARNAB

Arnab sangat risau kerana ekornya pendek. Arnab ingin benar

ekornya panjang dan cantik. Arnab mahu ekornya seperti ekor merak.

Ekor merak panjang dan cantik. Semua manusia memuji kecantikan

ekor merak.

Pada suatu hari, arnab berjumpa dengan merak. Arnab memuji

kecantikan merak. Merak berasa bangga kerana dapat pujian. Merak

mengembangkan ekornya. Ekornya sangat cantik. Arnab terus memuji

kecantikan merak.

Namun, arnab memuji merak kerana ada tujuan lain. Arnab ingin

meminjam ekor merak. Merak bersetuju meminjamkan ekornya

kepada arnab. Merak membuat pertukaran ekor dengan arnab. Arnab

memakai ekor merak. Merak memakai ekor arnab.

Alangkah gembiranya arnab apabila mendapat ekor merak. Arnab

berlari ke sana dan ke mari. Arnab menari-menari di tengah

padang.Merak pula memakai ekor arnab. Alangkah terperanjatnya

merak kerana mendapati dirinya berekor kontot.

Pang! Tiba-tiba terdengar bunyi senapang. Arnab termengah-

mengah lari masuk ke dalam hutan. Arnab pergi berjumpa merak.


Arnab menceritakan bahawa ia ditembak oleh pemburu. Nasibnya

baik kerana tidak terkena peluru pemburu.

Arnab minta semula ekornya. Mereka bertukar ekor masing-

masing. Arnab tidak mahu memakai ekor merak lagi.

"Biarlah ekorku pendek dan tidak cantik, asalkan diriku selamat,"

fikir arnab.

NILAI MURNI :

Kita haruslah bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan

kepada kita. Setiap kurniaan Tuhan pastilah ada kebaikannya

untuk diri kita.

Anda mungkin juga menyukai